Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, 22 May 2012

Update 1 Rejab 1433

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

update sket...
malas nak karang. update dengan gambo je la. 
 
16Mei-selamat hari guru untuk semua yg bergelar guru. last jumpa cikgu sekolah masa gi ziarah arwah makcik. cikgu kelas form3.cikgu sakinah. thanks cikgu. yg lain-lain tak tahu dah kat mana. cikgu-cikgu kat MRSM K.Berang...cikgu zaiton (AddMath), Miss As, Cikgu Rohamizan (Bio), cikgu Ghazali (Kim)..suke ketuk student ngn pembaris... auwwweee..sampai ke degree saya tak pandai kimia.hahah..tapi bukan salah cikgu pon. saya yang benok. sempena hari guru ni, saya dengan bantuan saibah bertungkus-lumus menyediakan cenderahati untuk semua academician di kolej. semoga anda semua kekal lama di sini atleast sampai dapat award 10tahun bekerja n dapat gi umrah free.(tapi saya nak gi tahun depan....huhu.camano?)

 
nampak cam cenderahati orang kawen kan? SHS color purple..boss pilih.

oh..tak lupa cenderahati untuk boss besar. saya deco dengan penuh kasih sayang tu..

Minggu lepas jaga exam hari Jumaat. Bermakna hari Sabtu dan Ahad cuti. maka dapatlah pergi kenduri di rumah k.ros di wakaf tembesu. pastu baru balik dungun with my loving cutiest kittens. sumbat lam bonet je dorang. 2bulan lepas rumah masih lagi under renovation. ada la ejas sana sini sket. nak buat kenduri la katakan. tuan punye kenduri adalah adik bongsu, izy..umur 21 dah diberi jodoh. alhamdulillah.

ni keadaan rumah 2bulan yang lalu...

tadaaaaa....rumah dah siap!dah boleh main lompat2 dah kat depan tu. dah cat keliling rumah dah. rajin ungguh cik Izy kite...kakak jadi pemerhati bebas je. tak nak campur tangan lebih2. di waktu kritikal seperti ni lebih baik banyak diam dari menyibuk. kang tak pasal-pasal diterjah dengan soalan yang bukan-bukan. bopoluh den nak jawab kang..adik pompuan yang sorang lagi pun dah tetap tarikh untuk keluarga si bf die datang merisik. bulan ni jugak. setelah dihitung congak by end of this year, kcik akan dapat 2 orang adik ipau ler..tahniah-tahniah kepada mak dan abak sbb dah lama nak menantu. 2012 terus dapat 2. nak harapkan anak pompuan yang sorang lagi tuh..huh...tak merasa la dapat menantu. masak...FAILED!

 
apehal la pulak kc letak gambar ni nih...oh itu sebenarnya idea.idea nak siapkan frame gambar yang nadia tempah. cuti baru ni, orang lain sibuk buat hantaran, kc buat frame.the idea is nak yg polkadot. ktungg.ktaanngg..ktung..ktaanngg..
dah siaaaappp!
Inilah hasilnya.camana?ok?

 
the one and only...eksklusif utk nadia sowaaaaaaaaaanng je.

  
dah siap buat frame, keluar bilik tengok cuaca cerah je. ape lagi...masa untuk kerjakan kitty-kitty sekalian.

Bath time!!!!!!!!!!!!! ni dah sesi hair drying dah ni. uurrmmm..wangi!

tamat sudah entry untuk bulan 5 ni. jumpe lagi bulan depan.muahahahahah...
dan pesanan dari penaja untuk penaja dah rejab dah ni. Sile habiskan qada' puasa yang masih berbaki. InsyaAllah sempat la puasa sunat Rejab dan Syaaban.

Sunday, 13 May 2012

10 Surah Amalan

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falaq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Thursday, 10 May 2012

kasih yang makin hilang

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

saja nak tulis sesuatu sebelum malam melabuhkan tirainya.
hari ini pergi SMK Penarek, Setiu untuk ceramah lower 6. lepas ceramah singgah minum di warung.sekadar menghilangkan dahaga.tak de selera nak makan.sampai kolej baru dapat online.login facebook.tetiba kuar news feed dari ex student tentang satu video budak didera. tak tahula berapa bakul minah tu kene sumpah seranah dengan viewers. ni baru dikatakan puak2 pelampau..dan tak tahulah kalau ada juga mangkuk yang like video tu. serius tak leh nak pikir camane sanggup seorang manusia bergelar ibu buat camtu kat anak sendiri.semoga dia dapat hidayah dari Allah taala.kalau orang tu dah tak sanggup nak bagi kasih sayang kat budak tu, bagilah kat sape2. kc pon sanggup jaga kalau dah tak nak sangat.


