Lilypie Second Birthday tickers

Monday, 23 December 2013

BBM version 8.0

menyesal tak sudah meng'upgrade bbm yang sedia ada. tak pasal-pasal bb jadi sangat lem*. gigih juga la menggoogle cara nak downgrade semula bbm tu. huhu..ni duk tunggu abih loading. harap2 menjadi la.

Wednesday, 18 December 2013

sebenarnya aku isteri dia....

tiada ungkapan yang terbaik selain drpd memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga pada Allah swt kerana memberi sy nikmat untuk bergelar seorang isteri. alhamdulillah wa syukurillah, hari ini masuk hari ke6 secara sahnya sy menjadi isteri kepada en.Mohd Ruzakir Ab.Razak. InsyaAllah untuk hari2 akan datang urusan mengupdate blog lebih mudah sebab di rumah en.suami ada wifi.yipeeeeeee!!!

Sunday, 24 November 2013

Mono+log=Me+rapu

harus belajar bertoleransi...sebab orang lain pun ada hati juga
harus belajar bersabar...sebab orang lain pun ada emosi
harus belajar menangani stress...sebab manusia dilahirkan dengan pakej masalah
harus belajar patuh dan mengikut kata..sebab masalah takkan berkurang kalau kita tunjuk keras kepala
harus belajar jadi pengikut..(kadang-kadang)
haruslah jadi baik giler pasni kalau berjaya belajar semua di atas. hahahaha...
******
is it possible?

Pre-Big Day (entry ke-101)

Entry ke 100 sepatutnya ni...tapi sebab excited nak bagi info Kellie's castle kat bos kc...maka entry ni jatuh ke tangga 101. It's all about my wedding preparation yang kc dah buat since May13. Walaubagaimanapun yang dah siap hanyalah 55% je.

MY WEDDING PREP

Checklist ni kc buat berdasarkan blog sarahata. Jadi kc match kan dengan kc nye konsep dan keperluan. Mungkin ada sesetengah pihak yang nak tambah situ sana sini...It's up to u guys..

1.Kursus Kahwin -done
2.HIV test-done
3.Borang Nikah (L)-done
4.Borang Nikah (P)-done

7.Pelamin-booked
8.Baju Nikah-not done
9.Baju Sanding-booked

11.Photographer-mukminsantaistudio.wordpress.com
15.Doorgift-not done
16.Kad Kahwin-done
17.Homestay/Hotel-not sure
18.Hantaran-not done
19.Cincin (L)-done
20.Cincin/gelang(P)-done

 ***************

Ini adalah checklist yg dibuat oleh miss sara...mungkin boleh dijadikan rujukan untuk pasangan-pasangan lain...


2 Months Before Ceremony
Emcee for majlis resepsi –
Mencari tukang cakap for both side
Survey Nikah Favor -
Survey Reception Favor – 
Mendapatkan borang2 yang diperlukan –
Mencari kompang –
Lakaran plan rumah harus disiapkan -

5 Months Before Ceremony
Membuat tempahan kad-kad jemputan
Order bunga pahar
Order favor nikah & resepsi
Entertainment for resepsi
Entertainment for nikah
Pengapit lelaki - Payad setelkan
Pengapit perempuan -
Guestlist -50% mesti siap
Mencari kasut nikah
Mencari kasut sanding -
Memikirkan konsep walkaway
Memikirkan konsep centerpiece
Menentukan flowergirls -
Survey kek untuk majlis resepsi


4 Months Before Ceremony
Hantar kain nikah untuk jahit
Membeli tudung nikah
Membeli barang-barang untuk pelamin nikah (jika DIY)
Plan for honeymoon
Mencari tempat tinggal utk family lelaki
Buat Cop Nama
Mencari Bunga Manggar
Mencari tukang pembuat hantaran

3 Months Before Ceremony
Mula menghias bilik pengantin
Mula tulis nama pada kad jemputan
Sediakan text ucapan untuk majlis resepsi
Montage untuk majlis resepsi
HIV Test
Menghantar borang lengkap permohonan kahwin
Menempah guestbook, sticker TQ & bunting

1 Months Before Ceremony
Buat tempahan Tok Kadi - done
Mengedarkan kad kahwin & nikah
Final fitting baju nikah
Fitting baju resepsi
Senaraikan lagu-lagu untuk PA System
Tempah tag nama for family members
Final check for OP
Final check for OV
Final check for wedding cakes
Final check for MUA (sanding, nikah)
Final check for wedding favor
Final check for wedding entertainment

1 Month Before Ceremony
Final fitting baju
Final check for accessories nikah
Final check for accessories resepsi
Final check for accessories bertandang
Final check untuk bunga pegang
Final check untuk kompang
Discuss dengan pengapit
Bunga pegang untuk flowergirl
Cari kayu untuk buat landmark
Final check untuk tema family
Mencari inai

2 Weeks Before Ceremony
Majlis rewang bermula
Senaraikan tugasan
-          siapa penyambut tetamu
-          siapa yang menjaga hadiah
-          siapa yg berada di kaunter pendaftaran
-          siapa yang berada di guestbook corner
-          siapa yang kasi bunga telur
-          orang2 penting majlis
Check pintu & lock bagi mengunci pintu pd hari majlis bagi mengelakkan kejadian tidak diduga.
Pastikan PA System dah berada di rumah
Final check for video montage
Tulis surat kepada pak guard S2
Ambil bunting & banner
Discuss denga katering
Final meeting dengan wedding planner
Buat rawatan facial muka & lln

5-2 Days Before Ceremony
Buat rawatan rambut
Buat rawatan kuku
Pacak banner, landmark & bunting sehari  before majlis
Buat inai tangan
Pastikan mini pelamin 70% siap 4 hari b4 majlis
Pastikan bilik tidur dah tersedia
Pastikan wedding favors dah siap
Pastikan hantaran dah siap
Pastikan bunga manggar dah tercucuk rapi
Pastikan baju dan lain2 dan diasingkan & digantung
Rehearsal di dewan sehari sebelum majlis
Buat rawatan gigi (scalling)
Pastikan bilik menunggu vip di hotel jika ada
Pastikan barang2 yang digunakan sehari sebelum majlis dah dibeli
-          timun (untuk mata)
-          ice (untuk muka – biar makeup tahan lama)
-          madu (bibir)
-          limau nipis (mandian)

THE BIG DAY 
Sarapan pagi
Make sure hantaran dah ada 6 jam before majlis
Makeup start at XX am– nikah
Makeup start at XX pm – resepsi
Nikmati hari bahagia! SELAMAT PENGANTIN BARU!

