Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, 15 December 2015

ENTRY UNTUK DIA


biarpun orang bersilih ganti
biarpun ramai yang masih di sini
tidak kan sama yang bakal pergi

saat ini waktu terasa terlalu singkat bersisa
esok tentunya suram menyelit jiwa
kehilangan yang sangat dirasa

adakah mampu airmata tertahan
tatkala kenangan menyapa perasaan
dia pergi meninggalkan segaris memori
indah terpahat dalam diari hati

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

untuk kamu
semoga urusan sentiasa dipermudahkan
semoga sentiasa beroleh rahmatNya
semoga bahagia menyinari hidup yang mendatang
impianku
mengikut jejakmu
insya Allah
satu hari nanti

Wednesday, 30 September 2015

Harimau Malaya's Fan


saya dan bapa sokong harimau malaya 
nampak x?
muka terpaksa..

hahahah

dah lama menanti nak pakai baju ni, akhirnya umur 4bulan baru muat. 

oh rania...jangan la besar cepat sangat. 
umi tak puas lagi nak timang-timang nia.

>__<

Wednesday, 12 August 2015

Sila update blog kasi cantek..muhahaha

baru perasan.kite punye lilypie countdown ni dh expired. apekejadah gambo ibu mengandung lagi tuh. kena tukar progress anak la pulak kan. anak dah msuk 3bulan baru sedor. wakakakaaa...
actually bukan tu je kena edit. header blog pon haruslah touch up jugak mak nye...pastu letak pic anak umo sari, dua hari, 3hari setengah..wakakaaa.
belanja kat sini dulu gambo nia sekeping dua..
 saya yang kecil comel. muka panjang. kulit kedut-kedut lagi. rambut asal..nampak sangat muka saya cam abi.
tadaaa...saya dah bulat. nampak x nampak x? bulat botak dan berbeza dari abi.hahaha...jadi sekarang ni saya pon kompius muka saya cam umi ke abi.hahaha...saya redha.

Monday, 10 August 2015

Selepas 3 bulan berlalu

Ding dong rasa kepala hari ni. Tidur yang tak berapa nak lena duk memikirkan si anak yang turun naik suhu badannya. Pengalaman pertama menghadapi ragam anak yang kurang sihat. Alhamdulillah, pagi ni badan Rania tak sepanas semalam. Sempat juga pengasuh Rania memesan aka membebel jangan makan sembarangan. Makan panas-panas, anak berak sampai 3x tukar diaper...sampai naik suhu badan. haha.. ok.. umi careless kot. minum susu expired plus makan sos blackpepper. nasi tak makan. umi mogok nasi 2hari baru ni. kesannya anak yang tanggung derita. ooo..maaann! Maafkan umi, Nia. T___T

10 Ogos 2015. Rania Zulaikha turns 3months. Tiada kata dapat digambarkan perasaan memiliki zuriat sendiri. Tiada kata dapat digambarkan betapa Allah Maha Pemurah...Maha Memberi Rezeki. Dikurniakan kami seorang puteri pengikat kasih. Selepas melalui fasa keguguran (kandungan pertama) kemudian pendarahan awal kehamilan (kandungan kedua) kemudian warded pada minggu ke 31 due to bleeding lagi, akhirnya Rania menjengah dunia 3minggu awal dari tarikh jangka. 13 Mei 15.
Sedar tak sedar, besar sudah anak umi ni.  Sudah pandai respon pada percakapan orang. Bila orang sengih, Nia pun sengih. Bila Nia respon mulut nia akan moncong-moncong...nganga-nganga macam mulut anak burung.hihi. kadang-kadang bila Nia gelak nampak lesung pipit yang nak tak nak je kuar tu. Bila Nia nak tido huhhh..bab ni penuh cabaran sikit. Umi kena lebih sabar bila time Nia nak tido tu adalah time kitorang di shopping mall ke..rumah sedara ke..sangat memerlukan support dari suami. kalau tak, dengan umi..umi sekali melalak.haha

Banyak story nak diabadikan dalam blog ni tentang cahayamata pertama ni. sebab... yelah...banyak perkara-perkara 'pertama kali' berlaku selepas kelahiran Rania Zulaikha. Semoga ada ruang waktu untuk kc mengarang lagi.

Adios Amigos


Saturday, 27 June 2015

Ramadhan dan pantang

im back...waaahhh...seronoknye hati setelah sekian lama baru dapat peluang buat entry baru. first entry sejak bergelar ibu. sempena meraikan tamat tempoh pantang, si suami ajak balik rumah di t.pasu....jenguk2 keadaan tikus yang menjadi raja berhari-hari, mengintai2 sawang aka sarang labah2 yang menghiasi segenap pelosok rumah. agaknya ni je la deco rumah raya ni. nak buat langsir baru tak sempat kan... pinjam yang en.spider je la.
dah alang2 balik, haruslah ada agenda berbuka puasa together2 kan. so suami dah call siap2 kakaknye suruh prepare juadah sedap2...tapi kc punya menu are ayam bakor n ayam goreng bazar je. simple.

eh...cite bab makan plak...gambo anaknya mane???? ni haa... lepas 40 baru boleh tepek gambo. tu pon kene melalui tapisan finas n KDN dulu. maklumlah sekarang tak boleh upload gambar anak sesuka hati. kecoh pasal pedofilia kan...haru je tetiba gambar anak ada dalam website porno. fuuuhhh...nauzubillah.

aiseyyymannn...takdola pulak gambarnya. ok.malam ni kite ambik gambo banyak2.kihkihkih....

