Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, 28 April 2015

May is coming...

KC : abg, dah pukul 12 tengahhari. baru 3x gerak. risaulaa
Asben : ek? takde pa pe la. baby tido kot. semalam kan, awak tido lambat. 
*ade kene mengena kah??
KC : ok, harapnya ramalanmu benar belaka. ;)
...

...

(sambung tdo)

...

...

2.00pm - mula rasa tendangan-tendangan shaolin kick semula. alhamdulillah. hai lah anak. jangan lah bikin umi risau. umi lebih rela tahan rasa senak kat perut dari menahan rasa risau kalau awak diam je kat dalam. terima kasih asben. sentiasa beri kata-kata positif. support emosi isteri dari jauh. 
menghadapi saat-saat genting camni berseorangan tak semudah yang disangka. macam-macam pikir. bayangkanlah, bulan-bulan kritikal ni la handphone mengada-ngada buat hal. tak kuasa nak beli yang baru. tergagau-gagau la kc mencari hp lame-lame kunun nak pakai untuk semntara waktu. tapi seme dah kondem. nasib baik dapat asben yang prihatin lagi penyayang tu kaaaannnn... bagi pinjam hp beliau. eh, pinjam je kerr? ingat bagi note baru.kakakakkakaaahhh... ok..ok..bini gurau je. bini tak demand pon. bini redha dan suka je pinjam asben punye. sbb ade bau-bau asben kat hp ni. errr... ;p

dah nak masuk bulan mei. dah nak kuar dah baby mak ni. dah ready ke nak rasa sakit bersalin hailaaahh pn.rai? oohhooo.hoo..ho..cuak wehh.
janganlah rasa sakit tu datang time malam-malam. janganlah rasa sakit tu datang time tengah drive balik dungun. janganlah rasa sakit tu datang time bateri hp dah kelip-kelip. huhu...

harapnya, sempatlah mak ni siapkan keje-keje opis sebelum beranak. ada masa 2minggu lagi untuk audit ISO...4minggu untuk audit myQuest... 

chaaiiyyoookkk..!

menikmati hari minggu

yeayy..gaji dah masuk. boleh sopping baju anak lagi..eh,baju mak sekali. ;D baru je beli 2lai blouse last saturday. pastu tetiba asben kata "dah 4-5bulan abg tak beli baju". eh..die pon nak jugak. -__-"

last weekend, asben dengan baik hatinya menunaikan hajat si isteri pekena air nyor kat teluk ketapang. sambil-sambil makan sotong celup tepung. mahal jugak upenye sebiji nyor ni ye... rasanya lagi berbaloi mintak ngan orang kampung. tapi tak rajin la pulak nak mencarinya. ke kedai jugak la kite.
 dengan gigi-gigi beraksi...nyor yang tak berapa nak berhingus

yummyy.. abg,nak lagiiiiiii....
 ok..turn asben tulon kikis isi nyor. tak sampai hati tengok bini berpeluh-peluh mengikis. tak pon asben takut nyor tu tergolek bwah meja orang lain. bahahahah...
kikis..sampai botak.. ;p

Thursday, 23 April 2015

8month ++

dah lebih dah 8bulan. rasa macam ade sesuatu yang kurang....yesss...gambo! takde pon foto-foto dengan perut seksi nih. esok jumaat. nak ajak asben gi photoshoot la. nanti dah ada gambar boleh order photobook pulak. kan ke indah tu.... ok asben. esok kite gi KT china town keyh.... ngehngehngeh

Monday, 20 April 2015

Ujian Allah

Mak buyung kerajinan sikit hari ni. Tekun menyiapkan fail-fail pelajar. Sampai orang ajak lunch pun rasa berat hati nak tinggalkan fail. Gigih tak? Gigih tak? Sebenarnya dua tiga menjak ni, kc rasa malas sangat nak turun makan tengah hari. Tak tahan dengan cuaca panas yang membahang. Relaku pujuk hati dan baby supaya tahan lapar dulu. Dah petang-petang sket baru la terhegeh-hegeh cari kuih. haha...

