Lilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Monday, 3 October 2016

Status bebel

Manusia. Spesis yang tak mungkin lahir tanpa masalah. Sebab masalah adalah pengukur iman. Sama ada manusia terpesong terbabas kerananya atau pengemudi untuk manusia jadi lebih sabar. Tapi kita bukanlah perfect. Maksud kc, kc la yang tak perfect tu. Terkadang terbabas tanpa sedar. Ingat dah handle dengan baik rupanya tak. Masih banyak sangat nak kena repair diri. Tahu sangat diri ni tak setanding dengan orang sekeliling. Lebih-lebih lagi dengan 'ayam-ayam' lama ni. Tapi apa salahnya ayam-ayam ni duduk sama-sama dengan hamba yang kerdil ini dan cuba pakai kasut yang sama. 
Sebenarnya ini kes lama. Kc dah tutup kes dah. Tak nak ingat-ingat benda yang tak best. Nak teruskan hidup dengan happy-happy. Tapi apa la malangnya nasib bila orang masih nak bercerita tentang benda yang sama. Dan yang pelik, tak de kena mengena siiiiiiiket pon dengan diorang. Tak. Tak. takde. seriously takde. Hanya berstatus sekampung je pon. Dah tu pulak, dengan kita depan-depan tak de pulak bercakap pasal tu kan. Tapi kalau dengan joyah, kak bedah, makcik senah selamber kodok je buke cerita aku...hamboii..hamboii..hamboii. dh sinsing lengan dh ni.hahaha

Sorry beb. kc bukan kaki gaduh. bukan jenis mulut sound-sound selantang speaker masjid kg.dusun. tak pernah lagi dalam sejarah hidup bukak kekuda bertumbuk bersilat dengan orang yang cari pasal ngan kc walaupun kite ada taekwondo. apatah lagi kalau yang cari pasal tu makcik peah yang dah separuh abad usianya. yang muda sound pun kc buat pekak je. paling tidak pun mengadu pada si polan-polan sampai berjurai air mata. kita cuba untuk mengawal emosi. tapi yang pedih,tetap terasa pedih. yang terluka pasti tinggal parutnya. regenerasi tetap kan berlaku. hanya masa menentukan.

Harapnya lepas ni, makcik-makcik semua tak perlu laf fikir sangat tentang kenapa saya buat semua tu. kalau pun makcik tetap nak kata saya jahat or tak betul makcik boleh direct pada saya. bukan melalui sesiapa pun. sebab makcik tak tau pun hari-hari yang saya lalui. dan makcik pun tak berhak menghukumi saya sebab saya tak hire makcik pun untuk jadi majistret atau peguambela atau pendakwaraya atau pun juri awam dalam masalah saya. semua yang saya buat adalah untuk kemaslahatan saya dan anak saya. sekian

Tuesday, 15 December 2015

ENTRY UNTUK DIA


biarpun orang bersilih ganti
biarpun ramai yang masih di sini
tidak kan sama yang bakal pergi

saat ini waktu terasa terlalu singkat bersisa
esok tentunya suram menyelit jiwa
kehilangan yang sangat dirasa

adakah mampu airmata tertahan
tatkala kenangan menyapa perasaan
dia pergi meninggalkan segaris memori
indah terpahat dalam diari hati

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

untuk kamu
semoga urusan sentiasa dipermudahkan
semoga sentiasa beroleh rahmatNya
semoga bahagia menyinari hidup yang mendatang
impianku
mengikut jejakmu
insya Allah
satu hari nanti

Sunday, 12 January 2014

sunday blue..and it's dark blue.

Bismillahirrahmanirrahim.. Salam tengahari, Dah makan ke semua?alhamdulillah hari ni rezeki saya ikan percik ngan ulam kacang botol.konon nak puasa.dah bangun sahur minum air 2gelas,tetiba xsampai hati nak pergi kerja tanpa jamah makanan mak buat. Mak dah susah payah bangun masak. Dah lah en.suami tak sempat makan.kena bebel ngan mak sebab tak sempat sediakan minum pagi untuk suami.haha..biasanya sempat je mak. Hari ni pergi kerja macam pergi serah diri kat perompak.rasa sangat tak bermaya.cuba tengok mata saya ni? Macam cengkung je!macam lebam je!macam tak cantik je! Mmm..jom shopping kat watson.hoyeay..I like. Sejak 2014 ni,hidup macam tak berapa nak stabil. Kos sara hidup semakin meninggi. Seme orang kecoh pasal yuran sekolah naik,harga barang naik,air naik,hah..macam2 naik.tapi ada je yang menurun.mood saya hari ahad memang down.help me..help me..rasa nak tido lagi

