Too busy with office cores sampai tak sedar progress baby dalam perut. Bad mommy 😔. Check up pun selalu tak ikut timing. Kejap je masa berlalu. Rasa cam tak puas pulak jadi preggy mommy. Tup-tup dah nak meletup. Macam mana la agaknya penerimaan kakak nia dengan 1st adik ni. So far kakak nia selalu je hai hai adik dia kat perut ni. selalu gosok-gosok perut and cakap saaayaaanngg adik. tapi umi still nervous. Coz kakak Nia selalu nak melekat ngan umi time nak tido.
Kakak Nia dah masuk 2y 5m sekarang. Umi quite impress dengan perkembangan kakak Nia. Dah tak takut sangat kat uncle-uncle dia. Dah tak tutup muka tengok cousin dia yang badan ala-ala The Rock tu. Selalu merajuk tapi rajuk versi kelakor. Ayat dia, " takmo kawan nia.."(sambil peluk tubuh n tunduk bawah dengan mulut muncung siput)😁 maksud die takmo kawan umi/abi.Umi pon agak lega sekarang sebab abi Nia dah kurang bagi phone kat anak. Tu pon lepas screen phone retak seribu angkara si kecik. Haa..serik ler tu. And somemore Nia pon dah kurang mintak pasang Didi N Frenz kat TV (cucuk pendrive). Kalo mintak phone ngan umi pon sebab nak guna apps doodle and nak tengok video-video yang umi record je. Video kakak Nia mandi kolam dengan cousins, naik train, tengok kuda, video baby mandi, and gelagat-gelagat dia masa kecik. Jadi sambil tengok semua tu, we keep talking to each other. She asking itu ini. Bercerita pulak kat abi dia. Tidaklah anak tu mengadap gajet macam tak hengat doniya kennn..
Umi and abi dalam proses nak buat playroom untuk kakak Nia. Ada buaian, meja kecik untuk 3-4orang duduk, bookshelf, rak for toys, alas dengan foam mat, pastu nak tampal wallpaper siket. Nanti-nanti kalau ada bajet lebih umi nak beli papan gelongsor. Ni pun tengah survey-survey kat lelong or cari kat bundle shop je. Jimat kannn...Dalam sibuk-sibuk bekerja ni umi tak nak la kakak Nia rasa terabai. By the way mini projek macam ni la buatkan hidup umi rasa sedikit terisi dan bermakna. I love it. I enjoy doing it.
Buku aktiviti : Tracing Line
Just letak dalam file dulu. Nanti akan dilaminate.
Vocabulary book
Copy paste dalam powerpoint je. pastu edit background letak muka kakak Nia. Happy sangat la tengok ada muka dia plus seronok tengok gambar colorful.
Iqra' : gigih cari iqra ni. Colorful. Thanx Ustazah Liana.
Semoga dilimpahkan rezeki buat ustazah sekeluarga.
Iqra ni haruslah kena laminate juga.
Sekian, progress mini projek kakak Nia. To be continued...




No comments:
Post a Comment
boleh tinggalkan komen anda disini...