Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, 22 April 2012

Hormon Oksitosin dan Wanita

Sebab-Sebab Dan Ciri-Ciri Wanita Tidak Suka Kahwin
Sebab-Sebab Dan Ciri-Ciri Wanita Tidak Suka Kahwin

Jom kita baca artikel di bawah dan fahami mereka-mereka yang tergolong dalam kategori ini.

Zara seorang wanita berusia empat puluhan. Pada zahirnya Zara merupakan seorang wanita yang cantik dan sofistikated. Tambahan pula dia menyandang jawatan sebagai setiausaha. Sudah tentu dia seorang yang berpengetahuan luas. Sebab-sebab dan ciri-ciri wanita tidak suka kahwin tidak terlintas di fikiran Zara.
Zara sangat mementingkan kerjayanya. Dia tidak kisah menghabiskan masa dua belas jam sehari di pejabat. Kerjanya berkualiti dan disukai oleh ketuanya. Bagi Zara, dia gemar bersendirian di pejabat bila orang lain sudah pulang. Selain menyiapkan kerja, dia suka menghabiskan masa melayari internet dan merancang aktiviti percutiannya dengan meneliti pakej tambang murah. Apatah lagi dia belum berkahwin, itulah kebiasaan yang amat di sukainya.
Zara mempunyai enam orang adik beradik dan mereka semua telah pun berkeluarga. Zara jarang mengunjungi mereka. Memadailah dengan bertelefon dan menghantar hadiah hari jadi sebagai tanda ingatan.. Apabila ditanya tentang perkahwinan, Zara cepat-cepat akan mengelak. Masalah Zara ialah dia tidak selesa berada di kalangan lelaki. Bukan dia tidak pernah bercinta dan mempunyai kekasih namun setiap kali berhubungan dia akan mencari alasan tidak ke mana-mana.
Zara juga tidak mempunyai sahabat karib lantaran sikapnya yang dingin dengan sesiapa sahaja. Begitu juga dengan adik beradik dan anak-anak saudaranya, Zara mendampingi mereka seadanya. Dia cuba membantu setakat yang boleh namun dia tidak dapat merasakan kehangatan dalam hubungan mereka dalam sesebuah keluarga.


Dalam kebanyakan kes seperti ini masalahnya ialah kekurangan hormon yang penting iaitu Oksitosin. Oksitosin ialah hormon yang dikeluarkan oleh supraoptik nuclei di hypothalamus pada otak kita. Jumlah yang dikeluarkan ialah 2 IU (international unit) setiap hari. Jumlah yang dihasilkan oleh ibu yang menyusu anak dan bersalin boleh mencecah 5 hingga 10 IU. Oleh itu rata-rata ibu hamil dan menyusu anak bersikap lebih penyayang dan mesra.

Fungsi Oksitosin
1. Meningkatkan keupayaan bersosial, ikatan kasih sayang dan kemesraan antara manusia. Menjadikan seseorang merasa mudah didampingi. Para saintis mendapati dalam kes rawatan autisme dan skizofrenia di mana pesakitnya menjauhkan diri dan orang lain dan hanya menyendiri maka memberi Oksitosin adalah baik kerana la meningkatkan daya bersosial.
2. Meningkatkan mood yang baik kerana menjadikan seseorang mudah tersenyum bila bertemu orang lain.
3. Mengurangkan rasa takut dan debaran bila bertemu orang lain.
4. Membuka diameter salur darah, memberikan lebih oksigen kepada tisu.
5. Meningkatkan daya seks dan kasih sayang di kalangan pasangan
6. Meningkatkan orgasma.
7. Meningkatkan anabolik dengan meningkatkan IGF1 dan testosteron. Ia juga mengurangkan ACTH dan kortisol iaitu hormon yang meningkatkan lemak.
8. Ia meningkatkan kontraksi rahim dan memudahkan proses bersalin bagi wanita.
9. Memudahkan ibu menyusukan anaknya dengan meningkatkan keaktifan kalenjar susu
10. Memberi perlindungan terhadap kanser payu dan, ovani dan endometrium
11. Bagi lelaki pula, Oksitosin penting bagi meningkatkan daya seksual. Lelaki yang mempunyai kadar Oksitosin rendah bukan sahaja anti sosial tetapi mempunyai daya seks yang lemah.

Sebab-Sebab Dan Ciri-Ciri Wanita Tidak Suka Kahwin adalah disebabkan kekurangan oksitosin. Kekurangan oksitosin boleh berlaku sejak kanak-kanak mahu pun setelah dewasa. Kanak-kanak yang kurang Oksitosin jarang senyum dan ketawa. Kanak-kanak yang kurang Oksitosin menunjukkan ciri-ciri autisme dan mungkin menjadi dewasa yang berciri skizofrenia.