Friday, 2 August 2013

18jam 10minit

di keheningan malam...la..malam apekejadahnya cik kiah oiii..dah petang ni. menemani opismate marking paper exam. ececeh..ayat menemani tu macam tak berapa betul je. bukankah sendiri punya pon belum siap sepenuhnya??hahaha...cubit peha sendiri.
tatkala bosan menjengah diri..mengadap timbunan answer script yang kebiruan ni, laju saja tangan menaip kata laluan masuk ke blog. berkira-kira mahu bercerita sesuatu di ruangan kecil ni (bila la nak besar si kakcik tu asyik duk panggil k.cik..k.cik..kata ustaz husband k.rosnani.haha..k.cik yang kecik sekecik kakcik corner.boley..??)
tajuk hari ni adalah 18jam lagi. 18jam lagi kaki itu akan menjejak bumi malaysia...24jam lagi akan menjejak bumi kemaman dan.......senyum sampai ke telinga. ditanya pada beliau, nak bawak bekal ape ni?dijawab,tak perlu bawa apa-apa.bawa bekal senyuman je.auuwww...(ok..sambil menaip sambil senyum sudah.malu kat screen PC.hahaha)
ok dah...takleh cerita panjang-panjang.nanti muntah kome baca.hahaha..tataaaa

Monday, 10 June 2013

Day 12

Episod The Beatles

"I Want To Hold Your Hand"

Oh yeah, I'll tell you something
I think you'll understand
When I'll say that something
I wanna hold your hand
I wanna hold your hand
I wanna hold your hand

Oh please, say to me
You'll let me be your man
And please, say to me
You'll let me hold your hand
I'll let me hold your hand
I wanna hold your hand

And when I touch you I feel happy
Inside
It's such a feeling that my love
I can't hide
I can't hide
I can't hide

Yeah, you've got that something
I think you'll understand
When I'll say that something
I wanna hold your hand
I wanna hold your hand
I wanna hold your hand

And when I touch you I feel happy
Inside
It's such a feeling that my love
I can't hide
I can't hide
I can't hide

Yeah, you've got that something
I think you'll understand
When I'll feel that something
I wanna hold your hand
I wanna hold your hand
I wanna hold your hand
I wanna hold your hand
****
Love this song very much
And when i asked him to sing this song,
apparently he knows how to sing.
As i woke up this morning (5.04am)
i could here his voice here and there
singing for me
oh,what a lovely morning...

Friday, 31 May 2013

Day 2

perpisahan untuk hari ke2...
radang hati semalam sudah berada di peringkat 60% penyembuhan. sangat terasa hati bila panggilan direject. tak kesah la tuan nombor yang reject ke atau celcom yang reject. yang pasti hati aku sakit. mujurlah hari ini seorang teman memberi jalan. sakit mula redha walau tidak sepenuhnya. sekurang-kurangnya aku tahu ada sedikit effort di situ. Itulah yang kita cariii.hihi..senyum siket ^____^

Thursday, 30 May 2013

Cinta antara benua..errr.. :)

....sayang...apa kabar denganmu
di sini ku merindukan kamu
ku harap cintamu takkan berubah
kerna disini ku tetap untukmu

...sayang...apa kabar denganmu
cubalah kamu telefon diriku
ku rindukan suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari pertama

Alarm hs berbbunyi.bukak mata.tutup alarm.tengok jam.oh, teringat ada janjitemu di PBB dengan puan n the gang.kejut zu.oh, birthday zu hari ni.HAPPY BIRTHDAY ZULIYA.bila nak update blog?huhuhu...
Mandi dengan cepat.Pakai baju.Tetiba dengar ada bunyi mesej masuk. dalam hati " mesti amy mesej"... tengok2, tertera nama en.ruzakir di situ.WAAAAAAAAAAHHHH...jerit sambil melompat2.(sah kene maki ngan jiran bawah...lantaklah). yeay...masih dapat mesej di kala hati berkata "no mesej until 8 aug". hanya sekadar pemberitahuan yang mereka selamat tiba di sana dan dengan pesanan suruh inform kat insan2 yang terdekat. itu pun dah cukup buat masa sekarang. 
Breakfast sempena menyambut birthday zu nampak biasa2 saja. maklumlah modus operandi telah digunapakai masa sambut birthday amy dulu. takpe zu.ada suprise untuk zu nanti. tunggu my dear...
lepas breakfast, bergerak pulang ke kolej. dalam kereta tangan capai hs.rasa macam nak try call je. tuut..tuut..
"haluuuu" suara di hujung sana. WAAAAAAHHHHHH...sekali lagi terjerit2 dalam kereta sambil zu memandang dengan senyuman.
perbualan adalah setakat hello...hello..hello dan hello...assalamualaikum..waalaikumussalam..tet tet tet..talian putus. try call lagi.cannot be reached dah. but its ok.perbualan 5saat dah cukup bermakna.sssaaangaattt!!!
itulah luahan hati takat hari pertama ni. masih menanti panggilan untuk hari2 seterusnya. that's my wish.END

