Lilypie Second Birthday tickers

Monday, 28 January 2013

19 Disember 2012

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
                              Kenangan bersama tiada kulupa..... (Shila Amzah)

Bebel



Bismillahirrahmanirrahim...
Oh imanku...apakah kabarmu? Harap bertambah dari hari kehari. Hidup mestilah lebih baik dari semalam. Moga-moga kita tidak tergolong dikalangan orang yang rugi di dunia mahupun di akhirat. Hampir 4hari sebenarnya kc menunggu kesempatan untuk mempublish entry baru dalam blog yang hidup segan mati tak mahu ni. Kekangannya adalah line broadband di kampung dan wifi di ofis tidak memberangsangkan sangat. Oleh kerana kc memang seorang yang sangat sabar menunggu (betul la kan...) jadi kc tidaklah sampai membawa laptop ke McD hanya semata-mata untuk update blog :). Hanya menunggu di sini sehingga line ok.haha..(no inisiatif = malas!)
2,3hari ni mood sangat baik sementelah ada banyak perkara baik yang berlaku. Walaupun kerja-kerja akademik berlambak tak siap tapi hati happy saja. Hang takde masalah ka??ado la weh.Bilamana kita bergelar manusia pasti Allah dah pakejkan kita dengan masalah. Takde duit masalah, kaya sangat masalah, bodoh masalah,pandai masalah,muda masalah,tua masalah,hodoh masalah, cantik masalah, kawen  masalah, tak kawen masalah...tapi bak kata superior hebat semalam, semua pintu ada kunci. Tinggal lagi kita lah yang harus cari kuncinya. Samaada kita sabar dalam usaha membuka pintu tersebut dengan kuncinya ataupun kita kalah dengan emosi amarah kita, memecahkan pintu tanpa cari kunci. Ye kita berjaya keluar dari masalah tapi buat apa kalau dengan cara menambah masalah yang lain. Gali lubang lain untuk tutup lubang. Tiada kesudahan. Sama macam manusia. Buat pinjaman untuk bayar hutang. Tapi ye la. Ada kelebihannya kat situ. Cakap bab duit memang panjang la. Penting kan duit ni. Setuju?? Sape tak setuju boleh signout dari blog kc.hahaha...Takde duit tak boleh kawen bro...(masuk bab kawen plk dh...huhu)
Kawen...hmm..satu journey yang panjang dan menakutkan. Takut bila alam itu tidak seindah yang kita jangka. Bahagia bila kita berlayar di atas landasan yang mengikut syariatNya. Tapi kc pasti, bahagia itu takkan datang bergolek2...amboi..keje nak senang je ye. Bukan senang nak senang...harus kuat diri.cekal hati. Kc kuat? Entah. Kadang-kadang pengalaman melemahkan. Kuat bila ada sokongan dari kiri kanan belakang depan. Macam anak pokok..lagi banyak sandarannya lagi tegap berdiri. Lama-lama bila anak pokok dah jadi mak pokok dah tak perlu tahan dengan kayu lain dah...logik! Kekuatan itu perlukan sokongan. Again..pokok kalau disokong dengan kayu dan tali shj...pun takkan hidup lama jugak kalau dalamannya tak cukup...airnya..bajanya..cahaya matahari...yes, manusia pun camtu. Rohani manusia perlu lebih..lebih..lebih kuat. Membaja jiwa tak semudah membaja pokok...solat tak jaga,istigfar kurang,quran tak bersentuh,solat malam jauh sekali...boleh ke kita bertahan dengan masalah??? (jadi ustazah x staram... hahaha)


Tuesday, 22 January 2013

Sunday, 20 January 2013

puisi malam

Di satu ketika
tawa bergema
ada sesuatu
yang membuahkan rasa bahagia
Di satu sudut

tanpa sedari
ada hati terguris
harus aku bagaimana...


bukan senang nak senang
bukan susah nak susah
hati orang kena jaga
hati sendiri pun kene manja
(dah kul12..aku sibuk melalut.org sedap tidur.)
tidurlah mata...tidurlah hati
tidurlah semua
moga esok ada sinar bahagia yang menyinar
(mood: swing)

Saturday, 19 January 2013

Insect Hunter @Lata Belatan

Bismillahirrahmanirrahim....

