Perbezaan Al-Quran dengan Hadis Qudsi :
Al-Quran dari Allah, baik lafaz mahupun maknanya. Hadis qudsi
maknanya dari Allah dan lafaznya dari Rasulullah SAW. Hadis qudsi ialah
wahyu dalam makna, tetapi bukan dalam lafaz. Oleh sebab itu, menurut
sebahagian besar ahli hadis, diperbolehkan meriwayatkan hadis qudsi
dengan maknanya saja.
Huraian
1. Al-Quran :
Al-Quran adalah kalam Allah SWT atau firman Allah SWT yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW. dengan lafaz dan makna yang membacanya menjadi
suatu ibadah.
Maka kata “kalam” yang termaktub dalam ta’rif tersebut merupakan
kelompok jenis yang mencakupi seluruh jenis kalam. Ia disebut kalamullah
sebab disandarkan kepada Allah yang menunjukkan secara khas sebagai
firman-Nya, bukan kalam (kata-kata) manusia, jin dan malaikat.
Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa
mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada
lidahmu); Oleh itu apabila Kami telah menyempurnkan bacaannya
(kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya
itu.” (Surah Al-Qiyamah ayat 17-18)
Hadis terbagi dua iaitu hadis qudsi dan hadis nabawi.
2. Hadis Qudsi
Hadis qudsi adalah hadis yang di sampaikan oleh Rasulullah SAW
disandarkan kepada Allah SWT. Maksudnya, Rasulullah SAW meriwayatkannya
bahawa itu adalah kalam Allah. Maka, Rasulullah SAW. menjadi perawi
kalam Allah ini dengan lafaz dari Rasulullah SAW. sendiri.
Bila seseorang meriwayatkan hadis qudsi, dia meriwayatkannya dari Allah
dengan disandarkan kepada Allah dengan mengatakan, “Rasulullah SAW.
mengatakan mengenai apa yang diriwayatkannya dari Tuhannya,” atau ia
mengatakan, “Rasulullah SAW. mengatakan, ‘Allah SWT telah berfirman atau
berfirman Allah SWT’.”
3. Hadis Nabawi
Menurut istilah, pengertian hadis ialah apa saja yang disandarkan kepada
Nabi SAW baik berupa perkataan, perbuatan, persetujuan, mahupun sifat.
Contoh yang berupa perbuatan ialah seperti ajarannya kepada para sahabat mengenai bagaimana cara mengerjakan solat.
Nabi SAW bersabda yang maksudnya : "Solatlah seperti kamu melihat aku solat.”
(Hadis Riwayat Bukhari).

No comments:
Post a Comment
boleh tinggalkan komen anda disini...