Friday, 4 January 2013

Sepi

Kadang-kadang, bila Allah beri sesuatu nikmat pada kita, kita lupa yang itu adalah nikmat semrntara. Terus kita lalai lupakan Sang Pencipta. Di situ letaknya kelemahan seorang hamba Allah. kadang-kadang Allah terpaksa tarik semula nikmat itu untuk membuatkan kita sedar hak siapa nikmat itu sebenarnya. Lantas kita tersentak dan berkata ya Rabbi ampunilah aku...janganlah Kau uji aku dengan sesuatu yang berat. dan Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang Dia beri kita nikmat yang sama sekali lagi.Kadang-kadang Dia gantikan dengan yang lebih baik dan adalah di bawah naungan kekuasaanNya juga jika nikmat itu ditarik untuk selama-lamanya. Siapalah kita untuk menidakkan-nya. Dengan usia yang semakin menginjak, pasti sejarah semalam adalah guru kehidupan yang terbaik. Andai dulu aku pernah belajar untuk berkorban, tidak kekok rasanya untuk aku harus mengulangi pelajaran yang sama di waktu ini dan waktu-waktu akan datang. Tiada sebaris kalamullah itu satu pendustaan. dan aku yakin sebenar-benar yakin janji Allah itu pasti. Redha lah wahai hati... T____T

Saturday, 22 December 2012

Dalam hati ada taman


Bismillahirrahmanirrahim…

Tak pernah rasa se’stress’ ini nak tulis blog. Asyik tekan backspace je. Atoiii..harap pergerakan jari tak berhenti setakat 2baris. Dekat setengah jam juga mengadap screen putih ni.kosong. tapi sebenarnya otak tak kosong. Otak penuh dengan isi. Hati? jangan cakap. full loaded with varies of feeling.waaahh..gitu! dalam hati bukan je ada taman (ofcourse la taman bunga kan), tapi mungkin juga dah ada zoo.hihi. takmo citer lebih-lebih. Lately ramai sangat yang buat part time translate hati orang. Kalau job tu boleh buek org jadi kayo, esey pon bominat. Tapi keje mentranslate hati org ni mencabar juge. Bukan senang   tapi kalau dah menyengih 60sX60minX24jam tu pasti mudah orang menjangka apa yang bergolak dalam hati. 
(ok.. progress yang baik ni. lebih dari 2baris. tititititih...)
Sebenarnya lebih mudah menulis blog ni kalau props tu ada. Yela..mak encek. A picture speaks a thousand words. Masalah problemnya kc takde ‘props’ tu. Aaarrrgghhh…stress! Satu-satunya prop yang ada adalah sekuntum bunga yang penuh kontroversi. Dari yg tukang plan..tukang beli dan tukang bagi..oh ye, tak dilupakan pada yang tukang gelak sakan…anyway kc perlu ucapkan terima kasih pada semua. Na, ziana, nadia, yana, miza, ira, wan, zaki, saibah, fizi, bob, poji dan last but not least en.k kite la :) . kalau watak utama takde, sian la kat en.bob takde modal nk ‘mapuh ambe ork’… walaupun niat dihati nk menikmati juadah stimbot tu sesungguh hati..nak melantak sampai tak larat nak bangun, tapi akhirnya niat itu terkubur begitu saja. Nak kenyang camana kalau nak angkat muka pon tak mampu. Kihkihkihkihkihkih….teruk aku kene kali ni. Ok let start the story from the beginning.
Ini adalah cerita tentang sambutan harilahir yang penuh dengan misteri. Kenapa misteri? Sebab die berselindung di bawah storyline staff activity iaitu makan stimbot di rumah mieza. Macam biasa kc akan follow aje apa yang telah dirancang. Orang minta duit bagi je tanpa banyak songeh. Jadi memang tidak terlintas agenda yang tersirat. (biasanya aku yang jadi tukang plan). Yang si K ni plak ye ye je tanya ade ape kat rumah mieza. Punyalah duk mesej ngan die dalam kete tu. Cesss..kurang asem betul. Haaaiiihhh..now I know (aku spesies bendul jugak upenye..). dahlah gitu..benti kat kedai runcit beli air batu tu pun, boleh pulak tak nampak kelibat die. Terasa diri tak macam Nora Zain dah. Stresss.. Sampai-sampai je rumah mieza nampak kete bob, yana n zaki. Dalam hati, ok..aku lambat. Jadi terus masuk dan memulakan proses memenuhkan perut. Sambil2 tu duk main ngan baby amani. Masa bob duk tanya , kc..x ajok k ke? dan sempat aku membalas, nape nk ajok die nye…tup2 terus dengar dengar seseorang menyanyikan lagu birthday…(actually boleh plak aku fikir birthday sape hari ni???) tu yg jadi cam blur tapi 3saat je la sebab dah nampak yang bawak kek tu adalah k kan….hihihihihihi (laptop ni dah menyampah gaknye tgk aku cam org giler duk senyum kambing dari tadi…


