Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, 20 February 2013

Tuah ayam nampak di kaki

Semoga mamaiqy menang besar dalam peraduan Baby Huggies...ada habuan menanti kc di situ...tihtihtih... Mudah-mudahan Allah melimpahkan rezeki buat kita semua tak kira di mana pon kita berada.aaaamiiinnn...
***************
menghitung hari...
detik demi detik
masa ku nanti
apakan ada
jalan cerita
kisah yang panjang
menghitung hari...

Tuesday, 19 February 2013

Medan pahala buat wanita

Salam...
Entry kali ini kc ingin berkongsi 1 artikel dari page Hilal Asyraf tulisan ukhti Khumairah. Satu coretan yang sedikit sebanyak membuahkan kegusaran hati ini untuk melangkah ke alam rumahtangga. 
“Barallahulakuma, wa baraka Alaikuma, Wajama’a bainakuma fii khair”
Ucapan ini saya terima pada penghujung tahun lalu tanggal 22 Disember 2012 dan hingga kini setelah hampir tiga minggu melayari bahtera rumah tangga, ucapan itu sentiasa bermain-main di kotak fikiran sementelah masih ramai yang datang mendoakan dan mengucapkan moga keberkatan dan kebahagiaan sentiasa mewarnai masjid yang baru dibina ini. Amin amin ya Allah. Alhamdulillah segalanya telah selesai dan majlis berjalan dengan lancar penuh kesederhanaan beserta seribu satu harapan, doa dan kasih sayang dari seluruh insan yang terlibat.
Maaf andai perkahwinan ini tidak diwar-warkan secara langsung di Langit Ilahi. Bagi mereka yang tahu dan berkesempatan hadir, jazakumullah khairan kathira saya dan zauj ucapkan. Bagi yang baru mengetahui, doakan kami agar masjid yang dibina ini di bawah lembayung redha dan barakah dariNya.
Permulaan
Saya bagaikan dilahirkan semula pabila sah diri ini dinikahkan dan diserahkan kepada seorang lelaki bernama suami. Masih ingat saat ijab dan kabul yang disempurnakan oleh abah. Ummi menangis usai amanah diserahkan kepada menantunya. Terkesima saat itu mengenangkan tumpahnya air mata ummi menyerahkan anak perempuan sulungnya untuk menjalani kehidupan sendiri. Setelah itu, segalanya yang perlu saya dahulukan ialah si suami. Dan ini bagi saya bagaikan lahir dalam kehidupan yang baru.
Hadirnya seorang suami, Allah kurniakan pakej lengkap ibu dan ayah mertua. Bertambah juga bilangan adik-adik saya. Perhatian dan kasih sayang saya juga perlu dibahagikan. Saya diterima dengan baik oleh keluarga besar suami. Sehubungan dengan itu juga, saya perlu belajar merendah diri menerima dengan hati terbuka keluarga suami.
Dunia kita berbeza
Dalam tempoh singkat menjalani kehidupan baru sebagai seorang isteri, saya lihat terlalu banyak jurang perbezaan antara saya dan suami. Begitu juga dengan kehidupan keluarga saya dan keluarga suami. Minat, kecenderungan hinggalah kepada teknik memasak juga terlalu banyak jurang bezanya yang perlu saya amati, fahami dan cuba laksanakan.
Usai majlis kenduri di sebelah suami, kami tinggal hampir seminggu lebih di rumah mertua. Di kesempatan itu, suami tidak putus-putus menyarankan agar saya belajar memasak dengan ibunya. Belajar selok belok pengurusan rumah tangga dengan ayahnya dan juga belajar memahami kerenah adik-adiknya. Saya kira didikan yang saya terima dari ummi dan abah sudah cukup lengkap dan sempurna untuk mempersiapkan diri saya menjadi seorang isteri yang baik buat suami dan menantu yang baik pada ibu bapanya. Hakikatnya, saya ibarat melangkah ke dunia yang lain. Perlu belajar segalanya dari kosong. Perlu menerima ilmu dan teknik baru dengan penuh lapang dada.
Suami sangat gemar ikan bilis goreng berlada. Dalam tempoh pertunangan yang lalu bakal ibu mertua pernah mengkhabarkan perihal ini dan adiknya juga pernah menasihatkan saya supaya belajar memasak masakan ini. Masakan ini sebenarnya tak jauh bezanya dengan masakan sambal tumis yang biasa ummi ajarkan. Maka saya kira sudah cukup mahir dengan masakan ini. Hanya perlu dikekalkan teknik dan rasa. Rencah dan bahannya sudah saya hadam dan ingat.
Setelah berkahwin, suami berhajatkan ikan bilis goreng berlada. Saya masak cara saya, teknik yang ummi ajar, kebiasaan yang saya lakukan bila memasak sambal tumis. Sambal tumis saya berkuah dan ikan bilisnya tidak terlalu garing. Bila suami makan, ada raut tidak puas di wajahnya. Dengan penuh kelembutan suami menyarankan saya belajar dari ibunya ikan bilis goreng berlada kegemarannya. Baru saya tahu cara saya tidak menepati cita rasanya. Teknik saya jauh berbeza dengan cara ibunya. Sambalnya kering dan kurang berminyak. Ikan bilisnya pula garing dan bila disimpan dan dihangatkan semula masih terasa garingnya.

