Meniti hidup yang bersisa
Dah masuk minggu terakhir bulan Januari 2017. Kejap je berakhir semester break. Tapi kerja kami tak pernah pun break-break. Baik kerja kat ofis apatah lagi kerja-kerja rumahtangga. Sebetulnya emosi tak baik-baik lagi sejak disember. dah 2bulan kot. bila mood tak ok, semua hal serba tak kena. sama je peel macam nia.
hmm...kemurungan betul mak.
dalam kemurungan tu, just nak share satu benda yang mengubat kemurungan.
DIY playhouse for Nia.
![]() |
| Rania's Playhouse |
Gigih umi cari kotak peti ais ni. minta dengan orang tu minta dengan orang ni, akhirnya dapat la jugak. Suruh suami pi angkut dari rumah encik Bob, 3hari 3malam la umi tunggu. Last-last umi angkut sendiri. Dah dapat kotak baru nampak effort bapaknye nak menolong. ketung-ketang-ketung-ketang...siapla juge.
Untuk wallpaper, umi wrap guna yg DIY punye. 2roll dinding, 2roll bumbung.part ni mencabar. nampak je senang. lekat-lekat je kan. tapi sebabkan kotak tu dah kemek-kemek plus sambungan tu tak kemas, maka payahlah nak kemaskan wallpaper pd kotak tu.tapi alhamdulillah, siaplah jugak. Dah dirasmikan pun oleh ma'am besor kite Princess Rania Zulaikha. Yeayyyy
Step seterusnya, tinggal nak deco-deco je la.
notalapkaki: habih tu takkan tiap kali i murung i kene buat playhouse ni...penuh la rumah!wakakakakakaaaa