Maka gamat + riuh ‘berdaung’ la rumah mieza meraikan kejayaan TLE yang telah diplan baaaeeekkk punye tu. Makin menjadi-jadi la acara usik mengusik bila lagu mohabbatein direquest.hang ok ka k…? harap hangpa tak simpan dalam hati la no. usik mengusik menjadi hiburan seisi keluarga. hahaha… ni kalau sambil2 drive DJ putaq lagu mohabbatein, mahu tersengih2 dalam kete. pasti bukan kc je...alaaa…tau la. Oh ye, di sini saya nak ucap terimakasih yang tak terhingga (kekekeeee..mcm surat penghargaan la plulok!) tq k musing ketang cari keda bunga op kakna punye akalan…dakpe. Ni kali terakhir k wak kijean gini. Pahni adok dohla. (1st time beli bunga ye.tihtihtihtih…naka).
Gitula ceghitenye.sikit dohla.hok obvious berlaku depan mata boleh la cerita di corner kecik ni. Yang tak berlaku depan mata, antara kami2 dah la ye :) (ye dok wi kabo.lalalalalalaaaa :) ). kes lagu bollywood tu antara percubaan je nak tengok sejauhmana gossip menjadi endemik. “Hok tu pon dok cekak nok doh…
^_^



Yg baik datang dari Allah, yg lemah dari kc sendiri hakikatnya semuanya dari Allah jua.
Salam merebah pena…
Salam penutup bicara…

Friday, 23 November 2012

Selamat Datang Orang Baru

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

Pagi Jumaat...
Dapat phone call dari mak dan abak yang sedang honeymoon kat Bukit Tinggi Indonesia. Ceria je suara mak. Maklumlah katanya dah nak abih 3juta shopping saje. Duit 'ngelang' kenduri izy baru ni kot. alahaaaiii..makcik kiah.
Cerita mak kene pospon dulu. Bagi laluan kat cerita kenduri adik bongsu kakcik yang baru je berlangsung minggu lepas. 

 Kepada Puan Izyan dan Encik Zulhilmi, congratulation...may Allah bless u.

Macam-macam nak citer pasal kenduri ni. sebelum kakcik lupa, nak ucap terima kasih la sangat2 kat zuliya  yang dah berpenat lelah memastikan set meja pengantin cantik dan sedap mata memandang. abih die mintak spoon table la fork table la..goblet segala bagai. nak serve cam kat hotel tu. dalam serba kekurangan pihak kami berjayalah dicover oleh zu. kakcik x fikir lagi nak TLE apa kat zu. kakcik tau zu akan cakap zu tolong ikhlas.zu taknak kakcik bagi ape2.zu nak kakcik paham konsep je.konsep yang zu suka kenduri kendara...(dah hafal dah ayat ni sebab zu asyik ulang 5x sari)
Syukur sangat-sangat...time izy kawen dapat cuti panjang. kalau tak, mesti kesian tengok mak je uruskan itu ini. Yang si pengantin pun masih lagi bekerja hari selasa dan rabu tu. apatah lagi sedara mara yang lain yang jauh2 nu, balik sari sebelum je. tapi sebenarnya Khamis la hari yang sgt hectic. kakcik tak pandai sangat incharge tang laukpauk, keje-keje dapur ni. memang tak dilahirkan untuk expert bab tu gaknye. takat kupas mengkupas bawang tu boleh lagi la...masa ni seronok lagi kakcik menolong keje-keje dapur sebab yang ada takat zu, kakja, tok, dan mak som. masuk waktu petang dah serabut ngan kawan-kawan mak (geng2 keje spital). apa yang tak bestnya bila duk ramai2 camtu akan kuar lah soalan cepumas 10karat...dan soalan tu dah terkena kat zuliya. hihi...soalan pasal kawen la apa lagi kan...ada jodoh ada la. bila tanya banyak2 kali sedikit sebanyak timbul rasa sedih. padahal soal jodoh, Allah yang tentukan.
Waktu malam, kakcik, zu dan izy(pengantin) menumbuk inai untuk dipakai oleh si pengantin. Malam Selasa, tgh excited so decided nak tumbuk inai tu. Malam Rabu, Zuliya tunjuk skill menggiling inai guna batu giling yang masih ada kat rumah. Sebab kononnya tumbuk tak lumat sangat. hihi...hasilnya agak memuaskan la. tu yang kitorang tepek kat jari kitorang sekali. Malam Khamis, dah takde daya nak menumbuk ke giling ke...izy letak inai dalam tiub je. tapi sebab terlalu lama duk kat jari, jari izy jadi hitam!!!! masa tu kul3.30pagi malam Jumaat. punyala cuak...kakcik tolong la dia berus-berus jari die yang dah kehitaman tu...kakcik pun cuak.kalau tak hilang jugak pagi esoknya, dah cadang nak rendam dalam clorox dah. nasib baiklaaa...bila dah rendam lama-lama jari dalam air, baru la nampak kaler merah timbul. Anak-anak buah hadir membingitkan suasana. Seronok sebab nak dapat Pak Su mungkin. Kesian kat zu sebab tiap masa kene buli ngan zu. tapi zu ok je kan... rindu ngn loghat nogorinyo. oo ye zu, mak kakcik ada simpan satu baju yana yang zu bagi hari tu. mak kakcik bagi kat aliya. actually macam tak muat ngan aliya tapi sebab baju tu cantik, kitorang sepakat cakap 'muat je ni'...aliya la yang terseksa sebab kene tarik napas dalam2 supaya kempis sket perut sebab nak butangkan baju seluar tu.alahai..ciaaann die.

