ooo maannnn... benda ni selalu menghantui saya. Rania masa kecik takde pun hisap jari atau pacifier. Ntah mimpi ape la anak dara sorang ni umur setahun mula hisap jari. Isyy..tak suka nya tengok. Agaknya itulah perasaan mak bapak kc dulu bila kc hisap jari. kehkehkeh...ok fine. tabiat menurun rupanya. Mak-mak ni kan kalau dia dah rasa benda tu memudaratkan dia taknak benda yang sama kena kat anak dia. Hmm..dah puas menggoogle kc ni. Orang banyak copypaste je tips. aduyaaaiii
Zaman kc kecik-kecik dulu diakui oleh diri sendiri memang habit ni payah nak dihentikan secara paksa. Buat la ape pun. Tak jalan. Start dari hisap puting then sambung ngan hisap jari. Tapiiiiiii.....umi menyesal ok. Gigi jadi tak cantik. Umi tak nak berlaku kat Nia juga. So umi akan buat apa sahaja untuk stop Nia dari isap jari.
Harap Umi lebih gigih untuk disiplinkan ank umi ni
Thursday, 15 December 2016
Monday, 28 November 2016
New Year New Story
2016 akan melabuhkan tirai sebulan lagi. oh, sebulan lagi ke?hmm.so soon. bermakna semester september pun akan berakhir. tapi rasanya tak puas lagi duk dalam kelas anatomi. kunun sangat kan. padahal banyak lagi silibus nak kejar. maka akan berakhir la juga sesi pelajar paling ramai untuk teknik histologi. lepas ni, mengajar teknik histo dah boleh santai-santai. minggu ni adalah minggu yang hectic sebab kena siap marking all the courseworks. kejung la urat tangan. nak buat kat rumah, memang payahla. musim cuti sekolah ni, ramai le anak buah datang bertandang. time ni, memang mengharapkan kecekapan suami la melayan anak dara nan sorang tu. tau-tau jela si nia. nak melekat ngan umi je. umi tak mampu nak marah nia. umi cuma boleh alih perhatian nia. bagi pen, whiteboard, alas getah, marker..haaa...khusyuk la dia menconteng. umi seronok tengok nia pegang pen. umi pun redha je nia conteng kaki, tangan, botol air, botol susu n baju tido nia. takpe. conteng la nak. asal umi boleh buat kerja umi.
2017 gonna be tough year for us. hopefully orang-orang disekeliling will support each other. biarlah ape pun rintangan yang mendatang, kalau kita sentiasa bersangka baik dengan Tuhan, kita akan lebih tenang. Membebel pasal minyak yang semakin naik, ringgit yang semakin jatuh, politik yang semakin mengarut, takkan mengubah apa-apa. Dunia ini pun bukan kita punya. Allah yang punya.
Happy 3rd Anniversary in advance for us
Tahun ke3 Bertiga. Tahun ke4 ??? Pray for us.lalala.

Sunday, 27 November 2016
Kisah Si Anak
Raniađź’•
Budak tecik di atas dah tak tecik mane dah. Makin banyak ragam. Body maintain slim. Bukan kategori yang orang suka peluk. Yang suka peluk, mak ngan bapak dia je. Orang selalu cakap Nia tak cukup makan. Sebagai seorang ibu, ayat itu makan dalam. Orang sedap mulut cakap kita tak bagi makan. takpe..takpe..Pedulikan. kite ikut cakap mak kite. mak kite kata, ok je nia. Asal perkembangan dia duk normal chart, kira dah ok la tu.
Selain dari body, dulu selalu juga orang bercakap tentang rambut nia yang tak berapa nak ade. Tapi sekarang, mak aiii...rambut ikut DNA tokmah dah ni. Takpe nak. Mak tetap suka rambut ngko. hahaha.
Pernah bagi can bapaknya potong rambut Nia sekali. Robek kejap hati ini. Ok. Sorry. Pas ni tak bagi can dah. dan takkan suruh dah. Jadi cam kaum penan anak dara mak. haha. Pasni bior omak yg potong tau.