Wednesday, 20 November 2013

SSSEERRRAAAMMMMMMMM....entry ke-100

Sejarah Istana Kellie (Sir William Kellie Smith)


William Kelie Smith di lahirklan pada 1 Mac 1870 di Dallas, Scotland dan berhijrah ke Malaya ketika itu berumur 20tahun untuk mencuba nasib di sini. Pada tahun 1905 beliau mendirikan Rumah Kellas, dan pada 1909 batu asas kedua untuk istana ini di dirikan atas dasar kasih sayang beliau pada isterinya.

Di katakan beliau menggunakan khidmat pekerja dari Madras seramai 70 orang dan bahan binaan utama seperti batu-bata dan juga marmar di import dari Italy. Banyak tragedi berlaku ketika pembinaan istana ini dan ramai pekerja binaan terkorban akibat penyakit ganjil ketika itu dan memaksa beliau mendapatkan pandangan alternatif dari segi spiritual. Mengikut nasihat dan kepercayaan dari ilmuan India, Tuan Kellie mesti membina sebuah kuil untuk mententeramkan tuhan mereka.

Menurut dari pembacaan saya di beberapa artikel internet, penyakit misteri yang di maksudkan itu adalah "Spanish Flu" dimana flu ini dengan mudah merebak dari Europe ke benua Asia. Tuan Kellie meghabiskan banyak wang ringgit dan kekayaannya untuk pembinaan rumah ini namun tidak juga berjaya di siapkan kerana perang dunia pertama meletus dan memperlahankan proses pembinaannya.

Istana ini mempunyai menara setinggi 6 tingkat dan mempunyai acra Moorish yang banyak dan mempunyai seni ukir Greco Roman. Pada tahun 1926 Tuan William Smith Kellie pergi ke Lisbon Portugal untuk lawatan singkat ke sana namun dia meninggal dunia akibat radang paru-paru. Isteri beliau di Malaya sangat sedih dan kecewa lalu dia berhasrta untuk balik semula ke Scotland dan menjual bangunan ini kepada sebuah syarikat British bernama Harrisons and Crossfield. Istana ini tidak siap hinggalah ke hari ini dan ada lagenda mengatakan roh hantu tuan Kellie sentiasa berlegar di beberapa tempat di istana ini. Selain itu trerdapat leganda mengatakan terdapat terowong rahsia yang menghubingi kuil yang berhampiran dengan istana ini.

Hal ini diperkukuhkan lagi dengan berita penemuan terowong pada Jun 2003 ketika projek pembesaran jalan di lakukan di sepanjang 6 kilometer Gopeng-Batu Gajah, pekerja pembinaan secara tidak sengaja tergali sebahagian terowong yang dipercayai menghala ke kuil Hindu berhampiran. Ia dijumpai ketika pekerja excavator tergali struktur kayu bawah tanah, pihak muzeum ketika itu tidak memberikan apa-apa pengesahan namun berjanji akan melakukan siasatan lanjut.

Sejarah bagaimana Tuan Kellie berjaya di sini adalah ketika beliau berhijrah ke Malaya di usia 20 tahun itu, beliau berjumpa dan berkenalan rapat dengan kontraktor bernama Alma Baker di Pulau Pinang, Alma baker adalah kontraktor ladang di Kinta dan Tuan Kellie membantu beliau membina jalan awam di Selatan Perak, serta menjadi rakan kongsi Alma Baker dan membeli 960 ekar tanah di Daerah Kinta untuk menanam pokok getah, kemudian estet itu dinamakan sebagai Kinta Kellas. Selain itu Tuan Kellies juga dikatakan menceburi perniagaan di bidang pengalian bijih timah dengan tertubuhnya lombong bijih timah dan syarikat Kinta Kellas Dredging Company.

Info tambahan:
Dikatakan bahawa William Kellie Smith membuat lawatan singkat ke Britian dulu, dan sebab lawatan ini tidak di ketahui dengan kukuh namun ada mengatakan ia menghadiri reunion singkat dengan isteri dan anak-anaknya. Anthony telah dihantar pulang ke kampung halaman untuk menyambung pelajarannya di sana dan Agnes (isteri Tuan Kellie) menemaninya. Sekembalinya ke Europe, Tuan Kellie membuat detour ke Lisbon, Portugal untuk mengambil lift untuk istana Kellie yang telah dipesan dulu namun dia tidak berjaya pulang ke Malaya kerana meninggal dunia akubat penyakit radang paru-paru. Pada December 1926 William Kellie Smith di kebumikan dia British Cemerety dan isteri beliau Agens menjual semua share dalam syarikat dan juga semua ladang yang ada, hingga kini dia tidak lagi datang ke Malaya.

Anthony Kellie Smith terbunuh ketika perang dunia kedua dan Helen tidak pernah lagi kembali ke sini.

_____________________________________________________________________________________


Pada pokok ini di katakan terdapat bentuk seperti seekor beruang yang sedang berpaut / berpeluk pada batang pokok, cuba anda perhatikan di mana atas adalah mukanya yang memandang ke sini serat tangan kanan memegang dahan dan kaki seperti mahu memanjat. Hal ini ditemui oleh seorang pelakon terkenal Gerak Khas iaitu Zulkifli ketika mahu bergambar bersama dengan anak-anak, hal ini adalah merupakan satu penemuan baru pada tahun 2007Tidak banyak yang kita ketahui untuk rumah kellas ini, namun apa ia adalah rumah pertrama yang Tuan Kellie Smith duduki bersama dengan keluarganya pada tahun 1905, walaubagaimana pun kebanyakkan bahagian rumah ini telah musnah akibat perang dunia kedua.

