Lilypie Second Birthday tickers

Friday, 2 January 2015

Back To Back (May 2014 - 2 Jan 2015)

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya setelah berbulan-bulan lamanya menyepi, saya kembali di hari yang penuh barakah, Jumaat pertama 2015...dan esok tanggal 12 Rabi'ul awal Hari Kelahiran Nabi junjungan kita, Muhammad bin Abdullah. Selawat dan salam ke atas baginda s.a.w...

Hampir 7bulan blog ini sepi dari entry baru. Bukan kerana faktor kesibukan menguruskan kehidupan tetapi sebenarnya masalah teknikal pada blog. Beberapa kali juga percubaan sign in menemui titik kegagalan. Akhirnya saya membiarkan sahaja, blog ini membisu.
Entah kenapa hari ini terasa hendak mencuba lagi dan yesssss i did it!

the story of the day...pembuka bicara di tahun 2015 biasanya kita review sikit kenangan di 2014.
JANUARI : masa ni, baru sambut anniversary sebulan kawen. jadi perasaan jadi pengantin baru tu menebal lagi laa. excited dapat anak buah baru, Wan Aishah Humairah

FEBRUARI : honeymoon kat negeri di bawah bayu. Feeling kuch kuch hota hai gitu. masa pergi Sabah tu, sebenarnya period dah lewat 3hari. tapi belum ada rezeki lagi.

MAC : The happiest moment bila UPT positif. Masih jelas di ingatan. balik kerja, terus buat upt. bila naik double line tu, orang pertama yang perlu tahu ofcourse la suami tersayang kan. call suami dengan senyuman ke telinga. suami minta send pic double line tu. nak post kat group whatsapp katanya.

APRIL : kegembiraan tu tak lama. semasa kandungan 6minggu, ada sedikit pendarahan. akhirnya i missed my baby. tak sempat pun nak buat buku merah. serik berada di hospital walaupun hanya untuk 3hari. All those physical examination bikin ana trauma. sampai sekarang tak nampak relevannya. mujur tak kena D&C. Credit to pad herba Avail.

MEI : menghabiskan masa dengan berpantang itu ini. Banyak betul pendapat tang berpantang gugur ni. kejap kata tak boleh sejuk. kejap kata tak boleh panas. kejap kata tak boleh makan makanan bergoreng. tapi mihun goreng boleh pulak. ok...saya dah lupa semua tu. hahaha...

JUN : masa ni sibuk dengan semester baru. jadi kerja..kerja..kerja je la ceritanya.

JULAI : cerita puasa dan raya..hmmm..first time, puasa sebagai seorang isteri...urmm...apa yang beza? nothing much. sebab tak kena masak sahur dan berbuka hari-hari pun. saya kan hidup bujang. hahaha... masa ni negara dilanda kemelut MAS. MH17 ditembak n ramai yang terkorban. dahlah MH370 missing in action. ujian dari Allah.

OGOS : Raya? Best sangat raya dengan suami ni. try la. haha.. malam raya..pagi raya..tahun 2014 beraya di kampung suami a.k.a rumah kami la. 2015 is my turn. see...i beralah ngan suami. suami pulak seronok la dia dapat beraya dengan kereta baru.

SEPT : jeng-jeng-jeng....perasaan itu kembali. got pregnant againnnnn.... alhamdulillah.. alhamdulillah.. tapi kali ni, suami bukan the first person sebab masa tu buat upt kat office n perasaan masa tu masih was-was. is it really positive or not. nak bagitau husband takut die kecewa. jadi bagitau oficemate dulu. then baru call suami bagitau berita yang unsangkarable tu. terima kasih ya Allah...

OKTOBER : keterujaan menjadi seorang ibu disimpan..diperam..just buat biasa-biasa je. semua langkah-langkah precaution dipatuhi sebaik mungkin. even mak sendiri pun, kitorang tak bercerita.. selebihnya, sibuk dengan kerja

NOVEMBER : musim tengkujuh tiba. berita tentang bandar Terengganu dilanda banjir adalah satu permulaan dan petanda.

DISEMBER : Musibah untuk negara... Gelombang kedua monsun timur laut menenggelamkan 90% negeri kelantan..terutama kuala krai, gua musang, rantau panjang...juga negeri lain di pantai timur. Dalam keadaan rakyat sedang berduka, berita tentang pesawat airasia terhempas di pengkalan bun sampai ke telinga. kedukaan yang berganda. Malah, malang itu juga menimpa diri bila mana sekali lagi berlaku pendarahan di waktu kandungan berusia 17minggu. Allah jua yang Maha Mengetahui perasaan dan tekanan di saat ini. Hanya padaMu ya Allah, hamba berserah. Tak sanggup rasanya kehilangan si dia melihatkan tumbesarannya baik seadanya. Dan tak sanggup jua rasanya untuk melihat kekecewaan pada riak wajah suami andainya Engkau mengambilnya pergi. Ku mohon agar semua masalah ini hanya singgah sebentar cuma. Sekadar mengetuk kealpaan diri pada Yang Mencipta. Ampunkan hambaMu ini ya Allah...

Penutup 2014 tidak seindah yang kita harapkan. Namun, perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita. Siapa kita untuk menidakkannya. Semoga masih ada sinar untuk saya dan suami. Semoga masih dikuatkan pegangan agama bagi mereka yang diuji. Amiiinn ya Rabbal 'alamin.

The Moment

The Moment
13~12~13