ayuni(pegang bunga) 6tahun dan aliya 4tahun pada 31dis ni
ok..kakcik dah takleh lame2 di ruangan kecil ni. sebab kena siapkan soalan exam..nanti sambung lagi...ni dia orang baru dalam keluarga kami....selamat datang ustaz!!!!

Tuesday, 30 October 2012

Jambul

satu pagi...layan anak buah bercerita (takde kene mengena dengan cerita musang ngan ayam ke..kancil ngan kanggaroo ke..no..no..). Ini cerita tentang anak bangsa pewaris negara.ok merapu sudaa..suspek berumur 3thn. Berat 26kg. Hobi; aktiviti outdoor.

Acik : Alia ni orang minang ke org ganu?
Alia : Alia orang minang laa.. (ye duk PD)
Acik : Ye ke? (Kerut dahi,muncung mulut).
Alia : Iye ler...
Acik : Tok?Tok org mane?
Alia : Tok org ganu laaa
Acik : Ye ke? Bukanla.Tok org India!(memprovoke)
Alia : Mane ade! (kerut dahi) Tok mana ada 'jambul'...
Acik : Jambul ??? (apa kaitan jambul ngn india???)
Alia : Ye ler..jambul kat sini ni.(sambil menenyeh2 dahi die)
hahahahahaha... rupanya, jambul yang dimaksudkan adalah tanda bulat kat dahi tu. saya panggil tambi. mak kata bukanlah. nama dia puthu.ooooooohhhh..alia..alia!

Saturday, 27 October 2012

Monolog Hati

Dunia
Medan ujian
Pada mereka yang sedar
dan berfikir
Takkan ada waktu yang disia
Dunia

Dikejar bagai tak wujud kiamat
Hingga sanggup menindas
Sepertinya perilaku itu
Takkan dihitung dikira
Kuasa
Allahlah Yang Empunya
Bukan kita manusia
Apa mahu digah
Untuk kuasa yang secebis
Sedangkan
Allah sedang menilai
Sejauhmana kita guna
Kita sebagai apa pun di dunia
Harus mahu ingat
Kita hanya hamba yang hina......~ann1012~

Friday, 28 September 2012

Meraih 27 ganjaran pahala

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

Jumaat yang barakah. Hanya dinanti bagi mereka yang mengetahui ganjaran yang pasti. 
Usai menjaga exam pagi tadi, tergerak hati untuk menitip sesuatu di ruangan kecil ini. Namun ia tak semudah lintasan hati. Memandangkan saya bukan seorang penulis yang apabila pena dipegang maka rancak jari menari. Masih mencongak-congak yang mana satu mahu ditulis dahulu. Rasa suka atau duka. 
1.38pm- Oleh kerana hari ini hari Jumaat, maka saya terpaksa merelakan hati untuk tidak berjemaah di masjid. Ya...memberi ruang kepada yang lebih utama untuk solat Jumaat. 
Beberapa hari kebelakangan ini, agak kerap saya ke masjid. Kata UAI perempuan hukumnya makruh berjemaah di masjid. Makruh kerana mendatangkan fitnah. Saya tidak menafikan. Saya cuma ingin membuat sedikit perubahan diri saya. Menjadi orang yang lebih baik dari hari semalam adalah orang yang beruntung. Pemergian saya setiap hari ke sana atas dasar untuk meraih ketenangan hati..kelapangan dada..keberkatan hidup... Mungkin ayat ini terlalu boombastic dan cliche. bimbang juga kata-kata ini akan mendatangkan buruk sangka bagi manusia lain. (Ya Allah ampunilah aku.) Menjadi insan terpilih untuk singgah di rumah Allah adalah satu nikmat walaupun ia sekadar 10minit. Apatah lagi jika selesai solat diselit dengan majlis ilmu yang InsyaAllah mendapat doa para malaikat Allah. Semoga dengan sedikit perubahan ini ianya mendapat berkat. Dikira sebagai saham akhirat. Saya fikir solat saya selama ini tidaklah begitu sempurna. Mungkin pahala berjemaah itu mampu menampung serba sedikit kecacatan dalam solat saya. Apatah lagi bagi saya terlalu berat bahu kiri memikul dosa. Setiap saat digoda iblis dan nafsu jahat yang mungkin 80% telah menggelapkan hati saya. Zahir saja nampak semua baik. Batinnya tidak terlihatkan yang busuk,jahil dan kotor itu. (ya Allah ampuni aku)
2.05pm- oopss..hati lalai lagi. jom solat!