Keratan Akhbar Kosmo pada tahun 2007
Di hadapan Kellie's Castle dan berdiri di atas jambatan sebuah sungai yang mengalir deras

Fasad luar bangunan ini, di sebelahnya adalah Rumah Kellas dan juga rumah pekerja William Kellie Smith


Menara di Kellie's Castle yang menjadi satu ikon prominent pada binaan ini menempatkan beberapa ruang seperti :
  1. lorong ke tingkat atas,
  2. laluan utama ketingkat atas,
  3. bilik-bilik tetamu,
  4. bilik bacaan,
  5. ruang lift,
  6. ruang pesta (party),
  7. ruang simpanan barang kering (cadar, bantal, etc),
  8. simpanan arak (wine cellar),
  9. ruang minuman (Tuan Kellie bersama rakan-rakan)


Menara di ambil dari tempat dimana Tuan Kellie berdiri sambil memerhatikan ladang Kinta Kellas

Gambar dari pintu masuk utama Kellie's Castle

Rongga udara dari batu-bata

Tangga menuju ke tingkat atas yang menempatkan tempat simpanan barang kering, railing kayu ini dibuat dari pada kayu chengal

Kemasan lantai yang cantik dan masih terpelihara di ruang minuman Tuan Kellie dan juga tempat simpanan barang

Tiang-tiang ini merupakan shaft udara yang dibuat untuk membantu pengudaraan terowong bawah tanah, di percayai castle ini mempunyai 4 terowong rahsia

Senibina Moorish tegas diperlihatkan dengan arch tingkap ini, frame tingkap ini dibuat dari kayu Chengal

Koridor utama di tingkat 2, sebahagian dinding ini telah diplaster dengan kemasan dari bahan tertentu. Ia sangat licin dan tekstur kemasan nampak seperti marmar (licin dan keras) berbanding dengan plaster atau skimcoat zaman sekarang.

Korridor utama di tingkat bawah, di sini dikatakan roh Tuan Kellie berlegar-legar di malam hari menjaga rumahnya ini, kerana beliau meninggal ketika dia di Lisbon, Portugal dan tidak dapat melihat perkembangan pembinaan di saat akhir hayatnya.

Perigi ini adalah merupakan juga ventilation shaft kepada terowong rahsia yang menghubungkan kepada sebuah kuil yang jaraknya 500m dari castle

Dari ruang makan di tingkat bawah, ruang ini sangat sejuk dan mempunyai pemandangan yang cantik di samping berdekatan dengan ruang dapur serta rumah pekerja

Laluan ke bilik rahsia dimana Tuan Kellie bercadang untuk menjadikan ia tempat persembunyian anak-anaknya dan juga isteri jika berlaku sebarang malapetaka, dari bilik rahsia itu kita akan dapat lihat sesiapa sahaja yang menyeberangi sungai dan juga dapat melihat ke arah kuil

Kemasan lantai ruang court yard menggunakan brick yang di atur

Pada bahagian tepi dinding setiap penjuru di tingkat atas anda akan dapat lihat ukiran yang cantik di buat dengan tangan, terdapat di bahagian cornice dan bahagian atas tiang

Di bahagian koridor tingkat atas, tiang juga mempunyai ukiran dari tangan yang halus, gambar di atas adalah replica kaki tiang

Ukiran tangan yang begitu cantik di ruang tetamu tingkat atas

Ini pula ukiran cornice yang telah di cat dan di tebuk, menjadikan ukiran itu timbul. Ini akan anda dapat lihat di tingkat atas bersebelahan dengan ruang tetamu

Ruang ini adalah merupakan ruang lift di bahagian menara castle, ia sepatutnya menjadi ruang lift pertama di Malaysia pada tahn 1926, namun hasrat Tuan William Kellie Smith tidak kesampaian di sebabkan beliau di serang sakit radang paru-paru (pneomonia) dan meninggal dunia di Lisbon, Portugal

Arca ini adalah pintu keluar di sebelah klinik dan juga terletak di antara rumah Kellas

Lantai terracota di rumah utama
Tiang di arch menuju ke halaman belakang
Sebahagian fasad rumah kellas yang masih utuh dan jika anda dapat lihat di kanan fasad ini ada diletakkan tupang untuk support fasad
pandangan menghala ke beberapa ruang bilik yang telah musnah dan di tumbuhi pokok

pemandangan kellies castle dari belakang rumah pekerja
Dapur ini masih lagi utuh dan ia merupakan oven Tuan Kellie Smith, penggunaan batu bata dari tanah liat ini sebenarnya merupakan satu strategi agar haba yang dibekalkan pada makanan yang di masak adalah serata sebab tanah liat ini menyerap hapa dan dapat mengekalkan haba dengan lama
credited to this blog: unnatural BLOG

hard to say No..

Terasa baru semalam kaki ini berpijak di bumi Terengganu. tup-tup Wednesday sudah. Cepatnya masa berlalu. Wahai masa, berhentilah seketika. Berilah aku ruang untuk aku bernafas. Dah semput-semput ni. Tak dan nak kejar. Mana nak buat itu..ini..Aaaarrggghhh!!! Demotivated.

Kenapalah aku ni bertuah sangat? Ingat ke tahun ni tak de dah nak pikir pasal workshop2 ni...alaaahai..kene jugak! Hal2 majlis memang aku lepas tangan betul kat adik aku yang memboyot bawak perut tu. kakak jenis hape tah. macam tak berperikemanusiaan langsung. huhu...tapi nak buat camane, kekangan kerja yang melebihi aras ambang. tak reti sungguh nak kata tidak.Belum lagi panas bontot duk kat ofis ni...orang panggil lagi ke shah alam.disember akan datang. kalau lah ada manusia yang boleh measure aras stress aku ni...hmmmm


Sepanjang workshop, hari-hari balik malam. sama ada balik malam sebab ada discussion atau sebab menunggu rakan-rakan seperjuangan yang lain. Lepak sorang-sorang bawah bumbung melengkung ni. Ape nama die ek? ooo open theater. Nampak library yang masih terang benderang. Study...study..

Ini adalah view dari tingkat 9 management tower. oh, clear je highway. bawah highway adalah parking universiti. hmmm...bile la nak turap. habis rosak tapak kasut i tau...dari sini ofcoz la nampak tesco extra. 10hari berada di sini, adela sekali je aku masuk tesco. tu pun sebab beli plug 3pin. tak cukup plug nak cas hphone masing-masing. maklumla dapat bilik hotel "5 star" kannn...first time dapat bajet bilik yang bilik airnye kat luar. rasional kah duduk bertiga bajet bilik rm100?????area shah alam plak tu. agak-agakla...


view dekat tempat penginapan. gah...tapi cuba la sekali booking bilik B6-2-6. tengok ape perasaan dapat bilik yang takde bilik air dan dinding bilik berkerutu plus air menitis atas bed yang datangnya dari paip air yang ada atas siling. oh ye, kata pemilik hotel, tingkat atas adalah spa. jadi mungkin juga air yang menitis tu air mandian customer diorang kan....orang akan tanya, kenapa tak tukar bilik. nak bagitau kat sini, tu la bilik yang sesuai ngan bajet yang diberi iaitu 100ringgit, 3orang.

