Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, 28 July 2012

Balik Kampung (Bukan entry pendek)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pejam celik pejam celik dah seminggu berada dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah...4x berbuka di rumah sewa,4x berbuka di kampung. Walaupun lauk biasa-biasa je tapi nikmat berbuka puasa dengan keluarga ni lain sikit. Well, Home Sweet Home... Tahun ni, taklah sunyi sangat mak dan abak berbuka puasa. ada adik yang tolong teman. kalau tak, kene ulangalik Dungun-KT cam tahun-tahun lepas. Tahun ni kene consider housemate la juge. 
Friday:
Teman mak pergi pasar. Biasanya mak beli lauk kat mini market je. Mungkin kat pasar boleh cari ikan murah. Tapi kat Dungun ni dah takde barang murah dah rasanya. Everything is expensive already. Tak kira Year End Sale ke..Mega Sale ke..Big Sale ke...tetap mahal. Tak faham la. Asal bile gaji gament naik, rege barang pun naik. macam la org gament je beli barang. Orang yang tak gament ni takyah makan ke... Malas nak cakap banyak la. Sekarang ni cakap dalam blog sendiri pun boleh kene tangkap polis.
 
 ~ onway balik dari pasar, singgah beli duyan tepi pantai. bulan puasa ni, duyan murah.boleh buat pengat duyan, juadah berbuka nanti ~

 Seharian di rumah, asyik teringatkan buah hati yang satu tu kat rumah sewa. waaaaa.... i miss u la Putih!

 ~ ni la tabiat 3suku Putih. Suka hisap kain sampai lencun kain tu dibuatnya. Cam baby la Putih ni ~

 ~ Dulu panggil Gegirl sebab ingatkan die betina.rupenya jantan.hahaha..konflik identiti tol! ~

Rasa macam tak lengkap setiap kali Ramadhan kalau tak berpuasa di bumi Kelantan. Makanya, hari Khamis akan datang kc akan join team Zaki untuk ke Rantau Panjang/Pengkalan Kubur. Harapnya jadik la community service  kat hospital Tanah Merah tu. kc pon nak Gems kan diri sendiri jugak ni. Qada aktiviti yang banyak tak leh join dulu. kalau takleh join pon, tetap akan pergi jumpa Iwani weekend nanti. Makanya, bertungkus lumus la kc siapkan kain putih ni untuk Iwani. Harapnya Iwani dah tak masam muka dengan makcik-makcik 'kubekiye' deh...Hope u like it!


Tidak lupa masa-masa terluang di rumah diisi dengan aktiviti membaca. Sekarang ni sedang giat mengkhatamkan buku akhi Hilal Asyraf 'Batu-Bata Kehidupan'. I like. Ada masa nanti kc akan buat kupasan tentang isi buku ni. sangat terkesan. good job hilal. U gave me the spark as u wish. Sempat juga tadi membeli majalah Al-Ustaz isu 4 dan Solusi isu 45 (terlupa nak beli hari tu.seb baik ada stok lagi).


Akhir kata untuk entry ini, teruskan beramal di bulan Ramadhan ini. Kerana belum tentu kita akan bertemu lagi Ramadhan untuk tahun depan. Wassalam

Wednesday, 25 July 2012

Keje Amal Bulan Puasa

Dedicated to all frenz @ptpl...

Tuesday, 24 July 2012

Salam siaran 4 Ramadhan 1433H

Apa yang seronok bila berada di bulan Ramadhan?

The Moment

The Moment
13~12~13