بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
update sket...
malas nak karang. update dengan gambo je la.
16Mei-selamat hari guru untuk semua yg bergelar guru. last jumpa cikgu sekolah masa gi ziarah arwah makcik. cikgu kelas form3.cikgu sakinah. thanks cikgu. yg lain-lain tak tahu dah kat mana. cikgu-cikgu kat MRSM K.Berang...cikgu zaiton (AddMath), Miss As, Cikgu Rohamizan (Bio), cikgu Ghazali (Kim)..suke ketuk student ngn pembaris... auwwweee..sampai ke degree saya tak pandai kimia.hahah..tapi bukan salah cikgu pon. saya yang benok. sempena hari guru ni, saya dengan bantuan saibah bertungkus-lumus menyediakan cenderahati untuk semua academician di kolej. semoga anda semua kekal lama di sini atleast sampai dapat award 10tahun bekerja n dapat gi umrah free.(tapi saya nak gi tahun depan....huhu.camano?)
nampak cam cenderahati orang kawen kan? SHS color purple..boss pilih.
oh..tak lupa cenderahati untuk boss besar. saya deco dengan penuh kasih sayang tu..
Minggu lepas jaga exam hari Jumaat. Bermakna hari Sabtu dan Ahad cuti. maka dapatlah pergi kenduri di rumah k.ros di wakaf tembesu. pastu baru balik dungun with my loving cutiest kittens. sumbat lam bonet je dorang. 2bulan lepas rumah masih lagi under renovation. ada la ejas sana sini sket. nak buat kenduri la katakan. tuan punye kenduri adalah adik bongsu, izy..umur 21 dah diberi jodoh. alhamdulillah.
ni keadaan rumah 2bulan yang lalu...
tadaaaaa....rumah dah siap!dah boleh main lompat2 dah kat depan tu. dah cat keliling rumah dah. rajin ungguh cik Izy kite...kakak jadi pemerhati bebas je. tak nak campur tangan lebih2. di waktu kritikal seperti ni lebih baik banyak diam dari menyibuk. kang tak pasal-pasal diterjah dengan soalan yang bukan-bukan. bopoluh den nak jawab kang..adik pompuan yang sorang lagi pun dah tetap tarikh untuk keluarga si bf die datang merisik. bulan ni jugak. setelah dihitung congak by end of this year, kcik akan dapat 2 orang adik ipau ler..tahniah-tahniah kepada mak dan abak sbb dah lama nak menantu. 2012 terus dapat 2. nak harapkan anak pompuan yang sorang lagi tuh..huh...tak merasa la dapat menantu. masak...FAILED!
apehal la pulak kc letak gambar ni nih...oh itu sebenarnya idea.idea nak siapkan frame gambar yang nadia tempah. cuti baru ni, orang lain sibuk buat hantaran, kc buat frame.the idea is nak yg polkadot. ktungg.ktaanngg..ktung..ktaanngg..
dah siaaaappp!
Inilah hasilnya.camana?ok?
the one and only...eksklusif utk nadia sowaaaaaaaaaanng je.
dah siap buat frame, keluar bilik tengok cuaca cerah je. ape lagi...masa untuk kerjakan kitty-kitty sekalian.
Bath time!!!!!!!!!!!!! ni dah sesi hair drying dah ni. uurrmmm..wangi!
tamat sudah entry untuk bulan 5 ni. jumpe lagi bulan depan.muahahahahah...
dan pesanan dari penaja untuk penaja dah rejab dah ni. Sile habiskan qada' puasa yang masih berbaki. InsyaAllah sempat la puasa sunat Rejab dan Syaaban.