Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, 8 October 2017

Syoknya shopping barang baby

Ahad punya mood ni paham-paham je la. Nak buat kerja ofis pun takde semangat. Baru lepas buat sesi face to face dengan alumni DTMP plus ex-mentee. Semoga apa yang aku bebel terserap di hati. Bagi cerah siket mata hati diorang. Hidup sekarang tidak mudah. Banyak benda nak kena pikir. Bukan duit sahaja. Quality time dengan family and future family. Bukan pikir cara nak langsaikan hutang PTPTN sahaja. Umur muda kena progress study dulu. Nanti dah tua, malas nak mengadap buku tu toksah cakap la. Unless u  be the teacher. Ngadap buku la sampai pencen. muahahaaahaaa...

Frust sungguh la hari ni. Nak buka web shopee tak boleh, LAZADA tak boleh, Facebook pun macam hareemmm je. Mood nak shopping dari 200% terus merudum tinggal 20%. pfttttfttt...

Now misi nak completekan keperluan baby je. Almaklumlah, baju newborn dulu banyak pinjam orang punya. Tuan dia dah ambil balik. So kene cari lain. Atleast untuk 0-6m ade 10pasang baju siang n 10pasang baju malam. Semalam balik dungun, ambik 3pasang yang sedia ada. Beli sepasang. Kat sane tak banyak kedai baby. Tak de pilihan sangat.

Total baju unisex NB yang dah ada :
lengan pendek suor pendek- 4pasang 
lengan panjang suor panjang -2pasang
lengan pendek suor panjang - 2pasang
selimut - 1helai
Tuala - Bajet RM20
Tuala kecil - Bajet RM6
Barut - Bajet RM35
Bedung/Swaddle - Bajet RM100

Total Bajet RM170
 

no word

💔💔💔💔💔💔

Thursday, 5 October 2017

Mini Projek untuk si kakak

Masuk 3rd trimester

Too busy with office cores sampai tak sedar progress baby dalam perut. Bad mommy 😔. Check up pun selalu tak ikut timing. Kejap je masa berlalu. Rasa cam tak puas pulak jadi preggy mommy. Tup-tup dah nak meletup. Macam mana la agaknya penerimaan kakak nia dengan 1st adik ni. So far kakak nia selalu je hai hai adik dia kat perut ni. selalu gosok-gosok perut and cakap saaayaaanngg adik. tapi umi still nervous. Coz kakak Nia selalu nak melekat ngan umi time nak tido.

Kakak Nia dah masuk 2y 5m sekarang. Umi quite impress dengan perkembangan kakak Nia. Dah tak takut sangat kat uncle-uncle dia. Dah tak tutup muka tengok cousin dia yang badan ala-ala The Rock tu. Selalu merajuk tapi rajuk versi kelakor. Ayat dia, " takmo kawan nia.."(sambil peluk tubuh n tunduk bawah dengan mulut muncung siput)😁 maksud die takmo kawan umi/abi.Umi pon agak lega sekarang sebab abi Nia dah kurang bagi phone kat anak. Tu pon lepas screen phone retak seribu angkara si kecik. Haa..serik ler tu. And somemore Nia pon dah kurang mintak pasang Didi N Frenz kat TV (cucuk pendrive). Kalo mintak phone ngan umi pon sebab nak guna apps doodle and nak tengok video-video yang umi record je. Video kakak Nia mandi kolam dengan cousins, naik train, tengok kuda, video baby mandi, and gelagat-gelagat dia masa kecik. Jadi sambil tengok semua tu, we keep talking to each other. She asking itu ini. Bercerita pulak kat abi dia. Tidaklah anak tu mengadap gajet macam tak hengat doniya kennn..

Umi and abi dalam proses nak buat playroom untuk kakak Nia. Ada buaian, meja kecik untuk 3-4orang duduk, bookshelf, rak for toys, alas dengan foam mat, pastu nak tampal wallpaper siket. Nanti-nanti kalau ada bajet lebih umi nak beli papan gelongsor. Ni pun tengah survey-survey kat lelong or cari kat bundle shop je. Jimat kannn...Dalam sibuk-sibuk bekerja ni umi tak nak la kakak Nia rasa terabai. By the way mini projek macam ni la buatkan hidup umi rasa sedikit terisi dan bermakna. I love it. I enjoy doing it.