Ciri-Ciri Wanita Kekurangan Oksitosin:
1. Tidak gemarkan aktiviti berinteraksi dengan orang lain
2. Semasa kecil lagi tidak mampu menjalankan tugas secara berpasukan.
3. Tidak mahu berkahwin dan jika berkahwin, perhubungan itu kurang membahagiakan dan ada yang membawa kepada perceraian
4. Tidak mempunyai sahabat karib atau hanya beberapa sahabat lama sahaja. Dia enggan mencipta persahabatan baru
5. Gemar bersendirian dan enggan mengambil tahu hal orang lain
6. Jarang tensenyum
7. Tidak merasa perasaan yang romantik dalam perhubungan cinta
8. Wajah kepucatan
9. Tidur terganggu
10. Paranoid, mengesyaki bahawa orang lain sentiasa berniat buruk.

Rawatan meningkatkan paras Oksitosin memberi kesan yang sangat baik terhadap kesihatan. Ia juga membantu seseorang berubah sikap menjadi lebih positif dan ceria dalam kehidupan. Ia boleh diambil secara suntikan mahupun pil.
Secara semula jadi Oksitosin meningkat apabila kita bersentuhan dengan orang-orang yang disayangi dan sahabat handai. Sikap memeluk, mencium dan membelai meningkatkan Oksitosin. Selain memberi keceriaan, banyak kebaikan yang diberikan oleh Oksitosin kepada tubuh badan dan jantung kita.
Justeru itu sudah tentu kita tidak mahu melepaskan peluang ini. Tidak hairanlah, Oksitosin sering dinamakan sebagai hormon kasih sayang..Jadi, Sebab-Sebab Dan Ciri-Ciri Wanita Tidak Suka Kahwin adalah disebabkan kekurangan oksitosin.

Tuesday, 17 April 2012

NOKIA 6700slide

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Entry ini khas untuk menceritakan tentang handphone yang dah lama tak terusik ni. Handphone yang paling mahal yang pernah dimiliki oleh kc (tak sampai seribu pun.... ;p). Maka memang patut pun walaupun sehingga kini kc masih sayang handphone ni. Walaupun ia pernah rosak dengan kroniknya sehingga telah diisytiharkan 'arwah' tapi kc tetap simpan baik-baik. Mungkin kerana kasih sayang kc yang tak pernah padam, handphone ini dengan izin Allah ia 'hidup' kembali.haha...



handphone ni rosak sebab masuk air. dengan sedaya upaya kc lap-lap pastu hantar kedai tapi tuan kedai kata dah tak boleh repair. hati sangat kaciwa masa tu. duk pikir duit jugak pasal kene beli handphone baru. oleh kerana gaji bukanlah beriban-riban...kc pun beli la Samsung Corby II yang rege 310 (259 dah sekarang..)




Kesimpulannya, kalau hs rosak masuk air, jangan terus buang. Perap dulu sampai 5-6bulan...berserta doa dan tawakkaltu 'alallah...manalah tau kot-kot boleh guna lagi kan..

*********************
hargai pemberian orang. PEACE!

Monday, 16 April 2012

Misteri penyakit angguk

myMetro | Misteri penyakit angguk

Apa yang mereka (saintis) tahu, penyakit misteri ini hanya berlaku pada kanak-kanak dan secara perlahan-lahan ia melemahkan badan pesakit dengan masalah sawan, membantutkan pertumbuhan, menjejaskan fungsi anggota tangan dan kaki, mengurangkan keupayaan mental dan kadangkala mengakibatkan kebuluran.

Sambil berjalan meredah ladang sorghum atau betari (tumbuh-tumbuhan bijirin seperti pokok jagung), Joe Otto, sukarelawan kesihatan bercerita bagaimana penyakit angguk menyerang kanak-kanak Kampung Tumangu, yang terletak kira-kira 450 kilometer di utara Kampala, ibu negara Uganda. “Tumangu didiami 780 penduduk dan di kampung ini saja ada 97 kes penyakit angguk. Boleh dikatakan semua keluarga mengalaminya,” kata Otto, 54.

Apabila bekalan ubat (yang hanya sekali sekala) tiba di pusat kesihatan tempatan yang terletak beberapa kilometer dari Tumangu, Otto terpaksa mengayuh basikal untuk mengambilnya sebelum diagihkan kepada pesakit. Pun begitu, Otto maklum, ubat berkenaan hanya memberi kelegaan sementara.

“Kami beri ubat seperti carbamazepine untuk epilepsi (yang menyebabkan sawan), tetapi penyakit ini sama sekali berbeza dengan epilepsi,” sambungnya lagi.

Apabila penyakit itu merebak ke seluruh kampung, ketakutan dan kebimbangan penduduk kampung mula berkurang. Malah mereka sudah boleh menerima kehadiran penyakit berkenaan.

“Kami beritahu penduduk bahawa pesakit yang meninggal dunia adalah mereka yang sudah sembuh. Mereka akhirnya terlepas daripada penyakit yang menyebabkan pelbagai penderitaan itu,” kata Otto dalam nada sedih.

Sehingga kini saintis masih berusaha mencari penawarnya. Sejak 2010, penyelidik daripada pelbagai bidang termasuk pakar epidemiologi, alam sekitar, neurologi, toksikologi dan psikiatri aktif melakukan pelbagai ujian.

Pakar ini cuba melihat kepada kemungkinan mengaitkan penyakit itu dengan semua perkara daripada parasit (yang menyebabkan kebutaan sungai) kepada kekurangan zat hinggalah kesan peperangan yang melanda utara Uganda selama beberapa dekad.