Semalam buat rutin check up kat kkia. Punya la mengantuk. Tapi tahan je. Oleh kerana check up yang lepas berat badan bertambah almost 2kg, terpaksa lah control sikit makan kan...tup tup..semalam berat tak naik. misi cam terdiam. mungkin dalam kepala dia menjangkakan kc akan bersalin awal. itu yang k.nani bagitau. kalau berat badan dah statik mungkin tak lama dah tu...huahahahaaa... tak tau gelak seronok ke gelak takut. eh,takut jugak. tak ada pengalaman kan...semoga Allah permudahkan.

Minggu lepas dapat berita dari kawan lama yang beliau baru kehilangan bayi dalam kandungan. jarak usia kandungan kami cuma 2minggu. terkejut sangat. semoga beliau tabah dan positif berdepan dengan ujian Allah ni. Allah pilih dia. Allah pilih anak dia sebagai anak syurga. dan itulah aset kita di akhirat kelak. bayangkan di saat kita berada di antara neraka dan syurga, anak syurga kita akan beri kita syafaat untuk tarik kita ke syurga. Allahuakbar...


Wednesday, 15 April 2015

myqalam for kids

tangan takleh duduk diam...jaga test budak-budak pon sempat lagi buat blogwalking. heheh... cari info sket pasal parenting. kan ilmiah tu. kalau diberi rezeki menimang cahayamata nanti, nak la jadi seorang ibu yang berinformatif gitewww...

dengan sedikit kesedaran sivik yang ada, kc dah start educate baby dalam uterus since dia dapat mendengar what happen outside her mommy's womb. plus i just bought myqalam for kids set. dalam tu ada quran, buku2 abc 123, buku2 doa harian,surah, iqra', panduan solat and semua buku2 tu boleh digunakan dengan pen reader. haaaa... tak payah nak ambik pakej yang syarikat Grolier offer hari tu. sampai 2ribu lebih pakej die woooo.... yang ni lebih berbaloi kc rasa. ilmu dunia akhirat sekaligus. semoga sel2 otak anak umi menyerap yang baik2 je before and after anak keluar nanti. insya Allah.....

Tuesday, 14 April 2015

Penuhkan ilmu di dada

here's our journey...

dah sampai ke kaki pelangi dah

43days to go

baby pon asyik memberontak nak tengok dunia luar..kunun la kan. haha..ye la. dia pusing sana pusing sini. tak senang duduk. 
mommy pun tak tahu baby gerak-gerak tu sebab apa. 
lapar ke...tak selesa ke...bising ke duk dengar suara mommy yang asyik potpetpotpet. eh, mommy ni pendiam je la sayang. mana ada kepoh-kepoh. muahahaha...

43days to go

mommy tak habis lagi baca buku panduan ibu anak yang ofismate mommy pinjamkan. balik kerja je, mommy akan kemas-kemas bilik dulu, pergi dapur keluarkan ikan dari freezer dulu (walaupun tak pasti lagi nak masak ke tak malam tu.. ;p)
 pastu on tv and pergi mandi. motif on tv? tak la cam duk dalam gua. sunyi sepi je rumah. apa guna beli tv mahal-mahal...pasang skybox bagai...tapi buat pekasam kan.

kalau rajin mommy akan bersiap pergi surau. sejak keluar dari spital hari tu, tak menjenguk lagi ke surau. mommy rasa mesti tok imam pon dah separuh mati merindu. hahaha..tak klako! 
ok bai..

pastu baru siap makanan dan ada masa untuk santai-santai sambil baca buku. semalam lepas melantak nasi goreng kg, dah tak larat nak pegang buku. bukan buku sejarah pon aduyaiii..ape punya mak la mommy ni. wahai anak, jauhi sifat-sifat mazmumah camni tau. 
ikut teladan yang baik je.

ada satu lagi buku yang mommy kene habiskan sebelum anak mommy ni keluar. 
Tajuk dia " Nikmatnya sakit bersalin"

Tebal cam kamus dewan..huhu...
Dengan tekad dan azam, mommy akan start baca dari sekarang. wuyoo..semangat taklehblah.haha

