Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, 19 June 2012

Maksiat: cara mengatasinya

hadir majlis ilmu-tgk video UIA via youtube kire x?
sebar mesej Islam-aplikasi facebook dan blog
bincang masalah-dah lama tak jumpa naqibah saya
sibukkan diri dengan aktiviti- sangat sibuk sekarang nih
elakkan sendirian-kadang2
kawan dengan orang baik-insyaAllah saya dikelilingi orang-orang yang baik

Monday, 18 June 2012

How to Increase Our Metabolic Rate

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

petang yang indah untuk membakar segala 'spare tyre' yang ada. ada ke? hadooo...cuma anda je tak nampak. takkan nak tunjuk. tu la untung pakai baju besau-besau. orang tak nampak. senang je kekdah nye.tak perlu penat-penat jogging..just walking and walking. sampai terduduk cik ziana ni haa..kamon!kamon!

pernah nampak kan ni...view belakang tabir.

view depan..kalau sampai kat signboard 'Allah Peliharakanlah Trg' ni kira baru 1/3 perjalanan.

jalan punye jalan sambil mulut menyanyi lagu PTPL konon nak dapat semangat juang yang tinggi, akhirnya sampai la kami ke puncak tertinggi. eceh..wanita gagah perkasa gitu. sempat la juga kami melantak pisang goreng...air tebu,ais krim bubur kacang kat puncak ni kan...hahaha..kc tipu..kc tipu..tak gune punye kc!


view k.trg dr bukit besar...sedikit berjerebu ye


 i love sunset and sunrise scenery....
kalau tak berapa nak ada kudrat hiking bukit besar tu, boleh tinjau-tinjau taman panorama. kawasan berbukit juga. masih lagi baik untuk raise up metabolic rate. tapi kadar perpeluhan tak semaksimum hiking bukit besar. seee..makcik baju merah ni pakai flat sandal je.sempoi kan...





ntah sape la mkcik baju merah tu ye..macam tak nak pandang kamera langsung. haaaaiiihh..
lastly, selamat bersenam ye...

Sunday, 17 June 2012

Majlis Tunang Jun2012

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

dalam kesibukan diri menyiapkan soalan exam, kc curi-curi masa update blog ni siket. kesian die.dah berhabuk dah.fuuuhh..fuh..fuh..kali ni update pasal majlis yang berlangsung di rumah semalam. a'ah..majlis tunang lagi. tak habis-habis orang tunang kat rumah kc. acu la try cari rumah orang lain plak.akekekee..aish.mane boleh. ni kan majlis tunang anak pakcik spiyang ngan makcik kiah.

cuba teka, mana satu cincin tunang saya??? tak dapat teka??? sebenarnya ini adalah ilustrasi penulis semata-mata. tiada satu pun cincin tunang kc dalam gambar diatas. jawapannya ada di tangan tunang kc yang masih lagi misteri. ;) gotchaaaaa...
antara VIP-VIP yang hadir untuk majlis semalam ni haaaa...kakak-kakak gorgeous kite. thanx uolls... datang bawak bubur kacang untuk makmentue ek???? SOLD OUT u...tapi kesian plak di akhir rancangan terpaksa jadi gadis cuci. hihi... memang itu pun tujuan korang datang kan..anyway thanx.u made my day.

ini hasil tangan adik bongsu yang tunang hari tu. kali ni die buat untuk kakak die plak. awesome kan...guna ape yang ada je plus sedikit kreativiti. kalau tak kreatif, bukan anak pkcik spiyan la tu. hahahah..

ok...inilah die gadis-gadis yang laku untuk bulan april, mei dan jun 2012. tunangan orang semua ni. yang tudung hijau tu sepupu yang sebaya dengan adik bongsu kc.

dahlaa adik sorang tu dah botak. dapat adik ipau botak jugak...yang ni kawen jan2013. mak tak bagi buat tahun ni. yg adik je approved nikah tahun ni. yg kakak sowang lagi tu, takde tahun. bak kata zuliya aini ahmad tarmizi : mungkin jodoh kita dah meninggal kot kakcik...hmmmmmmmm...T_T

Sunday, 10 June 2012

cari keje dunia ke keje akhirat...hmmm

rasa nak resign tu datang balik.camne nih...

Thursday, 7 June 2012

Family gathering

Bismillahirrahmanirrahim...
Ini cerita anak-anak dara makcik kiah ngan pakcik spiyan. alhamdulillah, nampak dah lega sket muka mkcik kiah bila sorang anak daranya dah dipinang orang. tak lama lagi dapat menantu lelaki la maknye..keseronokan itu berganda-ganda la bila anak pempuan yang sorang lagi pun akan melalui saat manis yang sama 2minggu lagi. jadi tinggal la si kakak 'terkending2' (ayat tok) kat rumah. si kakak buat2 tak kisah je. ok...layan gambo yang tak berapa nak hado ni..






 masuk cerita anak-anak dara junior ni pulak. dua-dua hiperaktif. bile bercakap, bingit telinga sebab dua-dua hi-pitch.
ini aliya....masa dolu-dolu.cute..kecik..comel je.sekaraaaaanngg...................................
 naaah..itu die.besar dari kakak uni dah.
 oooiii..budak 2 orang. watpe haa?

