Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, 20 November 2013

hard to say No..

Terasa baru semalam kaki ini berpijak di bumi Terengganu. tup-tup Wednesday sudah. Cepatnya masa berlalu. Wahai masa, berhentilah seketika. Berilah aku ruang untuk aku bernafas. Dah semput-semput ni. Tak dan nak kejar. Mana nak buat itu..ini..Aaaarrggghhh!!! Demotivated.

Kenapalah aku ni bertuah sangat? Ingat ke tahun ni tak de dah nak pikir pasal workshop2 ni...alaaahai..kene jugak! Hal2 majlis memang aku lepas tangan betul kat adik aku yang memboyot bawak perut tu. kakak jenis hape tah. macam tak berperikemanusiaan langsung. huhu...tapi nak buat camane, kekangan kerja yang melebihi aras ambang. tak reti sungguh nak kata tidak.Belum lagi panas bontot duk kat ofis ni...orang panggil lagi ke shah alam.disember akan datang. kalau lah ada manusia yang boleh measure aras stress aku ni...hmmmm


Sepanjang workshop, hari-hari balik malam. sama ada balik malam sebab ada discussion atau sebab menunggu rakan-rakan seperjuangan yang lain. Lepak sorang-sorang bawah bumbung melengkung ni. Ape nama die ek? ooo open theater. Nampak library yang masih terang benderang. Study...study..

Ini adalah view dari tingkat 9 management tower. oh, clear je highway. bawah highway adalah parking universiti. hmmm...bile la nak turap. habis rosak tapak kasut i tau...dari sini ofcoz la nampak tesco extra. 10hari berada di sini, adela sekali je aku masuk tesco. tu pun sebab beli plug 3pin. tak cukup plug nak cas hphone masing-masing. maklumla dapat bilik hotel "5 star" kannn...first time dapat bajet bilik yang bilik airnye kat luar. rasional kah duduk bertiga bajet bilik rm100?????area shah alam plak tu. agak-agakla...


view dekat tempat penginapan. gah...tapi cuba la sekali booking bilik B6-2-6. tengok ape perasaan dapat bilik yang takde bilik air dan dinding bilik berkerutu plus air menitis atas bed yang datangnya dari paip air yang ada atas siling. oh ye, kata pemilik hotel, tingkat atas adalah spa. jadi mungkin juga air yang menitis tu air mandian customer diorang kan....orang akan tanya, kenapa tak tukar bilik. nak bagitau kat sini, tu la bilik yang sesuai ngan bajet yang diberi iaitu 100ringgit, 3orang.

Ini adalah sesi yang berlangsung selama 10hari kami di sana. presentation dan presentation....banyak cerita lucu yang berlaku sepanjang presentation ni. tapi tak dapat nak cerita semua. part yang paling klakar bila amy naik stage...dan tetiba dia ngan slumbernye cakap, "sy nak kenciiiiing....." satu dewan termasuklah juri-juri khas tergolek2 ketawa. situasi tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata dalam penulisan aku ni. mungkin bile dicerita dengan gaya dan mimik muka barula orang faham kelucuan yang berlaku. hihi..

hari-hari terakhir kami di sana, kami telah sepakat untuk menghiburkan hati yang penuh kesan-kesan luka ni dengan juadah yang lebih special dari biasa. kami ke seksyen7 dan try western food kat sana. alang-alang dah ke sana, singgahla juga ke rumah pakcik. sekadar tunjuk muka orang kata.

last day, sesi bergambar...tambah lagi seorang kenalan baru. wawa husain. MSU Learning Centre. Dah namanya hari terakhir kan, mestilah tak sabor2 nak balik terengganu. dh lama sangat tinggal mr.arrogant. sian dia..makan tak kenyang, mandi tak basah, merindu cik tunang disini. 
(wakakakakaaaaa....perasannye alahai!)
oh ye sebelum ke sh. alam tempoh hari, en.tunang telah hadiahkan sebiji blackberry curve kaler putih. very nice look. dalam kata tak suka BB kan, tersengih2 la jugak diri ini menerima hadiah yang tak dijangka ni. so compeling der.. senkiyu lalink ;)


orang nya nampak biasa-biasa.tapi hatinya luarbiasa baik. senkiyu again. end

No comments:

Post a Comment

boleh tinggalkan komen anda disini...

The Moment

The Moment
13~12~13