Ini adalah sesi yang berlangsung selama 10hari kami di sana. presentation dan presentation....banyak cerita lucu yang berlaku sepanjang presentation ni. tapi tak dapat nak cerita semua. part yang paling klakar bila amy naik stage...dan tetiba dia ngan slumbernye cakap, "sy nak kenciiiiing....." satu dewan termasuklah juri-juri khas tergolek2 ketawa. situasi tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata dalam penulisan aku ni. mungkin bile dicerita dengan gaya dan mimik muka barula orang faham kelucuan yang berlaku. hihi..

hari-hari terakhir kami di sana, kami telah sepakat untuk menghiburkan hati yang penuh kesan-kesan luka ni dengan juadah yang lebih special dari biasa. kami ke seksyen7 dan try western food kat sana. alang-alang dah ke sana, singgahla juga ke rumah pakcik. sekadar tunjuk muka orang kata.

last day, sesi bergambar...tambah lagi seorang kenalan baru. wawa husain. MSU Learning Centre. Dah namanya hari terakhir kan, mestilah tak sabor2 nak balik terengganu. dh lama sangat tinggal mr.arrogant. sian dia..makan tak kenyang, mandi tak basah, merindu cik tunang disini. 
(wakakakakaaaaa....perasannye alahai!)
oh ye sebelum ke sh. alam tempoh hari, en.tunang telah hadiahkan sebiji blackberry curve kaler putih. very nice look. dalam kata tak suka BB kan, tersengih2 la jugak diri ini menerima hadiah yang tak dijangka ni. so compeling der.. senkiyu lalink ;)


orang nya nampak biasa-biasa.tapi hatinya luarbiasa baik. senkiyu again. end

Thursday, 31 October 2013

Discrepancy hidup...Oktober yang penuh tragedi

Semangat sungguh buka blog hari ni. Maklumlah berwajah baru. Padahal tak plan pon nak post entry apa hari ni. Tapi dah janji semalam kan nak update story panjang-panjang. Mungkin KC boleh mulakan dengan kisah hidup KC yang terumbang ambing minggu lepas. 
Lame gok doh dok gi lab training kat MSU, Shah Alam ni. Bila nama tu dah dicanangkan sebagai peserta training kali ni, hati tu rasa macam redha je. Kami sepatutnya bertolak pada 20Oktober sebaik sahaja habis cuti Raya Haji. Tiba-tiba dapat tau perjalanan kami ditunda pada hari Isnin disebabkan Presiden MSU akan buat visit memandangkan beberapa perubahan telah dibuat di kolej. Macam-macam la...dari hal penstrukturan baru sehingga lah ke cerita keropok lekor Bukit Tok Beng. Ada sesi makan-makan jugak dengan Dato' Presiden. Lepas melantak nasi minyak bagai...barulah kami bertolak ke Sh.Alam. KC pergi berdua je dengan Yana. Kalau dapat pergi ramai-ramai macam dulu kan best. Happening siket. Alhamdulillah, kami selamat tiba dalam jam10mlm. Menu dinner pertama kami adalah tomyam ngan nasi putih+air. Harga..13rgt/person.

Hari pertama lab training
Tajuk : ABO grouping and ABO discrepancy
Guest Lecture: Pn. Nang Pah, MLT Pusat Darah Negara
Level kefahaman (1-10) : 3
Haha..kesian diri sendiri. Hanya mampu menyalin apa yang diterangkan. Hampir separuh buku nota KC catat. Tapi hanya Allah je yang tahu betapa kosongnya otak ini. Mana taknya, sesuatu yang telah ditinggalkan selama 11-12tahun plus KC tak pernah ada attachment di hospital bahagian tabung darah. Sengih je la jawabnya..

Hari kedua lab training
Tajuk : ABO Identification, Elution, Absorption
Level kefahaman : 2.5
Tak perlu cerita panjang. Keje KC tolong spin je. tekan start tekan stop. hahaha... dok au mende.berat nanangnanang. sel panel la..crossmatch la..alloantibodi la...ape kah semua itu???

Hari ketiga lab training 
Tajuk : Pap Smear dan Pengenalpastian Sel normal
Trainer : Pn Noor Adida (Sitoteknologis/ Lecturer IMR)
Level kefahaman : 7.5
Part ni kita bagus sket. Yang ni kalo angguk tu bukan lakonan semata-mata. Insya Allah paham la.

Tragedi Oktober
Dalam minda yang masih dipenuhi dengan kepincangan-kepincangan antibodi C,D,E,Kidd etc. kete kami pulak dilanggar orang. Yang langgar tu associate prof MSU and he is foreigner. Satu hal la pulak nak bebel orang tu in English. Memang tak jadi la kan... Dah memang sah-sah orang belakang yang salah tapi prof tu masih lagi nak argue yang kete yana tak 'cedera' sangat. Secara makroskopiknya, memang nampak tak kritikal tapi bila bawak ke honda service, 5ribu ko!!! Nak memudahkan cerita, claim insurans. semuanya telah diserahkan pada agen honda.

Bercakap tentang kepincangan hidup ni, teringat pulak kisah kecurian di rumah kc tempoh hari. Dah la rumah kena pecah masuk, barang hantaran ada yang hilang, mr.K pulak tetiba warded sakit mata. kind of bisul la kot tapi kronik ket. Kadang-kadang terasa banyak sangat dugaan. Hmmmm...masalah tak berakhir di sini...
sambung next entry.hihi.tataaaa...

Wednesday, 30 October 2013

love you...airasia ;)

Alhamdulillah..selesai juga masalah booking tiket kami. Nak mr.K ade skali gak baru jadi.baru ada semangat.nanti kcik cerita panjang. tak sempat dah. nak magrib dah ni.harus pulang rumah. tengok cerita mr.arrogant. esok ada semangat update blog sebab header pon dah tukar :) ...tataaaa