Monday, 13 April 2015

emo tetibe

eeeeee...tolong la. takkan gaduh pasal rak baju kot?
 hellooooooo...it just a cupboard hokayyyy. 
kamon raihanah. pegi mintak maaf ngan laki kamoooo...



tak mo...


tak mo...


tak mo...

nak tido....nite.
ZZZzzzzzzzzzz

Friday, 10 April 2015

Kisah di petang Jumaat

waktu santai-santai di laman rumah 

sambil buka website www.lelong.com

saje cuci-cuci mata tengok sale barang itu ini. tetiba, ayahanda menyelit. 
"acu tulun tengok ada x tablet muroh-muroh..."
tak nak jadi anak derhaka kan...so kc pon terus search android tablet. 
eh, murah bebenor. ok, barang china. standard la kan. 200-300.
berpadanan la dengan ayahanda punye request.

dah seronok sangat masa tu kan...ter'hi-volume' la pulak suara hakak ni haa...
terus mak bonda muncul di muka pintu and start bebel kat ayahanda.
ok..aku salah..aku salah...jadi diam sajo. my father pon diam. malas nak menjawab ngan mak. 

hahahahaha....terus layan bunyi deruan air je.

sian plak my father ni.hmmmmmmmmm....

 ada rezeki ann belanja Abak neh...huhu

Wednesday, 8 April 2015

Something to ponder upon

Shared by a fren..dalam fb tak terscroll...jom scrol kat sini. happy reading u oll