ikan bilis goreng berlada yang dimasak oleh saya buat suami, moga Allah redha ~gambar dari fb suami~
Merendah diri dan berlapang dada
Dalam tempoh yang singkat ini dan masih bertatih belajar menjadi seorang isteri, saya perlu banyak belajar merendah diri dan berlapang dada. Jika sebelum ini, saya berangan-angan ingin membuat itu, berimpian ingin buat ini dalam kehidupan rumah tangga saya, kini pabila berada dan melalui sendiri barulah saya tahu semua ini bukan hanya sekadar tergantung pada angan-angan dan impian. Saya sekarang dalam fasa perlaksanaan dan sungguh bukan semudah angan-angan atau sekadar memasang impian.
Perbezaan yang wujud membuktikan bahawa kami disatukan adalah untuk saling melengkapi. Kurang atau lebih itu sebagai rencah dan warna dalam rumah tangga untuk kami hayati, nikmati, fahami dan pelajari antara satu sama lain. Lengkap keduanya ialah apabila wujudnya persefahaman dan penerimaan. Memang  melaksanakan tidak semudah ungkapan. Bak kata suami dalam tazkirah pendek selepas menjamah hidangan masakan pertama hasil air tangan isterinya, ” 24 tahun kita hidup dalam dua dunia yang berbeza. Dengan sekali lafaz, kita sah menjadi suami isteri dan dari saat itu kehidupan 24 tahun yang lalu akan melalui corak yang berbeza. Suami perlu belajar kehidupan isteri. Dan isteri perlu belajar kehidupan suami. Untuk berubah dalam masa yang singkat tidak mudah. Tapi belajar, faham dan bergerak untuk sentiasa meningkatkan diri itu lebih baik dari tergesa-gesa mencapai kesempurnaan.”
Jika dahulu saya fikir saya boleh membahagikan masa untuk memastikan rumah tersusun rapi, makan pakai suami terjaga dan kepentingan suami terpelihara. Pabila melalui sendiri, baru terasa semput dan lelahnya. Sebahagian diri saya sudah menjadi hak dan milik suami. Begitu juga dengan masa dan kehidupan saya.
Selalu apabila melihat saya kepenatan, suami datang dengan kelembutan memberi kata peransang, “ini semua pahala buat sayang”. Ya Allah, mendengarkan itu bergetar jiwa saya. Betapa semua yang dilakukan ini jika hadir taat dan ikhlas, suami pula redha dan bahagia, akan Allah anugerahkan pahala dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Apa lagi yang ingin saya minta selain redha suami dan redha Allah?
Penutup: Medan mengutip pahala buat wanita
Ramai yang tanya apa perasaan setelah berumah tangga? Saya pasti rakan-rakan pembaca yang lain pernah juga berhadapan dengan soalan begini. Jawapan saya pabila disoal hanya satu, “Saya tenang setenangnya.” Rumah tangga ini adalah ketenangan utama yang ingin saya capai dalam menghadapi kehidupan yang lainnya. Kehidupan sebagai seorang pelajar dan pekerja. Rumah tangga ini juga adalah medan mengutip pahala buat wanita. Setiap amal yang kita lakukan buat suami kita, penuh kesabaran dan ketaatan akan Allah ganjarkan dengan nilai pahala yang tak terhingga. Mari kita muhasabah dengan ayat Allah ini dari surah An-Nisa’:34:
“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (istri), karena Allah telaj melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dari hartanya. Maka perempuan-perempuan yang soleh, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, karena Allah telah menjaga (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh Allah Maha Tinggi, Maha Besar”
Mudahan Allah redha dengan baitul muslim yang dibina ini.

