Sebab-Sebab Dan Ciri-Ciri Wanita Tidak Suka Kahwin
Jom kita baca artikel di bawah dan fahami mereka-mereka yang tergolong dalam kategori ini.
Zara seorang wanita berusia empat puluhan. Pada zahirnya Zara merupakan seorang wanita yang cantik dan sofistikated. Tambahan pula dia menyandang jawatan sebagai setiausaha. Sudah tentu dia seorang yang berpengetahuan luas. Sebab-sebab dan ciri-ciri wanita tidak suka kahwin tidak terlintas di fikiran Zara.
Zara sangat mementingkan kerjayanya. Dia tidak kisah menghabiskan masa dua belas jam sehari di pejabat. Kerjanya berkualiti dan disukai oleh ketuanya. Bagi Zara, dia gemar bersendirian di pejabat bila orang lain sudah pulang. Selain menyiapkan kerja, dia suka menghabiskan masa melayari internet dan merancang aktiviti percutiannya dengan meneliti pakej tambang murah. Apatah lagi dia belum berkahwin, itulah kebiasaan yang amat di sukainya.
Zara mempunyai enam orang adik beradik dan mereka semua telah pun berkeluarga. Zara jarang mengunjungi mereka. Memadailah dengan bertelefon dan menghantar hadiah hari jadi sebagai tanda ingatan.. Apabila ditanya tentang perkahwinan, Zara cepat-cepat akan mengelak. Masalah Zara ialah dia tidak selesa berada di kalangan lelaki. Bukan dia tidak pernah bercinta dan mempunyai kekasih namun setiap kali berhubungan dia akan mencari alasan tidak ke mana-mana.
Zara juga tidak mempunyai sahabat karib lantaran sikapnya yang dingin dengan sesiapa sahaja. Begitu juga dengan adik beradik dan anak-anak saudaranya, Zara mendampingi mereka seadanya. Dia cuba membantu setakat yang boleh namun dia tidak dapat merasakan kehangatan dalam hubungan mereka dalam sesebuah keluarga.
Dalam kebanyakan kes seperti ini masalahnya ialah kekurangan hormon yang penting iaitu Oksitosin. Oksitosin ialah hormon yang dikeluarkan oleh supraoptik nuclei di hypothalamus pada otak kita. Jumlah yang dikeluarkan ialah 2 IU (international unit) setiap hari. Jumlah yang dihasilkan oleh ibu yang menyusu anak dan bersalin boleh mencecah 5 hingga 10 IU. Oleh itu rata-rata ibu hamil dan menyusu anak bersikap lebih penyayang dan mesra.
Fungsi Oksitosin
1. Meningkatkan keupayaan bersosial, ikatan kasih sayang dan kemesraan antara manusia. Menjadikan seseorang merasa mudah didampingi. Para saintis mendapati dalam kes rawatan autisme dan skizofrenia di mana pesakitnya menjauhkan diri dan orang lain dan hanya menyendiri maka memberi Oksitosin adalah baik kerana la meningkatkan daya bersosial.
2. Meningkatkan mood yang baik kerana menjadikan seseorang mudah tersenyum bila bertemu orang lain.
3. Mengurangkan rasa takut dan debaran bila bertemu orang lain.
4. Membuka diameter salur darah, memberikan lebih oksigen kepada tisu.
5. Meningkatkan daya seks dan kasih sayang di kalangan pasangan
6. Meningkatkan orgasma.
7. Meningkatkan anabolik dengan meningkatkan IGF1 dan testosteron. Ia juga mengurangkan ACTH dan kortisol iaitu hormon yang meningkatkan lemak.
8. Ia meningkatkan kontraksi rahim dan memudahkan proses bersalin bagi wanita.
9. Memudahkan ibu menyusukan anaknya dengan meningkatkan keaktifan kalenjar susu
10. Memberi perlindungan terhadap kanser payu dan, ovani dan endometrium
11. Bagi lelaki pula, Oksitosin penting bagi meningkatkan daya seksual. Lelaki yang mempunyai kadar Oksitosin rendah bukan sahaja anti sosial tetapi mempunyai daya seks yang lemah.
Sebab-Sebab Dan Ciri-Ciri Wanita Tidak Suka Kahwin adalah disebabkan kekurangan oksitosin. Kekurangan oksitosin boleh berlaku sejak kanak-kanak mahu pun setelah dewasa. Kanak-kanak yang kurang Oksitosin jarang senyum dan ketawa. Kanak-kanak yang kurang Oksitosin menunjukkan ciri-ciri autisme dan mungkin menjadi dewasa yang berciri skizofrenia.
Ciri-Ciri Wanita Kekurangan Oksitosin:
1. Tidak gemarkan aktiviti berinteraksi dengan orang lain
2. Semasa kecil lagi tidak mampu menjalankan tugas secara berpasukan.
3. Tidak mahu berkahwin dan jika berkahwin, perhubungan itu kurang membahagiakan dan ada yang membawa kepada perceraian
4. Tidak mempunyai sahabat karib atau hanya beberapa sahabat lama sahaja. Dia enggan mencipta persahabatan baru
5. Gemar bersendirian dan enggan mengambil tahu hal orang lain
6. Jarang tensenyum
7. Tidak merasa perasaan yang romantik dalam perhubungan cinta
8. Wajah kepucatan
9. Tidur terganggu
10. Paranoid, mengesyaki bahawa orang lain sentiasa berniat buruk.
Rawatan meningkatkan paras Oksitosin memberi kesan yang sangat baik terhadap kesihatan. Ia juga membantu seseorang berubah sikap menjadi lebih positif dan ceria dalam kehidupan. Ia boleh diambil secara suntikan mahupun pil.
Secara semula jadi Oksitosin meningkat apabila kita bersentuhan dengan orang-orang yang disayangi dan sahabat handai. Sikap memeluk, mencium dan membelai meningkatkan Oksitosin. Selain memberi keceriaan, banyak kebaikan yang diberikan oleh Oksitosin kepada tubuh badan dan jantung kita.
Justeru itu sudah tentu kita tidak mahu melepaskan peluang ini. Tidak hairanlah, Oksitosin sering dinamakan sebagai hormon kasih sayang..Jadi, Sebab-Sebab Dan Ciri-Ciri Wanita Tidak Suka Kahwin adalah disebabkan kekurangan oksitosin.