Rania turns 1yr 6m now. Nia sepatutnya complete her vaccine last month tapi mak tak sempat pun lagi. And mak dah rasa malas dah nak pg kkia.huhu. mak redho je la. ok kot...ngeeeeee
Nia dah boleh mengikut patah percakapan orang disekeliling dia. Tapi pelat-pelat lagi. Dalam banyak-banyak word yang paling susah nak betulkan adalah elephant. Nia akan sebut epiten. Bila kite sebut satu-satu, start dengan e...li....dia akan sebut e...li... tapi part phant tu die akan sebut eli-epiten.hahahahahaha...
nia..nia..
Tuesday, 1 November 2016
Thursday, 27 October 2016
Tragedi Oktober 2016
Ini bukan kisah tragedi oktober awie dan erra. Ini bukan kisah putus cinta. Ini kisah putus talian hayat. Kisah kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor. Saja ku rakam dalam blog ini. Untuk aku sentiasa kenang dan insaf bahawa nyawa bukan di tangan kita. Allah akan ambil nyawa kita bila sudah sampai masanya. Tragedi itu hanya sebab musabab. Juga sebagai peringatan. Juga ujian.
Thursday, 20 October 2016
The MSU Spirit
Ni memang keje giler. Selepas seharian travel dari Shah Alam and came back to ganu, sempat lagi mengeblog di sini. Jam 1pagi der..haha. Mimpi apakah ini. Mungkin sejak duamenjak ni sibuk manjang. Nak berblog pun berani tak berani je kat opis tu. balik rumah lagi la payah nak cari masa. Biasanya akan tertidur sekali dengan anak. Sejak semalam, anak dijaga encik suamiku mentenen. behave katenye. tak meragam, tak mengigau, tak cari maknye..so malam ni dah alang-alang si bapak mengambil tender mengasuh, boleh la kc mengeblog siket kennn.
Alkisahnya, kitorang staf akademik ni buat rombongan cik kiah ke MSU ke Shah Alam nu. Alaaa..yang tersohor lagi global tu.ecewah...Bukan academician aje. Setuden pon ikut sekali. Kami pergi dengan bas dan van. Bawak bebudak ini untuk final presentation for their project and mini thesis. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun teruk kitorang hentam presentation diorang masa present kat kolej. By right, itu semua untuk kebaikan diorang. supaya lebih bersedia mental dan jiwa raga. Fizikal tu hakak dah tau dah. bersedia sokmo sebab alang-alang ke sana mesti tenaga kudratnya di'reserve'siket untuk jalan-jalan kat aeonmall nuuu. heheh..penat la macam mana pon, sampai bab window shopping lajuuuu je kak senah kann..
Kalau ada peluang, bolehlaa sambung terus degree kat sana. Masa tu, ko hadap la aeonmall tu sampai muntah. kaaannnnnn....
Dah yang akademik pergi ziarah MSU ramai-ramai ni apekehal pulak? Kitorang sebenarnya lebih neves dari setuden-setuden ni. cuma emosi tu kene pandai-pandai sorok. Sementara pihak fakulti incharge our students for presentation, kitorang ada meeting bersama pn.norlina. ngeeeeee....ngeriiii. tapi bila dah masuk meeting pn.lina banyak bagi support and spirit untuk terus move forward. bukan setakat menghentam je. best..best..best..i loikee you.
di akhir rancangan, sempat la kami semua bergambar kenang-kenangan memandangkan bebudak ni pon dah nak habis blaja. and seriously, payah dah nak jumpa ketul-ketul student yang spesies cam ni. dah makin pupus. yang tinggal, gen strawberry yg semakin ketara kestrawberryian nya...huh, dasat vocab ko nab!
sekian saja entry dinihari.

Monday, 3 October 2016
Status bebel
Manusia. Spesis yang tak mungkin lahir tanpa masalah. Sebab masalah adalah pengukur iman. Sama ada manusia terpesong terbabas kerananya atau pengemudi untuk manusia jadi lebih sabar. Tapi kita bukanlah perfect. Maksud kc, kc la yang tak perfect tu. Terkadang terbabas tanpa sedar. Ingat dah handle dengan baik rupanya tak. Masih banyak sangat nak kena repair diri. Tahu sangat diri ni tak setanding dengan orang sekeliling. Lebih-lebih lagi dengan 'ayam-ayam' lama ni. Tapi apa salahnya ayam-ayam ni duduk sama-sama dengan hamba yang kerdil ini dan cuba pakai kasut yang sama.