Monday, 4 May 2015

monday blues

masuk ofis dengan muka lemau. nasib baik sempat thumbprint masuk before 9o'clock. aaaarrgghhh...ngantuknya! ni semua gara-gara badan tak cukup rehat. hari minggu yang penuh agenda. 
kejap check in @Dungun...kejap check out @K.trg
Tapi yang pasti, dapat mengisi quality time bersama kedua-dua belah family.
Anak buah dari Port Dickson balik kampung...
Ayahnda pun baru sampai dari Shah Alam. Adik-adik-semua balik kampung. Full house :D

 feeling blessed with my superduper lovely niece. korang mesti tak cukup dah kasih sayang dari auntie ann sebab auntie ann dah sibuk layan baby sendiri. :p tak..tak..tak... achik gurau je. love forever tau. sebab husna kan muka fotostat achiknya...haha

Belah asben pulak ada kenduri kawen. Balik Teluk pasu tetiba sis in law plan buat BBQ plak. kemaen meriah la rumah dengan tetamu-tetamu termasuk lah jiran seofismate zuliya aini. 
 berkenduri di siang hari...tak senonoh pulak tengok gambar ni. wakakaaa

  
berBBQ di malamnye...


 blackpepper sosej yang sangat laku ;D sosej je pon.aduyaaiiii...


the gegirls with next coming gegirl... ;p

Tuesday, 28 April 2015

May is coming...

KC : abg, dah pukul 12 tengahhari. baru 3x gerak. risaulaa
Asben : ek? takde pa pe la. baby tido kot. semalam kan, awak tido lambat. 
*ade kene mengena kah??
KC : ok, harapnya ramalanmu benar belaka. ;)
...

...

(sambung tdo)

...

...

2.00pm - mula rasa tendangan-tendangan shaolin kick semula. alhamdulillah. hai lah anak. jangan lah bikin umi risau. umi lebih rela tahan rasa senak kat perut dari menahan rasa risau kalau awak diam je kat dalam. terima kasih asben. sentiasa beri kata-kata positif. support emosi isteri dari jauh. 
menghadapi saat-saat genting camni berseorangan tak semudah yang disangka. macam-macam pikir. bayangkanlah, bulan-bulan kritikal ni la handphone mengada-ngada buat hal. tak kuasa nak beli yang baru. tergagau-gagau la kc mencari hp lame-lame kunun nak pakai untuk semntara waktu. tapi seme dah kondem. nasib baik dapat asben yang prihatin lagi penyayang tu kaaaannnn... bagi pinjam hp beliau. eh, pinjam je kerr? ingat bagi note baru.kakakakkakaaahhh... ok..ok..bini gurau je. bini tak demand pon. bini redha dan suka je pinjam asben punye. sbb ade bau-bau asben kat hp ni. errr... ;p

dah nak masuk bulan mei. dah nak kuar dah baby mak ni. dah ready ke nak rasa sakit bersalin hailaaahh pn.rai? oohhooo.hoo..ho..cuak wehh.
janganlah rasa sakit tu datang time malam-malam. janganlah rasa sakit tu datang time tengah drive balik dungun. janganlah rasa sakit tu datang time bateri hp dah kelip-kelip. huhu...

harapnya, sempatlah mak ni siapkan keje-keje opis sebelum beranak. ada masa 2minggu lagi untuk audit ISO...4minggu untuk audit myQuest... 

chaaiiyyoookkk..!

menikmati hari minggu

yeayy..gaji dah masuk. boleh sopping baju anak lagi..eh,baju mak sekali. ;D baru je beli 2lai blouse last saturday. pastu tetiba asben kata "dah 4-5bulan abg tak beli baju". eh..die pon nak jugak. -__-"

last weekend, asben dengan baik hatinya menunaikan hajat si isteri pekena air nyor kat teluk ketapang. sambil-sambil makan sotong celup tepung. mahal jugak upenye sebiji nyor ni ye... rasanya lagi berbaloi mintak ngan orang kampung. tapi tak rajin la pulak nak mencarinya. ke kedai jugak la kite.
 dengan gigi-gigi beraksi...nyor yang tak berapa nak berhingus

yummyy.. abg,nak lagiiiiiii....
 ok..turn asben tulon kikis isi nyor. tak sampai hati tengok bini berpeluh-peluh mengikis. tak pon asben takut nyor tu tergolek bwah meja orang lain. bahahahah...
kikis..sampai botak.. ;p

Thursday, 23 April 2015

8month ++

dah lebih dah 8bulan. rasa macam ade sesuatu yang kurang....yesss...gambo! takde pon foto-foto dengan perut seksi nih. esok jumaat. nak ajak asben gi photoshoot la. nanti dah ada gambar boleh order photobook pulak. kan ke indah tu.... ok asben. esok kite gi KT china town keyh.... ngehngehngeh

Monday, 20 April 2015

Ujian Allah

Mak buyung kerajinan sikit hari ni. Tekun menyiapkan fail-fail pelajar. Sampai orang ajak lunch pun rasa berat hati nak tinggalkan fail. Gigih tak? Gigih tak? Sebenarnya dua tiga menjak ni, kc rasa malas sangat nak turun makan tengah hari. Tak tahan dengan cuaca panas yang membahang. Relaku pujuk hati dan baby supaya tahan lapar dulu. Dah petang-petang sket baru la terhegeh-hegeh cari kuih. haha...

Semalam buat rutin check up kat kkia. Punya la mengantuk. Tapi tahan je. Oleh kerana check up yang lepas berat badan bertambah almost 2kg, terpaksa lah control sikit makan kan...tup tup..semalam berat tak naik. misi cam terdiam. mungkin dalam kepala dia menjangkakan kc akan bersalin awal. itu yang k.nani bagitau. kalau berat badan dah statik mungkin tak lama dah tu...huahahahaaa... tak tau gelak seronok ke gelak takut. eh,takut jugak. tak ada pengalaman kan...semoga Allah permudahkan.

Minggu lepas dapat berita dari kawan lama yang beliau baru kehilangan bayi dalam kandungan. jarak usia kandungan kami cuma 2minggu. terkejut sangat. semoga beliau tabah dan positif berdepan dengan ujian Allah ni. Allah pilih dia. Allah pilih anak dia sebagai anak syurga. dan itulah aset kita di akhirat kelak. bayangkan di saat kita berada di antara neraka dan syurga, anak syurga kita akan beri kita syafaat untuk tarik kita ke syurga. Allahuakbar...


