Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, 19 February 2014

LCCT KLIA ke KKIA

Salam bloggers..

Bercerita tentang trip ke sabah.

Perancangan ke Sabah ni kc buat sejak Julai2013 lagi. Booking awal sebab masa tu promosi 5sen AirAsia. (Thanks Air Asia...now i believe everyone can fly..hihi..) Masa tu tarikh nikah pon belum tetap lagi tapi tawakkal je. First time booking tiket flight using my credit card. Ingatkan dah tak jadi dah sebab berlaku sedikit masalah dalam penempahan tiket tu. Lupa nak verify booking dalam email. Nasib baik kawan-kawan ofis bagi support suruh kami ke kaunter AirAsia kat airport KT. Alhamdulillah settle pasal tiket.
Masalah cuti pulak. Kc memang plan betul-betul sal tarikh ni sebab tak nak mengganggu masa akademik. Tup-tup..tarikh tu jatuh pada waktu final exam. mati kutu jugak mula-mula tu duk pikir camano nak apply cuti. Tapi asben kata, try je dulu. mana tau Allah permudahkan. haa..kan betul! Allah permudahkan untuk kami. lepas cuti dah approve barulah kami cari tiket bas dari KT ke Shah Alam.

Pasal penginapan di Sabah, kc booked melalui Agoda.com. Satu kat Kundasang..satu lagi kat KK. di Kundasang macam-macam resort ada. nak yang murah, mahal, atas gunung,  dalam hutan, kaki gunung. Antara yang menjadi pilihan bloggers ialah Kiram village, Kinabalu Pine Resort and Rose cabin Resort. Anyway Kc dah buatkan nota ringkas pasal tempat-tempat penginapan kat sini. nanti kc cerita details ok..

Sebelum kc berangkat, kc dah google siap-siap peta mana nak pakai masa kat sana. maklumlah handphone tak canggih sangat. ada GPS tapi takut takleh guna, offline ke ape ke kan..prevention is better than cure.gituuu... satu peta dalam bandar KK. satu peta dari KK ke Kundasang. Kc refer map kat bawah ni sebab ada mention hotel, tempat makan n tempat2 nak shopping sekali. oh ye.. brochure yang ada kat airport tu pon boleh digunapakai. It's free. As a co-pilot kenalah tahu baca map kan..nanti marah pulak cik abang. kata nak honeymoon. kihkihkih...


Jalan kat KK ni takdelah susah sangat..(trust me.. :p) Cuma ada banyak roundabout. pastu nama jalan pon senang.. jalan 15..jalan 18..jalan 20..hihi...Dalam peta ni, kami jumpa hotel Ang n restoran Suang... jumpa tak? jumpa tak?


Kalau nak shopping pastikan anda berada di jalan Tun Fuad Stephen (jalan pantai), or Jalan Tun Razak. KK ni terkenal sangat la dengan pasarnya. Ada Philipine Market( Handicraft market), Pasar besar KK (Central Market), Pasar malam, Pasar Ahad (along Jalan Gaya) n pasar ikan sebelah pasar filipina. Tapi hari pertama ni kami terus ke Kundasang. So kami terus ambil Jalan KK By Pass.

nanti kc sambung cerita lagi...nak gi lunch jap...tataaaa

Ops reptilia

Off jap cerita pasal Sabah...Ni nak cerita alkisah makhluk berbisa. 2hari lepas, kc bermalam di rumah zuzu sebab razi nak pakai kereta. Kebetulan kereta dia rosak kat wakaf mempelam. Sebenarnya niat nak mengemas rumah di Teluk Pasu  tapi apakan daya banyak pulak halangannya.

Sampai di rumah zuzu, nak dijadikan cerita, kc n zuzu pergi makan kat kedai "mee jahak"...apa punya kedai la. Misteri and pelik. Sape nak try air 'drebar lori' or air 'jahak' or milo volcano or mcm2 lagi air yang pelik-pelik sila la ke kedai mee jahak.Haha...Kami jalan kaki je sebab memang sebelah rumah.Balik dari kedai tiba-tiba nampak sesuatu merayap kat kaki...Ya Allah! ULAAAARRRR!!!..Melompat dan lari macam tak cukup tanah...Masya Allah. Memang terkejut sangat! Dan lebih trajis lagi sampai kc bukak kain kat garaj kereta.huahuahuaaaaa...

Semalam, balik dari ofis terima mesej dari ira. Bagitau nak ke rumah zuzu segera. Uuuhh..cuak tiba-tiba. Bingung jugak pikir. Ape pulak la masalah budak ni. Sampai je ira kat rumah, terus bercerita yang kat rumah dia ada ular...What???ULAR lagi? ape ni..ape ni? Ular di mana-mana...OO..M..G!! Sila berhati-hati semua rumah-rumah bujang. Ular sedang membuat operasi lawatan mengejut ke rumah anda. hihi... Aduuuhh..neves kemaren tak hilang lagi...ditambah satu lagi cerita ular...Ya Allah selamatkanlah kami dari perkara-perkara yang tak diingini.Aamiiinnn...

Sunday, 16 February 2014

Land below the wind : intro

Bismillah wa syukurillah...
Kembali berblog. Dunia maya yang menjadi tempat berkongsi rasa. Percutian 3hari ke negeri di bawah bayu semestinya menjanjikan seribu macam cerita untuk dikongsi bersama. Pengalaman berhoneymoon gituuu...
Sekali pergi rasa nak pergi lagi. Best berguni-guni.hahaha.. tak caya?jangan percaya. Nikmati sendiri. lazat berkrim disukai ramai. ok. cukup untuk kali ni. 'Rohok' tulih entry gune BB.bye

Monday, 3 February 2014

Mari jelajah Sabah

Excited sangat dapat gambar ni. macam banyak je tempat nak pergi. Mengikut perancangan aku akan sampai KK dalam jam12tengahhari. Dari airport tunggu kereta sewa sampai. Urusan booking dah dibuat oleh en.mohd rujahan. kadar sewa adalah 100 sehari. kami ada 2pilihan samada booking viva atau saga. jadi kami ambik viva je. jimat minyak. :) taktahu lah larat tak nak naik bukit ngan viva tu. tawakkal je.

Dari KK kami akan melalui Tuaran untuk sampai ke Kundasang. masa perjalanan belum dapat dipastikan. aku harap cuaca baik. anggaran kami jam4 petang akan sampai di Sonny Lodge Hotel. Aku booked guna Agoda. mmm...murah je dalam 120per day.
Tidur di kaki gunung Kinabalu wooo... sekarang cuaca di KK sangat sejuk. waktu malam mencecah 0celcius.sebab tu hari tu dalam berita keluar pasal frost atas tumbuhan2 atas gunung...i like!!!.ngehngehngeh

aku nak gi pulau tapi macam tak sempat je. aku nak g raflesia centre or sepilok orang utan sanctuary. poring hot spring pon best gak.waaaaaaaa....nak gi semua tempat!

The Moment

The Moment
13~12~13