Saturday, 28 July 2012

Balik Kampung (Bukan entry pendek)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم
Pejam celik pejam celik dah seminggu berada dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah...4x berbuka di rumah sewa,4x berbuka di kampung. Walaupun lauk biasa-biasa je tapi nikmat berbuka puasa dengan keluarga ni lain sikit. Well, Home Sweet Home... Tahun ni, taklah sunyi sangat mak dan abak berbuka puasa. ada adik yang tolong teman. kalau tak, kene ulangalik Dungun-KT cam tahun-tahun lepas. Tahun ni kene consider housemate la juge. 
Friday:
Teman mak pergi pasar. Biasanya mak beli lauk kat mini market je. Mungkin kat pasar boleh cari ikan murah. Tapi kat Dungun ni dah takde barang murah dah rasanya. Everything is expensive already. Tak kira Year End Sale ke..Mega Sale ke..Big Sale ke...tetap mahal. Tak faham la. Asal bile gaji gament naik, rege barang pun naik. macam la org gament je beli barang. Orang yang tak gament ni takyah makan ke... Malas nak cakap banyak la. Sekarang ni cakap dalam blog sendiri pun boleh kene tangkap polis.
 
 ~ onway balik dari pasar, singgah beli duyan tepi pantai. bulan puasa ni, duyan murah.boleh buat pengat duyan, juadah berbuka nanti ~

 Seharian di rumah, asyik teringatkan buah hati yang satu tu kat rumah sewa. waaaaa.... i miss u la Putih!

 ~ ni la tabiat 3suku Putih. Suka hisap kain sampai lencun kain tu dibuatnya. Cam baby la Putih ni ~

 ~ Dulu panggil Gegirl sebab ingatkan die betina.rupenya jantan.hahaha..konflik identiti tol! ~

Rasa macam tak lengkap setiap kali Ramadhan kalau tak berpuasa di bumi Kelantan. Makanya, hari Khamis akan datang kc akan join team Zaki untuk ke Rantau Panjang/Pengkalan Kubur. Harapnya jadik la community service  kat hospital Tanah Merah tu. kc pon nak Gems kan diri sendiri jugak ni. Qada aktiviti yang banyak tak leh join dulu. kalau takleh join pon, tetap akan pergi jumpa Iwani weekend nanti. Makanya, bertungkus lumus la kc siapkan kain putih ni untuk Iwani. Harapnya Iwani dah tak masam muka dengan makcik-makcik 'kubekiye' deh...Hope u like it!


Tidak lupa masa-masa terluang di rumah diisi dengan aktiviti membaca. Sekarang ni sedang giat mengkhatamkan buku akhi Hilal Asyraf 'Batu-Bata Kehidupan'. I like. Ada masa nanti kc akan buat kupasan tentang isi buku ni. sangat terkesan. good job hilal. U gave me the spark as u wish. Sempat juga tadi membeli majalah Al-Ustaz isu 4 dan Solusi isu 45 (terlupa nak beli hari tu.seb baik ada stok lagi).


Akhir kata untuk entry ini, teruskan beramal di bulan Ramadhan ini. Kerana belum tentu kita akan bertemu lagi Ramadhan untuk tahun depan. Wassalam

Thursday, 7 June 2012

Family gathering

Bismillahirrahmanirrahim...
Ini cerita anak-anak dara makcik kiah ngan pakcik spiyan. alhamdulillah, nampak dah lega sket muka mkcik kiah bila sorang anak daranya dah dipinang orang. tak lama lagi dapat menantu lelaki la maknye..keseronokan itu berganda-ganda la bila anak pempuan yang sorang lagi pun akan melalui saat manis yang sama 2minggu lagi. jadi tinggal la si kakak 'terkending2' (ayat tok) kat rumah. si kakak buat2 tak kisah je. ok...layan gambo yang tak berapa nak hado ni..






 masuk cerita anak-anak dara junior ni pulak. dua-dua hiperaktif. bile bercakap, bingit telinga sebab dua-dua hi-pitch.
ini aliya....masa dolu-dolu.cute..kecik..comel je.sekaraaaaanngg...................................
 naaah..itu die.besar dari kakak uni dah.
 oooiii..budak 2 orang. watpe haa?

 

niat nak mengepos video dorang nyanyi lagu awak nano..nano..nano..tapi tenet slowmo..huh

Tuesday, 22 May 2012

Update 1 Rejab 1433

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

update sket...
malas nak karang. update dengan gambo je la. 
 