“Kami melihat daripada pelbagai aspek, tetapi malangnya masih belum jumpa apa-apa faktor risiko yang jelas. Kami masih melakukan kajian mencari ejen yang menyebabkan perkara ini berlaku,” kata Miriam Nanyunja, pegawai jabatan pencegahan dan kawalan penyakit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Kampala.

Selalunya hasil kajian akan mencetuskan lebih banyak persoalan. Saintis masih tidak tahu sama ada penyakit ini ada kaitan dengan ledakan penyakit yang lebih kurang sama di utara Sudan dan Tanzania.

Saintis juga giat berusaha untuk memahami dan mengetahui sama ada penyakit ini masih merebak atau sudah sampai ke kemuncaknya; dan mengapa ia hanya berlaku pada sesetengah komuniti saja.

Bulan lalu, selepas menerima banyak tekanan daripada pemerintah di kawasan yang mempunyai ramai pesakit, Kementerian Kesihatan Uganda melancarkan pelan kecemasan untuk cuba mengenal pasti dan mengawal penyakit.

Bagaimanapun Nanyunja berkata, sementara penyelidikan mencari punca dan penawar giat dilakukan, doktor hanya boleh memberi rawatan untuk mengurangkan gejala penyakit saja.

“Ada banyak penyakit yang kita rawat gejalanya saja, tanpa mengetahui punca sebenarnya,” kata Nanyunja.

HPV bukan bermakna kanser servik

Berita Harian Online | HPV bukan bermakna kanser servik

SOALAN

ASSALAMUALAIKUM doktor, saya berusia 29 tahun dan disahkan hamil sembilan minggu.
Baru-baru ini, doktor mengesahkan saya menghidap Human Papilloma Virus (HPV) selepas Ujian Pap Smear menunjukkan keputihan yang abnormal. Minggu depan saya dijadual menjalani ujian Colposcopy. Saya sangat tertekan kerana masih belum pasti sama ada ia bersifat kanser atau tidak.
Antara kemusykilan saya ialah:

1. Adakah HPV akan menjejaskan kandungan seperti risiko keguguran, lahir pra-matang dan komplikasi lain.

2. Adakah virus ini akan dipindah kepada bayi saya.

3. Adakah benar, kelahiran melalui pembedahan lebih kurang risikonya berbanding normal
Rosmah, Kota Tinggi

JAWAPAN


UJIAN Pap smear bertujuan mencari bukti awal yang sel di pintu servik mempunyai potensi untuk merubah ke arah sel kanser. Tetapi dari ujian Pap smear ini, kadangkala ada tanda-tanda sel ini sudah dijangkiti virus Human Papilloma Virus atau HPV. HPV adalah penyebab utama sel normal menjadi sel kanser.

Bagi memastikan sama ada seseorang dijangkiti virus ini, maka ujian khas yang dikenali Ujian DNA HPV boleh dilakukan. Keputusan dari ujian DNA ini dapat memberitahu kita ‘sub-type’ HPV yang ada pada pintu servik.

Sub-type HPV 16 dan 18 adalah paling berisiko tinggi. Ada sub-type lain yang mempunyai risiko sederhana. Ada juga sub-type HPV 11 yang menyebabkan ketuat genital (genital warts) pada bahagian kemaluan biasanya.

Puan, jika puan disahkan pengidap HPV, ia bukan bermakna puan mempunyai kanser servik. Seperti jangkitan virus lain seperti HIV, ia bukan bererti seseorang mempunyai AIDS.

Virus HIV, HPV mahupun Hepatitis B boleh dibawa atau dihidapi oleh semua orang tetapi hanya sebahagian kecil pengidap virus-virus ini akan berkembang menjadi penyakit serius. Contohnya pengidap HIV akan berkembang kepada AIDS, HPV akan berkembang kepada kanser servik dan Hepatitis B kepada kanser hati.

Oleh itu, jika ujian DNA HPV ini positif, maka kami akan tekankan kepada pesakit bahawa mereka tidak boleh ponteng ujian Pap smear. Ini kerana kami tidak tahu bila sel yang dijangkiti HPV ini akan terus berkembang kepada sel kanser. Pemantauan ini amat penting bagi wanita yang mengidap HPV.

Ada juga doktor yang melakukan kolposkopi bagi melihat dengan lebih jelas dan tepat kawasan di pintu yang tidak normal. Kawasan ini perlu diambil biopsy sekiranya perlu. Bagi saya, pemantauan dengan Pap smear sudah cukup sehingga wujud bukti suatu hari nanti ia menyebabkan sel-sel ini berubah kepada fasa pra kanser.

Tambahan pula puan sedang hamil, mungkin kurang sesuai jika dilakukan biopsy.

Perdarahan boleh berlaku dan jika perlu, elok dilakukan selepas bersalin. Apa yang puan bimbangkan mengenai masalah yang boleh timbul seperti keguguran dan kelahiran pra matang adalah tidak benar. HPV juga tidak menyebabkan kecacatan pada bayi puan. Sekiranya HPV ini boleh menjangkiti bayi puan ketika proses kelahiran berlaku, kesannya pada bayi puan amat kecil sekali.