Wednesday, 15 April 2015

myqalam for kids

tangan takleh duduk diam...jaga test budak-budak pon sempat lagi buat blogwalking. heheh... cari info sket pasal parenting. kan ilmiah tu. kalau diberi rezeki menimang cahayamata nanti, nak la jadi seorang ibu yang berinformatif gitewww...

dengan sedikit kesedaran sivik yang ada, kc dah start educate baby dalam uterus since dia dapat mendengar what happen outside her mommy's womb. plus i just bought myqalam for kids set. dalam tu ada quran, buku2 abc 123, buku2 doa harian,surah, iqra', panduan solat and semua buku2 tu boleh digunakan dengan pen reader. haaaa... tak payah nak ambik pakej yang syarikat Grolier offer hari tu. sampai 2ribu lebih pakej die woooo.... yang ni lebih berbaloi kc rasa. ilmu dunia akhirat sekaligus. semoga sel2 otak anak umi menyerap yang baik2 je before and after anak keluar nanti. insya Allah.....

Tuesday, 14 April 2015

Penuhkan ilmu di dada

here's our journey...

dah sampai ke kaki pelangi dah

43days to go

baby pon asyik memberontak nak tengok dunia luar..kunun la kan. haha..ye la. dia pusing sana pusing sini. tak senang duduk. 
mommy pun tak tahu baby gerak-gerak tu sebab apa. 
lapar ke...tak selesa ke...bising ke duk dengar suara mommy yang asyik potpetpotpet. eh, mommy ni pendiam je la sayang. mana ada kepoh-kepoh. muahahaha...

43days to go

mommy tak habis lagi baca buku panduan ibu anak yang ofismate mommy pinjamkan. balik kerja je, mommy akan kemas-kemas bilik dulu, pergi dapur keluarkan ikan dari freezer dulu (walaupun tak pasti lagi nak masak ke tak malam tu.. ;p)
 pastu on tv and pergi mandi. motif on tv? tak la cam duk dalam gua. sunyi sepi je rumah. apa guna beli tv mahal-mahal...pasang skybox bagai...tapi buat pekasam kan.

kalau rajin mommy akan bersiap pergi surau. sejak keluar dari spital hari tu, tak menjenguk lagi ke surau. mommy rasa mesti tok imam pon dah separuh mati merindu. hahaha..tak klako! 
ok bai..

pastu baru siap makanan dan ada masa untuk santai-santai sambil baca buku. semalam lepas melantak nasi goreng kg, dah tak larat nak pegang buku. bukan buku sejarah pon aduyaiii..ape punya mak la mommy ni. wahai anak, jauhi sifat-sifat mazmumah camni tau. 
ikut teladan yang baik je.

ada satu lagi buku yang mommy kene habiskan sebelum anak mommy ni keluar. 
Tajuk dia " Nikmatnya sakit bersalin"

Tebal cam kamus dewan..huhu...
Dengan tekad dan azam, mommy akan start baca dari sekarang. wuyoo..semangat taklehblah.haha

Monday, 13 April 2015

emo tetibe

eeeeee...tolong la. takkan gaduh pasal rak baju kot?
 hellooooooo...it just a cupboard hokayyyy. 
kamon raihanah. pegi mintak maaf ngan laki kamoooo...



tak mo...


tak mo...


tak mo...

nak tido....nite.
ZZZzzzzzzzzzz

Friday, 10 April 2015

Kisah di petang Jumaat

waktu santai-santai di laman rumah 

sambil buka website www.lelong.com

saje cuci-cuci mata tengok sale barang itu ini. tetiba, ayahanda menyelit. 
"acu tulun tengok ada x tablet muroh-muroh..."
tak nak jadi anak derhaka kan...so kc pon terus search android tablet. 
eh, murah bebenor. ok, barang china. standard la kan. 200-300.
berpadanan la dengan ayahanda punye request.

dah seronok sangat masa tu kan...ter'hi-volume' la pulak suara hakak ni haa...
terus mak bonda muncul di muka pintu and start bebel kat ayahanda.
ok..aku salah..aku salah...jadi diam sajo. my father pon diam. malas nak menjawab ngan mak. 

hahahahaha....terus layan bunyi deruan air je.

sian plak my father ni.hmmmmmmmmm....

 ada rezeki ann belanja Abak neh...huhu

Wednesday, 8 April 2015

Something to ponder upon

Shared by a fren..dalam fb tak terscroll...jom scrol kat sini. happy reading u oll

