Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, 1 April 2015

berakhir sebuah penantian

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat datang ke hari pertama GST dilancarkan. Moga ia bermanfaat untuk semua.
GST..no comment. hadap saje. cakap pung prang pung prang pun bukan dapat ubah kepala otak orang atas nu. yang penting berdoa je lah pada Yang Maha Memberi Rezeki. semoga Allah perluaskan rezeki kita semua. Aaaamiiinn.

GST..GST..jugak. tapi persediaan menyambut orang baru pun kena difikirkan. Berbelanja dengan lebih bijak. ecewaaahh... tapi teruja punya pasal kadang-kadang terbabas juga beli yang tak sepatutnya. Petang tadi lepas kerja, kc singgah ke kedai Manjaku. memang sejak pembukaan kedai ni, hati memang dah terpaut dah. banyak pilihan. barang kat situ ada yang branded ada yang biasa-biasa je. yang banyak duit boleh la nak cari produk-produk cam avent ke medela ke disney ke baby kiko ke tommy tippee ke(ade ke brand nih) etc...cam taraf kc ni takat pureen, fiffy je la. hahaha...(ok..nangessss!!!) Naseb la kedai ni tak jual barang bundle. kalau tak, tentu tentu encik asben suruh pilih barang bundle je. muhahaha...(tawa dalam tanges)

Actually, kc mencari cloth diapers. tapi setelah diushar-ushar, rasa sayang je kat duit. rege satu-satu CD ni cam haibatt sangat... 30hengget satu..hmmmm..paksa diri tahan nafsu. pusing-pusing lagi jumpa la diapers pant ni. brand pigeon utk newborn. rege 9.90. kc rembat 1 je. sebab ade 1 je yg kaler putih...senang nak cloroxkan dia...(ok sila marah sy. baju bby nak dicloroxkannye.ishh..ishh..) Jumpa jugak yang brand pureen. yang ni saiz m and harga die 6.50 je. kc rembat 2 lai. saje standby. kot-kot abih stock diapers. mana la tahu kan... maklumlaa. orang baru nak belaja jadi mama. tak pandai lagi nak bajet satu-satu benda. tu pun selalu je tanya ngan ofismate...apa yang dia beli..banyak mana..memang membantu jugak la.

Dalam perancangan asal, kami berdua merancang untuk beli keperluan asas je. seperti yang disenaraikan dalam keperluan bayi ke hospital dan keperluan ibu. prepare for the worse. takut terberanak awal kan. macam waktu-waktu sekarang ni la. usia kandungan dah 31minggu kan. memang kena pikir jugak kemungkinan2 itu. kalau nak meletup time 38-40minggu itu lebih baik. sempat la shopping barang-barang lain.

antara barang yang kc dah prepare:
1. kain lampin
2. lampin pakai buang untuk newborn and saiz S
3. selimut (untuk bedung bby sekali la. sebab tak beli pun kain bedung.haha)
4. baju lengan panjang n lengan pendek
5. booties n mittens
6. topi
7. kain barut 2helai je kc beli. bajet sangat kan.
8. mandian travel packet je. kedekut ke hape kan
9. bantal (exclude bantal peluk. tilam pon pinjaman semata-mata)
10. nappy liner
11. botol susu 2oz
12. susu fm (bukan taknak bf ye. jangan salah faham)
13. changing mat
14. liquid cleanser
15. minyak telon
16. tisu kotak
17. cotton ball
18. cotton bud
19. diapers pant + getah lampin
20. towel
21. towel kecik
22. set breastpump (akhirnya sampai juga lacte duet kc...alhamdulillah)
23. maternity pad
24. disposable panties
25. wipe tissue


tu je la kot. set pantang belum beli lagi. terpaksa la beli ngan harga gst. baju-baju newborn cume ada dalam 4pasang. yang lain seme saiz 3-6bulan ke atas. termasuklah rompers yang kc borong dari koleksi anak kite. hahahaha...sama-sama lah kita maju kan bisnes kawan-kawan. clap...clap..clap..

harapan kc, sempena hari pertama gst ni, jangan lah ada peniaga-peniaga yang cekik darah sangat. salam gst untuk semua.

No comments:

Post a Comment

boleh tinggalkan komen anda disini...

The Moment

The Moment
13~12~13