Dalam ruang waktu yang sedikit, dengan berbekalkan kredit broadband yang masih berbaki 96MB, sempatlah juga kc mencelah mengarang satu dua bait cerita. gaya ayat macam nak karang kisah jiwang je. haha..sangatlah tidak. KC kan baru balik dari Lata Belatan, Besut. Just want to share a few good moments there.
Program ni program zaki. Tajuk program telah menambat hati KC utk join sekali. Hati dah teruja benor bile dapat tahu program ni ada trecking2 di kaki gunung tebu. tapi kan sangatla ssssedey bile tiba hari kejadian,hujan turun dengan gembiranya....oh cik hujan... T___T. tambah sssedey lagi, sume orang duk sibuk cari line tepon.hahahaha...no signal maaaa...kdg2 je ade 1bar. boleh la wak bekal mesej sekali sekala.heheh ^____^
Khamis-12.00tghri :
Aktiviti di camp site. Ice breaking dan sesi pembahagian kumpulan. Pelajar diminta menulis nama mak, tandatangan,no.telefon, nama bff, nama pmpuan/lelaki yang disayangi. pastu semua kertas tu diberikan pada cik zaki then bagi balik kat student secara rawak. mereka dikehendaki mencari sapa empunya kertas. yang tak dapat cari haruslah kene denda. lalalala... ok itu baru intro. lepas icebreaking, weols makan.
 aktiviti yg ke2 adalah treasure hunt...kami dibantu oleh 3org tetamu undangan jaga checkpoint sj. checkpoint KC senang je SURAU. tapi task tak melambangkan kesurauan langsung.hihi...cari batang pokok je. malas nak citer detail dalam ni. boleh berhubung sendiri cik zaki kalau nak tau dengan lebih lanjut. Aktiviti ke3 ialah permainan paintball versi 'jeput tawor'. konsep adalah sama saje dengan paint ball tapi guna tepung yang dibancuh dengan sedikit air dan di'jemput2'kan untuk dijadikan sebagai senjata. baling saja kat pihak lawan.kalau baju dah ada kesan tepung tu dikira mati la. kawasan permainan adalah seluas2 kawasan. siap seberang air lagi. mcm main perang2 cam zaman kecik2 dulu.best tgk budak2 ni berlumuran dengan tepung. mangsa perang yang paling kronik si khairul rijal. hahaha
Berakhir 3 aktiviti tadi, kami semua dibenarkan terjun dalam air.yeaaayyy...hepi! feeling mcm umur 13thn bila dapat maen papan gelongsor air (sila jeles hokey...hahaha). nampak sangat tak pernah gi mane2 waterpark kan? hahaha..malu. boooo sama KC.hahaha...(A.A.K!!!)
8.30mlm- BBQ time. sambil2 tunggu ayam masak..hotdog garing..zaki minta idea nk buat game ngan budak2 ni...hmmm...nak buat aktiviti ape ek..teringat kat teambuilding di bukit keluang... tergolek2 kc duk gelok ke budak2 ni masa maen 'mewah..hah'... tapi budak2 ni memang sporting habis aa.siap mintak nk buat skali lagi sbb tak puas hati tersingkir awal...tapi zaki proceed je dengan game kedua iaitu kucing ribut tsunami...yg ni pun bikin putus urat perut gue...happening giler...dah habis maen, masa untuk makan. sambil2 makan, sambil2 borak ngan student sampailah kul 11.30. malam itu kami tidur ditemani hujan yang tak henti2 mencurah ke bumi.
Jumaat :
aktiviti dimulakan dengan masakan rimba dalam hujan.ssssedey lagi... hujan bermakna no trecking. oh..sssedey..sssedey..tapi aktiviti utama 'insect hunter' tetap diteruskan walau ape pon yang berlaku. target adalah 10spesis antropoda...tahniah la pada cik zaki sbb dh anjurkan program yang ilmiah but yet fun-based. hrp next time dapat pergi lagi and hunt the insect during night walking plak. ok sori xleh upload gambo lagi. tenet sgt slow.
the end.. :)

Friday, 4 January 2013

Sepi

Kadang-kadang, bila Allah beri sesuatu nikmat pada kita, kita lupa yang itu adalah nikmat semrntara. Terus kita lalai lupakan Sang Pencipta. Di situ letaknya kelemahan seorang hamba Allah. kadang-kadang Allah terpaksa tarik semula nikmat itu untuk membuatkan kita sedar hak siapa nikmat itu sebenarnya. Lantas kita tersentak dan berkata ya Rabbi ampunilah aku...janganlah Kau uji aku dengan sesuatu yang berat. dan Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang Dia beri kita nikmat yang sama sekali lagi.Kadang-kadang Dia gantikan dengan yang lebih baik dan adalah di bawah naungan kekuasaanNya juga jika nikmat itu ditarik untuk selama-lamanya. Siapalah kita untuk menidakkan-nya. Dengan usia yang semakin menginjak, pasti sejarah semalam adalah guru kehidupan yang terbaik. Andai dulu aku pernah belajar untuk berkorban, tidak kekok rasanya untuk aku harus mengulangi pelajaran yang sama di waktu ini dan waktu-waktu akan datang. Tiada sebaris kalamullah itu satu pendustaan. dan aku yakin sebenar-benar yakin janji Allah itu pasti. Redha lah wahai hati... T____T

The Moment

The Moment
13~12~13