Sebenarnya ini kes lama. Kc dah tutup kes dah. Tak nak ingat-ingat benda yang tak best. Nak teruskan hidup dengan happy-happy. Tapi apa la malangnya nasib bila orang masih nak bercerita tentang benda yang sama. Dan yang pelik, tak de kena mengena siiiiiiiket pon dengan diorang. Tak. Tak. takde. seriously takde. Hanya berstatus sekampung je pon. Dah tu pulak, dengan kita depan-depan tak de pulak bercakap pasal tu kan. Tapi kalau dengan joyah, kak bedah, makcik senah selamber kodok je buke cerita aku...hamboii..hamboii..hamboii. dh sinsing lengan dh ni.hahaha
Sorry beb. kc bukan kaki gaduh. bukan jenis mulut sound-sound selantang speaker masjid kg.dusun. tak pernah lagi dalam sejarah hidup bukak kekuda bertumbuk bersilat dengan orang yang cari pasal ngan kc walaupun kite ada taekwondo. apatah lagi kalau yang cari pasal tu makcik peah yang dah separuh abad usianya. yang muda sound pun kc buat pekak je. paling tidak pun mengadu pada si polan-polan sampai berjurai air mata. kita cuba untuk mengawal emosi. tapi yang pedih,tetap terasa pedih. yang terluka pasti tinggal parutnya. regenerasi tetap kan berlaku. hanya masa menentukan.
Harapnya lepas ni, makcik-makcik semua tak perlu laf fikir sangat tentang kenapa saya buat semua tu. kalau pun makcik tetap nak kata saya jahat or tak betul makcik boleh direct pada saya. bukan melalui sesiapa pun. sebab makcik tak tau pun hari-hari yang saya lalui. dan makcik pun tak berhak menghukumi saya sebab saya tak hire makcik pun untuk jadi majistret atau peguambela atau pendakwaraya atau pun juri awam dalam masalah saya. semua yang saya buat adalah untuk kemaslahatan saya dan anak saya. sekian
Wednesday, 21 September 2016
entry peram namanya
Morning...
Sebelum mula kerja pembikinan soalan, kita layan blog dulu seposen. Banyak dah cerita terperam seperti mana tajuk. Cari masa update tapi macam-macam halangan.
Well, kita start dengan yang hot-hot dulu. Ni cerita baru kemaren jadinya.
Kejutan untuk bigboss sempena bufday beliau.
N kami cam excited pulak buat kerja-kerja yang dah lama tak dikerjakan ni. Sanggup balik lambat sebab nak tunggu boss balik dulu. Hahaha
Tadaa..teruja pergi nursery jumpa kaktus cute-mute ni.
Nampak tak muka teruja masing-masing. Abang kamera pon sporting. Layan je bini.
Cerita peram ke2. Akhirnya buku yang dinanti-natikan telah sampai ke tangan. Horaa horeyy... Tak tau nak cakap macam mana tahap best buku ni. Belek je pun dah rasa melekat. Tapi no..no..no..masih ada tugas hakiki yang kena selesaikan sebelum start baca buku ni. Thank you cik Jiji hasilkan buku ni. So in love with this book. Eh, lupa nak cerita serba sedikit tentang buku of the year ni.
Tajuk : 3 kertas, 3 krayon, 3 pensel warna
Buku parenting
Cover tu gambar anak Jiji si Haikal
Basically content dia tentang parenting, cara didik anak, cara kenal emosi anak, aktiviti yang berunsurkan motor skill dan segala skill yang berkaitan.
Harga : RM55 je termasuk pos
Let's read this.