 

niat nak mengepos video dorang nyanyi lagu awak nano..nano..nano..tapi tenet slowmo..huh

i buntu

kenapa takleh add bhgian comment nih?????takfaham..takfaham..

Wednesday, 6 June 2012

entry untuk nadia

cc: nadia

1. Log in ke blog nadia
2. Design > Edit HTML 
3. CTRL F cari <title><data:blog.pageTitle/></title>
4. Copy kod /skrip di bawah ni

<link href='gantikan ayat ini dengan URL icon anda' rel='shortcut icon' type='image/png'/>

5. Pastekan DIBAWAH kod  <title><data:blog.pageTitle/></title>
6. Gantikan 'gantikan ayat ini dengan URL icon anda' dengan URL icon yang anda pilih.
7. Save template

Contoh cara dapat URL image
awwwwwwwww Pictures, Images and Photos  Klik kanan ikon ni dan select copy image URL, kemudian paste menggantikan tulisan berwarna merah macam kat atas tu. Save template dan view blog korang... amacam jadi? Lanun try tukar tengok bawah ni dah jadi kan.

gambar besar xleh yer... size kecik boleh lar....

Bagaimana nak dapat kan URL favicon yang lebih menarik dan smart? beranimasi?

1. Cara Pro : Ada banyak cara nak dapatkan URL favicon ni, Macam Lanun punya Lanun buat sendiri, korang pun boleh buat sendiri. Sama ada secara online atau pun guna photoshop ke photoscape ke pastu uploadkan kat picasa atau kalau .gif uploadkan kat photobucket. 

2. Cara Mudah & Cepat : Untuk yang nak cepat dan jimat kan masa korang just search saja kat www.photobucket.com korang boleh search keyword seperti favicon, flower icon, car icon, animated icon, pirate icon, alphabet icon dan sebagainya ikut minat. Dari hasil search result tu korang pilih yang mana suka, klik, dan ambil "direct link" icon tu. kemudian paste, menggantikan ayat bewarna merah diatas dalam template korang.

Friday, 1 June 2012

jemputan umrah 2013...my wish

:: FADHILAT UMRAH ::

Hikmah dan Pelajaran dari Haji serta Umrah
Pentingnyanya mengetahui kepentingan dan kedudukan setiap amal. 'Ilmu tentang fadhilat dan hikmah sebagai penggalak dan sumber untuk mengikhlaskan niat. 4 Keyakinan tentang pahala yang akan diperolehi memudakan pengorbanan dalam sifat pembelanjaan dan mengadap ujian. Kedudukan Ka'bah disisi Allah akan bangitkan kerinduan untuk menziarahinya yang mana ia adalah rumah Allah yang teragung.
Allah telah mensyariatkan pelbagai syariat untuk hamba-hamba-Nya. Dijelaskan kepada mereka segala hukum untuk memenuhi kepentingan jangka pendek dan jangka panjang dalam urusan keagamaan dan keduniaan mereka. Al-Quran yang mulia telah menyatakan perkara ini sewaktu menyebutkan tentang haji yang membawa kepada wujudnya manfaat dan kepentingan bagi manusia. Firman Allah Taala:
"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban) ; dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang-orang yang susah, yang fakir miskin". (Al-Hajj: 28)
Ibnu Abbas r.a. berkata sewaktu mentafsirkan ayat ini: "Ia adalah manfaat dunia dan akhirat, manfaat akhirat ialah keredhaan Allah Taala. Manfaat dunia ialah apa yang mereka perolehi iaitu unta, sembelihan dan perniagaan".
Pada hakikatnya, kalau kita mahu menghuraikan lagi kata-kata Ibnu Abbas dan menghitung manfaat agama dan dunia yang telah dinyatakan oleh al-Quran, maka kita akan dapati pelbagai manfaat, antaranya: Pertama; Perhimpunan orang-orang Islam. Ketahuilah bahawa agama ini tertegak di atas kesatuan dan kasih sayang sesama muslim. Oleh itu Allah Taala menjadikan kebanyakan ibadat yang disyariatkan sebagai cara untuk mewujudkan pertemuan antara mereka; Dijadikan pertemuan yang berulang-ulang lima kali sehari di peringkat satu kampung dalam satu bandar dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan sembahyang berjemaah. Dijadikan untuk mereka pertemuan lain yang berulang sekali seminggu di peringkat satu bandar, dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan sembahyang Jumaat. Dijadikan untuk mereka pertemuan lain yang berulang setahun sekali di peringkat antarabangsa, dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan haji ke Baitullahil Haram.


