Semangat sungguh buka blog hari ni. Maklumlah berwajah baru. Padahal tak plan pon nak post entry apa hari ni. Tapi dah janji semalam kan nak update story panjang-panjang. Mungkin KC boleh mulakan dengan kisah hidup KC yang terumbang ambing minggu lepas.
Lame gok doh dok gi lab training kat MSU, Shah Alam ni. Bila nama tu dah dicanangkan sebagai peserta training kali ni, hati tu rasa macam redha je. Kami sepatutnya bertolak pada 20Oktober sebaik sahaja habis cuti Raya Haji. Tiba-tiba dapat tau perjalanan kami ditunda pada hari Isnin disebabkan Presiden MSU akan buat visit memandangkan beberapa perubahan telah dibuat di kolej. Macam-macam la...dari hal penstrukturan baru sehingga lah ke cerita keropok lekor Bukit Tok Beng. Ada sesi makan-makan jugak dengan Dato' Presiden. Lepas melantak nasi minyak bagai...barulah kami bertolak ke Sh.Alam. KC pergi berdua je dengan Yana. Kalau dapat pergi ramai-ramai macam dulu kan best. Happening siket. Alhamdulillah, kami selamat tiba dalam jam10mlm. Menu dinner pertama kami adalah tomyam ngan nasi putih+air. Harga..13rgt/person.
Hari pertama lab training
Tajuk : ABO grouping and ABO discrepancy
Guest Lecture: Pn. Nang Pah, MLT Pusat Darah Negara
Level kefahaman (1-10) : 3
Haha..kesian diri sendiri. Hanya mampu menyalin apa yang diterangkan. Hampir separuh buku nota KC catat. Tapi hanya Allah je yang tahu betapa kosongnya otak ini. Mana taknya, sesuatu yang telah ditinggalkan selama 11-12tahun plus KC tak pernah ada attachment di hospital bahagian tabung darah. Sengih je la jawabnya..
Hari kedua lab training
Tajuk : ABO Identification, Elution, Absorption
Level kefahaman : 2.5
Tak perlu cerita panjang. Keje KC tolong spin je. tekan start tekan stop. hahaha... dok au mende.berat nanangnanang. sel panel la..crossmatch la..alloantibodi la...ape kah semua itu???
Hari ketiga lab training
Tajuk : Pap Smear dan Pengenalpastian Sel normal
Trainer : Pn Noor Adida (Sitoteknologis/ Lecturer IMR)
Level kefahaman : 7.5
Part ni kita bagus sket. Yang ni kalo angguk tu bukan lakonan semata-mata. Insya Allah paham la.
Tragedi Oktober
Dalam minda yang masih dipenuhi dengan kepincangan-kepincangan antibodi
C,D,E,Kidd etc. kete kami pulak dilanggar orang. Yang langgar tu
associate prof MSU and he is foreigner. Satu hal la pulak nak bebel
orang tu in English. Memang tak jadi la kan... Dah memang sah-sah orang belakang yang salah tapi prof tu masih lagi nak argue yang kete yana tak 'cedera' sangat. Secara makroskopiknya, memang nampak tak kritikal tapi bila bawak ke honda service, 5ribu ko!!! Nak memudahkan cerita, claim insurans. semuanya telah diserahkan pada agen honda.
Bercakap tentang kepincangan hidup ni, teringat pulak kisah kecurian di rumah kc tempoh hari. Dah la rumah kena pecah masuk, barang hantaran ada yang hilang, mr.K pulak tetiba warded sakit mata. kind of bisul la kot tapi kronik ket. Kadang-kadang terasa banyak sangat dugaan. Hmmmm...masalah tak berakhir di sini...
sambung next entry.hihi.tataaaa...
Bercakap tentang kepincangan hidup ni, teringat pulak kisah kecurian di rumah kc tempoh hari. Dah la rumah kena pecah masuk, barang hantaran ada yang hilang, mr.K pulak tetiba warded sakit mata. kind of bisul la kot tapi kronik ket. Kadang-kadang terasa banyak sangat dugaan. Hmmmm...masalah tak berakhir di sini...
sambung next entry.hihi.tataaaa...