16Mei-selamat hari guru untuk semua yg bergelar guru. last jumpa cikgu sekolah masa gi ziarah arwah makcik. cikgu kelas form3.cikgu sakinah. thanks cikgu. yg lain-lain tak tahu dah kat mana. cikgu-cikgu kat MRSM K.Berang...cikgu zaiton (AddMath), Miss As, Cikgu Rohamizan (Bio), cikgu Ghazali (Kim)..suke ketuk student ngn pembaris... auwwweee..sampai ke degree saya tak pandai kimia.hahah..tapi bukan salah cikgu pon. saya yang benok. sempena hari guru ni, saya dengan bantuan saibah bertungkus-lumus menyediakan cenderahati untuk semua academician di kolej. semoga anda semua kekal lama di sini atleast sampai dapat award 10tahun bekerja n dapat gi umrah free.(tapi saya nak gi tahun depan....huhu.camano?)

 
nampak cam cenderahati orang kawen kan? SHS color purple..boss pilih.

oh..tak lupa cenderahati untuk boss besar. saya deco dengan penuh kasih sayang tu..

Minggu lepas jaga exam hari Jumaat. Bermakna hari Sabtu dan Ahad cuti. maka dapatlah pergi kenduri di rumah k.ros di wakaf tembesu. pastu baru balik dungun with my loving cutiest kittens. sumbat lam bonet je dorang. 2bulan lepas rumah masih lagi under renovation. ada la ejas sana sini sket. nak buat kenduri la katakan. tuan punye kenduri adalah adik bongsu, izy..umur 21 dah diberi jodoh. alhamdulillah.

ni keadaan rumah 2bulan yang lalu...

tadaaaaa....rumah dah siap!dah boleh main lompat2 dah kat depan tu. dah cat keliling rumah dah. rajin ungguh cik Izy kite...kakak jadi pemerhati bebas je. tak nak campur tangan lebih2. di waktu kritikal seperti ni lebih baik banyak diam dari menyibuk. kang tak pasal-pasal diterjah dengan soalan yang bukan-bukan. bopoluh den nak jawab kang..adik pompuan yang sorang lagi pun dah tetap tarikh untuk keluarga si bf die datang merisik. bulan ni jugak. setelah dihitung congak by end of this year, kcik akan dapat 2 orang adik ipau ler..tahniah-tahniah kepada mak dan abak sbb dah lama nak menantu. 2012 terus dapat 2. nak harapkan anak pompuan yang sorang lagi tuh..huh...tak merasa la dapat menantu. masak...FAILED!

 
apehal la pulak kc letak gambar ni nih...oh itu sebenarnya idea.idea nak siapkan frame gambar yang nadia tempah. cuti baru ni, orang lain sibuk buat hantaran, kc buat frame.the idea is nak yg polkadot. ktungg.ktaanngg..ktung..ktaanngg..
dah siaaaappp!
Inilah hasilnya.camana?ok?

 
the one and only...eksklusif utk nadia sowaaaaaaaaaanng je.

  
dah siap buat frame, keluar bilik tengok cuaca cerah je. ape lagi...masa untuk kerjakan kitty-kitty sekalian.

Bath time!!!!!!!!!!!!! ni dah sesi hair drying dah ni. uurrmmm..wangi!

tamat sudah entry untuk bulan 5 ni. jumpe lagi bulan depan.muahahahahah...
dan pesanan dari penaja untuk penaja dah rejab dah ni. Sile habiskan qada' puasa yang masih berbaki. InsyaAllah sempat la puasa sunat Rejab dan Syaaban.

Tuesday, 17 April 2012

NOKIA 6700slide

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Entry ini khas untuk menceritakan tentang handphone yang dah lama tak terusik ni. Handphone yang paling mahal yang pernah dimiliki oleh kc (tak sampai seribu pun.... ;p). Maka memang patut pun walaupun sehingga kini kc masih sayang handphone ni. Walaupun ia pernah rosak dengan kroniknya sehingga telah diisytiharkan 'arwah' tapi kc tetap simpan baik-baik. Mungkin kerana kasih sayang kc yang tak pernah padam, handphone ini dengan izin Allah ia 'hidup' kembali.haha...



handphone ni rosak sebab masuk air. dengan sedaya upaya kc lap-lap pastu hantar kedai tapi tuan kedai kata dah tak boleh repair. hati sangat kaciwa masa tu. duk pikir duit jugak pasal kene beli handphone baru. oleh kerana gaji bukanlah beriban-riban...kc pun beli la Samsung Corby II yang rege 310 (259 dah sekarang..)




Kesimpulannya, kalau hs rosak masuk air, jangan terus buang. Perap dulu sampai 5-6bulan...berserta doa dan tawakkaltu 'alallah...manalah tau kot-kot boleh guna lagi kan..

*********************
hargai pemberian orang. PEACE!

Monday, 2 April 2012

AL-USTAZ

Selamat hari Isnin...

Baru lepas merayau bandaraya warisan pesisir al-asbab mencari majalah al-Ustaz. semalam dah menjenguk ke Pustaka Sri Intan tapi tak ada. Di gerai dalam Giant juga tak ada. Teringat satu kedai buku-buku agama bersebelahan CIMB. Tak berkesempatan lagi nak pergi situ memandangkan tengahari macam ni susah nak dapatkan parkir (guna bahasa buku der..). Edisi perdana (Isu no.1) biasanya agak laris. takut tak sempat beli. Want it badly. 
Persoalan : Ada ka masa hang nak baca?
Jawab : Beli dulu baca tak pe bile-bile pon. Kalau tak beli dulu, langsung tak dapat baca, ye dak???