Kebiasaannya, bayi puan dapat dapat menghasilkan sendiri antibodi untuk melawan HPV ini. Jika ada HPV Subtype 11, maka ia boleh menyebabkan ketuat dalam kod vokal si bayi tetapi ini amat jarang berlaku. Masalahnya kini, kami tidak mempunyai apa-apa rawatan untuk HPV kecuali puan mempunyai ketuat genital tadi.

Oleh kerana kebarangkalian bayi ini dijangkiti HPV adalah terlalu rendah dan kesan sampingan adalah minimal dan terlalu kecil, maka kami membenarkan kelahiran secara normal berlaku. Ini berlainan dengan jangkitan HIV di mana kebarangkalian pembedahan adalah tinggi bagi mengelak HIV menjangkiti bayi.
Itupun bergantung kepada jumlah HIV yang ada dalam pesakit. Jika jumlahnya kecil, maka maka mereka ini boleh melahirkan secara normal.

Saya harap penjelasan ini tidak mengelirukan puan kerana terma saintifik perlu digunakan bagi menjelaskan keadaan puan. Secara amnya, puan tidak perlu khuatir apa-apa dan teruskan saja kehamilan ini.

isu caj pemegang insurans di hospital swasta

myMetro | Bincang isu caj pemegang insurans di hospital swasta

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi termasuk syarikat insurans, hospital swasta dan Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO) bagi menyelesaikan isu aduan pemegang kad insurans yang dikenakan caj berlebihan ketika mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, aduan mengenai masalah itu antara yang sering diterima kementeriannya dan perlu diselesaikan segera memandangkan caj sama sepatutnya dikenakan sama ada terhadap pesakit yang dilindungi insurans atau pembayaran tunai.

“Amalan negatif itu perlu segera dihentikan sesetengah hospital swasta kerana boleh memberi impak negatif kepada kos premium insurans memandangkan perlindungan insurans pesakit adalah terhad mengikut had perlindungan dengan hak maksimum tertentu.
“Jika amalan ini diteruskan, pesakit tidak akan mendapat faedah perlindungan optimum sekali gus membebankan mereka,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog dalam Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Swasta di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan sudah menetapkan kadar fi bagi perkhidmatan profesional oleh doktor atau doktor pakar dan caj berkenaan tidak boleh sewenang-wenangnya dinaikkan mana-mana pihak.

Dilema sista atau hamil?

Berita Harian Online | Dilema sista atau hamil?

Ujian lanjut seperti CT Scan, MRI boleh beri kepastian

ASSALAMUALAIKUM doktor,
Baru-baru ini, saya membuat ujian air kencing di rumah dan keputusannya positif. Haid lewat sembilan hari dari waktu biasa dan saya jarang lewat. Ketika membuat ujian air kencing, ada dua garisan. Bagaimanapun, garisan kedua tidak begitu jelas.
Selain itu, saya juga disahkan oleh doktor sebulan lalu menghidap sista normal. Adakah saya hamil atau disebabkan penyakit sista itu, saya sebenarnya tidak mengandung. Saya jadi buntu dan keliru.

Sekiranya saya mengandung, adakah ia mengganggu sista yang dialami dan bagaimana dengan kandungan saya? Semasa saya saya membuat imbasan, saiz sista berukuran 3.5 sentimeter. Adakah sista ini akan membesar bersama pembesaran kandungan saya sekiranya hamil?

Selain itu, adakah saya perlu menjaga pemakanan sekiranya mengandung dan perlu banyak berehat kerana saya bekerja yang memerlukan keluar ke lokasi tertentu untuk mesyuarat. Sejak kebelakangan ini juga saya sering sakit pinggang dan perut seakan berdenyut. Adakah ia normal bagi pesakit seperti saya?

Lisa
ASSALAMUALAIKUM Puan Lisa,

PENJELASAN kepada masalah puan terbahagi kepada dua. Pertama, puan hamil dan mempunyai sista ovari serta kedua, puan tidak hamil tetapi mengalami masalah sista ovari dan ujian air kencing positif.

Bagi masalah pertama, ujian air kencing bagi pengesahan kehamilan adalah tepat. Tetapi tidaklah setepat dan sensitif seperti ujian Beta hCG dalam darah. Ujian kehamilan sama ada kencing atau darah akan merekodkan kewujudan Beta hCG. Bezanya ujian darah dapat merekodkan jumlah atau kadar Beta hCG dalam darah itu. Ini bermakna, ia dapat merekodkan kadar paling minimum atau positif ketika ujian air kencing menunjukkan negatif.

Apabila ujian air kencing menunjukkan samar-samar atau positif lemah, ada dua kemungkinan. Pertama, ujian ini dilakukan terlalu awal di mana kadar Beta hCG dalam kencing terlalu sedikit. Kalau terlalu awal, puan boleh ulang semula dalam masa seminggu.

Jika ujian darah dilakukan dan ia positif, maka berkemungkinan besar puan hamil. Ujian darah ini akan menjadi lebih jelas jika diulang selepas 48 jam kerana kandungan yang normal akan menunjukkan kadar Beta hCG yang bertambah dua kali ganda.

