Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, 8 October 2017

Syoknya shopping barang baby

Ahad punya mood ni paham-paham je la. Nak buat kerja ofis pun takde semangat. Baru lepas buat sesi face to face dengan alumni DTMP plus ex-mentee. Semoga apa yang aku bebel terserap di hati. Bagi cerah siket mata hati diorang. Hidup sekarang tidak mudah. Banyak benda nak kena pikir. Bukan duit sahaja. Quality time dengan family and future family. Bukan pikir cara nak langsaikan hutang PTPTN sahaja. Umur muda kena progress study dulu. Nanti dah tua, malas nak mengadap buku tu toksah cakap la. Unless u  be the teacher. Ngadap buku la sampai pencen. muahahaaahaaa...

Frust sungguh la hari ni. Nak buka web shopee tak boleh, LAZADA tak boleh, Facebook pun macam hareemmm je. Mood nak shopping dari 200% terus merudum tinggal 20%. pfttttfttt...

Now misi nak completekan keperluan baby je. Almaklumlah, baju newborn dulu banyak pinjam orang punya. Tuan dia dah ambil balik. So kene cari lain. Atleast untuk 0-6m ade 10pasang baju siang n 10pasang baju malam. Semalam balik dungun, ambik 3pasang yang sedia ada. Beli sepasang. Kat sane tak banyak kedai baby. Tak de pilihan sangat.

Total baju unisex NB yang dah ada :
lengan pendek suor pendek- 4pasang 
lengan panjang suor panjang -2pasang
lengan pendek suor panjang - 2pasang
selimut - 1helai
Tuala - Bajet RM20
Tuala kecil - Bajet RM6
Barut - Bajet RM35
Bedung/Swaddle - Bajet RM100

Total Bajet RM170
 

No comments:

Post a Comment

boleh tinggalkan komen anda disini...

The Moment

The Moment
13~12~13