Secara jujurnya, ada banyak lagi buku dan majalah yang belum dibaca kat runah tu. buku Misteri Jodoh yang pinjam dengan Iwani pon belum sampai separuh. Bagi zuliya pinjam dulu. Buku Ustaz Pahrol, Tentang Cinta, Beduk Diketuk, Nota Fikir Zikir (macam salah je tajuk buku ni...maaf ustaz. sila google sendiri kat blog ustaz k!) lagi buku...Ya Allah Aku Tak Ingin Sendiri, La Tahzan (main), La Tahzan: Motivasi Wanita (hadiah dari Iwani) dan beberapa lagi buku yang ada semuanya menunggu turn untuk dibelek dan dihayati. Bulan lepas bajet buku sangat over the limit... hundred ++..jadi bulan ni, saya cut untuk beli majalah Solusi (RM10), Ayat Manzil (RM2.50), majalah Imam (RM7) dan majalah Al-Ustaz je. Yang ni belum tahu lagi harganya. RM30 setiap bulan untuk sesuatu yang bermanfaat tak membebankan pun.

Persoalan : ada apa dengan majalah al-ustaz? Best sangat ker?
Jawab : Majalah tu biasa je macam majalah agama yang lain tapi bila ada penulisan dari ustaz don ye jadi best giler. hahahah. (sasau dah)

mood berblogging semakin memuncak sejak ada blog baru ni. dan saya juga berjaya mempengaruhi rakan kejiranan saya untuk aktif kembali berblogging. happy bila dapat bantu insan-insan yang memerlukan bantuan kerajinan saya menggodek javascript walaupun bukan tau sangat pun. agak beku juga otak sebab dah lama tinggal. long...long..long time ago hokey.
tahniah buat tuan tanah blog tapak kaki sebab blog anda sudah ada nama. cantik template... ;p. customer saya yang tak cerewet sangat berbanding tuan tanah blog diadiya. 5minit sebelum abis keje baru jumpa template yang dia berkenan. huh....

ok..selamat berblogging uolls..

Saturday, 31 March 2012

Bingung

Bismillahirrahmanirrahim..
lama tidak menulis kata hati..rutin diri..di ruangan kecil ini.sungguh.tidak tahu mahu tulis apa dan bagaimana.tapi tetap mahu ada blog.sebab di sini tempat saya mengcopypaste ilmu-ilmu yang saya dapat dari segenap sumber.baik dari buku,majalah,facebook,blog atau apa sahaja media.akan saya simpan untuk santapan rohani kini dan selamanya. insyaAllah.tiada langsung niat untuk meninggikan rating,follower,atau jadi kaya dengan ads ...sebab tu tiada nuffnang..tiada follower di ruangan saya.hanya ilmu yang saya mahu kongsi dan insyaAllah diamalkan sekali. berkat ilmu insyaAllah pahala ganjarannya. memetik kata-kata dari buku Rabiatul Adawiyah, janganlah kita melakukan sesuatu ibadah hanya kerana mengharapkan balasan dari Allah. beramallah kerana Nya Tuhan Yang Satu kerana kita hamba. Allah Pencipta. Selayaknya kita berkhidmat pada Pencipta kita seikhlas mungkin.

Esok 1 April..
Teringat zaman sekolah dulu selalu buat April Fool pada kawan-kawan. Zaman nakal. :)
Ada yang kejut kawan pegi sekolah pukul 2pagi..
Ada yang letak pad dengan kaler2 merah (konon darah haid) dalam loker kawan..
Niat suka-suka tapi silap haribulan boleh gaduh wooo..No good. Dont do stupid things twice. Or you'll be double stupid! 

Financial status : so..so..
Kereta dah. Rumah dah. Bil astro 2rumah belum. broadband belum (ooppss..yang ni saya nak delay sampai 25hb. due 18.saja nak bagi peringatan sikit dekat adinda botak bahawasanya kakanda adalah pemilik BB yang sah. kuasa dan hak mengguna 100% ditangan kakanda ye...biar kene block seminggu dua. saja nak tengok adik ada inisiatif tak nak bayar.tau guneeeee je!)
sebut pasal kereta, tengah fikir-fikir lagi ni nak tukar ke idak tayar 2biji tu. hmmmmmmmmmmm...sakit!
trip ke langkawi yang dipaksa pergi tu perlu dibayar 60ringgit esok. 
TV yang mak dah hantar baiki ni 130. belum langsai jugak lagi.
PTPTN 150 (last month tak dapat bayar). so bulan wajibal ghunnah ler!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
tak suka la poket asyik kering je..

The Moment

The Moment
13~12~13