Wednesday, 9 October 2013

End of Semester

Salam petang...
Alhamdulillah..selesai tugas hari ni. Baru 2detik sampai di kolej. Terasa teruja nak menulis blog. Mungkin sebab tengok kengkawan dah mula aktif berblog semula.hihi..suka ikut orang.ape daaa...
Hari ni ada slot ceramah di SMK Kijal. Sepatutnya tugas itu digalas oleh bos kami, Cik Amy yang garang tapi sweet. Namun dek kerana beban tugas di kolej, cik Amy terpaksa pass slot tu kat kc yang tak berapa nak terer ni. Ok..kijal..apa yang best kat kijal??hmm...lemang?hmm..xbest la.mat said?lagi xberkenan.hahaha..kijal dekat ngn buah hati laa.haaa...bocor rahsia!dekat pon xleh jumpa gak. sekadar memandang kosong laluan 'berdating'.ooppss..bocor lagi!haiyaakk..
Ceramah hari ni berkenaan pengalaman hidup kc yang penuh drama. Kehendak pengetua cenggitu. Nak kami share macam mana kami lalui zaman hingusan sehingga la tak berhingus ni.seronok jugak.sebab santai2 je. Kebetulan di sekolah ni ada cikgu diorang yang merupakan schoolmate kc. "sek maza atas"..jadi teruja gakla diorang bila tau yang kc sebaya ngan cikgu diorang yang dah anak dua...(ofcoz la deme ni ckp aku muda.ngeh3..)...di akhir slot, penat juga la melayan karenah bebudak yang nak bergambo sangat ngan kak raihanah ni.jangan lupa daftar kat ptpl tahun depan ye dik!
sepanjang perjalanan pulang, kepala ligat berfikir tentang persiapan majlis. banyak gak lagi tak settle ni. borang tak hantar lagi kat pejabat agama. baju pon tak jahit manik lagi. tudung xbeli lagi. kad xsiap lagi. paling takut...bajet xcukup maaa! uhuukk..uhuuukk..Rabbi yassirli wala tu'assir 'alay ya...

Friday, 2 August 2013

18jam 10minit

di keheningan malam...la..malam apekejadahnya cik kiah oiii..dah petang ni. menemani opismate marking paper exam. ececeh..ayat menemani tu macam tak berapa betul je. bukankah sendiri punya pon belum siap sepenuhnya??hahaha...cubit peha sendiri.
tatkala bosan menjengah diri..mengadap timbunan answer script yang kebiruan ni, laju saja tangan menaip kata laluan masuk ke blog. berkira-kira mahu bercerita sesuatu di ruangan kecil ni (bila la nak besar si kakcik tu asyik duk panggil k.cik..k.cik..kata ustaz husband k.rosnani.haha..k.cik yang kecik sekecik kakcik corner.boley..??)
tajuk hari ni adalah 18jam lagi. 18jam lagi kaki itu akan menjejak bumi malaysia...24jam lagi akan menjejak bumi kemaman dan.......senyum sampai ke telinga. ditanya pada beliau, nak bawak bekal ape ni?dijawab,tak perlu bawa apa-apa.bawa bekal senyuman je.auuwww...(ok..sambil menaip sambil senyum sudah.malu kat screen PC.hahaha)
ok dah...takleh cerita panjang-panjang.nanti muntah kome baca.hahaha..tataaaa

Thursday, 1 August 2013

Jangan putus asa cari ilmu

jumpa satu blog yang penuh dengan perkongsian ilmu dan sejarah Islam. lebih kurang macam blog saudara syed tapi yang ni tak pasti penulisnya siapa. boleh buka link petunjukzaman.blogspot. terbaek.

Wednesday, 26 June 2013

skype

Horaayyyy...akhirnya dapat tengok depan mata.alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Sunday, 16 June 2013

Pengalaman di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Terengganu

Bismillah wa syukurillah...
Hari minggu yang memenatkan. Hari minggu yang dipaksa berkerja. Itulah tanggungjawab dan harga yang perlu dibayar atas nama seorang sch.team. bukan kerana duit. bukan kerana nama mahupun pangkat mahupun bonus atau award. hanya kerana tugas dan berdoa moga2 ada sedikit ganjaran pahala rahmat dari Allah swt.
Jumaat : bergerak ke Kg.Raja Besut untuk memenuhi undangan slot ceramah bagi pelajar kolej Vokay. alhamdulillah...komitmen 4/5.Sharing tips utk belajar dan kenali diri. cikgu pon baik.alhamdulillah.cikgu tapau makann utk kami lagi. jadi lunch kami adalah picnic di pantai rhu sepuluh.Heaven!yipeeee....!
Sabtu : ceramah di Maahad Tahfiz. untuk julung kalinya melangkah kaki ke maahad tahfiz ni. perasaan neves. dengan jubah hitam tudung labuh hitam (dan xlupa stokin...) masih lagi dalam mood neves. amy paling kelakar...ade ke patut beliau membebel sbb xinform die nk pakai camtu..hahaha..Zu? hmmhh...dah neves 2hari sebelum.aktiviti adalah berkenaan pengemasan bilik.jadi kami bt spotcheck dari dorm ke dorm...mcm lebih kurang je dorm muslimat ngan muslimin. wahai adik ku...sila kemaskan bilik anda.bukankah Islam suka pada yang bersih dan cantik dan wangi????

Monday, 10 June 2013

Ya Hana Na


ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد
dzoharoddiinul muayyad

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na nabi muhammad dzalikal fadhlu minallah

يَا هَنَانَا
ya hana na

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab'il matsani wa hawa luthfal ma'ani

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a'laihi anzalallah

يَا هَنَانَا
ya hana na

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar

وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam

يَاهَانَانَأ
ya hana na

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah

يَاهَنَانَا
ya hana na

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a'la khoiril anami al musthofa badrittamami

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a'laihi wasallimu yasyfa' lana yaumazzihami

يَا هَنَانَا

Day 12

Episod The Beatles

"I Want To Hold Your Hand"

Oh yeah, I'll tell you something
I think you'll understand
When I'll say that something
I wanna hold your hand
I wanna hold your hand
I wanna hold your hand

Oh please, say to me
You'll let me be your man
And please, say to me
You'll let me hold your hand
I'll let me hold your hand
I wanna hold your hand

And when I touch you I feel happy
Inside
It's such a feeling that my love
I can't hide
I can't hide
I can't hide

Yeah, you've got that something
I think you'll understand
When I'll say that something
I wanna hold your hand
I wanna hold your hand
I wanna hold your hand

And when I touch you I feel happy
Inside
It's such a feeling that my love
I can't hide
I can't hide
I can't hide

Yeah, you've got that something
I think you'll understand
When I'll feel that something
I wanna hold your hand
I wanna hold your hand
I wanna hold your hand
I wanna hold your hand
****
Love this song very much
And when i asked him to sing this song,
apparently he knows how to sing.
As i woke up this morning (5.04am)
i could here his voice here and there
singing for me
oh,what a lovely morning...

Friday, 31 May 2013

Day 2

perpisahan untuk hari ke2...
radang hati semalam sudah berada di peringkat 60% penyembuhan. sangat terasa hati bila panggilan direject. tak kesah la tuan nombor yang reject ke atau celcom yang reject. yang pasti hati aku sakit. mujurlah hari ini seorang teman memberi jalan. sakit mula redha walau tidak sepenuhnya. sekurang-kurangnya aku tahu ada sedikit effort di situ. Itulah yang kita cariii.hihi..senyum siket ^____^

Hari Jumaat pun kerja?