Kedua; Menghidupkan hakikat persaudaraan Islam dan menzahirkannya di alam realiti. Dalam masalah ini, perbezaan bahasa dan sempadan negara tidak memberikan kesan.
Sebaik-baik cara dan tempat untuk menghidupkan pertemuan ini ialah di 5 sekeliling Baitullah; mereka melakukan doa yang satu untuk Tuhan yang satu ke arah yang satu.


Ketiga; Mengikat seluruh umat Islam dari seluruh dunia dengan Makkah alMukarramah; tempat terbitnya Islam dan daripadanya berpusat sinaran Tauhid ke seluruh alam untuk menjadi lambang kesatuan dan mengukuhkan pegangan mereka walau bagaimana jauhnya negeri mereka.



Keempat; Menjadi salah satu lambang persamaan sesama muslim (orang Islam). Dengannya, pelbagai faktor yang membezakan sesama manusia dan menyebabkan mereka bermegah dalam berpakaian dan tempat tinggal tunduk melutut. Ketika tawaf dan Saíe, orang kaya hampir tidak kelihatan dan orang fakir tidak dikenali, tuan sama dengan hamba, khadam sama dengan tuannya... dan semua berada dalam suasana limpahan rohani yang satu iaitu keinginan mendekati Allah dan memperolehi keredhaan-Nya. Inilah suasana yang cukup indah yang mengingatkan kepada permulaan manusia berada di dunia; sewaktu keluar dari perut ibu. Semuanya dalam keadaan yang sama, tiada beza di antara mereka. Ia juga mengingatkan kepada hari akhirat; sewaktu manusia berdiri di hadapan Allah dalam keadaan berkaki ayam dan telanjang tanpa ada pangkat dan keturunan.


Kelima; Haji merupakan sebesar-besar peringatan yang mengingatkan muslimin (orang-orang Islam) kepada keadaan bapa-bapa mereka dan para Nabi dan Rasul yang terdahulu. Setiap tempat ditunaikan haji mempunyai ikatan yang rapat dengan peristiwa yang mencetuskan banyak ingatan dalam diri jemaah haji. Di sisi Baitullah menjelmalah dalam pemikiran seorang mukmin Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sedang membina Baitullah dan menjelmalah gambaran Nabi s.a.w. sedang mencium Hajarul Aswad dan menjatuhkan berhala-berhala yang tersungkur dalam keadaan yang terhina. Di As Safa dan Al Marwah seorang muslim mengingati Hajar a.s. yang berlari di antara keduanya untuk mencari air bagi anaknya Ismail.


Keenam; Manfaat tambahan kepada semua ini ialah rezeki yang diperolehi oleh orang-orang fakir di negeri itu pada musim yang mulia ini; rezeki yang mencukupkan keperluan mereka selama setahun sebagai memenuhi seruan Nabi Ibrahim a.s. sewaktu Baginda berdoa:
" Wa h a i Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian z u r ia t keturunanku di sebuah lembah yang tidak ada tanaman padanya d i s is i r u m a h -Mu di Tanah Haram (Makkah). Wahai Tuhan kami, (yang d e m ik ia n ) supaya mereka mendirikan sembahyang. Maka jadikanlah hati s e b a h a g ia n d a r i manusia tertarik kepada mereka dan kurniakanlah rezeki k e p a d a mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, s e m o g a mereka bersyukur". (I brahim: 37)


Ketujuh; Haji adalah tarbiah bagi jasad untuk hidup dalam keadaan susah, -nemikul keperitan dan sabar terhadap perkara yang tidak disukai. Juga mentarbiah akhlak untuk merendah diri, bertolak ansur, pergaulan yang baik dan saling memaafkan. Mentarbiah jiwa untuk berkorban, berusaha, bersedekah dan berbuat baik. Mentarbiah perasaan supaya berada dalam keadaan suci dan muraqabah Allah.
Firman Allah:
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat 6 mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Al Baqarah:197).


Kelapan: Tinggalkan tanah air dan keluar
ga mengingkatkan tentang maut apabila segala ditinggalkan olek simati; ihram dan mandi untuknya meningatkat tentang mandi mayat dan kafan; tawaf keliling ka'bah saperti ibadat malaikat yang tawaf keliling árasy Allah; dalam keadaan saperti anak yang mengelilingi ibu supaya didokongnya hamba Allah mangharapkan di terima dan diredhai oleh Allah; Maqam Ibrahim mengingatkan tentang balasan bagi ketataan kepada Allah.

The Moment

The Moment
13~12~13