Kemungkinan yang kedua ujian air kencing itu bersifat False Positive kerana ujian ini merekodkan hormon LH (Lutenising hormone) yang tinggi dalam air kencing. Hormon LH ini mempunyai struktur molekul yang hampir serupa dengan Beta hCG iaitu hormon kandungan. Jika ujian darah dilakukan, Beta hCG akan negatif.

Sekiranya puan hamil dengan sista ovari sebesar 3.5 sentimeter, majoriti tidak akan memberi apa-apa masalah kepada puan dan juga kandungan puan. Jika sista ini besar, ia boleh terpulas atau mengalami torsion ketika mengandung.

Jika ia berlaku puan akan mengalami kesakitan di bahagian bawah perut, memulas-mulas dan boleh muntah-muntah. Ini memerlukan pembedahan pembuangan sista ketika puan mengandung. Pembedahan ini mempunyai risiko kecil yang kandungan puan boleh mengalami keguguran. Sakit yang puan alami sekarang sukar untuk saya sahkan berpunca dari mana. Ini kerana pada peringkat awal kehamilanpun, masalah sakit di bahagian ari-ari dan belakang boleh terjadi. Ini adalah normal.

Jadi saya cadangkan puan melakukan imbasan ultrasound semula untuk menentukan saiz sista itu sekarang dan doktor akan menasihati puan langkah seterusnya yang perlu dilakukan. Apapun, tentu sekali apabila puan didapati mengandung, digalakkan berehat dan makan makanan yang seimbang tapi puan perlu mengesahkan dari doktor puan.

Bagi masalah kedua, sekiranya puan disahkan tidak mengandung tetapi mempunyai masalah sista ovari yang normal dan ujian kencing positif. Bagi saya, ia akan disahkan dengan ujian darah untuk mengesan paras beta hCG dalam darah. Kalau paras beta hCG tinggi dalam darah, kita perlu beberapa ujian darah untuk melihat petanda kanser dalam darah.

Ada beberapa kanser dalam manusia yang mengeluarkan hormon-hormon yang boleh dipastikan dengan ujian darah. Contohnya, bagi kanser ovari, petanda kanser adalah ujian CA 125, CEA, AFP dan juga Beta hCG tadi.

Di sini, kita lihat selain dari mengandung, ovari juga boleh menghasilkan Beta hCG. Saya syorkan puan berjumpa doktor untuk ujian selanjutnya seperti yang saya terangkan tadi termasuklah ujian seperti CT scan dan MRI.

Perlu diingat jika ujian kencing positif tetapi tidak terdapat kehamilan dalam rahim, kita kena fikirkan kemungkinan kehamilan berada di luar atau ektopik. Rumusannya, puan perlu berjumpa dengan doktor pakar ginekologi bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sunday, 15 April 2012

DOA-DOA NABI DALAM ALQUR'AN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Doa Nabi Adam AS
 
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ 
“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.”
(Surah Al A’raaf :23)




Doa Nabi Nuh AS

 قَالَ رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ 
“Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.”
(Surah Hud :47)


Doa Nabi Hud AS

 إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ 
”Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
(Surah Hud :56)

Doa nabi Ibrahim AS

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ  رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orng yang tetap mendirikan sholat.Wahai Tuhan kami,kabulkanlah doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah keampunan kepadaku dan dua ibu bapaku dan sekalian orang orang mukmin pada hari berlangsungnya hisab(nanti)”.(Surah Ibrahim :40-41)

Doa Nabi Yusuf AS

 رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. ( Surah Yusuf : 101 )

Doa Nabi Ayub AS 

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ 
“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)



Doa nabi Yunus AS

 لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ 
“Bahwasanya tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan hanya Engkau,Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim
(Surah Al-Anbiya’:87).


Doa Nabi Musa AS

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي  وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي  وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي  يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha  : 25 -27 )


Doa nabi Sulaiman AS

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ 
“Wahai Tuhanku,berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang soleh”.( Surah,An-Namlu : 19 )


Doa Nabi Zakaria AS

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا  وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا
Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”.
( Surah Maryam : 4-6 )


Doa Nabi Isa AS

قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ 
Nabi Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”. ( Surah al-Maidah : 114 )



Doa Nabi Muhammad s.a.w

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
( Surah al-Baqarah : 286 )

Thursday, 12 April 2012

Jika Bermimpi Sesuatu Yang Buruk atau Baik

Sumber : http://azwandee.blogspot.com

Menurut satu riwayat dari Bukhari,yang diterima dari Abi Salamah,bahwa Abu Salamah itu pernah bermimpi.Setelah dia bangun dari tidur,terasa kesan mimpi itu pada dirinya sehingga menyakitkan.Lalu hal itu diterangkannya kepada seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Abu Qatadah.Lalu Abu Qatadah menceritakan pula bahwa dia pernah bermimpi,yang setelah dia bangun menimbulkan sakit dalam dirinya kerana seramnya mimpi itu.Rasa sakit itu barulah setelah didengarkan Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Mimpi yang baik adalah dari Allah.Maka apabila di antara kamu bermimpi yang mengesankan baik,janganlah diceritakan mimpi itu melainkan kepada orang yang engkau senangi.Dan jika kamu bermimpi yang tidak menyenangkan,hendaklah berselindung diri kepada Allah,dan hendaklah ludahkan tiga kali,dan jangan diceritakan kepada sesiapapun.Dengan demikian tidaklah akan bahaya pada dirinya.”