Arahan dari pihak atasan...sila datang bekerja hari jumaat, sabtu, ahad. 
Hari ini, yang datang cuma 3-4kerat. apakah??? 
Ya mungkin kc sorang je kot yang tak siap fail. hahaha... semalam call mak, bagitau tak leh balik.kerja...audit..dan mak bebel "dari hari tu lagi dengar audit..audit..audit.." hahaha..kena marah! relak mak.anak mak akan balik kejap lagi.or..mungkin malam karang.kc buat2 sibuk je ni. cuba mengalihkan minda dari terlalu memikirkan dia yang jauh. tengok hs pun rasa nak nanges je. oh, tidaaaaaaakkkk!

Thursday, 30 May 2013

Cinta antara benua..errr.. :)

....sayang...apa kabar denganmu
di sini ku merindukan kamu
ku harap cintamu takkan berubah
kerna disini ku tetap untukmu

...sayang...apa kabar denganmu
cubalah kamu telefon diriku
ku rindukan suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari pertama

Alarm hs berbbunyi.bukak mata.tutup alarm.tengok jam.oh, teringat ada janjitemu di PBB dengan puan n the gang.kejut zu.oh, birthday zu hari ni.HAPPY BIRTHDAY ZULIYA.bila nak update blog?huhuhu...
Mandi dengan cepat.Pakai baju.Tetiba dengar ada bunyi mesej masuk. dalam hati " mesti amy mesej"... tengok2, tertera nama en.ruzakir di situ.WAAAAAAAAAAHHHH...jerit sambil melompat2.(sah kene maki ngan jiran bawah...lantaklah). yeay...masih dapat mesej di kala hati berkata "no mesej until 8 aug". hanya sekadar pemberitahuan yang mereka selamat tiba di sana dan dengan pesanan suruh inform kat insan2 yang terdekat. itu pun dah cukup buat masa sekarang. 
Breakfast sempena menyambut birthday zu nampak biasa2 saja. maklumlah modus operandi telah digunapakai masa sambut birthday amy dulu. takpe zu.ada suprise untuk zu nanti. tunggu my dear...
lepas breakfast, bergerak pulang ke kolej. dalam kereta tangan capai hs.rasa macam nak try call je. tuut..tuut..
"haluuuu" suara di hujung sana. WAAAAAAHHHHHH...sekali lagi terjerit2 dalam kereta sambil zu memandang dengan senyuman.
perbualan adalah setakat hello...hello..hello dan hello...assalamualaikum..waalaikumussalam..tet tet tet..talian putus. try call lagi.cannot be reached dah. but its ok.perbualan 5saat dah cukup bermakna.sssaaangaattt!!!
itulah luahan hati takat hari pertama ni. masih menanti panggilan untuk hari2 seterusnya. that's my wish.END

Thursday, 23 May 2013

Mood puasa

Bismillahirrahmanirrahim...
Mood menulis sebenarnya tidak ada walaupun modal cerita berbakul-bakul. Lepas talk dengan pelajar SMA Ittifakiah tadi ingat kan mood naik ke level 10. Tidak rupanya. Aduhai..mana semangat bekerja ni cik Rae. Mungkinkah kerana ketiadaan sementara Sharifah Nor? Oh, tetiba kc merindui cik bos.cik bos yang akan bertukar statusnya 2hari lagi kpd puan bos.huhuhu...tahniah Sharifah Norziana dan Shah Rilza. Semoga bahagia ke syurga. Perancangan asal adalah nak pergi rumah ziana malam ni tolong apa-apa yang patut. Memandangkan en.tunang ajak pergi setiu jadi kc sibukkan diri esok je la. wait for me ye ziana.tihtihtih...

baru kul4pm

magrib kul7.15

aaaa...lambatnya.lama tak puasa.lembik semacam je diri ini. macam mana la agaknya puasa 16jam ye?hmmm...lagi lama masa puasa lagi lama kena jaga diri dari hilang pahala puasa.dugaan. semalam beli majalah al-ustaz. isu kali ni menyentuh tentang kematian. terasa diri ini sangat tak bersedia untuk mati. hati mula mencongak-congak timbangan amal. kekiri atau kekanan...berat pahala atau berat dosa. tetiba ingat pada tujuan menabung tahun lepas.sepatutnya bulan5 ni adalah bulan kc ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. sementelah urusan jodoh sampai, maka harus dipercepatkan urusan itu dulu.bila agaknya rezeki ke tanah suci akan tercapai?

7hari lagi

khamis dah hari ni...bangun tidur dengan sangat malas.masuk bilik air sempat juga menyental baju sebaldi.siap2 mandi,pilih baju,tetiba dapat call dari dia membawa satu berita gembira.mood terus naik dari level 1 ke level 7...yeay..alhamdulillah..mungkin lepas abih talk nanti mood naik level 10.ting..ting..ting..

Wednesday, 22 May 2013

searching...



hari-hari duk google tema...mula2 hijau..pastu pink..last2 biru jugak yang dipilih.hukhukhuk
 

 kita jiwa pastel benornye....

 sape jumpa pelamin tema ni...habaq mai ye...


Thursday, 2 May 2013

Mrs.Sewel

Masih lagi kompius ni...betul ke tak betul? kalau tak betul sape pulak yang nak menghangitkan aku? april fool pon dah sebulan lepas. jadi buat masa ni aku pegang dulu bahawasanya memang penganjur slurpee call aku tadi.YABEDABEDOOOOOOOO....!!!!
" hello..boleh bercakap dengan puan raihanah?"
" ye saya"
" nama puan telah terpilih untuk menang peraduan slurpee contest bagi minggu ke2...kod yang terpilih adalah 2**** dan kod stall adalah 1*** . kami perlukan puan untuk emelkan bla...bla...bla..."

" ooo...ok.tq"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
respons masa tu memang blur and blank. tapi yang pasti dan jelas aku dengar org tu panggil aku 'puan' which is buat aku senyum tersipu2 sambil mengadap jalan raya yang penuh kereta. antara dua je..kalo orang tak kata aku angau mesti diorang ingat aku sewel.hahahah... by the way...im happy lol.


Sunday, 14 April 2013

Maixara C-sential or Aurawhite???