My first year with HypnoBirthing
I took up HypnoBirthing out of curiosity. I had one mom that birth via HypnoBirthing in 2013 and she really amazed me. Smilling and saying ‘no pain’ upto the very end. I also attended a talk by Bee Ting and that made me more curious.
I went for the Practitioner course in February last year at Singapore. I wasn’t so sure how it works at first. I started introducing it at one of my antenatal talks in March 2014 and immediate few mothers signed up. Yati just taught the lessons as we were instructed but the first few mothers were not so successful. It took me and Yati at least 5 to 10 moms to realize how it actually works.
One mom who birth with some other ObGyn asked me why is it that most doctors do not accept HypnoBirthing while I support it. I gave a thought and I think that it was because, firstly, I have a low Caesarean rate to start off with. I support vaginal births all along and my total Caesarean rate for the years prior to HypnoBirthing was lingering between 10 to 15 % (Both planned and unplanned). The other reason was I saw how much easier breastfeeding was with HypnoBirthing mothers and I have always been a strong advocate of breastfeeding. So, it just sticks to me and I am loving HypnoBirthing more and more.
HypnoBirthing has actually changed my whole perception of birth. We were always told that pain from childbirth is the most painful thing a woman can ever experience. Now I realised that childbirth is not that painful at all. With the right mindset and support from the entire team, all women can endure the pain of childbirth. Childbirth was not supposed to be a painful experience. My mothers have never stopped amazing me. Mothers sleeping, eating or taking bath at 8 or 10 cm. I just had one mom last week who slept for 4 hours at 10 cm dilation until the membranes ruptured.
All along we were told that first time mothers need to be taught to push. Nowadays, I tell mothers that if I leave you alone like the cat, you would birth anyway. Animals do not need to be taught how to push. Why should humans! And, because the baby would come out slower, less tearing. Birth was not supposed to leave any tear. Vaginas were supposed to expand slowly to accommodate the baby.
Conventionally, we were taught that during the second stage, women need to whole their breath to push. With the birth breathing, it works as well, and even better. Women do not need to hold their breath at all.
In the past, I have never heard of delayed cord-clamping. We have always known that breastfed babies were anaemic but formula fed were not because of the fortified iron in formula milk. Now, I realized that it was not meant to be like that. Babies were not supposed to have the cord clamped too early so that the baby has enough iron stores for the next 6 to 12 months. And, this is important for the development of the baby.
Controlled Cord Traction for the placenta has always been a routine practice. In fact, I have never learned about natural third stage. In the past, occasionally, I had cases of retained small pieces of placenta that came back few weeks later with bleeding as well as infection. To cope with that, I routinely scan all uteruses after delivery. With that, the cases reduced but I still get it. Nowadays, I routinely wait for all my placentas, irrespective of whether HypnoBirthing or not. No more cases of retained pieces of placenta so far. And, I no longer scan the uteruses.
Episiotomies have never been a routine practice in the past so that did not change. But, practice of suturing the wound has changed. The first few cases that refused suturing, came back with perfectly healed wound with no traces of tear at all. I would say that the wound healed better without suturing. Nowadays, I give option to all skin nicks and first degree tear the option of not suturing as long as no active bleeding and no zigzag tears or multiple apices.
Breastfeeding was a miracle. I have always struggled whenever there were flat nipples, inverted nipples. With HypnoBirthing mothers, the babies latched on so naturally after birth. It does not matter whether flat nipples, inverted nipples or no nipples! They would just latch the moment they were on the breast. It made me realize that all babies were meant to have no problem with breastfeeding. It was the sedative pain killers that sedate the baby and made the baby loose the natural ability to breastfeed.
Breastfeeding has always been a struggle during the first week due to poor supply. I have always asked my mothers to persist for one week and the supply would be abundant. I now realize that it was not supposed to be like that. The reason why the supply was low was because babies were sedated during the first few days of life. Sedative pain killers remain in the babies’ body for 72 hours. They feed less because they are sleepy all the time. By day 4, they would be alert and very hungry and mother’s supply still low because hardly breastfed during the first 3 days. With HypnoBirthing, babies are very alert during the first 6 hours and would suck and suck non-stop. This stimulation would encourage early initiation of established milk supply.
How has HypnoBirthing changed my practice? Without realizing it, my Caesarean section rate was only 6% last year (for both planned and unplanned). Lowest ever. Why? I don’t think I have reduced my threshold of Caesarean in general. I think I just had more and more moms who really want natural or vaginal birth. And, with their mindset for a natural birth, my Caesarean rate goes down naturally.
Irrespective of whether HypnoBirthing or not, I have changed certain practices. I allow more ambulation and intermittent CTG. I allow different birth positions even if they had Pethidine or Entonox as long as they don’t looked overly sedated. Delayed Cord Clamping for all. Skin-to-skin for all. Bonding and breastfeeding for 1 to 2 hours for all. Options to suture for all. Natural third stage for all.
I have changed my way of induction too. I routinely use the Foley’s balloon for all. There are 2 ways. I can insert the Foley’s balloon and allow them home. Most moms would admit in the next one week in labour and gives birth naturally. Or, I may admit them for Foley’s and proceed with further induction. Moms love the Foleys because it’s totally pain-free and drug-free.
What are my future plans? I have started giving skin to skin and initiate breastfeeding in the Operating Room. Not all cases yet. But I plan to give this service to more moms in this coming year.
Rooming-in was never allowed. Now they allow it for single rooms only. I am planning to make it available for all in this coming meeting with the Paediatricians.
I am now discussing with several other hospitals regarding this mother-friendly care services. I will soon be giving training to the staffs from other hospitals on HypnoBirthing and WaterBirth. I plan to bring HypnoBirthing and WaterBirth to more hospitals in the future.
It has been a busy year and I foresee a busier year ahead. I am definitely going to further promote HypnoBirthing and WaterBirth to all Malaysian mothers and hopefully, one day, gentle birth would be available to all.
“Towards a Gentle Birth For ALL”

Tuesday, 7 April 2015

>_______< baby oh baby





5.50pm...eh..sempat lagi update ni. 

ni aktiviti tengah malam tadi. cuci all parts of breastpump item (yang boleh dicuci je la) and botol-botol susu yang dibekalkan plus yang dibeli. 
lagi sebulan lebih nak guna. so kena steril and cuci siap-siap. 


Malam ni, nak buat apa lagi? hahahah.... addicted betul ngan baby stuff ni. 

Looking for nanny

Alhamdulillah..dah masuk kerja kemaren. Sebenarnya kondisi badan tak la sihat sepenuhnya. Yang kc perasan, lepas jalan banyak langkah sket mesti spot tu cam agak gelap berbanding kalau duk rehat. Sampaikan tengah hari pun sanggup tak lunch sebab tak nak banyak bergerak. Jadi pagi tadi, terpaksalah merajinkan diri bawak bekal. Bekal la sssangaaat...lauk semalam je kot.muhahaha..

Sejak nak jadi mak-mak ni, kepala ni asyik fikir tentang baby je. Bebaru ni, hasil daripada perbincangan bawah pokok mangga depan rumah jiran, kakak ipar tanya pasal pengasuh. Nak hantar ke mana anak nanti...well....kakak ipar ni macam tau-tau je kc tengah duk cari nanny. Plannya nak hantar yang dekat ngan ofis supaya tengah hari boleh bf. kononnya la. tapi kebetulan la pulak ada jiran belakang rumah yang boleh jaga budak, apa lagi hati ni melonjak kehappyan la. rasanya macam dah tak kisah berapa bayaran dia. tapi tak boleh la camtukan. takut jugak jiran ni demand sebab dia biasa jaga budak area bandar besar. hmmm.. ape pon kene tunggu asben balik. boleh gi berbincang  face to face ngan kakak jiran ni. by right umur die sebaya ngan abg ngah. kategori muda lagi la.