Berselindung diri kepada Allah ialah dengan membaca:Ta’au-wudz;”A'uzu billahi minashaitanir rajim.”
Abu Qatadah mengatakan selanjutnya bahwa mimpi yang dimimpikannya itu demikian seram dirasakannya,sehingga berat laksana beratnya sebuah bukit menindih dirinya.Tetapi setelah didengarkan Hadits itu dari Nabi s.a.w dan diamalkannya,habis sirnalah tekanan perasaan berat itu.

Dan kemudian terdapat sebuah Hadits yang dirawikan oleh Muslim dari Jabir bin Abullah.Sabda Nabi:
“Apabila seorang di antara kamu yang bermimpi yang tidak menyenangkan,meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah dari syetan tiga kali pula,lalu palingkan tidur(membalik dari miringnya)”.

Sebuah lagi Hadits sahih yang diterima dari Abi Hurairah:
“Kalau kamu bermimpi yang tidak menyenangkan,lekas bangun dan segera sembahyang”
Ulama-ulama berkata,segala yang diajarkan Nabi ini tidaklah berlawan,baik diamalkan semuanya,ditambah lagi dengan sembahyang,maka dengan melakukan sembahyang,semua yang mempengaruhi perasaan itu jadi habis dan semua terkerjakan.Kerana kalau dia telah bangun sembahyang,tentu dia dengan sendirinya telah berpaling atau membalik dari tempat tidurnya.Dan ketika mengambil wudhuk,tentu dimulai dengan berkumur-kumur(madh-madhah),dengan itu dia telah meludah.Dan apabila sembahyang telah dimulai,tentu sebelum Fatihah dia membaca Tau’au-wudz(“A'uzu billahi minashaitanir rajim.”.Dan setelah sembahyang,tentu dia sudah berdo’a dan merendahkan diri(Tadharru’)kepada Allah,moga-moga Allah memeliharanya dari segala bahaya.Apatah lagi itu adalah sembahyang tahajjud,di waktu yang sangat terbuka pintu pengabulan do’a(sa’atul ijabah)di waktu sahur.

Demikian Al Qurthubi menulis dalam tafsirnya.

Mahu cepat kaya? Ini tips nya

"Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, perbendaharaan-Ku tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri untukmu; sejauh mana engkau tahan, sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu. Kekikiranmu memberi bantuan kepada orang-orang miskin daripada harta yang Ku-Kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku.”
“Kerana, sesungguhnya Ku-jadikan engkau sejak semula mempunyai keinginan yang besar akan harta. Kerana itulah Aku telah memberimu harta. Sekarang, patutlah engkau tidak kikir dan bakhil membagikan hartamu itu kepada hamba-hamba-Ku; Aku telah pun menjamin gantinya, dan menjanjikan balasannya.”  

Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, 
Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Kita mampu buat tapi kita malas...sebab kita tak nampak seme tu depan mata kita.
Buatlah Raihanah...Ringankan anggota badanmu untuk lebih dekat dengan Penciptamu. Ayuh!



1. Solat Dhuha : untuk keberkatan rezeki
2. Solat Tahajud : Cahaya Dalam Kubur
3. Baca Al-Quran : Kemudahan dalam menjawab pertanyaan Mungkar dan Nangkir
4. Berpuasa & memberi sedekah : Kemudahan Melintasi Siratul Mustaqim
5. Zikir : Mendapat Perlindungan ARASY ILAHI pada hari Hisab

Perbezaan Al-Quran dengan Hadis Qudsi

Perbezaan Al-Quran dengan Hadis Qudsi :

Al-Quran dari Allah, baik lafaz mahupun maknanya. Hadis qudsi maknanya dari Allah dan lafaznya dari Rasulullah SAW.  Hadis qudsi ialah wahyu dalam makna, tetapi bukan dalam lafaz. Oleh sebab itu, menurut sebahagian besar ahli hadis, diperbolehkan meriwayatkan hadis qudsi dengan maknanya saja.
Huraian

1. Al-Quran :

Al-Quran adalah kalam Allah SWT atau firman Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. dengan lafaz dan makna yang membacanya menjadi suatu ibadah.

Maka kata “kalam” yang termaktub dalam ta’rif tersebut merupakan kelompok jenis yang mencakupi seluruh jenis kalam. Ia disebut kalamullah sebab disandarkan kepada Allah yang menunjukkan secara khas sebagai firman-Nya, bukan kalam (kata-kata) manusia, jin dan malaikat.

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu apabila Kami telah menyempurnkan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.” (Surah Al-Qiyamah ayat 17-18)


Hadis terbagi dua iaitu hadis qudsi dan hadis nabawi.


2. Hadis Qudsi

Hadis qudsi adalah hadis yang di sampaikan oleh Rasulullah SAW disandarkan kepada Allah SWT. Maksudnya, Rasulullah SAW meriwayatkannya bahawa itu adalah kalam Allah. Maka, Rasulullah SAW. menjadi perawi kalam Allah ini dengan lafaz dari Rasulullah SAW. sendiri.