Bismillah walhamdulillah...
Baca tajuk pun dah tahu nak citer pasal ape. Dua-dua adalah produk yang telah menghantui hidup kc 3menjak ni. Asalnya, sekadar nak cari suplemen vitamin C yang biasa tu je. Tetiba ada pulak yang bercerita pasal maixara. Promote baik punya. Tengok testimoni pun, cam meleleh air liur je. Jadi akhirnya kc terjebak secara tidak sengaja. But...ok apeeerr... vitamin je pun. Untuk kesihatan yang berpanjangan. Yang penting dalaman sihat. Vitamin c kan baik untuk proses penyembuhan luka...untuk kulit yang lebih cantik...untuk elakkan demam selsema...jadi elok la makan :) Kalau nak gojes lagi, boleh ambil Aurawhite ni. Harga tak jauh beza pun. Kesan die lagi cepat. Orang kata la. Boleh google sendiri testimoni ye. Tapi tu la... dos die cam tinggi sangat je. vitamin C dalam segelas aura white bersamaan dengan 40biji vitamin C dalam maixara. Dasyat kan? Cite panjang pun tak guna. Nak best lagi pakai sendiri. Kalau tak putih, gebu, licin kulit tu, mungkin aura tu tak sampai lagi la kot. hahaha...Adik dah mintak belikan satu aurawhite untuk dia. Jadi kc tunggu testimoni adik je la pasni. Kalau berkesan...baru kita join da club. Bukan nak kawen sekarang kan...hihi.tataaaa ;)
ref: google

Thursday, 11 April 2013

Salam siaran April 2013

Ya Hayyu
Ya Qayyum
Ya zaljalaaliwal 'ikram

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah wa syukurillah, masih diberikan peluang untuk hidup, bukan untuk menambah dosa tapi untuk meraih pahala.InsyaAllah.
Sekian lama berkira-kira mahu mengarang cerita hidup namun apakan daya tiada kesempatan dan mungkin tiada kekuatan.
Sepanjang berminggu-minggu berhibernasi ni, terlalu banyak peristiwa yang berlaku. Kc hanya mampu berdiam diri takut emosi melebihi kewarasan akal. Tak mengapalah. Bukan di sini tempatnya nak merintih kisah lara hati. Sebaik-baik tempat mengadu adalah pada Allah...Allah..dan Allah!
Tak best la citer kisah sedih je.Now mood dah tak mendung dah macam hari-hari yang sudah even hari ni mendung satu hari. Alhamdulillah hujan juge bandaraya Kuala Terengganu ni.Kalau tak, masuk rumah macam masuk tempat sauna.Huhu...
Hari ni hari Khamis.So? Hepi la kan... wink2 ~,~ . Pagi tadi kc ke SMK Manir. Ada talk dengan pelajar-pelajar Tingkatan 6. Sambil-sambil menunggu pelajar memenuhi dewan kuliah, tetiba ada mesej dari mamaIqy. " Nama Nurul naik menang cocopie. Nama adik Ira pun naik juga." Waaaahhh..!!! Sangat excited dapat berita gembira ni walaupun diri sendiri tak menang tapi hepi untuk kawan-kawan. Ingat lagi saat2 kami bersama2 cari cocopie kat kedai runcit depan kolej tapi malangnya takde, pastu pergi ke mydin semata-mata nak beli cocopie berkotak-kotak (ramai orang lain kirim beli.hahaha). Takpelah.Belum ada lagi rezeki nak menang seribu ni. Mungkin rezeki nak menang kereta Elantra atau Honda dalam contest Lipton or Revive after this.hahaha...maaaaane la tahu kan...rezeki masing-masing bak kata maliana. Contest Slurpee pun dah hantar dah. Kita menanti dengan penuh harapan la. Hihi...
Masa bekerja hampir tamat. Kena berkemas dah ni. Malam ni ada misi penting. lalalala...Jum balik!!!!

Wednesday, 20 February 2013

Tuah ayam nampak di kaki

Semoga mamaiqy menang besar dalam peraduan Baby Huggies...ada habuan menanti kc di situ...tihtihtih... Mudah-mudahan Allah melimpahkan rezeki buat kita semua tak kira di mana pon kita berada.aaaamiiinnn...
***************
menghitung hari...
detik demi detik
masa ku nanti
apakan ada
jalan cerita
kisah yang panjang
menghitung hari...