Buku aktiviti : Tracing Line
Just letak dalam file dulu. Nanti akan dilaminate.

Vocabulary book
Copy paste dalam powerpoint je. pastu edit background letak muka kakak Nia. Happy sangat la tengok ada muka dia plus seronok tengok gambar colorful.

 Iqra' : gigih cari iqra ni. Colorful. Thanx Ustazah Liana. 
Semoga dilimpahkan rezeki buat ustazah sekeluarga.
Iqra ni haruslah kena laminate juga. 

Sekian, progress mini projek kakak Nia. To be continued...

Wednesday, 21 June 2017

The second

Hari ni check up kat kkia. Masalah Hb lagi. Malas nak cakap banyak. Berat pun turun. Standard la bulan pose. Alhamdulillah i is sejenis manusia yang xde nafsu makan melampau. Tapi kalau dah teringin, masa tu je la makan banyak sikit pun. InsyaAllah pas raya, xkena bebel lagi ngan misi. Kekekekeeee

Raya2017

Ramadhan 26

Malam ni malam ke27. Malam ganjil. Antara malam kemungkinan lailatulqadr. Masih gigih memburu walaupun ada yang kata, dah lepas la bro... Kalau dah lepas sekalipun, bukankah kita masih berada di bulan mulia? Masih ada ruang untuk menagih rahmat Allah.

Sebenarnya di sudut kecil ini, hajat di hati nak meluah rasa. Tapi tetiba terjentik dek kata2 media sosial bukanlah tempat terbaik. Tapi aku pasti Allah maha mengetahui andainya tidak ku coretkan di sini sekalipun, DIA maha tahu. Kekesalan jiwa.

Hampir sebulan. Ada target tercapai, ada yg tidak. Berusaha sedaya mungkin jadi teman terbaik. Mungkin tidak sebaik orang lain. Tapi aku mencuba. Dalam lelah dalam lesu langkah kaki kugagahkan jua. Demi sedikit rahmat dan pengampunan dari yang maha esa. Andainya keinginan ini keinginan bersama pasti ia lebih mudah, lebih bahagia. Rajuk hanya mampu kupendam. Tapi Allah maha tahu. Ya Tuhan. Pujuklah hati ini utk bersyukur. Untuk aku redha. Sesungguhnya ini adalah anugerah.

Monday, 8 May 2017

kosong

Hidup ini tidak mudah. Duduk di bawah dipijak, berdiri di atas ditemplak. Hidup adalah pilihan. Jadi bodoh atau pandai. Hidup atau mati.

Sunday, 26 March 2017

Mikimikimaus

Baby is sleeping. Mood lipat kain datang tiba-tiba. Dan tiba-tiba juga the mikimaus melintas depan mata. Aaarrgghhh.. Berani sungguh dia. Tak jadi nak lipat kain. Terus lipat lengan baju, cari gam pelekat tikus, cari board, cari kepala ikan masin dalam peti ais. Tak tahulah mengena ke tak. Ok sambung lipat kain baju semula.

Monday, 6 March 2017

Nia

 my lady boss

Betullah. TUHAN kurniakan anugerah ni sebagai satu ujian. 
Ujian kesabaran, kewangan, kematangan, kesihatan, kesungguhan, kekuatan iman dan kebergantungan kita pada yang Maha Esa.

Lately, umi banyak tinggalkan Nia pada abi. umi selalu travel sana sini atas tuntutan kerja. Maafkan umi. Umi cuba untuk tidak terlalu kerap balik lewat tapi kalau dah travel sampai merentasi negeri, tak boleh nak buat apa dah. Umi harapkan Abi je untuk take care of you. Umi tau, Abi memang pandai jaga Nia. Boleh diharap. Tapi Umi tak nak la sampai Abi merungut atau mengeluh satu hari nanti. Manalah tau kan. Manusia boleh berubah. Dari sayang jadi benci. Dari benci boleh jadi sayang. Sentiasa beringat. Kita tidak pernah memiliki apa pun. Tidak anak, tidak suami, tidak rumah, tidak wang ringgit..bahkan jasad ini pun hanya pinjaman semata-mata. 