bukan senang nak lepas anak kat tangan orang. banyak kena fikir. Antara kriteria yang perlu diberi perhatian adalah:

1. mengamalkan cara hidup Islam
2. tahu penjagaan bayi/anak bukan sekadar buat susu atau tukar lampin tapi tahu menangani anak yang buat perangai
3. anak selesa dengan pengasuh
4. pandai ambil hati anak kalau anak tak nak tidur...tak nak makan...means beliau ada alternatif untuk tarik perhatian anak... sama ada bertanya pada parents atau pikir sendiri. nampak la beliau ni sangat komited dengan tugas sebagai pengasuh.
5. memahami masa kerja kita
6. pembersih...sekitar kediaman bersih...anak bersih...diri sendiri pun kena sentiasa terurus..gituuuu
7. memberi perhatian terhadap aspek keselamatan anak. (tangga...dapur masak...bilik air...perkakas eletrik sentiasa diawasi dari pergerakan anak)
8. sihat mental dan fizikal...kang tetiba boleh kat psiko kang...naya gak tu

Agak-agak boleh tak dapat pengasuh yang menepati kriteria camni?

Friday, 3 April 2015

Redha

admit lagi. kali ni merasa wad baru di Kompleks Ibu Anak HSNZ. hari tu warded pakai baju hijau. kali ni uniform pink pula. sweet je kan. dugaan sungguh la sepanjang hamil ni. ye lah. benda-benda camni bukan kita boleh jangka. tiba-tiba je jadi. tiba-tiba je turun darah. tanpa sakit. tanpa tanda. kepala pun asyik fikir je nak gi emergency ke tak nak. akhirnya setelah berbincang dengan husband dan kakak ipar kc gagahkan diri ke emergency. bersama teman sakit pening dari dulu kini dan insyaAllah selamanya...Puan Zuliya. and also cik Ira. 
cek punya cek, no finding. sia-sia buat speculum dua kali tapi keputusannya tak pasti darah apa yang kuar. bila scan, upper placenta located, no abruption, no laceration on cervix...so? senang cite ambik diagnosis mak..SALAH MAKAN.hahaha...
yang penting bile dah scan tu, nampak baby sihat, bulat, in cephalic position, heartbeat pun 130-150... just nice. berat 1.5kg.alhamdulillah...in 31minggu dah 1.5kg. harapnya baby going bigger at 36week. 
mohon pada Allah lahirkanlah zuriat yang comel ni pada minggu 37 atau 38minggu. tak mau kena induce. i is tak tahan sakit. kena inject dexa 2jab pun rasa perit. apatah lagi nak induce. huwaaaaa....mintak dipermudahkan segala urusan ya Allah.
selfie siap...

harapan semoga kc masih dapat menikmati tempoh 6minggu mengandungkan zuriat comel ni. semoga zuriat comel ni sihat hendaknya, behave dan beri kerjasama supaya boleh dischrge esok. sian kat abi awak. 

Hasbunallahi wani'mal wakil
laa ila ha illa anta...subhanaka inni kuntu mina dzolimin

Wednesday, 1 April 2015

berakhir sebuah penantian

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat datang ke hari pertama GST dilancarkan. Moga ia bermanfaat untuk semua.
GST..no comment. hadap saje. cakap pung prang pung prang pun bukan dapat ubah kepala otak orang atas nu. yang penting berdoa je lah pada Yang Maha Memberi Rezeki. semoga Allah perluaskan rezeki kita semua. Aaaamiiinn.

GST..GST..jugak. tapi persediaan menyambut orang baru pun kena difikirkan. Berbelanja dengan lebih bijak. ecewaaahh... tapi teruja punya pasal kadang-kadang terbabas juga beli yang tak sepatutnya. Petang tadi lepas kerja, kc singgah ke kedai Manjaku. memang sejak pembukaan kedai ni, hati memang dah terpaut dah. banyak pilihan. barang kat situ ada yang branded ada yang biasa-biasa je. yang banyak duit boleh la nak cari produk-produk cam avent ke medela ke disney ke baby kiko ke tommy tippee ke(ade ke brand nih) etc...cam taraf kc ni takat pureen, fiffy je la. hahaha...(ok..nangessss!!!) Naseb la kedai ni tak jual barang bundle. kalau tak, tentu tentu encik asben suruh pilih barang bundle je. muhahaha...(tawa dalam tanges)

Actually, kc mencari cloth diapers. tapi setelah diushar-ushar, rasa sayang je kat duit. rege satu-satu CD ni cam haibatt sangat... 30hengget satu..hmmmm..paksa diri tahan nafsu. pusing-pusing lagi jumpa la diapers pant ni. brand pigeon utk newborn. rege 9.90. kc rembat 1 je. sebab ade 1 je yg kaler putih...senang nak cloroxkan dia...(ok sila marah sy. baju bby nak dicloroxkannye.ishh..ishh..) Jumpa jugak yang brand pureen. yang ni saiz m and harga die 6.50 je. kc rembat 2 lai. saje standby. kot-kot abih stock diapers. mana la tahu kan... maklumlaa. orang baru nak belaja jadi mama. tak pandai lagi nak bajet satu-satu benda. tu pun selalu je tanya ngan ofismate...apa yang dia beli..banyak mana..memang membantu jugak la.

