Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, 6 February 2013

Update sekali

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
********************************
Lama sungguh xsolat dhuha.hukhukhuk... solat dhuha penting kita buat spy Allah permudahkan rezeki kita. Tapi Allah itu sangat-sangat-sangat Pemurah. DIA tetap bagi kita udara untuk bernafas, rezeki makan dan minum, keperluan untuk meneruskan kehidupan dan mungkin pasangan hidup satu hari nanti (mungkin saja tidak) walaupun kita selalu buat jahat, selalu lalai dan tak pernah solat dhuha pon...T___T Subhanallah
Kerja yang tidak pernah surut ni sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. Biological clock dah mula terjejas. Badan lenguh sana-sini. Ni pun baru je balik dari talk@SMK Kompleks Seberang Takir. Mata rasa cam dah takleh bukak. Masa-masa camni kalau ada student datang cari nak minta nota ke..baru nak jawab kuiz ke..memang xleh nak entertain la. Letih kalu gi sekolah tengahhari camni. Nasib baik budak sekolah tadi xbuat muka poyo..serabut dan seangkatan dengannya. Tapi letih lagi otak ni duk pikir macam-macam ni. Oleh kerana kc dah start one step forward, jadi kene teruskan dengan langkah ke2,3,4 dan terus marathon.hahaha...
Manusia hanya merancang, tapi perancangan Allah sebaik2 perancangan. Hati mula risau nak menghadapi weekend ni. Apatah lagi, nak menghadapi tarikh-tarikh penting itu. 
MOOD : layan lagu ombak rindu la sekali...
"tuhan tolonggg..lembutkan hati diaaaaaa...untuk terimamu seadanya" 
piiiiiiissss... ;)

No comments:

Post a Comment

boleh tinggalkan komen anda disini...

The Moment

The Moment
13~12~13