Bila seseorang meriwayatkan hadis qudsi, dia meriwayatkannya dari Allah dengan disandarkan kepada Allah dengan mengatakan, “Rasulullah SAW. mengatakan mengenai apa yang diriwayatkannya dari Tuhannya,” atau ia mengatakan, “Rasulullah SAW. mengatakan, ‘Allah SWT telah berfirman atau berfirman Allah SWT’.”

3. Hadis Nabawi

Menurut istilah, pengertian hadis ialah apa saja yang disandarkan kepada Nabi SAW baik berupa perkataan, perbuatan, persetujuan, mahupun sifat.
Contoh yang berupa perbuatan ialah seperti ajarannya kepada para sahabat mengenai bagaimana cara mengerjakan solat.
Nabi SAW bersabda yang maksudnya : "Solatlah seperti kamu melihat aku solat.”
(Hadis Riwayat Bukhari).

Wednesday, 11 April 2012

Gegaran 8.9 Acheh

Hari ni orang kecoh-kecoh pasal gegaran di Acheh yang berskala Ritcher 8.9...kebetulan online jam4 lebih tadi.tu yang cepat je tau berita ni.memang tak dapat tidak saya harus akui facebook juga ada manfaatnya. 3minit lepas dapat report kejadian tu...saya cepat-cepat berlari ke luar rumah memerhatikan sebarang perkara aneh yang berlaku jika ada.tapi alhamdulillah semua clear. langit cerah...ada awan sikit-sikit..angin sepoi-sepoi bahasa je. tidak pula terasa sebarang gegaran. cuma keadaan ombak tak dapat dipastikan sebab tak nampak dari rumah ni. pada hemat saya mungkin sebelah pantai timur, tak terkena tempiasnya sangat. tapi jika Allah berkehendakkan tsunami berlaku, akan jadik juge. Na'uzubillah...sama-samalah berdoa supaya Allah tidak datangkan ujian seperti itu di negara kita. dan sama-sama kita doa Allah selamatkan orang-orang Islam tidak kira dimana jua mereka berada...di Acheh ke...di Jerussalem ke..di Amerika ke...di Narathiwat ke..lebih-lebih lagi di bumi Malaysia ni. sayangkan negara, doa-doakan...bukan pecah-belahkan.

Ada sesetengah orang percaya bahawa setiap musibah dahsyat yang berlaku seperti tsunami pertama di Acheh dan keruntuhan World Trade Centre satu masa dulu dikaitkan dengan surah dan ayat dalam al-Quran. Maka hari ini ramai yang mengandaikan tarikh 11.04 sememangnya telah tertulis di dalam al-Quranul karim bahawa akan berlaku satu musibah..(sekali lagi saya katakan ini adalah andaian mereka..boleh jadi ia satu kebetulan..) Jangan terlalu taksub pada I'jaz A'dadi iaitu mukjizat nombor yang mana perkara memang ada dibahaskan oleh para ulama' terdahulu. namun begitu, memang jika diteliti surah ke11 (surah hud) pada ayat ke 4 ada kaitan dengan peringatan Allah tentang bencana seperti ini. Juga surah ke8 ayat 9 yang berbunyi :
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.


kata saudara Hilal Asyraf:
"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." Surah Al-Ankabut ayat 40.

Kadangkala, Al-Quran sudah lama ajak kita muhasabah.
Kita?
Bila dah terhantuk, baru nak tergadah.

Monday, 9 April 2012

Mencari jodoh

Jodoh...kenapa isu jodoh jadi persoalan? Harus terima bahawasanya saya dan golongan senasib yang belum bertemu jodoh masih dihantui dengan isu ini. Sebenarnya saya masih dalam proses mengkhatamkan buku 'Misteri Jodoh' karya saudara As-Suyadi Sulaiman. Kata beliau dan saya pasti rata-rata masyarakat mengetahui jodoh adalah hak Allah dan telah ditentukan sejak azali sepertimana banyak mana rezeki kita di bumi dan bila kita akan mati. Jadi kenapa kita harus beria-ria membincangkan isu jodoh tidak pula beria-ria membincangkan betapa sedikitnya persediaan kita untuk menghadapi kematian?
Kesimpulan setakat yang dibaca :
  1. Apa-apa pun ayat Allah tidak boleh dipertikaikan. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. 
  2. Jodoh dan cinta adalah 2perkara yang berbeza
  3. Seseorang akan mengetahui jodohnya setelah akad nikah dilafazkan 
  4. Boleh jadi seseorang itu ada banyak jodoh tapi tempoh selama mana jodoh tersebut masih misteri bagi manusia.
  5. Seseorang yang dah ditolak lamaran pinangannya tak bermaksud ia bukan jodohnya. Mungkin ia masih lagi berjodoh di masa akan datang. cuma Allah panjangkan dan sukarkan sedikit prosesnya untuk menguji keimanan orang tersebut.
 ~,~ ziana kata..ustaz kata..klu tak betemu jodoh di dunia, nabi yang akan tunggu kat akhirat nanti. (sebab takde anak nk tunggu). kan ziana kan?


