Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, 25 May 2016

untuk sayang-sayangku

Bulan Mei yang penuh makna bagi umi. Tahun lepas, umi ingatkan Rania nak keluar masa tarikh birthday abi. Tapi Allah telah mengaturkan tarikh 13 Mei untuk pertama kali umi tatap wajah anak umi. Selepas setahun umi masih lagi tak dapat nak describe that feeling.  Dah setahun kita bersama. Makin lama makin umi rasa macam takleh berenggang dengan Rania. Kadang-kadang rasa nak resign and jaga Nia kat rumah. Tapi abi masih perlukan umi kerja untuk support each other. Sempena ulangtahun kelahiran yang pertama ni, umi tidak bercadang untuk buat birthday party untuk Rania. Tapi umi tempah sesuatu dari usu untuk celebrate 'kita-kita' aje. Paling tidak ada la juga 'memori indah tercipta'. Bergambar kenangan. Umi tak mampu nak masak sedap-sedap untuk panggil orang makan. setakat ni, itu di luar kemampuan umi. :'(

Dah umur setahun ni, umi syukur sangat Rania dikurniakan kesihatan yang baik. Demam kejap-kejap tu biasalah. Mungkin perkembangan Rania taklah secepat kanak-kanak lain. Gigi baru 2batang. Berat baru 8kg. Berjalan pun belum boleh. Tapi bab memanjat...haaa..macam anak jantan!

Rania ni sangat attach dengan umi. Bersilat jugalah umi time nak buat kerja-kerja di rumah. Asyik nak umi layan dia. Layan Nia bertatih. Layan Nia main toys. Layan Nia baca buku alif,ba,ta. Umi sangat jarang masak. Balik ofis, umi just sediakan dinner untuk Nia je. sebab Nia hanya makan nasi lembik. Tak perlu buat lauk bagai. Hahaha. Umi tak banyak masa nak ke kedai barang basah after office hour. kalau umi pergi juga, alamatnya kul7malam la baru umi ambik Nia. Umi seboleh-bolehnya nak pick up Rania 6.30. Itulah masa yang paling cepat. Mujurlah pengasuh Rania tidak pernah suarakan caj tambahan pasal ambik lambat ni.

Umi suka dengar Rania mengomel. Walaupun belum jelas patah perkataannya tapi umi buat-buat paham je. Rania dah terikut-ikut dengan kakak Aisyah panggil tokki dengan panggilan 'abak'. Nampak makanan Rania terus cakap 'dap..dap' walaupun hanya nasi kosong. Bila nangis time tulah baru umi dengar Rania panggil 'umeyyy'. dan mentang-mentanglah abi die buat kerja-kerja teknikal, kipas dan lampu la yang paling Rania suka sebut. Satu lagi Nia tak takut kucing and excited sangat bila nampak kucing, ayam, burung. Kalau nangis ke merengek ke..umi pujuk dengan 'cat' je. heee.. Yang umi rasa bangga sangat dengan Rania, time azan je terus cakap Allahuakbar..tangan ke telinga dan terus meniarap (sujud la tu konon) :) Haritu, umi nak buka puasa. Bila dah azan je, umi baru nak suap nasi ke mulut, dah kene sound dengan Nia suruh solat. tarik umi masuk bilik sambil cakap Awooo...bak! Awoo..bak! Semoga Rania rajin solat sampai akhir hayat. bukan masa kecik je. bukan masa sekolah je. Rajin sampai bila-bila. Umi yakin dengan solat Nia akan lebih mudah menghadapi liku-liku hidup di dunia ni. Insya Allah. semoga Allah sentiasa menjaga anak umi.

22Mei- umi buat suprise untuk abi. kebetulan shif abi abih kul11. By 12pm sedang elok abi sampai rumah. very the right timing.kehkehkeh...and umi percaya abi sangat touching keeeennnn... sebab abi tenung lama sangat kat lilin-lilin tu. walaupun hadiah tak gah..(sebab umi tak tahu nak beli ape) tapi umi harap abi suka. Happy birthday sayang! semoga sentiasa dirahmati Allah selalu...menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk family kita... dimurahkan rezeki dan dipenuhi segala impian yang dihajati. aamiiinn.

The Moment

The Moment
13~12~13