My first year with HypnoBirthing
I took up HypnoBirthing out of curiosity. I had one mom that birth via HypnoBirthing in 2013 and she really amazed me. Smilling and saying ‘no pain’ upto the very end. I also attended a talk by Bee Ting and that made me more curious.
I went for the Practitioner course in February last year at Singapore. I wasn’t so sure how it works at first. I started introducing it at one of my antenatal talks in March 2014 and immediate few mothers signed up. Yati just taught the lessons as we were instructed but the first few mothers were not so successful. It took me and Yati at least 5 to 10 moms to realize how it actually works.
One mom who birth with some other ObGyn asked me why is it that most doctors do not accept HypnoBirthing while I support it. I gave a thought and I think that it was because, firstly, I have a low Caesarean rate to start off with. I support vaginal births all along and my total Caesarean rate for the years prior to HypnoBirthing was lingering between 10 to 15 % (Both planned and unplanned). The other reason was I saw how much easier breastfeeding was with HypnoBirthing mothers and I have always been a strong advocate of breastfeeding. So, it just sticks to me and I am loving HypnoBirthing more and more.
HypnoBirthing has actually changed my whole perception of birth. We were always told that pain from childbirth is the most painful thing a woman can ever experience. Now I realised that childbirth is not that painful at all. With the right mindset and support from the entire team, all women can endure the pain of childbirth. Childbirth was not supposed to be a painful experience. My mothers have never stopped amazing me. Mothers sleeping, eating or taking bath at 8 or 10 cm. I just had one mom last week who slept for 4 hours at 10 cm dilation until the membranes ruptured.
All along we were told that first time mothers need to be taught to push. Nowadays, I tell mothers that if I leave you alone like the cat, you would birth anyway. Animals do not need to be taught how to push. Why should humans! And, because the baby would come out slower, less tearing. Birth was not supposed to leave any tear. Vaginas were supposed to expand slowly to accommodate the baby.
Conventionally, we were taught that during the second stage, women need to whole their breath to push. With the birth breathing, it works as well, and even better. Women do not need to hold their breath at all.
In the past, I have never heard of delayed cord-clamping. We have always known that breastfed babies were anaemic but formula fed were not because of the fortified iron in formula milk. Now, I realized that it was not meant to be like that. Babies were not supposed to have the cord clamped too early so that the baby has enough iron stores for the next 6 to 12 months. And, this is important for the development of the baby.
Controlled Cord Traction for the placenta has always been a routine practice. In fact, I have never learned about natural third stage. In the past, occasionally, I had cases of retained small pieces of placenta that came back few weeks later with bleeding as well as infection. To cope with that, I routinely scan all uteruses after delivery. With that, the cases reduced but I still get it. Nowadays, I routinely wait for all my placentas, irrespective of whether HypnoBirthing or not. No more cases of retained pieces of placenta so far. And, I no longer scan the uteruses.
Episiotomies have never been a routine practice in the past so that did not change. But, practice of suturing the wound has changed. The first few cases that refused suturing, came back with perfectly healed wound with no traces of tear at all. I would say that the wound healed better without suturing. Nowadays, I give option to all skin nicks and first degree tear the option of not suturing as long as no active bleeding and no zigzag tears or multiple apices.
Breastfeeding was a miracle. I have always struggled whenever there were flat nipples, inverted nipples. With HypnoBirthing mothers, the babies latched on so naturally after birth. It does not matter whether flat nipples, inverted nipples or no nipples! They would just latch the moment they were on the breast. It made me realize that all babies were meant to have no problem with breastfeeding. It was the sedative pain killers that sedate the baby and made the baby loose the natural ability to breastfeed.
Breastfeeding has always been a struggle during the first week due to poor supply. I have always asked my mothers to persist for one week and the supply would be abundant. I now realize that it was not supposed to be like that. The reason why the supply was low was because babies were sedated during the first few days of life. Sedative pain killers remain in the babies’ body for 72 hours. They feed less because they are sleepy all the time. By day 4, they would be alert and very hungry and mother’s supply still low because hardly breastfed during the first 3 days. With HypnoBirthing, babies are very alert during the first 6 hours and would suck and suck non-stop. This stimulation would encourage early initiation of established milk supply.
How has HypnoBirthing changed my practice? Without realizing it, my Caesarean section rate was only 6% last year (for both planned and unplanned). Lowest ever. Why? I don’t think I have reduced my threshold of Caesarean in general. I think I just had more and more moms who really want natural or vaginal birth. And, with their mindset for a natural birth, my Caesarean rate goes down naturally.
Irrespective of whether HypnoBirthing or not, I have changed certain practices. I allow more ambulation and intermittent CTG. I allow different birth positions even if they had Pethidine or Entonox as long as they don’t looked overly sedated. Delayed Cord Clamping for all. Skin-to-skin for all. Bonding and breastfeeding for 1 to 2 hours for all. Options to suture for all. Natural third stage for all.
I have changed my way of induction too. I routinely use the Foley’s balloon for all. There are 2 ways. I can insert the Foley’s balloon and allow them home. Most moms would admit in the next one week in labour and gives birth naturally. Or, I may admit them for Foley’s and proceed with further induction. Moms love the Foleys because it’s totally pain-free and drug-free.
What are my future plans? I have started giving skin to skin and initiate breastfeeding in the Operating Room. Not all cases yet. But I plan to give this service to more moms in this coming year.
Rooming-in was never allowed. Now they allow it for single rooms only. I am planning to make it available for all in this coming meeting with the Paediatricians.
I am now discussing with several other hospitals regarding this mother-friendly care services. I will soon be giving training to the staffs from other hospitals on HypnoBirthing and WaterBirth. I plan to bring HypnoBirthing and WaterBirth to more hospitals in the future.
It has been a busy year and I foresee a busier year ahead. I am definitely going to further promote HypnoBirthing and WaterBirth to all Malaysian mothers and hopefully, one day, gentle birth would be available to all.
“Towards a Gentle Birth For ALL”

Tuesday, 7 April 2015

>_______< baby oh baby





5.50pm...eh..sempat lagi update ni. 

ni aktiviti tengah malam tadi. cuci all parts of breastpump item (yang boleh dicuci je la) and botol-botol susu yang dibekalkan plus yang dibeli. 
lagi sebulan lebih nak guna. so kena steril and cuci siap-siap. 


Malam ni, nak buat apa lagi? hahahah.... addicted betul ngan baby stuff ni. 

Looking for nanny

Alhamdulillah..dah masuk kerja kemaren. Sebenarnya kondisi badan tak la sihat sepenuhnya. Yang kc perasan, lepas jalan banyak langkah sket mesti spot tu cam agak gelap berbanding kalau duk rehat. Sampaikan tengah hari pun sanggup tak lunch sebab tak nak banyak bergerak. Jadi pagi tadi, terpaksalah merajinkan diri bawak bekal. Bekal la sssangaaat...lauk semalam je kot.muhahaha..