Love,
Umi💕

Alhamdulillah dah lepas satu

Alhamdulillah. Berjaya buat pembayaran penuh selepas bertahun-tahun pakai kereta. Syukur sangat. 😊 Dah kurang satu komitmen. Dengan bulanan 350 tu macam-macam boleh cover. Tapi kalau sumbat dalam saving pun bagus juga. mungkin pasni boleh pikir untuk buat house loan pula 🏡. cuma untuk tahun ni. kc nak rehat dulu dari loan ni. kalau ada rezeki tahun depan la nak intai-intai pasal rumah. 

bercakap tentang rumah kc dah dapat semangat baru. semalam bermula hobi baru kc which is berkasih dengan pokok bunga. 🌱🌹 haha. sebelum ni memang teringin sangat nak tanam pokok n nak deco depan rumah tu. tapi banyak sangat kekangan. dapat pokok lada, orang curi.💔 dapat pokok aloevera, orang buat kianat. yang sedihnya, pokok tu orang beri dengan kasih sayang. tapi sampai kat tangan kita, rosak camtu je. 😞 Pasni, harapnya tak berkubur la pokok2 bunga kc yang baru ni. dapat 5pasu dari ayahnda bonda. memang sporting abih la ayahnda sebab bagi anaknda pokok2 dia. perasaan sekarang ni jadi cam tak sabar nak balik kerja nak mengadap pokok2 ku. heeeeee

Berbalik pasal car loan tadi sebenarnya ada lagi hal yang tak settle dari segi geran. kc pun tak tahu lah memang prosedur bank lain pun cam ni jugak ke canne. hakak kena buat surat rasmi bagai to request surat pelepasan, e-batal n transfer geran ke branch K.Trg. kena email and scan surat tu as for attachment to hirepurchase dept. RHB PJ. ok..nampak tak rumit tu di sini. hohohoooo... takpasal-pasal kena bukak buku teks bahasa melayu form5 sebab nak cari format surat rasmi.hahaha...ok.joke tak jadi. haramjadah lect taktahu tulis surat rasmi kennnn. buat malu kat ayam je. ok, bila nak taip tu....hmmmm....krik.krik.krik

Tuesday, 24 January 2017

Testing2 lagi

Sambil-sambil tunggu Pengetua keluarkan arahan ajak pi dating. Semalam    balik lambat gara2 siapkan proposal budget program dgn bigboss. Hari ni punye plan kena pegi jumpa seseorang Kat TTI. Happy working rai. Peaceeeeeee♪ ♬ ヾ(´︶`♡)ノ ♬ ♪

Posting via OPPO

Wow.. Advance pulak hari ni.membelog dr hp jak. Haha. Ape punya jakun la makcik rai ni. Ok. Testing je. Xde idea pn nk tulis ape. Boobaiiii

Sunday, 22 January 2017

Playhouse Rania

Meniti hidup yang bersisa

Dah masuk minggu terakhir bulan Januari 2017. Kejap je berakhir semester break. Tapi kerja kami tak pernah pun break-break. Baik kerja kat ofis apatah lagi kerja-kerja rumahtangga. Sebetulnya emosi tak baik-baik lagi sejak disember. dah 2bulan kot. bila mood tak ok, semua hal serba tak kena. sama je peel macam nia. 

hmm...kemurungan betul mak.

dalam kemurungan tu, just nak share satu benda yang mengubat kemurungan. 

DIY playhouse for Nia. 

Rania's Playhouse

Gigih umi cari kotak peti ais ni. minta dengan orang tu minta dengan orang ni, akhirnya dapat la jugak. Suruh suami pi angkut dari rumah encik Bob, 3hari 3malam la umi tunggu. Last-last umi angkut sendiri. Dah dapat kotak baru nampak effort bapaknye nak menolong. ketung-ketang-ketung-ketang...siapla juge. 

