Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, 27 December 2012

Layan lagu sekali....


Lirik Lagu Everything I Need – Randy Pangalila

You are my love
You are my life
You are my everything i need
I give you my heart
I give you my soul,
In every way…
Hati merasa sepi
Bila ku jauh
Dari sentuh cintamu
Ingin selalu ada dekatmu
Selalu ada dihatimu
Jangan tinggalkan
Dan jangan kau lepaskan..
Tuk memelukku! Dekatku!
Di setiap detak jantungku…

150 juta kali (lirik)


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


Saturday, 22 December 2012

20.12.2012-kiamat mengikut kalendar kaum Maya




Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/22
 

BEBERAPA wanita yang mengecat hijau wajah mereka berlindung di Kampung Bugarach di Perancis yang dianggap sebagai tempat selamat daripada kiamat.


 
LONDON: Jika anda masih hidup pada hari ini maka jelas ramalan kaum Maya bahawa dunia berakhir semalam ternyata silap.
Pakar mendapati bahawa kalendar Maya meramalkan semuanya berakhir tepat jam 11.11 malam semalam.

Bagaimanapun, hari ini dunia masih ada dan hari masih berterusan. Puluhan orang yang membanjiri Kampung Bugarach di Perancis kerana menyangka mereka berada di satu-satunya tempat paling selamat daripada kiamat boleh pulang ke kediaman masing-masing.
Di tempat persembunyian lain, termasuk peluang untuk menyewa kubu bawah tanah Josef Stalin dengan harga AS$1,500 (RM4,590), mereka juga boleh pulang ke rumah. Bagaimanapun, mereka yang menyewa kubu 210 kaki bawah tanah itu bernasib baik kerana akan memperoleh 50 peratus daripada bayaran itu kerana kiamat tidak berlaku.


Sementara itu, di Serbia, tempat perlindungan di Gunung Rtanj yang berbentuk piramid dibanjiri golongan fanatik. Legenda tempatan menyatakan gunung itu pernah menelan ahli sihir jahat yang hanya akan dibebaskan pada hari kiamat dalama bentuk bola api. Bahagian dalam gunung itu kononnya menjadi tempat selamat untuk berlindung kerana dipercayai ahli sihir terbabit akan memusnahkan seluruh dunia.

Sementara itu, beberapa lombong arang batu lama dibuka sebagai ruang selamat untuk puluhan yang tiba di situ.
Sirince, perkampungan kecil di Turki yang terkenal dengan wainnya, juga dianggap sebagai lokasi selamat ekoran kawasan itu hampir dengan tempat di mana Virgin Mary kononnya hidup hingga dia meninggal dunia.

Di China, ramalan itu sudah pun menimbulkan masalah apabila pihak berkuasa negara itu menahan lebih 900 orang minggu ini.
Sekumpulan penganut Kristian berdepan masalah apabila menyebarkan khabar angin mengenai dunia akan kiamat menerusi risalah, cakera padat, buku dan bahan lain yang kemudian dirampas.

Mereka yang ditahan dilaporkan adalah kumpulan Almighty God yang juga dikenali sebagai Eastern Lightning. Pihak berkuasa di Qinghai berkata, mereka melancarkan operasi terhadap kumpulan itu dengan mendakwa mereka menyerang Parti Komunis dan kerajaan. Imej palsu bandar raya Sydney ditawan meteor berapi dan makhluk gergasi tersebar luas di Internet.

Lima individu hippie, termasuk seorang yang mengacukan pistol Taser dihalang polis Perancis ketika mereka cuba memasuki Bugarach. Kampung di kaki banjaran Pyrenees itu dikatakan mengandungi garaj UFO yang akan membawa orang ramai keluar dari bumi ketika kalendar Maya berakhir. Pengikut hari kiamat di sini yakin bahawa tidak akan ada tarikh 22 Disember untuk semua kecuali mereka yang melarikan diri ke desa yang mempunyai 189 penduduk itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
P/S: Tiada yang lebih benar melainkan al-Quran itulah sebenar-benar petunjuk.