Tuesday, 19 February 2013

Medan pahala buat wanita

Salam...
Entry kali ini kc ingin berkongsi 1 artikel dari page Hilal Asyraf tulisan ukhti Khumairah. Satu coretan yang sedikit sebanyak membuahkan kegusaran hati ini untuk melangkah ke alam rumahtangga. 
“Barallahulakuma, wa baraka Alaikuma, Wajama’a bainakuma fii khair”
Ucapan ini saya terima pada penghujung tahun lalu tanggal 22 Disember 2012 dan hingga kini setelah hampir tiga minggu melayari bahtera rumah tangga, ucapan itu sentiasa bermain-main di kotak fikiran sementelah masih ramai yang datang mendoakan dan mengucapkan moga keberkatan dan kebahagiaan sentiasa mewarnai masjid yang baru dibina ini. Amin amin ya Allah. Alhamdulillah segalanya telah selesai dan majlis berjalan dengan lancar penuh kesederhanaan beserta seribu satu harapan, doa dan kasih sayang dari seluruh insan yang terlibat.
Maaf andai perkahwinan ini tidak diwar-warkan secara langsung di Langit Ilahi. Bagi mereka yang tahu dan berkesempatan hadir, jazakumullah khairan kathira saya dan zauj ucapkan. Bagi yang baru mengetahui, doakan kami agar masjid yang dibina ini di bawah lembayung redha dan barakah dariNya.
Permulaan
Saya bagaikan dilahirkan semula pabila sah diri ini dinikahkan dan diserahkan kepada seorang lelaki bernama suami. Masih ingat saat ijab dan kabul yang disempurnakan oleh abah. Ummi menangis usai amanah diserahkan kepada menantunya. Terkesima saat itu mengenangkan tumpahnya air mata ummi menyerahkan anak perempuan sulungnya untuk menjalani kehidupan sendiri. Setelah itu, segalanya yang perlu saya dahulukan ialah si suami. Dan ini bagi saya bagaikan lahir dalam kehidupan yang baru.
Hadirnya seorang suami, Allah kurniakan pakej lengkap ibu dan ayah mertua. Bertambah juga bilangan adik-adik saya. Perhatian dan kasih sayang saya juga perlu dibahagikan. Saya diterima dengan baik oleh keluarga besar suami. Sehubungan dengan itu juga, saya perlu belajar merendah diri menerima dengan hati terbuka keluarga suami.
Dunia kita berbeza
Dalam tempoh singkat menjalani kehidupan baru sebagai seorang isteri, saya lihat terlalu banyak jurang perbezaan antara saya dan suami. Begitu juga dengan kehidupan keluarga saya dan keluarga suami. Minat, kecenderungan hinggalah kepada teknik memasak juga terlalu banyak jurang bezanya yang perlu saya amati, fahami dan cuba laksanakan.
Usai majlis kenduri di sebelah suami, kami tinggal hampir seminggu lebih di rumah mertua. Di kesempatan itu, suami tidak putus-putus menyarankan agar saya belajar memasak dengan ibunya. Belajar selok belok pengurusan rumah tangga dengan ayahnya dan juga belajar memahami kerenah adik-adiknya. Saya kira didikan yang saya terima dari ummi dan abah sudah cukup lengkap dan sempurna untuk mempersiapkan diri saya menjadi seorang isteri yang baik buat suami dan menantu yang baik pada ibu bapanya. Hakikatnya, saya ibarat melangkah ke dunia yang lain. Perlu belajar segalanya dari kosong. Perlu menerima ilmu dan teknik baru dengan penuh lapang dada.
Suami sangat gemar ikan bilis goreng berlada. Dalam tempoh pertunangan yang lalu bakal ibu mertua pernah mengkhabarkan perihal ini dan adiknya juga pernah menasihatkan saya supaya belajar memasak masakan ini. Masakan ini sebenarnya tak jauh bezanya dengan masakan sambal tumis yang biasa ummi ajarkan. Maka saya kira sudah cukup mahir dengan masakan ini. Hanya perlu dikekalkan teknik dan rasa. Rencah dan bahannya sudah saya hadam dan ingat.
Setelah berkahwin, suami berhajatkan ikan bilis goreng berlada. Saya masak cara saya, teknik yang ummi ajar, kebiasaan yang saya lakukan bila memasak sambal tumis. Sambal tumis saya berkuah dan ikan bilisnya tidak terlalu garing. Bila suami makan, ada raut tidak puas di wajahnya. Dengan penuh kelembutan suami menyarankan saya belajar dari ibunya ikan bilis goreng berlada kegemarannya. Baru saya tahu cara saya tidak menepati cita rasanya. Teknik saya jauh berbeza dengan cara ibunya. Sambalnya kering dan kurang berminyak. Ikan bilisnya pula garing dan bila disimpan dan dihangatkan semula masih terasa garingnya.

ikan bilis goreng berlada yang dimasak oleh saya buat suami, moga Allah redha ~gambar dari fb suami~
Merendah diri dan berlapang dada
Dalam tempoh yang singkat ini dan masih bertatih belajar menjadi seorang isteri, saya perlu banyak belajar merendah diri dan berlapang dada. Jika sebelum ini, saya berangan-angan ingin membuat itu, berimpian ingin buat ini dalam kehidupan rumah tangga saya, kini pabila berada dan melalui sendiri barulah saya tahu semua ini bukan hanya sekadar tergantung pada angan-angan dan impian. Saya sekarang dalam fasa perlaksanaan dan sungguh bukan semudah angan-angan atau sekadar memasang impian.
Perbezaan yang wujud membuktikan bahawa kami disatukan adalah untuk saling melengkapi. Kurang atau lebih itu sebagai rencah dan warna dalam rumah tangga untuk kami hayati, nikmati, fahami dan pelajari antara satu sama lain. Lengkap keduanya ialah apabila wujudnya persefahaman dan penerimaan. Memang  melaksanakan tidak semudah ungkapan. Bak kata suami dalam tazkirah pendek selepas menjamah hidangan masakan pertama hasil air tangan isterinya, ” 24 tahun kita hidup dalam dua dunia yang berbeza. Dengan sekali lafaz, kita sah menjadi suami isteri dan dari saat itu kehidupan 24 tahun yang lalu akan melalui corak yang berbeza. Suami perlu belajar kehidupan isteri. Dan isteri perlu belajar kehidupan suami. Untuk berubah dalam masa yang singkat tidak mudah. Tapi belajar, faham dan bergerak untuk sentiasa meningkatkan diri itu lebih baik dari tergesa-gesa mencapai kesempurnaan.”
Jika dahulu saya fikir saya boleh membahagikan masa untuk memastikan rumah tersusun rapi, makan pakai suami terjaga dan kepentingan suami terpelihara. Pabila melalui sendiri, baru terasa semput dan lelahnya. Sebahagian diri saya sudah menjadi hak dan milik suami. Begitu juga dengan masa dan kehidupan saya.
Selalu apabila melihat saya kepenatan, suami datang dengan kelembutan memberi kata peransang, “ini semua pahala buat sayang”. Ya Allah, mendengarkan itu bergetar jiwa saya. Betapa semua yang dilakukan ini jika hadir taat dan ikhlas, suami pula redha dan bahagia, akan Allah anugerahkan pahala dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Apa lagi yang ingin saya minta selain redha suami dan redha Allah?
Penutup: Medan mengutip pahala buat wanita
Ramai yang tanya apa perasaan setelah berumah tangga? Saya pasti rakan-rakan pembaca yang lain pernah juga berhadapan dengan soalan begini. Jawapan saya pabila disoal hanya satu, “Saya tenang setenangnya.” Rumah tangga ini adalah ketenangan utama yang ingin saya capai dalam menghadapi kehidupan yang lainnya. Kehidupan sebagai seorang pelajar dan pekerja. Rumah tangga ini juga adalah medan mengutip pahala buat wanita. Setiap amal yang kita lakukan buat suami kita, penuh kesabaran dan ketaatan akan Allah ganjarkan dengan nilai pahala yang tak terhingga. Mari kita muhasabah dengan ayat Allah ini dari surah An-Nisa’:34:
“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (istri), karena Allah telaj melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dari hartanya. Maka perempuan-perempuan yang soleh, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, karena Allah telah menjaga (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh Allah Maha Tinggi, Maha Besar”
Mudahan Allah redha dengan baitul muslim yang dibina ini.

Monday, 18 February 2013

Outdoor@pantai TK

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Layan gambar je la entry kali ni.baru dapat mem.card dari adik. Welcome to Pantai Teluk Kalong.tadaaaaaa...nice scenery.




Outdoor la sangat minah-minah ni haa...hahaha




Minah ni lagi kesian.hahahah...
posing celah pokok...ala-ala bollywood gitu.kekekekeee...

The Moment

The Moment
13~12~13