Dalam perancangan asal, kami berdua merancang untuk beli keperluan asas je. seperti yang disenaraikan dalam keperluan bayi ke hospital dan keperluan ibu. prepare for the worse. takut terberanak awal kan. macam waktu-waktu sekarang ni la. usia kandungan dah 31minggu kan. memang kena pikir jugak kemungkinan2 itu. kalau nak meletup time 38-40minggu itu lebih baik. sempat la shopping barang-barang lain.

antara barang yang kc dah prepare:
1. kain lampin
2. lampin pakai buang untuk newborn and saiz S
3. selimut (untuk bedung bby sekali la. sebab tak beli pun kain bedung.haha)
4. baju lengan panjang n lengan pendek
5. booties n mittens
6. topi
7. kain barut 2helai je kc beli. bajet sangat kan.
8. mandian travel packet je. kedekut ke hape kan
9. bantal (exclude bantal peluk. tilam pon pinjaman semata-mata)
10. nappy liner
11. botol susu 2oz
12. susu fm (bukan taknak bf ye. jangan salah faham)
13. changing mat
14. liquid cleanser
15. minyak telon
16. tisu kotak
17. cotton ball
18. cotton bud
19. diapers pant + getah lampin
20. towel
21. towel kecik
22. set breastpump (akhirnya sampai juga lacte duet kc...alhamdulillah)
23. maternity pad
24. disposable panties
25. wipe tissue


tu je la kot. set pantang belum beli lagi. terpaksa la beli ngan harga gst. baju-baju newborn cume ada dalam 4pasang. yang lain seme saiz 3-6bulan ke atas. termasuklah rompers yang kc borong dari koleksi anak kite. hahahaha...sama-sama lah kita maju kan bisnes kawan-kawan. clap...clap..clap..

harapan kc, sempena hari pertama gst ni, jangan lah ada peniaga-peniaga yang cekik darah sangat. salam gst untuk semua.

Monday, 23 March 2015

harapanku dalam dunia penyusuan bayi

Salam GST semua...
Harapnya semua ibu-ibu sihat hendaknya dan gembira dalam dunia penyusuan bayi. Hari ni usia kandungan dah mencecah 29minggu 5hari. dah masuk 3rd trimester. alhamdulillah...gembira sangat dengan progress baby. zuriat kami yang bakal lahir bulan 6 ni. that's the EDD. tapi semuanya bergantung kepada ketentuan Allah. semoga baby umi lahir dengan sihat,sempurna tubuh badan, comel dan sedia untuk berdepan cabaran dunia luar rahim yang penuh ranjau dan GST...oo..yeayyy..

sekarang kc sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut kelahiran yang hanya tinggal 7-8minggu lagi. antara aspek yang kc sangat utamakan adalah bab breastfeeding. sebolehnya nak direct breastfeeding supaya ada bonding yang baik antara ibu dan anak. tapi memandangkan nurse pun dah bagitau awal-awal yang cabaran untuk kc akan lebih besar, jadi kc dah prepare dengan alternatif lain plus usaha-usaha yang lebih advance untuk menjayakan bf ni. harapnya kc kuat, tabah dan tidak berputus asa nanti.

minggu lepas kc dah order electric breastpump tapi sampai sekarang tak sampai-sampai lagi. tak faham jugak dengan servis KTMD...very poor. alamat ke Ktrg tapi barang sampai ke dungun sahaja. acaner tu?

Wednesday, 11 March 2015

seminar wanita penggerak transformasi negara

bismillahirrahmanirrahim...
allahumma solli ala muhammad

salam pagi rabu,
sibuk pulak makcik sorang ni menulis entry di subuh subuh hari kan. nak elak dari tertidur lepas subuh ceritenye. sambil2 menunggu baju siap dicuci,saje la nak berkongsi cerita seminar semalam. berlangsung di hotel prinzpark, telah diadakan satu seminar tentang wanita. tajuk seperti di atas. ada 4slot ceramah. pagi tu kami diberi kesedaran tentang pemakanan sihat. maklumlah.sebagai wanita merangkap isteri atau ibu ni,kenalah sentiasa sihat. nak jaga family kan. kalau isteri asyik jatuh sakit je, nak buat kerja rumah pun tak larat. kena jaga makan, jaga badan. bab2 piramid makanan ni dah selalu dah dengar. jadi bosan la sket.plus speaker xhappening.
masuk slot ke2, bab pengurusan emosi. conducted by kaunselor berdaftar bekerja di bwh LPPKN. best la jugak. sebab she came out with pengalaman2 klien yang tercedera emosi. and kes tu adalah kes dalam terengganu. jadi macam sedor diri la sikit. bukan orang bandar besar je mengalami tekanan perasaan. pulak
slot ketiga, the best slot. hak2 wanita by kaunselor jugak. she's the one yang tulis artikel tentang isu hak wanita kat dalam majalah mingguan wanita. boleh lah belek majalah tu untuk kenal puan suzana ni. ceramah berkaitan dengan hak sebelum perkahwinan, semasa dan sepatutnya selepas pn ada jugak tapi memandangkan kesuntukan masa, beliau sentuh sampai hak semasa perkahwinan je.
antaranya, hak gadis memilih pasangan, hak masa bertunang, hak bila dah jadi isteri dll.
yang dah tunang, kalau tunang anda curang, jangan lupa bior ada bukti kecurangan dia. then anda boleh putuskan pertunangan and claim balik duit yang dah perabih untuk deposit itu ini. bukti tu..bukti yang penting.
maaflah tak dapat nak share semuanya pagi ni. dah nak bersiap2 pergi keje. jumpa lagi...

Friday, 27 February 2015

Checklist

credit to mama iyad iqy..and mama adam rayyan sebab membantu kc menyediakan checklist ni. mula-mula tengok,hati kata ooo sikit je. tapi tu yang keperluan untuk ke hospital kan...yang memang kene standby awal-awal dalam kereta. keperluan kat rumah nanti masa 2bulan berpantang takleh nak bergerak ke situ ke mari...haaa...joyah,sila sedor! banyak tauuuu...
seperti yang dirancang, kc and asben akan mula memanjangkan langkah mencari babycenter hari ni. pas balik koje le. kang kene marah plak meliwo-liwo ofis hour. tapi tu la...masa macam suntuk je kalau pas keje baru nak jengjalan. eh, hari sabtu kan hado...macam mana boleh terlupa ni. akakakakaaa...
hari ni nak ajak asben ke kedai perabot dulu. semalam dah usha-usha sebijik almari ni. sesuai untuk letak barang anak and baju mak sekali. baju mak kan nan hado habisnyo. jadi kene menyelit jugak la di situ. bajet kc dalam 600-700 je. ada almari baru la best nak membeli barang baby. boleh susun elok-elok terus dalam gobok. tak sabar weh...
sabtu baru kami settlekan checklist baby sikit-sikit. beli yang asas dulu. diapers, selimut, baju sepasang dua (ehh..) complete la dengan topi mitten and booties tu. mandian sket-sket. pastu, kita boleh usha-usha rege rocker ke swaddle ke stroller ke...and baby car seat too. well, nanti nak selalu drive balik dungun kan...mesti la ada baby car seat. beg baby dah ada satu. yang si farah bagi hadiah kawen. jadi boleh guna yang tu je. blue pon blue la.. takkan asal gegirl je pink...asal pink je gegirl...tak berkembang warna warni kehidupan si anak nanti.hahaha...
ok...jam baru menunjukkan kul11pagi....aaarhh..lambatnya masa berjalan.