Dalam hati ada taman


Bismillahirrahmanirrahim…

Tak pernah rasa se’stress’ ini nak tulis blog. Asyik tekan backspace je. Atoiii..harap pergerakan jari tak berhenti setakat 2baris. Dekat setengah jam juga mengadap screen putih ni.kosong. tapi sebenarnya otak tak kosong. Otak penuh dengan isi. Hati? jangan cakap. full loaded with varies of feeling.waaahh..gitu! dalam hati bukan je ada taman (ofcourse la taman bunga kan), tapi mungkin juga dah ada zoo.hihi. takmo citer lebih-lebih. Lately ramai sangat yang buat part time translate hati orang. Kalau job tu boleh buek org jadi kayo, esey pon bominat. Tapi keje mentranslate hati org ni mencabar juge. Bukan senang   tapi kalau dah menyengih 60sX60minX24jam tu pasti mudah orang menjangka apa yang bergolak dalam hati. 
(ok.. progress yang baik ni. lebih dari 2baris. tititititih...)
Sebenarnya lebih mudah menulis blog ni kalau props tu ada. Yela..mak encek. A picture speaks a thousand words. Masalah problemnya kc takde ‘props’ tu. Aaarrrgghhh…stress! Satu-satunya prop yang ada adalah sekuntum bunga yang penuh kontroversi. Dari yg tukang plan..tukang beli dan tukang bagi..oh ye, tak dilupakan pada yang tukang gelak sakan…anyway kc perlu ucapkan terima kasih pada semua. Na, ziana, nadia, yana, miza, ira, wan, zaki, saibah, fizi, bob, poji dan last but not least en.k kite la :) . kalau watak utama takde, sian la kat en.bob takde modal nk ‘mapuh ambe ork’… walaupun niat dihati nk menikmati juadah stimbot tu sesungguh hati..nak melantak sampai tak larat nak bangun, tapi akhirnya niat itu terkubur begitu saja. Nak kenyang camana kalau nak angkat muka pon tak mampu. Kihkihkihkihkihkih….teruk aku kene kali ni. Ok let start the story from the beginning.
Ini adalah cerita tentang sambutan harilahir yang penuh dengan misteri. Kenapa misteri? Sebab die berselindung di bawah storyline staff activity iaitu makan stimbot di rumah mieza. Macam biasa kc akan follow aje apa yang telah dirancang. Orang minta duit bagi je tanpa banyak songeh. Jadi memang tidak terlintas agenda yang tersirat. (biasanya aku yang jadi tukang plan). Yang si K ni plak ye ye je tanya ade ape kat rumah mieza. Punyalah duk mesej ngan die dalam kete tu. Cesss..kurang asem betul. Haaaiiihhh..now I know (aku spesies bendul jugak upenye..). dahlah gitu..benti kat kedai runcit beli air batu tu pun, boleh pulak tak nampak kelibat die. Terasa diri tak macam Nora Zain dah. Stresss.. Sampai-sampai je rumah mieza nampak kete bob, yana n zaki. Dalam hati, ok..aku lambat. Jadi terus masuk dan memulakan proses memenuhkan perut. Sambil2 tu duk main ngan baby amani. Masa bob duk tanya , kc..x ajok k ke? dan sempat aku membalas, nape nk ajok die nye…tup2 terus dengar dengar seseorang menyanyikan lagu birthday…(actually boleh plak aku fikir birthday sape hari ni???) tu yg jadi cam blur tapi 3saat je la sebab dah nampak yang bawak kek tu adalah k kan….hihihihihihi (laptop ni dah menyampah gaknye tgk aku cam org giler duk senyum kambing dari tadi…


Maka gamat + riuh ‘berdaung’ la rumah mieza meraikan kejayaan TLE yang telah diplan baaaeeekkk punye tu. Makin menjadi-jadi la acara usik mengusik bila lagu mohabbatein direquest.hang ok ka k…? harap hangpa tak simpan dalam hati la no. usik mengusik menjadi hiburan seisi keluarga. hahaha… ni kalau sambil2 drive DJ putaq lagu mohabbatein, mahu tersengih2 dalam kete. pasti bukan kc je...alaaa…tau la. Oh ye, di sini saya nak ucap terimakasih yang tak terhingga (kekekeeee..mcm surat penghargaan la plulok!) tq k musing ketang cari keda bunga op kakna punye akalan…dakpe. Ni kali terakhir k wak kijean gini. Pahni adok dohla. (1st time beli bunga ye.tihtihtihtih…naka).
Gitula ceghitenye.sikit dohla.hok obvious berlaku depan mata boleh la cerita di corner kecik ni. Yang tak berlaku depan mata, antara kami2 dah la ye :) (ye dok wi kabo.lalalalalalaaaa :) ). kes lagu bollywood tu antara percubaan je nak tengok sejauhmana gossip menjadi endemik. “Hok tu pon dok cekak nok doh…
^_^



Yg baik datang dari Allah, yg lemah dari kc sendiri hakikatnya semuanya dari Allah jua.
Salam merebah pena…
Salam penutup bicara…

The Moment

The Moment
13~12~13