Cerita peram ke3. Majlis hari raya korban. Tak seperti tahun-tahun yang sudah, majlis kali ni diadakan pada hari bekerja. Seperti biasa ada aktiviti melapah, memotong daging dan mengagihkan daging pada pondok-pondok maahad tahfiz asrama-asrama anak yatim dan kejiranan sekitar. Yang luar biasa sikit, ada aktiviti masak-masak yang mana bahan utama ofcourse la daging dan tulang kan. Department kami buat sup tulang. So pepagi tu, sempat la meround Pasar Kedai Payang cari bahan-bahan masak. Walaupun tugas tu diberikan pada department kami, tapi orang lain pun ringan tulang je membantu. Seronok jugak sekali sekala beraktiviti macam ni.
Ni die chef paling ayu. Potong daging bakar pon malu-malu sopan giteww.
Available lagi. Sape berminat pm tepi ;P
Yang ni tak available sebab..
..die saya punya..ciaciaciaaaa!
Monday, 29 August 2016
Sambungan entry
Kali ni just nak belanja gambar sekitar hari menghantar rombongan haji minggu lepas
Anak-anak buah yang hadir menyerikan airport. heeeee
Bergambar kenangan dengan pak sedara dan family AbgDi
Generasi Tok dan Tokki. Nyang pon ade sekali.
Ni dah sampai ke Tabung Haji Kelana Jaya. Disambut pak sedara dan mak sedara. Pak sedara ni staf TH.
Nak naik bas ke KLIA doss
Wednesday, 24 August 2016
Lambaian Tanah Suci
Allah Maha Besar
Allah Maha Agung
Allah Maha Pemurah
Allahurabbi..
Bila mana Allah menjemput ke Tanah Suci Mekah, tiada kata yang paling baik dilafazkan melainkan memanjatkan syukur dan syukur dan syukur. Insya Allah tahun ni ayahnda dan bonda akan berangkat menunaikan haji di Mekah. Jumaat 26/8 mereka bertolak dari lapangan terbang Sultan Mahmud, trg ke KLIA dan bertolak dari KLIA ke tnah suci pada sabtu 27/8.
Terasa hiba di hati meniti hari-hari sepemergian mereka. Pesanan mereka supaya sekali sekala menjenguk rumah di kg. Sebolehnya biarlah mereka tidak terlalu risau dengan harta yang ditinggalkan untuk sementara waktu ni. InsyaAllah aku, adik2 dan kakak ipar ada untuk cakna.
Semoga mak dan abak beroleh haji yang mabrur. Semoga mak dan abak sentiasa di bawah lindungan rahmatNya. Semoga mak dan abak dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan, semasa di sana dan selamat pulang ke tanah air nanti.
Menghitung hari.

Monday, 22 August 2016
Busyboard dalam pembikinan
Its Monday..mood kerja ke laut. Tak tahu ler kerja apa yang dah beres hari ni. Sepagi berchatting dengan budax penang je. Sepetang pulak mengadap mr.google je. Entah apa yang dicari pun tak tahu la auntie ann sorang ni.waaahh..lame dah tak dengar member panggil camtu. zaman dolu-dolu punye nickname. khelasss kannn..
Weekend baru ni, gigih mak carik item n board untuk laksanakan projek diy untuk anak dara tersayang. Dah decide nak ambik papan kat rumah zuliya. bukan ambik dinding rumah dia pon.janganlah kecoh korang ni..
papan tu kisahnya kitorang buat meja. memandangkan zuliya pon dah humban dia dalam stor, so boleh la aku recycle papan tu untuk dimanfaatkan.
Item basic dah ada. tinggal lagi nak tebuk dan merekaletak item tu. cadangnya nak cover dulu ngan wall sticker kaler pink. tapi tunggu bapaknya punya persetujuan.hehehehhh..
nak tepek gambar pon, xde gambar lagi.nantilaaa

Wednesday, 17 August 2016
idea diy
meh rerajen kan diri menulis entry. sekarang ni kalau bukak blog, dah sunyi sepi dah belake rakan blogger. jadi aku balik-balik baca entry sendiri. mama iqy sibuk ngan bisnes. mami auni sibuk berlasagna dan berfuraiha, umi rania yusuf sibuk berpowergold, si gegel kat penang tu sibuk ngan urusan rumahtangga. blog ni macam dah hilang sengatnya. agaknya orang dah takut nak berblogging. takut kena kecam. maklumla sekarang ni blogger pun boleh didakwa kalau salah tulis ke hape kan.