Sejak nak jadi mak-mak ni, kepala ni asyik fikir tentang baby je. Bebaru ni, hasil daripada perbincangan bawah pokok mangga depan rumah jiran, kakak ipar tanya pasal pengasuh. Nak hantar ke mana anak nanti...well....kakak ipar ni macam tau-tau je kc tengah duk cari nanny. Plannya nak hantar yang dekat ngan ofis supaya tengah hari boleh bf. kononnya la. tapi kebetulan la pulak ada jiran belakang rumah yang boleh jaga budak, apa lagi hati ni melonjak kehappyan la. rasanya macam dah tak kisah berapa bayaran dia. tapi tak boleh la camtukan. takut jugak jiran ni demand sebab dia biasa jaga budak area bandar besar. hmmm.. ape pon kene tunggu asben balik. boleh gi berbincang  face to face ngan kakak jiran ni. by right umur die sebaya ngan abg ngah. kategori muda lagi la.

bukan senang nak lepas anak kat tangan orang. banyak kena fikir. Antara kriteria yang perlu diberi perhatian adalah:

1. mengamalkan cara hidup Islam
2. tahu penjagaan bayi/anak bukan sekadar buat susu atau tukar lampin tapi tahu menangani anak yang buat perangai
3. anak selesa dengan pengasuh
4. pandai ambil hati anak kalau anak tak nak tidur...tak nak makan...means beliau ada alternatif untuk tarik perhatian anak... sama ada bertanya pada parents atau pikir sendiri. nampak la beliau ni sangat komited dengan tugas sebagai pengasuh.
5. memahami masa kerja kita
6. pembersih...sekitar kediaman bersih...anak bersih...diri sendiri pun kena sentiasa terurus..gituuuu
7. memberi perhatian terhadap aspek keselamatan anak. (tangga...dapur masak...bilik air...perkakas eletrik sentiasa diawasi dari pergerakan anak)
8. sihat mental dan fizikal...kang tetiba boleh kat psiko kang...naya gak tu

Agak-agak boleh tak dapat pengasuh yang menepati kriteria camni?

Friday, 3 April 2015

Redha

admit lagi. kali ni merasa wad baru di Kompleks Ibu Anak HSNZ. hari tu warded pakai baju hijau. kali ni uniform pink pula. sweet je kan. dugaan sungguh la sepanjang hamil ni. ye lah. benda-benda camni bukan kita boleh jangka. tiba-tiba je jadi. tiba-tiba je turun darah. tanpa sakit. tanpa tanda. kepala pun asyik fikir je nak gi emergency ke tak nak. akhirnya setelah berbincang dengan husband dan kakak ipar kc gagahkan diri ke emergency. bersama teman sakit pening dari dulu kini dan insyaAllah selamanya...Puan Zuliya. and also cik Ira. 
cek punya cek, no finding. sia-sia buat speculum dua kali tapi keputusannya tak pasti darah apa yang kuar. bila scan, upper placenta located, no abruption, no laceration on cervix...so? senang cite ambik diagnosis mak..SALAH MAKAN.hahaha...
yang penting bile dah scan tu, nampak baby sihat, bulat, in cephalic position, heartbeat pun 130-150... just nice. berat 1.5kg.alhamdulillah...in 31minggu dah 1.5kg. harapnya baby going bigger at 36week. 
mohon pada Allah lahirkanlah zuriat yang comel ni pada minggu 37 atau 38minggu. tak mau kena induce. i is tak tahan sakit. kena inject dexa 2jab pun rasa perit. apatah lagi nak induce. huwaaaaa....mintak dipermudahkan segala urusan ya Allah.
selfie siap...

harapan semoga kc masih dapat menikmati tempoh 6minggu mengandungkan zuriat comel ni. semoga zuriat comel ni sihat hendaknya, behave dan beri kerjasama supaya boleh dischrge esok. sian kat abi awak. 