...........................................
layan kuch kuch hota hai plak malam ni ngan miss zuliya

Sunday, 6 May 2012

Friends : You make my day

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Time to update.

Alhamdulillah...graf iman sedikit meningkat selepas percutian ke Kota Bharu beberapa minggu lepas. Bersua dengan saudari Iwani ada saja ilmu baru yang kc dapat. Alhamdulillah. Dan pemergian kali ini adalah dengan hasrat yang menggunung tinggi iaitu untuk melihat dan mendengar kuliah dari Tuan Guru dari mata ke mata..dari telinga ke telinga. Maka bertungkus-lumus lah kami mencari arah tuju untuk berkenalan dengan masjid tok guru yang terletak di Pulau Melaka. Alhamdulillah pagi Jumaat itu, kami dapat solat berjemaah di Masjid Tok Guru. Perasaan adalah sangat indah. mungkin sebab dah bertahun-tahun tak solat subuh berjemaah di masjid. Walaupun tak dapat nak tatap wajah tok guru tapi mendengar suara beliau sahaja hati sudah jadi sayu. Subhanallah...moga Allah beri lagi ruang dan peluang untuk menjadi makmum beliau di lain masa.
Macam mana hati tiba-tiba meronta-ronta nak bertemu dengan tok guru ni..ade kesahnya...sebenarnya perasaan itu datang bila menonton video oki singgah ke rumah tok guru yang serba sederhana dan sungguh dikagumi oleh orang luar seperti saudari Oki. Kalau orang luar pun berkesempatan untuk melihat kerendahan hati dan kezuhudan tok guru, kenapa tidak kita..gituuu kesahnya. Moga Allah sentiasa mudahkan jalan kita untuk dekat pada agamaNya.



 ***senyum mewek mek ang weh***



***terima kasih antuma***

***ruang solat muslimat***

Sepatutnya agenda selepas solat di Masjid Tok Guru ni adalah menghadiri kuliah jumaat di dataran ilmu area arked MARA sana. tapi memandangkan hari tu la juga dah plan dengan encik suami Mama Iqy untuk blaja mancing, so diposponkan dulu la tang kuliah tu. hmm..see. lebihkan dunia dari akhirat dah tu. haaihh.. sila berubah ye mkcik raihanah!

the story was cut shorted and it goes like this.hehe..
Venue : Kg. Mangkuk, Setiu
Participant : All SHS except a few person plus Zuliya,Amy, K and Sis Nani with her fmly and also VIP was Iwani. of course.. :) haha

Ape cer mancing ni...ok, by right saja nk test benda baru. nk learn new lesson. upgrade diri. gituuu..
ok tak encik bob ajar? hmmm..let see. i'll give 4star out of 5.hahah..excellent gile dah tu. bukan bodek sebab nak pinjam pancing lagi tau..ikhlas ni.
kepuasan adalah bila dapat campak mata kail jauh-jauh. elleh..idok ler jauh sangat pon. but..boooleh laaaa...

ok layan pic kat pantai pulak. ini aktiviti belah petang setelah dah melantak spagheti plus nasi goreng, aym BBQ segala bagai..

***makcik sorang ni memang suka pose.maka layan je*** 

***  main coca cola eskrem soda. korang penah main????errrr...  ***


***sape tak penat melayan Iqy agkat tangan?????***

that's all ~

Ini masuk cerita hari Sabtu pulak. alkesahnya kc, nusaibah dan Iwani menghadiri satu seminar kekeluargaan tajuk nya seperti kat banner dalam gambo. itu lah penceramahnya. nama glamor Pak Utih. Beliau adalah CEO kepada sebuah tadika islamic kat Singapore. Nak tau best ke tak..boleh la bertanya kat Sybah and Iwani. As for me, I give 2 thumbs up untuk Pak Utih.

next story : Impian bersama ustaz Don Daniyal dan ceramah perdana dengan ustaz Azhar Idrus.

The Moment

The Moment
13~12~13