dah habis keje2 audit ni, rasa nak bertukang pulak. tengah pikir nak kebas dinding rumah sape takpun meja bulat sape nak buat base busyboard untuk rania. si abi tak supportive mana tang keje2 diy ni. nak2 untuk busyboard ni. katanya, busyboard tu untuk boys....haluuuuu..pak encek. takkan budak lelaki je kena pandai bukak paip, kunci selak pintu, pulas tombol tu semua...hayyyaaaiii. setelah memberi penerangan dengan mata yang membulat,hahah...baru die terima.padahal takut kennn...
semangat berkobar2 sangat ni. dah nampak dah nak rembat papan base kat mana. jengjengjenggg...nanti kite upload busyboard anak kite.kalau jadi..kekekekekekeee
sekian

Tuesday, 16 August 2016
Ber'audit' sangat kite ni
oo..macam ni rupanya rasa diaudit oleh ISO. merasa la tidur kat ofis macam audit yang sebelum-sebelum ni. Audit kat tempat kerja aku ni dah jadi macam acara tahunan dah. tak sempat pun nak berehat dari audit MQA datang pulak audit dari MyQuest pastu internal audit dari pihak MSU dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi..ok,penat taip. banyak lagi tu. simpan siket tenaga nak taip benda lain.heeee
Beza audit kali ni dengan audit yang banyak-banyak tu, kali ni aku berteman dengan insan tersayang. Anak dan suami. Nak buat camane mak banyak tak siap kerja nak. terpaksa bawak anak ke ofis dan berangkut sekali la dengan barang-barang mainan dia. tu tak la dasyat sangat sebab ada kawan opis kiter sampai angkut boyan..heeeeee. Nak buat kerja tu terpaksa tidokan anak dulu.
Ada jugak hari-hari yang terpaksa ambik anak lewat malam dari rumah pengasuh. Nasib baik mak pengasuh rania jenis tak kesah. hmmm...maafkan saya kak.
Kisah audit ISO pasti menjadi ingatan kenangan memori yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan bagi aku. orang lain aku tak tahu lah. kalau tetiba dah macam tak ingat sangat dah, takpe. nanti fb akan tolong ingatkan balik.hahaha... tak pernah lagi rasa penat fizikal dan mental macam ni. emosi pun tertindas sekali. Si suami yang baru masuk kerja terus pulun dengan kerja-kerja audit, pastu accident di pagi hari sampai ke hari ni tak dengar kabar lagi kereta tu macam mana. tak lama pas tu adik pulak accident. mak nak gi haji tetiba sampai surat kene bayar tunggakan pinjaman adik. haru biru kejap hidup dalam sebulan ni.
Dan semua yang dilalui tu rasa berbaloi sangat bila dapat result ISO yang cemerlang, gemilang dan terbilang. dah boleh dah menaip dengan pecutan -10ms2. dah tak perlu buat muka stress dan jeling kat opismate yang ambik turn nak print dokumen. wakakakaaaa... dan umi dah boleh thumbprint jam 6ptg utk ambik nia balik.
yeayyy..masa ambik nia petang habis audit tu perasaan dia lain sangat. yela 2hari tak jumpa sebab nia tido sana..aku ngan abi nia duk ofis sampai pagi. masa ambik nia tu, tetiba rasa macam eh, dah besar dah anak.hahaha..drama ssssangat.

Monday, 6 June 2016
Raikan Ramadhan
Hari pertama puasa~
Azam penuh di dada. Semoga pahala masih banyak menjelang waktu berbuka nanti. Tahun ni tahun kedua berpuasa dengan Rania. Harap Nia behave time berbuka nanti. Untuk hari pertama ni, suami ajak berbuka puasa di rumah sis in law aje. So,menu suprise giteww.
Sambil marking-marking paper student, teringat plak kat rumah takde takwim ramadhan lagi. kene print tampal kat katil. senang koje nak bangun sahur nanti. mana la tau kot-kot ada hari malas, boleh sahur air kotak tepi katil sambil tunggu waktu imsak.hahaha..