Untuk wallpaper, umi wrap guna yg DIY punye. 2roll dinding, 2roll bumbung.part ni mencabar. nampak je senang. lekat-lekat je kan. tapi sebabkan kotak tu dah kemek-kemek plus sambungan tu tak kemas, maka payahlah nak kemaskan wallpaper pd kotak tu.tapi alhamdulillah, siaplah jugak. Dah dirasmikan pun oleh ma'am besor kite Princess Rania Zulaikha. Yeayyyy

Step seterusnya, tinggal nak deco-deco je la. 


notalapkaki: habih tu takkan tiap kali i murung i kene buat playhouse ni...penuh la rumah!wakakakakakaaaa

Wednesday, 18 January 2017

Nia yang dulu dan sekarang

umi rindu nia masa nia besor ni. baju ni punye la kecik. tapi awk lagi kecik dari tu. 
cari tangan cari kaki pun tak jumpa. haha


ni rakan sebaya awk. kecik pale2.. sekali orang sebeloh tu balik tubuh atah awk, naya laa.haha

tapi anak umi ni tak mudah mengalah. 
growing so fast.
sampai memang nampak sebaya dah dengan kazen awak tu, sihusna.
cuma husna ni petah lagi dari rania. 
rasa geram-geram je nak cubit kalau dengar dia berceloteh.

Rencah hidup awal 2017

2017-hidup diteruskan tanpa kehadiran seorang adik. selama arwah hidup tak pernah pula rasa rindu begini. betullah kata orang, rindu yang paling sakit adalah rindu pada yang orang dah tak ada. hanya doa akak kirimkan buatmu. moga adik tenang di sana. sesekali terkenang mengalir juga air mata ni. bangun tidur pagi ni naik newsfeed coretan sahabat adik tentang adik. pasti beliau sangat rindu pada adik. beza kami, beliau mampu bercerita tapi akak tak. Izzah, maafkan kak ang.  T_T



Tukar topik. Mata masuk habuk...


Payahnya jadi seorang 'aku'. Tak suka, penat, merajuk, bengang bukan nak cakap. Ni lah masalahnya bila payah nak bersuara. Dan bila tak bersuara masalah dipendam sampai jadi pekasam. Sampai berulat-rulat la kat dalam tu. Bukan jenis pendiam sangat pun sebenarnya. Tapi kalau dah lawan tu jenis yang membidas je kejenye sia-sia je bercakap. Tak pun dapat lawan yang jenis kita cakap tapi takde respons, ye pun tak, tak pun tak. Anjakan usia ni membuat aku selesa memilih untuk diam. biarlah sakit hati. biarlah menjeruk. biarlah biarlah biarlah...dah orang pun tak nak duduk berbincang. tak nak tanya. tak nak ambil tahu.

lately rasa sangat kehambarannya. sehari boleh dibilang dengan jari sepuluh patah  kata yang keluar. itupun bila ada manusia lain yang takde kene mengena dengan telenovela ni. seboleh-bolehnya tak nak menjebakkan orang lain. 

kali ni aku nekad untuk cari rumah. permohonan rumah melalui permint,pr1ma seme dah dibuat. tunggu je la rezeki dari Allah Taala. Buat masa ni, pulun balun cari rumah sewa. tu je ubat emosi aku sekarang. andai la diri tertanya-tanya kenapa berubah, ini jawapannya. i need my home. not just a house. selagi tak pindah selagi tu tawa dan senyum menyembunyi. rajuk panjang aku kali ni. 

mungkin juga emosi aku tak stabil sekarang buat aku pikir macam-macam. tapi suara hati isteri kadang ada betulnya. aku tahu rumahtangga pasti diuji. dah lama aku perhati. dah lama aku simpan. aku pun tak tahu apa pilihan yang terbaik yang Allah dah rancang untuk aku. Kata ustaz pahrol, kita perlu berani melepaskan.huuuuuuuuuuuuuuuuuhhh

Thursday, 12 January 2017

Diam

something fishy here. tapi tak terluah. tak tertanya. diluah meletus. disimpan merana. Allahuakbar.
pasrah takdirku begini. sounds so negative. urghhhhh...

Tuesday, 3 January 2017

1984-2016 Dalam kenangan

belum masanya untuk update. belum ada kekuatan. genap seminggu beliau pergi. dunia masih hambar. tapi dalam ratap hati perlu tabah. ada jiwa yang mahu dipulihkan. ada jasad yang perlu dipimpin sebelum rebah. ada mata yang perlu disekat genang air di takungan. aku perlu kuat. aku perlu steady.

Wallahi...aku rindu

The Moment

The Moment
13~12~13