Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, 24 August 2016

Lambaian Tanah Suci

Allah Maha Besar
Allah Maha Agung
Allah Maha Pemurah
Allahurabbi..

Bila mana Allah menjemput ke Tanah Suci Mekah, tiada kata yang paling baik dilafazkan melainkan memanjatkan syukur dan syukur dan syukur. Insya Allah tahun ni ayahnda dan bonda akan berangkat menunaikan haji di Mekah. Jumaat 26/8 mereka bertolak dari lapangan terbang Sultan Mahmud, trg ke KLIA dan bertolak dari KLIA ke tnah suci pada sabtu 27/8.

Terasa hiba di hati meniti hari-hari sepemergian mereka. Pesanan mereka supaya sekali sekala menjenguk rumah di kg. Sebolehnya biarlah mereka tidak terlalu risau dengan harta yang ditinggalkan untuk sementara waktu ni. InsyaAllah aku, adik2 dan kakak ipar ada untuk cakna.

Semoga mak dan abak beroleh haji yang mabrur. Semoga mak dan abak sentiasa di bawah lindungan rahmatNya. Semoga mak dan abak dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan, semasa di sana dan selamat pulang ke tanah air nanti.

Menghitung hari.

No comments:

Post a Comment

boleh tinggalkan komen anda disini...

The Moment

The Moment
13~12~13