Hasbunallahi wani'mal wakil
laa ila ha illa anta...subhanaka inni kuntu mina dzolimin

Wednesday, 1 April 2015

berakhir sebuah penantian

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat datang ke hari pertama GST dilancarkan. Moga ia bermanfaat untuk semua.
GST..no comment. hadap saje. cakap pung prang pung prang pun bukan dapat ubah kepala otak orang atas nu. yang penting berdoa je lah pada Yang Maha Memberi Rezeki. semoga Allah perluaskan rezeki kita semua. Aaaamiiinn.

GST..GST..jugak. tapi persediaan menyambut orang baru pun kena difikirkan. Berbelanja dengan lebih bijak. ecewaaahh... tapi teruja punya pasal kadang-kadang terbabas juga beli yang tak sepatutnya. Petang tadi lepas kerja, kc singgah ke kedai Manjaku. memang sejak pembukaan kedai ni, hati memang dah terpaut dah. banyak pilihan. barang kat situ ada yang branded ada yang biasa-biasa je. yang banyak duit boleh la nak cari produk-produk cam avent ke medela ke disney ke baby kiko ke tommy tippee ke(ade ke brand nih) etc...cam taraf kc ni takat pureen, fiffy je la. hahaha...(ok..nangessss!!!) Naseb la kedai ni tak jual barang bundle. kalau tak, tentu tentu encik asben suruh pilih barang bundle je. muhahaha...(tawa dalam tanges)

Actually, kc mencari cloth diapers. tapi setelah diushar-ushar, rasa sayang je kat duit. rege satu-satu CD ni cam haibatt sangat... 30hengget satu..hmmmm..paksa diri tahan nafsu. pusing-pusing lagi jumpa la diapers pant ni. brand pigeon utk newborn. rege 9.90. kc rembat 1 je. sebab ade 1 je yg kaler putih...senang nak cloroxkan dia...(ok sila marah sy. baju bby nak dicloroxkannye.ishh..ishh..) Jumpa jugak yang brand pureen. yang ni saiz m and harga die 6.50 je. kc rembat 2 lai. saje standby. kot-kot abih stock diapers. mana la tahu kan... maklumlaa. orang baru nak belaja jadi mama. tak pandai lagi nak bajet satu-satu benda. tu pun selalu je tanya ngan ofismate...apa yang dia beli..banyak mana..memang membantu jugak la.

Dalam perancangan asal, kami berdua merancang untuk beli keperluan asas je. seperti yang disenaraikan dalam keperluan bayi ke hospital dan keperluan ibu. prepare for the worse. takut terberanak awal kan. macam waktu-waktu sekarang ni la. usia kandungan dah 31minggu kan. memang kena pikir jugak kemungkinan2 itu. kalau nak meletup time 38-40minggu itu lebih baik. sempat la shopping barang-barang lain.

antara barang yang kc dah prepare:
1. kain lampin
2. lampin pakai buang untuk newborn and saiz S
3. selimut (untuk bedung bby sekali la. sebab tak beli pun kain bedung.haha)
4. baju lengan panjang n lengan pendek
5. booties n mittens
6. topi
7. kain barut 2helai je kc beli. bajet sangat kan.
8. mandian travel packet je. kedekut ke hape kan
9. bantal (exclude bantal peluk. tilam pon pinjaman semata-mata)
10. nappy liner
11. botol susu 2oz
12. susu fm (bukan taknak bf ye. jangan salah faham)
13. changing mat
14. liquid cleanser
15. minyak telon
16. tisu kotak
17. cotton ball
18. cotton bud
19. diapers pant + getah lampin
20. towel
21. towel kecik
22. set breastpump (akhirnya sampai juga lacte duet kc...alhamdulillah)
23. maternity pad
24. disposable panties
25. wipe tissue


tu je la kot. set pantang belum beli lagi. terpaksa la beli ngan harga gst. baju-baju newborn cume ada dalam 4pasang. yang lain seme saiz 3-6bulan ke atas. termasuklah rompers yang kc borong dari koleksi anak kite. hahahaha...sama-sama lah kita maju kan bisnes kawan-kawan. clap...clap..clap..

harapan kc, sempena hari pertama gst ni, jangan lah ada peniaga-peniaga yang cekik darah sangat. salam gst untuk semua.

The Moment

The Moment
13~12~13