Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, 27 October 2016

Tragedi Oktober 2016

Ini bukan kisah tragedi oktober awie dan erra. Ini bukan kisah putus cinta. Ini kisah putus talian hayat. Kisah kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor. Saja ku rakam dalam blog ini. Untuk aku sentiasa kenang dan insaf bahawa nyawa bukan di tangan kita. Allah akan ambil nyawa kita bila sudah sampai masanya. Tragedi itu hanya sebab musabab. Juga sebagai peringatan. Juga ujian.

Thursday, 20 October 2016

ke MSU ke kite?



The MSU Spirit

Ni memang keje giler. Selepas seharian travel dari Shah Alam and came back to ganu, sempat lagi mengeblog di sini. Jam 1pagi der..haha. Mimpi apakah ini. Mungkin sejak duamenjak ni sibuk manjang. Nak berblog pun berani tak berani je kat opis tu. balik rumah lagi la payah nak cari masa. Biasanya akan tertidur sekali dengan anak. Sejak semalam, anak dijaga encik suamiku mentenen. behave katenye. tak meragam, tak mengigau, tak cari maknye..so malam ni dah alang-alang si bapak mengambil tender mengasuh, boleh la kc mengeblog siket kennn.

Alkisahnya, kitorang staf akademik ni buat rombongan cik kiah ke MSU ke Shah Alam nu. Alaaa..yang tersohor lagi global tu.ecewah...Bukan academician aje. Setuden pon ikut sekali. Kami pergi dengan bas dan van. Bawak bebudak ini untuk final presentation for their project and mini thesis. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun teruk kitorang hentam presentation diorang masa present kat kolej. By right, itu semua untuk kebaikan diorang. supaya lebih bersedia mental dan jiwa raga. Fizikal tu hakak dah tau dah. bersedia sokmo sebab alang-alang ke sana mesti tenaga kudratnya di'reserve'siket untuk jalan-jalan kat aeonmall nuuu. heheh..penat la macam mana pon, sampai bab window shopping lajuuuu je kak senah kann..
Kalau ada peluang, bolehlaa sambung terus degree kat sana. Masa tu, ko hadap la aeonmall tu sampai muntah. kaaannnnnn....

Dah yang akademik pergi ziarah MSU ramai-ramai ni apekehal pulak? Kitorang sebenarnya lebih neves dari setuden-setuden ni. cuma emosi tu kene pandai-pandai sorok. Sementara pihak fakulti incharge our students for presentation, kitorang ada meeting bersama pn.norlina. ngeeeeee....ngeriiii. tapi bila dah masuk meeting pn.lina banyak bagi support and spirit untuk terus move forward. bukan setakat menghentam je. best..best..best..i loikee you.

di akhir rancangan, sempat la kami semua bergambar kenang-kenangan memandangkan bebudak ni pon dah nak habis blaja. and seriously, payah dah nak jumpa ketul-ketul student yang spesies cam ni. dah makin pupus. yang tinggal, gen strawberry yg semakin ketara kestrawberryian nya...huh, dasat vocab ko nab!

sekian saja entry dinihari.


Monday, 3 October 2016

Status bebel

Manusia. Spesis yang tak mungkin lahir tanpa masalah. Sebab masalah adalah pengukur iman. Sama ada manusia terpesong terbabas kerananya atau pengemudi untuk manusia jadi lebih sabar. Tapi kita bukanlah perfect. Maksud kc, kc la yang tak perfect tu. Terkadang terbabas tanpa sedar. Ingat dah handle dengan baik rupanya tak. Masih banyak sangat nak kena repair diri. Tahu sangat diri ni tak setanding dengan orang sekeliling. Lebih-lebih lagi dengan 'ayam-ayam' lama ni. Tapi apa salahnya ayam-ayam ni duduk sama-sama dengan hamba yang kerdil ini dan cuba pakai kasut yang sama. 
Sebenarnya ini kes lama. Kc dah tutup kes dah. Tak nak ingat-ingat benda yang tak best. Nak teruskan hidup dengan happy-happy. Tapi apa la malangnya nasib bila orang masih nak bercerita tentang benda yang sama. Dan yang pelik, tak de kena mengena siiiiiiiket pon dengan diorang. Tak. Tak. takde. seriously takde. Hanya berstatus sekampung je pon. Dah tu pulak, dengan kita depan-depan tak de pulak bercakap pasal tu kan. Tapi kalau dengan joyah, kak bedah, makcik senah selamber kodok je buke cerita aku...hamboii..hamboii..hamboii. dh sinsing lengan dh ni.hahaha

Sorry beb. kc bukan kaki gaduh. bukan jenis mulut sound-sound selantang speaker masjid kg.dusun. tak pernah lagi dalam sejarah hidup bukak kekuda bertumbuk bersilat dengan orang yang cari pasal ngan kc walaupun kite ada taekwondo. apatah lagi kalau yang cari pasal tu makcik peah yang dah separuh abad usianya. yang muda sound pun kc buat pekak je. paling tidak pun mengadu pada si polan-polan sampai berjurai air mata. kita cuba untuk mengawal emosi. tapi yang pedih,tetap terasa pedih. yang terluka pasti tinggal parutnya. regenerasi tetap kan berlaku. hanya masa menentukan.

Harapnya lepas ni, makcik-makcik semua tak perlu laf fikir sangat tentang kenapa saya buat semua tu. kalau pun makcik tetap nak kata saya jahat or tak betul makcik boleh direct pada saya. bukan melalui sesiapa pun. sebab makcik tak tau pun hari-hari yang saya lalui. dan makcik pun tak berhak menghukumi saya sebab saya tak hire makcik pun untuk jadi majistret atau peguambela atau pendakwaraya atau pun juri awam dalam masalah saya. semua yang saya buat adalah untuk kemaslahatan saya dan anak saya. sekian

The Moment

The Moment
13~12~13