Lilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label KB. Show all posts
Showing posts with label KB. Show all posts

Sunday, 30 September 2012

Perempuan dan Wang

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Berakhirlah sudah perjuangan anak didik untuk semester ini.  Habis peperiksaan masing-masing pulang bercuti ke kampung dan kira-kira sebulan jugalah kami warga pendidik takkan nampak batang hidung mereka. Pro nya kalau ada kelibat mereka di kolej pasti kena 'fire' dengan cikgu subjek masing-masing (especially me!!!) But the contra is kolej terasa sunyi tanpa mereka. ya. harus diakui apa erti sebuah institusi pendidikan seandainya student tak ada.(ok,come on schoolteam!work out more and more!)

Hakikat seorang manusia itu sama sahaja. Kalau pelajar bergumbira dapat semester break yang panjang, para pensyarah juga ada kehendak yang sama. Maka banyaklah borang cuti sampai ke meja KE sedia untuk ditandatangani. Berderet-deretlah yang mengambil peluang keemasan ini sejak minggu lepas. 

Bagi saya yang bukan desperate untuk cuti ni, dapat rehat sabtu ahad ni pun dah satu rahmat. Satu vacation telah diatur bersama 2gorgeous ladies. Siapa lagi kalau bukan Makcik Zuzu dan Makcik Amy.
 Saya dengan gembiranya membawa makcik berdua ni pusing-pusing bandar kb. Motif adalah shopping. Sementelah baru dapat gaji. Setelah imbangan duga debit kredit dibuat, hati mula-mula mencongak-congak untuk menjolikan lebihan gaji yang ada. Bunyi macam gaji 10K je kan...aaamiiinn.InsyaAllah mungkin satu hari nanti.
Destinasi pertama saya adalah singgah membeli buku di Balai Islam. Kebetulan ada book fair. Beli sebuah je buku. Karya Hilal Asyraf bertajuk Hero. Tak dapat nak ulas lagi sebab belum berkesempatan untuk baca. Sekarang ni sedang menghabiskan buku Bersyukur Saat Diuji. Hasil tulisan Ustaz Mohd Kamil Ibrahim. Saya suka buku ni. Give a try.



Destinasi kedua adalah KBmall. Sabtu...jadi tidaklah menjadi satu kepelikan jika bersesak begini di bandar KB. Parking pun susah lor...(gambar ihsan dari intenet je ni). Oleh kerana motif adalah shopping, haruslah ada sesuatu yang saya dah borong selepas keluar dari kbmall, ye dak..

lalalaaa...

murah je.RM49.90
Destinasi ke3 adalah Parkson...window shopping sajek.
Tapi makcik zuzu sempat buat simple medical check up untuk dirinya yang sedang sungguh-sungguh mahu kurus itu. check BMI check Total Fat check BP... 
(note: makesure KPI is achieved, plus BE and you will get TLE from me.hahaha)

oh tetiba teringat sesi bersenam di gym tempoh hari. bila nak pegi lagi wahai pendiet-pendiet sekalian...
sambung jalan-jalan lagi...

Bila malam menjelma, saya masih lagi gagah melangkah juga memandu dan destinasi terakhir shopping adalah di WCY. dalam berhimpit-himpit tu,sempat juga saya sebat sehelai blouse santai. not-not yang sebelumnya bernilai RM50 telah bertukar ke not biru sajok...But its ok. Memang niat nak perabih duit kan.


11.00pm: tamatlah satu percutian pendek saya bersama rakan-rakan. dan hari ni, saya hanya melepak di rumah mak je sambil merenung purse yang hampir kosong.wassalam...

Sunday, 6 May 2012

Friends : You make my day

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Time to update.

Alhamdulillah...graf iman sedikit meningkat selepas percutian ke Kota Bharu beberapa minggu lepas. Bersua dengan saudari Iwani ada saja ilmu baru yang kc dapat. Alhamdulillah. Dan pemergian kali ini adalah dengan hasrat yang menggunung tinggi iaitu untuk melihat dan mendengar kuliah dari Tuan Guru dari mata ke mata..dari telinga ke telinga. Maka bertungkus-lumus lah kami mencari arah tuju untuk berkenalan dengan masjid tok guru yang terletak di Pulau Melaka. Alhamdulillah pagi Jumaat itu, kami dapat solat berjemaah di Masjid Tok Guru. Perasaan adalah sangat indah. mungkin sebab dah bertahun-tahun tak solat subuh berjemaah di masjid. Walaupun tak dapat nak tatap wajah tok guru tapi mendengar suara beliau sahaja hati sudah jadi sayu. Subhanallah...moga Allah beri lagi ruang dan peluang untuk menjadi makmum beliau di lain masa.
Macam mana hati tiba-tiba meronta-ronta nak bertemu dengan tok guru ni..ade kesahnya...sebenarnya perasaan itu datang bila menonton video oki singgah ke rumah tok guru yang serba sederhana dan sungguh dikagumi oleh orang luar seperti saudari Oki. Kalau orang luar pun berkesempatan untuk melihat kerendahan hati dan kezuhudan tok guru, kenapa tidak kita..gituuu kesahnya. Moga Allah sentiasa mudahkan jalan kita untuk dekat pada agamaNya.



 ***senyum mewek mek ang weh***



***terima kasih antuma***

***ruang solat muslimat***

Sepatutnya agenda selepas solat di Masjid Tok Guru ni adalah menghadiri kuliah jumaat di dataran ilmu area arked MARA sana. tapi memandangkan hari tu la juga dah plan dengan encik suami Mama Iqy untuk blaja mancing, so diposponkan dulu la tang kuliah tu. hmm..see. lebihkan dunia dari akhirat dah tu. haaihh.. sila berubah ye mkcik raihanah!

the story was cut shorted and it goes like this.hehe..
Venue : Kg. Mangkuk, Setiu
Participant : All SHS except a few person plus Zuliya,Amy, K and Sis Nani with her fmly and also VIP was Iwani. of course.. :) haha

Ape cer mancing ni...ok, by right saja nk test benda baru. nk learn new lesson. upgrade diri. gituuu..
ok tak encik bob ajar? hmmm..let see. i'll give 4star out of 5.hahah..excellent gile dah tu. bukan bodek sebab nak pinjam pancing lagi tau..ikhlas ni.
kepuasan adalah bila dapat campak mata kail jauh-jauh. elleh..idok ler jauh sangat pon. but..boooleh laaaa...

ok layan pic kat pantai pulak. ini aktiviti belah petang setelah dah melantak spagheti plus nasi goreng, aym BBQ segala bagai..

***makcik sorang ni memang suka pose.maka layan je*** 

***  main coca cola eskrem soda. korang penah main????errrr...  ***


***sape tak penat melayan Iqy agkat tangan?????***

that's all ~

Ini masuk cerita hari Sabtu pulak. alkesahnya kc, nusaibah dan Iwani menghadiri satu seminar kekeluargaan tajuk nya seperti kat banner dalam gambo. itu lah penceramahnya. nama glamor Pak Utih. Beliau adalah CEO kepada sebuah tadika islamic kat Singapore. Nak tau best ke tak..boleh la bertanya kat Sybah and Iwani. As for me, I give 2 thumbs up untuk Pak Utih.

next story : Impian bersama ustaz Don Daniyal dan ceramah perdana dengan ustaz Azhar Idrus.

The Moment

The Moment
13~12~13