Lilypie Second Birthday tickers

Monday, 29 August 2016

Sambungan entry

 Kali ni just nak belanja gambar sekitar hari menghantar rombongan haji minggu lepas


 Anak-anak buah yang hadir menyerikan airport. heeeee


 Bergambar kenangan dengan pak sedara dan family AbgDi


Generasi Tok dan Tokki. Nyang pon ade sekali.




Ni dah sampai ke Tabung Haji Kelana Jaya. Disambut pak sedara dan mak sedara. Pak sedara ni staf TH.


Nak naik bas ke KLIA doss

Wednesday, 24 August 2016

Lambaian Tanah Suci

Allah Maha Besar
Allah Maha Agung
Allah Maha Pemurah
Allahurabbi..

Bila mana Allah menjemput ke Tanah Suci Mekah, tiada kata yang paling baik dilafazkan melainkan memanjatkan syukur dan syukur dan syukur. Insya Allah tahun ni ayahnda dan bonda akan berangkat menunaikan haji di Mekah. Jumaat 26/8 mereka bertolak dari lapangan terbang Sultan Mahmud, trg ke KLIA dan bertolak dari KLIA ke tnah suci pada sabtu 27/8.

Terasa hiba di hati meniti hari-hari sepemergian mereka. Pesanan mereka supaya sekali sekala menjenguk rumah di kg. Sebolehnya biarlah mereka tidak terlalu risau dengan harta yang ditinggalkan untuk sementara waktu ni. InsyaAllah aku, adik2 dan kakak ipar ada untuk cakna.

Semoga mak dan abak beroleh haji yang mabrur. Semoga mak dan abak sentiasa di bawah lindungan rahmatNya. Semoga mak dan abak dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan, semasa di sana dan selamat pulang ke tanah air nanti.

Menghitung hari.

Monday, 22 August 2016

Busyboard dalam pembikinan

Its Monday..mood kerja ke laut. Tak tahu ler kerja apa yang dah beres hari ni. Sepagi berchatting dengan budax penang je. Sepetang pulak mengadap mr.google je. Entah apa yang dicari pun tak tahu la auntie ann sorang ni.waaahh..lame dah tak dengar member panggil camtu. zaman dolu-dolu punye nickname. khelasss kannn..

Weekend baru ni, gigih mak carik item n board untuk laksanakan projek diy untuk anak dara tersayang. Dah decide nak ambik papan kat rumah zuliya. bukan ambik dinding rumah dia pon.janganlah kecoh korang ni..
papan tu kisahnya kitorang buat meja. memandangkan zuliya pon dah humban dia dalam stor, so boleh la aku recycle papan tu untuk dimanfaatkan.

Item basic dah ada. tinggal lagi nak tebuk dan merekaletak item tu. cadangnya nak cover dulu ngan wall sticker kaler pink. tapi tunggu bapaknya punya persetujuan.hehehehhh..

nak tepek gambar pon, xde gambar lagi.nantilaaa

Wednesday, 17 August 2016

idea diy

meh rerajen kan diri menulis entry. sekarang ni kalau bukak blog, dah sunyi sepi dah belake rakan blogger. jadi aku balik-balik baca entry sendiri. mama iqy sibuk ngan bisnes. mami auni sibuk berlasagna dan berfuraiha, umi rania yusuf sibuk berpowergold, si gegel kat penang tu sibuk ngan urusan rumahtangga. blog ni macam dah hilang sengatnya. agaknya orang dah takut nak berblogging. takut kena kecam. maklumla sekarang ni blogger pun boleh didakwa kalau salah tulis ke hape kan.

dah habis keje2 audit ni, rasa nak bertukang pulak. tengah pikir nak kebas dinding rumah sape takpun meja bulat sape nak buat base busyboard untuk rania. si abi tak supportive mana tang keje2 diy ni. nak2 untuk busyboard ni. katanya, busyboard tu untuk boys....haluuuuu..pak encek. takkan budak lelaki je kena pandai bukak paip, kunci selak pintu, pulas tombol tu semua...hayyyaaaiii. setelah memberi penerangan dengan mata yang membulat,hahah...baru die terima.padahal takut kennn...

semangat berkobar2 sangat ni. dah nampak dah nak rembat papan base kat mana. jengjengjenggg...nanti kite upload busyboard anak kite.kalau jadi..kekekekekekeee

sekian

Tuesday, 16 August 2016

Ber'audit' sangat kite ni

oo..macam ni rupanya rasa diaudit oleh ISO. merasa la tidur kat ofis macam audit yang sebelum-sebelum ni. Audit kat tempat kerja aku ni dah jadi macam acara tahunan dah. tak sempat pun nak berehat dari audit MQA datang pulak audit dari MyQuest pastu internal audit dari pihak MSU dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi..ok,penat taip. banyak lagi tu. simpan siket tenaga nak taip benda lain.heeee

Beza audit kali ni dengan audit yang banyak-banyak tu, kali ni aku berteman dengan insan tersayang. Anak dan suami. Nak buat camane mak banyak tak siap kerja nak. terpaksa bawak anak ke ofis dan berangkut sekali la dengan barang-barang mainan dia. tu tak la dasyat sangat sebab ada kawan opis kiter sampai angkut boyan..heeeeee. Nak buat kerja tu terpaksa tidokan anak dulu.

Ada jugak hari-hari yang terpaksa ambik anak lewat malam dari rumah pengasuh. Nasib baik mak pengasuh rania jenis tak kesah. hmmm...maafkan saya kak.

Kisah audit ISO pasti menjadi ingatan kenangan memori yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan bagi aku. orang lain aku tak tahu lah. kalau tetiba dah macam tak ingat sangat dah, takpe. nanti fb akan tolong ingatkan balik.hahaha... tak pernah lagi rasa penat fizikal dan mental macam ni. emosi pun tertindas sekali. Si suami yang baru masuk kerja terus pulun dengan kerja-kerja audit, pastu accident di pagi hari sampai ke hari ni tak dengar kabar lagi kereta tu macam mana. tak lama pas tu adik pulak accident. mak nak gi haji tetiba sampai surat kene bayar tunggakan pinjaman adik. haru biru kejap hidup dalam sebulan ni.

Dan semua yang dilalui tu rasa berbaloi sangat bila dapat result ISO yang cemerlang, gemilang dan terbilang. dah boleh dah menaip dengan pecutan -10ms2. dah tak perlu buat muka stress dan jeling kat opismate yang ambik turn nak print dokumen. wakakakaaaa... dan umi dah boleh thumbprint jam 6ptg utk ambik nia balik.
yeayyy..masa ambik nia petang habis audit tu perasaan dia lain sangat. yela 2hari tak jumpa sebab nia tido sana..aku ngan abi nia duk ofis sampai pagi. masa ambik nia tu, tetiba rasa macam eh, dah besar dah anak.hahaha..drama ssssangat.

The Moment

The Moment
13~12~13