Sunday, 8 April 2012

KPI Al-Quran: 1 hari 1 surah




1 hari aku akan tinggalkan kamu,

1 hari aku akan lari darimu,

1 hari kamu akan menyesal kerana tidak memiliku,

1 hari kamu akan tahu bahawa akulah segalanya untukmu,

1 hari bila kamu menyedarinya,

kamu sedih kerana terlambat memilikiku,

kerana aku "AL,QURAN"

sebagai panduan hidupmu....

Maka carilah aku sebelum,

aku kembali ke sisi

PENCIPTA KU.....

Monday, 2 April 2012

Indeed

"Kita ada blog,
kita gunakan dengan sebaiknya untuk mengumpulkan pahala.
Dari publicly cerita fasal ex boyfriend/girlfriend,
lebih baik publicly ceritakan akan kebesaran Allah SWT, dan pengalaman bermakna hidup sebagai hambaNya di atas muka bumi ini."

petikan : Hilal Asyraf page

Soalan tentang bidadari syurga

Satu hari guru saya pernah berkata:
"Ada orang berkata bahawa syurga ini hanya untuk lelaki sahaja. Mengapa?"
Seorang pelajar menjawab: "Kerana habuan di dalam syurga adalah bidadari, dan tidak dinyatakan wujudnya bidadara."

Satu kelas tertawa. Guru saya tersenyum. Kemudian bertanya:
... "Benar. Itu tuduhan ramai. Jadi, di dalam kelas ini, siapa yang menyokong pendapat itu?"

Kelas senyap. Ya, memang langsung tidak dinyatakan akan kewujudan bidadara. Jadi, apakah benar syurga hanya untuk lelaki semata-mata? Islam agama yang biased terhadap jantina kah?

Guru saya kemudiannya menjawab:
"Allah menyatakan bidadari kerana lelaki memang suka kepada perempuan. Tetapi untuk perempuan, bukankah Allah SWT menjanjikan permata-permata Yaqut dan Marjan di dalam Syurga? Kerana perempuan lebih sukakan barang kemas, perhiasan kecantikan, dari lelaki sebenarnya." (boleh rujuk hal ini dalam Surah Ar-Rahman).

Satu kelas terdiam.
Dan saya tersenyum melihat betapa bijaksananya guru saya.
--------------------------------------
Allah nyata tahu kesukaan hamba-hambaNya.
^^

AL-USTAZ

Selamat hari Isnin...

Baru lepas merayau bandaraya warisan pesisir al-asbab mencari majalah al-Ustaz. semalam dah menjenguk ke Pustaka Sri Intan tapi tak ada. Di gerai dalam Giant juga tak ada. Teringat satu kedai buku-buku agama bersebelahan CIMB. Tak berkesempatan lagi nak pergi situ memandangkan tengahari macam ni susah nak dapatkan parkir (guna bahasa buku der..). Edisi perdana (Isu no.1) biasanya agak laris. takut tak sempat beli. Want it badly. 
Persoalan : Ada ka masa hang nak baca?
Jawab : Beli dulu baca tak pe bile-bile pon. Kalau tak beli dulu, langsung tak dapat baca, ye dak???

Secara jujurnya, ada banyak lagi buku dan majalah yang belum dibaca kat runah tu. buku Misteri Jodoh yang pinjam dengan Iwani pon belum sampai separuh. Bagi zuliya pinjam dulu. Buku Ustaz Pahrol, Tentang Cinta, Beduk Diketuk, Nota Fikir Zikir (macam salah je tajuk buku ni...maaf ustaz. sila google sendiri kat blog ustaz k!) lagi buku...Ya Allah Aku Tak Ingin Sendiri, La Tahzan (main), La Tahzan: Motivasi Wanita (hadiah dari Iwani) dan beberapa lagi buku yang ada semuanya menunggu turn untuk dibelek dan dihayati. Bulan lepas bajet buku sangat over the limit... hundred ++..jadi bulan ni, saya cut untuk beli majalah Solusi (RM10), Ayat Manzil (RM2.50), majalah Imam (RM7) dan majalah Al-Ustaz je. Yang ni belum tahu lagi harganya. RM30 setiap bulan untuk sesuatu yang bermanfaat tak membebankan pun.

Persoalan : ada apa dengan majalah al-ustaz? Best sangat ker?
Jawab : Majalah tu biasa je macam majalah agama yang lain tapi bila ada penulisan dari ustaz don ye jadi best giler. hahahah. (sasau dah)

mood berblogging semakin memuncak sejak ada blog baru ni. dan saya juga berjaya mempengaruhi rakan kejiranan saya untuk aktif kembali berblogging. happy bila dapat bantu insan-insan yang memerlukan bantuan kerajinan saya menggodek javascript walaupun bukan tau sangat pun. agak beku juga otak sebab dah lama tinggal. long...long..long time ago hokey.
tahniah buat tuan tanah blog tapak kaki sebab blog anda sudah ada nama. cantik template... ;p. customer saya yang tak cerewet sangat berbanding tuan tanah blog diadiya. 5minit sebelum abis keje baru jumpa template yang dia berkenan. huh....

ok..selamat berblogging uolls..

The Moment

The Moment
13~12~13