Thursday, 2 June 2016
Tantrum si kecil
Semalam kc terbaca tentang kisah seorang penumpang kapal terbang yang berjaya mententeramkan seorang anak mat salleh yang meragam meraung dan segala macam 'me..' lagi. Dengan bacaan selawat ke atas nabi ditambah dengan keyakinan dan kebergantungan pada kuasa Allah swt, anak kecil tu bukan sahaja terus diam tapi tertidur di ribaan penumpang tu. bukanlah kuasa magik ke ape..just selawat je. tapi as muslim sendiri bukan semua dari kita yang amal benda ni untuk anak kita yang meragam. sebelum ada anak pun selalu je dengar, budak berguling-guling kat pasaraya, kat tempat-tempat awam, kedai-kedai makan...time tu pujuk-pujuk tak jalan, harus keluar muka mak singa bapak rimau dengan tangan mula menyinggah di badan anak. bila dah ada anak ni, baru tau perasaan cuak,geram,stress yang sangat-sangat perlu dikawal sebagai mak bapak budak.
my lil girl belum pernah lagi tantrum di tempat awam sampai berguling-guling segala. setakat ni masih 'makan pujuk' orang kata. tapi time malam je both of us pernah sangat rasa macam hilang sabar dengan rania. this girl bukan jenis yang tepuk-tepuk..lena..Definitely not her.haha.. kalau tidur dalam buaian nak diulitnya dengan zikir. nak suara live plak tu. record2 mp3 mp4 tak main kay.. kalau tidur atas katil, nak menetek la plk. tak boleh tidak. nak-nak kalau ngigau sampai terjaga tengah syok2 tido tu, memang dia cari umi dia la. huhuuuu... tu pasal umi tak yakin nak tinggal nia nak gi outstation lama2.
lepas dengar kisah di atas tadi..rasa nak cuba praktikkan pada rania time dia meragam meraung cam kene dera tu. hati-hati kita Allah yang pegang. jadi mohon dari Allah untuk didik hati anak-anak jadi lebih baik. aamiiiinnn

Wednesday, 25 May 2016
untuk sayang-sayangku
Bulan Mei yang penuh makna bagi umi. Tahun lepas, umi ingatkan Rania nak keluar masa tarikh birthday abi. Tapi Allah telah mengaturkan tarikh 13 Mei untuk pertama kali umi tatap wajah anak umi. Selepas setahun umi masih lagi tak dapat nak describe that feeling. Dah setahun kita bersama. Makin lama makin umi rasa macam takleh berenggang dengan Rania. Kadang-kadang rasa nak resign and jaga Nia kat rumah. Tapi abi masih perlukan umi kerja untuk support each other. Sempena ulangtahun kelahiran yang pertama ni, umi tidak bercadang untuk buat birthday party untuk Rania. Tapi umi tempah sesuatu dari usu untuk celebrate 'kita-kita' aje. Paling tidak ada la juga 'memori indah tercipta'. Bergambar kenangan. Umi tak mampu nak masak sedap-sedap untuk panggil orang makan. setakat ni, itu di luar kemampuan umi. :'(
Dah umur setahun ni, umi syukur sangat Rania dikurniakan kesihatan yang baik. Demam kejap-kejap tu biasalah. Mungkin perkembangan Rania taklah secepat kanak-kanak lain. Gigi baru 2batang. Berat baru 8kg. Berjalan pun belum boleh. Tapi bab memanjat...haaa..macam anak jantan!
Rania ni sangat attach dengan umi. Bersilat jugalah umi time nak buat kerja-kerja di rumah. Asyik nak umi layan dia. Layan Nia bertatih. Layan Nia main toys. Layan Nia baca buku alif,ba,ta. Umi sangat jarang masak. Balik ofis, umi just sediakan dinner untuk Nia je. sebab Nia hanya makan nasi lembik. Tak perlu buat lauk bagai. Hahaha. Umi tak banyak masa nak ke kedai barang basah after office hour. kalau umi pergi juga, alamatnya kul7malam la baru umi ambik Nia. Umi seboleh-bolehnya nak pick up Rania 6.30. Itulah masa yang paling cepat. Mujurlah pengasuh Rania tidak pernah suarakan caj tambahan pasal ambik lambat ni.