Monday, 18 February 2013

Outdoor@pantai TK

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Layan gambar je la entry kali ni.baru dapat mem.card dari adik. Welcome to Pantai Teluk Kalong.tadaaaaaa...nice scenery.




Outdoor la sangat minah-minah ni haa...hahaha




Minah ni lagi kesian.hahahah...
posing celah pokok...ala-ala bollywood gitu.kekekekeee...

Saturday, 16 February 2013

ombak rindu

Di tepi pantai yang indah...aku duduk seorang diri....suasanaaaaaaaaaa sepi...........................
>
>
>
Tak.Tipu.Edisi menjelajah pantai kali ini bukan seorang. no..no..no..bukan berdua juga. mestilah bersama Zuliya dan Cik Matahari kite. tapi mereka tiada dalam gambau sebab mereka fotoshoot kat tempat lain. huhu...
1st time sampai kat pantai teluk kalong ni dengan panduan dari en.GPS sy. tq..tq.. Hajat di hati nak makan sotong celup tepung di sini tapi malangnya, kedatangan kami disambut dengan mata-mata lelaki yang lagaknya macam tak pernah jumpa pompuan. maka kami cabut awal la. ok itu shj update nya...tihtihtihtih..tataaaaaa

Friday, 15 February 2013

Jelajah Merentasi Negara

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Alhamdulillah..akhirnya sampai juga kami ke Port Dickson. Jelajah kali ini atas sebab ada kenduri kawen sepupu di sri kendong, Melaka. Seperti yang dirancang, kami bertolak selepas Solat Jumaat. Konvoi 2buah kereta. Haruslah kc yang drive viva cumel tu kan...botak drive honda. Trip kami banyak pitstop nya. Kami berhenti di Balok sebab adik sedang menunggu dengan Neo untuk konvoi sekali. Jadi alang-alang dah berenti tu kami sempat picnic di pantai batu hitam menikmati ‘lunch’ kami (hmm..lunch pada 6ptg hokey...) Perjalanan diteruskan sehinggalah ke Seremban. Pitstop yang ke berapa tak taulah.banyak sangat berentinya. Hihi.. Kami ke Terminal One untuk pick up my bro in law yang naik bas dari KL. Perjalanan yang panjang tu seperti tak terasa sangat lamanya sebab dari Trg hinggalah ke Seremban fokus story hanya satu...misi adik mengorek cerita tentang kc dan ......... waaaaakakaka... (dengar kata orang tu sampai tersedak-sedak asyik duk sebut nama dia je). Kire ok la tu. Better jawab soalan dari adik dari kene hadap soalan dari bonda dan ayhnda kan...heee....