Tuesday, 24 February 2015

solusinya di mana?

kc ni macam dah hape dah kan..pagi petang update blog. dahla sembang sorang sorang. konsep blog ni kan open diari. sesuai sangat untuk kakcik yang tak ramai kawan sembang ni. mengomel di alam maya. ada orang baca ke takde ke tidaklah ku kesahkan...gituuuu...

sementara menunggu hari petang which is shopping time, kc buat sedikit plan untuk ciri-ciri almari idaman. 1 almari pakaian, 1 almari buku plus barang barang lain.



ok janganla dihairankan sebab apa takde tempat direservekan untuk baju baju suami. suami punye almari dah ada kat rumah. itu pun banyak lagi ruang ruang kosong. kalau nak dibandingkan dengan ruang baju isteri, jauhla bezanya. tak taulah hakak2 punye canne. tapi rata2 bini akan cakap dah takde baju nak pakai ni bang...walhal almari cam tin sardin.lalalaaa...

kc punye passion adalah bab2 interior design ni. sangatlah kecewa bila kita tak dapat nak expresikan minat kita pada dunia sebenar. tenang je jiwa bila balik rumah tengok rumah cantik...kemas...bersih... takde orang nak usik2 nak alih2 barang kita.takla penat sangat. sementelah kita ni memang sibuk ngan keje2 ofis yang tidak pernah habis. nak tak nak kene sambung buat kat rumah.

rumah bapak gedang tapi macam sewa bilik pun ada. sebab ruang yang banyak tu tak digunakan sepenuhnya. semua bilik hanya dijadikan stor...almari baju gila banyak. tapi yang ada hanya baju2 yang ditinggalkan. cakap pasal kain baju yang ada, kc rasa penuh 1lori kalau dihimpunkan. tak paham jugak kenapa nak disimpan lagi. and kenapa mesti rumah tu dijadikan gudang pakaian terpakai. isunya ada lagi ke orang nak pakai??? kc la yang tukang pikirnya. orang lain tak nak pun pikir.

shopping is a good therapy for me

hari ni nak gi survey almari...harap ade yg mampu milik n mampu bwk balik. agak agak muat tak dengan 1almari je?hihi...uuiihhh...barang-barang i for sure satu bilik penuh. takpelah,beli1dulu.

 nak cenggini je...


 tapi kalau dapat yang cenggini..heaven!!!!hakhakhak


ni kalau beli yang ni agak agak nak sumbat mana pun tak tau...

i
wish i could have this small space....

Monday, 23 February 2015

andai engkau kumiliki...

tak tahu silapnya di mana. emosi sangat terganggu dengan keadaan sekarang. meluahkan pada page putih ni memang tak menyelesaikan masalah. tapi sekurang kurangnya aku rasa release. sedih rasa bila hak kita dipandang enteng. seolah olah aku tak punya hak di sini. hati marah,tapi tak tahu nak tuju kat sape. mungkin sebab hak aku peratusnya kecil je. jadi sangat tidak wajar untuk aku marah marah. akhirnya ia menjadi bahan perapan dalam hati.
bayangkan bahan perapan tu macam kain baju dalam baldi. makin lama makin membusuk. makin lama makin rosak. kalu dijemur pun ia hanya akan jadi kain buruk je. kalau perapan tu macam budu takpela jugak. busuk busuk pun orang hadap.
solusinya di sini, aku perlukan ruang aku sendiri. ruang aku yang aku boleh marah marah bila ia dicerobohi. di sini, semuanya bukan ruang aku. semua ruang adalah hak semua orang. bebas untuk buat apa sahaja. nak marah???aku tak punya hak. aku bukan berjuang untuk menuntut hak di sini. ye,bukan di sini. ia mungkin di tempat lain. isunya mendapat keizinankah? nanti ada pula yang berkecil hati. ada pula yang pikir aku gila kuasa. aku tak mahu menjadi penyebab perpecahan atau mula rasa aku mendominasi. aaahh...semua ini payah untuk aku. lagi payah aku bakal membawa seorang lagi makhluk Allah mendiami ruang ini. maaf anak,ibumu tidak mampu menuntut satu ruang khas untukmu. kita disini berhak berkongsi sahaja. tidak ada ruang untuk ibu menghiasi tempat tidurmu seperti singgahsana puteri. bahkan mungkin satu hari nanti,kita bukan sahaja bertiga bahkan berempat atau berlima di ruang kecil ini. mungkin inilah konsep bersyukur yang cuba ayahmu sampaikan. anak,tatkala ibu memikirkan nasibmu nanti perasaan sebak itu datang. maafkan ibumu...
aku cuba sedaya upaya menjadikan rumahku syurgaku...tapi aku dah penat. tiada yang menjiwai. tiada yang memahami. aku penat. aku penaaaaaaattttt....!!!!!

happy monday

yeayyy...line wifi dah ok. boleh update blog dengan hati yang gumbira. plus hati senang sebab telah menggoogle sedikit barang bby online.let's start shopping...hooraayyy!!!

