Ding dong rasa kepala hari ni. Tidur yang tak berapa nak lena duk memikirkan si anak yang turun naik suhu badannya. Pengalaman pertama menghadapi ragam anak yang kurang sihat. Alhamdulillah, pagi ni badan Rania tak sepanas semalam. Sempat juga pengasuh Rania memesan aka membebel jangan makan sembarangan. Makan panas-panas, anak berak sampai 3x tukar diaper...sampai naik suhu badan. haha.. ok.. umi careless kot. minum susu expired plus makan sos blackpepper. nasi tak makan. umi mogok nasi 2hari baru ni. kesannya anak yang tanggung derita. ooo..maaann! Maafkan umi, Nia. T___T
10 Ogos 2015. Rania Zulaikha turns 3months. Tiada kata dapat digambarkan perasaan memiliki zuriat sendiri. Tiada kata dapat digambarkan betapa Allah Maha Pemurah...Maha Memberi Rezeki. Dikurniakan kami seorang puteri pengikat kasih. Selepas melalui fasa keguguran (kandungan pertama) kemudian pendarahan awal kehamilan (kandungan kedua) kemudian warded pada minggu ke 31 due to bleeding lagi, akhirnya Rania menjengah dunia 3minggu awal dari tarikh jangka. 13 Mei 15.
Sedar tak sedar, besar sudah anak umi ni. Sudah pandai respon pada percakapan orang. Bila orang sengih, Nia pun sengih. Bila Nia respon mulut nia akan moncong-moncong...nganga-nganga macam mulut anak burung.hihi. kadang-kadang bila Nia gelak nampak lesung pipit yang nak tak nak je kuar tu. Bila Nia nak tido huhhh..bab ni penuh cabaran sikit. Umi kena lebih sabar bila time Nia nak tido tu adalah time kitorang di shopping mall ke..rumah sedara ke..sangat memerlukan support dari suami. kalau tak, dengan umi..umi sekali melalak.haha
Banyak story nak diabadikan dalam blog ni tentang cahayamata pertama ni. sebab... yelah...banyak perkara-perkara 'pertama kali' berlaku selepas kelahiran Rania Zulaikha. Semoga ada ruang waktu untuk kc mengarang lagi.
Adios Amigos