Pantai Teluk Kemang, PD... Kedatangan kami disambut oleh si kenit yg makin membulat dengan jayanya...sampai2 je,terus ckp, " achik..usu..aliya ade pakweee...nama ifan" atooooooooooiiyaaiii..buleh tahan die ni! asyik-asyik ckp pasal ifan die je.tapi sebagai makcik yang penyayang, kc layan sajo.
garangnye makcik ni!org amek gambau die pon marah cam singa lapau.



Ini uwais...anak sepupu kc. cool je die ni.anak ke3 kan...xbyk peel.kekeke... 
Suke tgk uwais...
Ini kakak uwais...satu-satunya,cucu perempuan maklong daripada 10cucu.sangat cute..tapi garang boleh tahan.
ingat lagi cerita kanopi terbang episod lepas, haaaa...ni sambungan die. Bak kata, "acu tgk shah or...buleh jadi batu berat orh.hahaha" (nakal ayah kc ni)


tadaaaaa...ni la anak bongsu maklong. Apit. dah kawen dah haaa... Masa kenduri Izy hari tu, Apit byk tolong. jadi kami sekeluarga dah sepakat kenduri Apit wajib pergi. (nati time kak an jgn xdatang lak ye.ikikikik...)


haaaaaaaaaaaa...tu die.pengantin kenit.ifan mane aliya????


   My family ^___________________^

Tuesday, 12 February 2013

Kalut ribut majlis kawen

first time g kenduri yg kelamkelibut sbb angin kencang melanda...
 

kanopi terpaksa diikat sampai ke pagar. yg jg svnier lak tjerit2 kotak nk terbang.haha...


Wednesday, 6 February 2013

Update sekali

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
********************************
Lama sungguh xsolat dhuha.hukhukhuk... solat dhuha penting kita buat spy Allah permudahkan rezeki kita. Tapi Allah itu sangat-sangat-sangat Pemurah. DIA tetap bagi kita udara untuk bernafas, rezeki makan dan minum, keperluan untuk meneruskan kehidupan dan mungkin pasangan hidup satu hari nanti (mungkin saja tidak) walaupun kita selalu buat jahat, selalu lalai dan tak pernah solat dhuha pon...T___T Subhanallah
Kerja yang tidak pernah surut ni sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. Biological clock dah mula terjejas. Badan lenguh sana-sini. Ni pun baru je balik dari talk@SMK Kompleks Seberang Takir. Mata rasa cam dah takleh bukak. Masa-masa camni kalau ada student datang cari nak minta nota ke..baru nak jawab kuiz ke..memang xleh nak entertain la. Letih kalu gi sekolah tengahhari camni. Nasib baik budak sekolah tadi xbuat muka poyo..serabut dan seangkatan dengannya. Tapi letih lagi otak ni duk pikir macam-macam ni. Oleh kerana kc dah start one step forward, jadi kene teruskan dengan langkah ke2,3,4 dan terus marathon.hahaha...
Manusia hanya merancang, tapi perancangan Allah sebaik2 perancangan. Hati mula risau nak menghadapi weekend ni. Apatah lagi, nak menghadapi tarikh-tarikh penting itu. 
MOOD : layan lagu ombak rindu la sekali...
"tuhan tolonggg..lembutkan hati diaaaaaa...untuk terimamu seadanya" 
piiiiiiissss... ;)

Tuesday, 5 February 2013

Statistik hari ini

As of today...



agak-agak kenapa ye stat blackberry ni naik ranking no.2 ?
ada orang skodeng saya dari jauh ni. (sambil urut dagu. hmmmmmm... :) )

Report Progression Jan

alhamdulillah...
rezeki itu Allah yang bagi. xsampai 3bulan, sudah progress sampai ke tahap ini. sesungguhnya itu satu petunjuk yang baik di permulaan tahun. semoga dipermudahkan.

The Moment

The Moment
13~12~13