Sunday, 22 February 2015

CNY punya cerita

salam ahad semua...

sambil-sambil marking paper exam,sambil-sambil layan blog. update blog lu sebaris dua. walaupun intenet macam hape je hari ni tapi sebab nak try updâte guna tablet baru ni,sanggup perabihkan data line intenet BB. ngehngehngeh...saje testing.
suami plak suh tukar profile picture blog.ooo...skodeng blog bini ye..nasib baik i tak ngumpat u hubby.
3hari bercuti sempena cny rasa tak cukup je. kalau tidak kerana file2 yang tak siap ni,dah ku coti dah...nasib la. buat keje maçam siput. hahan
petang ni nak drive balik dungun semula. nak say babai to my lil princess kat rumah tu yang dah nak balik PD malam ni. lagipun, mood nak balik rumah suami takde lagi buat masa ni. yelah, maklumlah.. rumah orang kan.kalo rumah sendiri tu lain sikit kot. hopefully, rumah yang ditinggalkan kembali kepada keadaan asal la bila aku balik nanti.(sigh...😓)

Monday, 16 February 2015

gadis tersembunyi

anda nampak apa yang saya nampak

welcome baby...

IT'S A GIRL...


Friday, 2 January 2015

Back To Back (May 2014 - 2 Jan 2015)

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya setelah berbulan-bulan lamanya menyepi, saya kembali di hari yang penuh barakah, Jumaat pertama 2015...dan esok tanggal 12 Rabi'ul awal Hari Kelahiran Nabi junjungan kita, Muhammad bin Abdullah. Selawat dan salam ke atas baginda s.a.w...

Hampir 7bulan blog ini sepi dari entry baru. Bukan kerana faktor kesibukan menguruskan kehidupan tetapi sebenarnya masalah teknikal pada blog. Beberapa kali juga percubaan sign in menemui titik kegagalan. Akhirnya saya membiarkan sahaja, blog ini membisu.
Entah kenapa hari ini terasa hendak mencuba lagi dan yesssss i did it!

the story of the day...pembuka bicara di tahun 2015 biasanya kita review sikit kenangan di 2014.
JANUARI : masa ni, baru sambut anniversary sebulan kawen. jadi perasaan jadi pengantin baru tu menebal lagi laa. excited dapat anak buah baru, Wan Aishah Humairah

FEBRUARI : honeymoon kat negeri di bawah bayu. Feeling kuch kuch hota hai gitu. masa pergi Sabah tu, sebenarnya period dah lewat 3hari. tapi belum ada rezeki lagi.

MAC : The happiest moment bila UPT positif. Masih jelas di ingatan. balik kerja, terus buat upt. bila naik double line tu, orang pertama yang perlu tahu ofcourse la suami tersayang kan. call suami dengan senyuman ke telinga. suami minta send pic double line tu. nak post kat group whatsapp katanya.

APRIL : kegembiraan tu tak lama. semasa kandungan 6minggu, ada sedikit pendarahan. akhirnya i missed my baby. tak sempat pun nak buat buku merah. serik berada di hospital walaupun hanya untuk 3hari. All those physical examination bikin ana trauma. sampai sekarang tak nampak relevannya. mujur tak kena D&C. Credit to pad herba Avail.

MEI : menghabiskan masa dengan berpantang itu ini. Banyak betul pendapat tang berpantang gugur ni. kejap kata tak boleh sejuk. kejap kata tak boleh panas. kejap kata tak boleh makan makanan bergoreng. tapi mihun goreng boleh pulak. ok...saya dah lupa semua tu. hahaha...

JUN : masa ni sibuk dengan semester baru. jadi kerja..kerja..kerja je la ceritanya.

JULAI : cerita puasa dan raya..hmmm..first time, puasa sebagai seorang isteri...urmm...apa yang beza? nothing much. sebab tak kena masak sahur dan berbuka hari-hari pun. saya kan hidup bujang. hahaha... masa ni negara dilanda kemelut MAS. MH17 ditembak n ramai yang terkorban. dahlah MH370 missing in action. ujian dari Allah.

OGOS : Raya? Best sangat raya dengan suami ni. try la. haha.. malam raya..pagi raya..tahun 2014 beraya di kampung suami a.k.a rumah kami la. 2015 is my turn. see...i beralah ngan suami. suami pulak seronok la dia dapat beraya dengan kereta baru.

SEPT : jeng-jeng-jeng....perasaan itu kembali. got pregnant againnnnn.... alhamdulillah.. alhamdulillah.. tapi kali ni, suami bukan the first person sebab masa tu buat upt kat office n perasaan masa tu masih was-was. is it really positive or not. nak bagitau husband takut die kecewa. jadi bagitau oficemate dulu. then baru call suami bagitau berita yang unsangkarable tu. terima kasih ya Allah...

OKTOBER : keterujaan menjadi seorang ibu disimpan..diperam..just buat biasa-biasa je. semua langkah-langkah precaution dipatuhi sebaik mungkin. even mak sendiri pun, kitorang tak bercerita.. selebihnya, sibuk dengan kerja

NOVEMBER : musim tengkujuh tiba. berita tentang bandar Terengganu dilanda banjir adalah satu permulaan dan petanda.

DISEMBER : Musibah untuk negara... Gelombang kedua monsun timur laut menenggelamkan 90% negeri kelantan..terutama kuala krai, gua musang, rantau panjang...juga negeri lain di pantai timur. Dalam keadaan rakyat sedang berduka, berita tentang pesawat airasia terhempas di pengkalan bun sampai ke telinga. kedukaan yang berganda. Malah, malang itu juga menimpa diri bila mana sekali lagi berlaku pendarahan di waktu kandungan berusia 17minggu. Allah jua yang Maha Mengetahui perasaan dan tekanan di saat ini. Hanya padaMu ya Allah, hamba berserah. Tak sanggup rasanya kehilangan si dia melihatkan tumbesarannya baik seadanya. Dan tak sanggup jua rasanya untuk melihat kekecewaan pada riak wajah suami andainya Engkau mengambilnya pergi. Ku mohon agar semua masalah ini hanya singgah sebentar cuma. Sekadar mengetuk kealpaan diri pada Yang Mencipta. Ampunkan hambaMu ini ya Allah...

Penutup 2014 tidak seindah yang kita harapkan. Namun, perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita. Siapa kita untuk menidakkannya. Semoga masih ada sinar untuk saya dan suami. Semoga masih dikuatkan pegangan agama bagi mereka yang diuji. Amiiinn ya Rabbal 'alamin.

The Moment

The Moment
13~12~13