Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, 24 January 2017

Testing2 lagi

Sambil-sambil tunggu Pengetua keluarkan arahan ajak pi dating. Semalam    balik lambat gara2 siapkan proposal budget program dgn bigboss. Hari ni punye plan kena pegi jumpa seseorang Kat TTI. Happy working rai. Peaceeeeeee♪ ♬ ヾ(´︶`♡)ノ ♬ ♪

Posting via OPPO

Wow.. Advance pulak hari ni.membelog dr hp jak. Haha. Ape punya jakun la makcik rai ni. Ok. Testing je. Xde idea pn nk tulis ape. Boobaiiii

Sunday, 22 January 2017

Playhouse Rania

Meniti hidup yang bersisa

Dah masuk minggu terakhir bulan Januari 2017. Kejap je berakhir semester break. Tapi kerja kami tak pernah pun break-break. Baik kerja kat ofis apatah lagi kerja-kerja rumahtangga. Sebetulnya emosi tak baik-baik lagi sejak disember. dah 2bulan kot. bila mood tak ok, semua hal serba tak kena. sama je peel macam nia. 

hmm...kemurungan betul mak.

dalam kemurungan tu, just nak share satu benda yang mengubat kemurungan. 

DIY playhouse for Nia. 

Rania's Playhouse

Gigih umi cari kotak peti ais ni. minta dengan orang tu minta dengan orang ni, akhirnya dapat la jugak. Suruh suami pi angkut dari rumah encik Bob, 3hari 3malam la umi tunggu. Last-last umi angkut sendiri. Dah dapat kotak baru nampak effort bapaknye nak menolong. ketung-ketang-ketung-ketang...siapla juge. 

Untuk wallpaper, umi wrap guna yg DIY punye. 2roll dinding, 2roll bumbung.part ni mencabar. nampak je senang. lekat-lekat je kan. tapi sebabkan kotak tu dah kemek-kemek plus sambungan tu tak kemas, maka payahlah nak kemaskan wallpaper pd kotak tu.tapi alhamdulillah, siaplah jugak. Dah dirasmikan pun oleh ma'am besor kite Princess Rania Zulaikha. Yeayyyy

Step seterusnya, tinggal nak deco-deco je la. 


notalapkaki: habih tu takkan tiap kali i murung i kene buat playhouse ni...penuh la rumah!wakakakakakaaaa

Wednesday, 18 January 2017

Nia yang dulu dan sekarang

umi rindu nia masa nia besor ni. baju ni punye la kecik. tapi awk lagi kecik dari tu. 
cari tangan cari kaki pun tak jumpa. haha


ni rakan sebaya awk. kecik pale2.. sekali orang sebeloh tu balik tubuh atah awk, naya laa.haha

tapi anak umi ni tak mudah mengalah. 
growing so fast.
sampai memang nampak sebaya dah dengan kazen awak tu, sihusna.
cuma husna ni petah lagi dari rania. 
rasa geram-geram je nak cubit kalau dengar dia berceloteh.

Rencah hidup awal 2017

2017-hidup diteruskan tanpa kehadiran seorang adik. selama arwah hidup tak pernah pula rasa rindu begini. betullah kata orang, rindu yang paling sakit adalah rindu pada yang orang dah tak ada. hanya doa akak kirimkan buatmu. moga adik tenang di sana. sesekali terkenang mengalir juga air mata ni. bangun tidur pagi ni naik newsfeed coretan sahabat adik tentang adik. pasti beliau sangat rindu pada adik. beza kami, beliau mampu bercerita tapi akak tak. Izzah, maafkan kak ang.  T_T



Tukar topik. Mata masuk habuk...


Payahnya jadi seorang 'aku'. Tak suka, penat, merajuk, bengang bukan nak cakap. Ni lah masalahnya bila payah nak bersuara. Dan bila tak bersuara masalah dipendam sampai jadi pekasam. Sampai berulat-rulat la kat dalam tu. Bukan jenis pendiam sangat pun sebenarnya. Tapi kalau dah lawan tu jenis yang membidas je kejenye sia-sia je bercakap. Tak pun dapat lawan yang jenis kita cakap tapi takde respons, ye pun tak, tak pun tak. Anjakan usia ni membuat aku selesa memilih untuk diam. biarlah sakit hati. biarlah menjeruk. biarlah biarlah biarlah...dah orang pun tak nak duduk berbincang. tak nak tanya. tak nak ambil tahu.

lately rasa sangat kehambarannya. sehari boleh dibilang dengan jari sepuluh patah  kata yang keluar. itupun bila ada manusia lain yang takde kene mengena dengan telenovela ni. seboleh-bolehnya tak nak menjebakkan orang lain. 

kali ni aku nekad untuk cari rumah. permohonan rumah melalui permint,pr1ma seme dah dibuat. tunggu je la rezeki dari Allah Taala. Buat masa ni, pulun balun cari rumah sewa. tu je ubat emosi aku sekarang. andai la diri tertanya-tanya kenapa berubah, ini jawapannya. i need my home. not just a house. selagi tak pindah selagi tu tawa dan senyum menyembunyi. rajuk panjang aku kali ni. 

mungkin juga emosi aku tak stabil sekarang buat aku pikir macam-macam. tapi suara hati isteri kadang ada betulnya. aku tahu rumahtangga pasti diuji. dah lama aku perhati. dah lama aku simpan. aku pun tak tahu apa pilihan yang terbaik yang Allah dah rancang untuk aku. Kata ustaz pahrol, kita perlu berani melepaskan.huuuuuuuuuuuuuuuuuhhh

Thursday, 12 January 2017

Diam

something fishy here. tapi tak terluah. tak tertanya. diluah meletus. disimpan merana. Allahuakbar.
pasrah takdirku begini. sounds so negative. urghhhhh...

Tuesday, 3 January 2017

1984-2016 Dalam kenangan

belum masanya untuk update. belum ada kekuatan. genap seminggu beliau pergi. dunia masih hambar. tapi dalam ratap hati perlu tabah. ada jiwa yang mahu dipulihkan. ada jasad yang perlu dipimpin sebelum rebah. ada mata yang perlu disekat genang air di takungan. aku perlu kuat. aku perlu steady.

Wallahi...aku rindu

The Moment

The Moment
13~12~13