Umi suka dengar Rania mengomel. Walaupun belum jelas patah perkataannya tapi umi buat-buat paham je. Rania dah terikut-ikut dengan kakak Aisyah panggil tokki dengan panggilan 'abak'. Nampak makanan Rania terus cakap 'dap..dap' walaupun hanya nasi kosong. Bila nangis time tulah baru umi dengar Rania panggil 'umeyyy'. dan mentang-mentanglah abi die buat kerja-kerja teknikal, kipas dan lampu la yang paling Rania suka sebut. Satu lagi Nia tak takut kucing and excited sangat bila nampak kucing, ayam, burung. Kalau nangis ke merengek ke..umi pujuk dengan 'cat' je. heee.. Yang umi rasa bangga sangat dengan Rania, time azan je terus cakap Allahuakbar..tangan ke telinga dan terus meniarap (sujud la tu konon) :) Haritu, umi nak buka puasa. Bila dah azan je, umi baru nak suap nasi ke mulut, dah kene sound dengan Nia suruh solat. tarik umi masuk bilik sambil cakap Awooo...bak! Awoo..bak! Semoga Rania rajin solat sampai akhir hayat. bukan masa kecik je. bukan masa sekolah je. Rajin sampai bila-bila. Umi yakin dengan solat Nia akan lebih mudah menghadapi liku-liku hidup di dunia ni. Insya Allah. semoga Allah sentiasa menjaga anak umi.
22Mei- umi buat suprise untuk abi. kebetulan shif abi abih kul11. By 12pm sedang elok abi sampai rumah. very the right timing.kehkehkeh...and umi percaya abi sangat touching keeeennnn... sebab abi tenung lama sangat kat lilin-lilin tu. walaupun hadiah tak gah..(sebab umi tak tahu nak beli ape) tapi umi harap abi suka. Happy birthday sayang! semoga sentiasa dirahmati Allah selalu...menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk family kita... dimurahkan rezeki dan dipenuhi segala impian yang dihajati. aamiiinn.

Sunday, 17 April 2016
Saat sebelum balik kerja
Kelas sosiologi hari ni membincangkan isu institusi perkahwinan dan kekeluargaan. Asalnya nak ulas 10minit je. selebihnya beri tugasan dan pembentangan. Tapi topik ni menyebabkan pensyarahnya nonstop bercakap. haha. sawan tetibe. Maklumlah banyak sangat pengalaman-pengalaman dan kisah-kisah semasa nak dikongsi bersama anak didik. Budak-budak pon ternganga bila dengar istilah poligini dan poliandri. Baru tahu ada masyarakat yang mengamalkan perempuan kawen lebih dari seorang lelaki dalam satu-satu masa. Itulah proses pembelajaran namanya. Masuk plak bab teori pemilihan pasangan endogami,exogami segala. aku pon mula dah melencong dan terpesong ke bab-bab lain. hahaha.. naseb la anak-anak sekalian...
Next class, hari rabu. plan yang sama. nak bercakap 10minit je. tunggu dan lihat la. hahahahaa..
ok. masa untuk thumbout. tak sabar nak balik ambik rania yang tak sihat. huwaaaaaa...rania sayang. bertabah sayang. malam ni umi buat steam treatment k...chowcinchow

Monday, 18 January 2016
anak demam
cerita malam tadi. badan nia tetiba panas. cek suhu. quite high. 37.6. berkira-kira nak gi klinik. tapi tangguh dulu. tengok hari ni canne keadaan nia. hantar nia rumah pengasuh sekali ngan termometer. dah ajar dah cara nak guna tapi taktahu la nenek guna ke tak. huhu.. dekat ofis kawan ckp kalo suhu camtu die memang dh bawak gi klinik. tapi aku masih berkira masih pikir kerja. i is dalam dilema. dua-dua penting. uwaaaa... nak nangis!
Tuesday, 12 January 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)
The Moment
13~12~13