tak tahu silapnya di mana. emosi sangat terganggu dengan keadaan sekarang. meluahkan pada page putih ni memang tak menyelesaikan masalah. tapi sekurang kurangnya aku rasa release. sedih rasa bila hak kita dipandang enteng. seolah olah aku tak punya hak di sini. hati marah,tapi tak tahu nak tuju kat sape. mungkin sebab hak aku peratusnya kecil je. jadi sangat tidak wajar untuk aku marah marah. akhirnya ia menjadi bahan perapan dalam hati.
bayangkan bahan perapan tu macam kain baju dalam baldi. makin lama makin membusuk. makin lama makin rosak. kalu dijemur pun ia hanya akan jadi kain buruk je. kalau perapan tu macam budu takpela jugak. busuk busuk pun orang hadap.
solusinya di sini, aku perlukan ruang aku sendiri. ruang aku yang aku boleh marah marah bila ia dicerobohi. di sini, semuanya bukan ruang aku. semua ruang adalah hak semua orang. bebas untuk buat apa sahaja. nak marah???aku tak punya hak. aku bukan berjuang untuk menuntut hak di sini. ye,bukan di sini. ia mungkin di tempat lain. isunya mendapat keizinankah? nanti ada pula yang berkecil hati. ada pula yang pikir aku gila kuasa. aku tak mahu menjadi penyebab perpecahan atau mula rasa aku mendominasi. aaahh...semua ini payah untuk aku. lagi payah aku bakal membawa seorang lagi makhluk Allah mendiami ruang ini. maaf anak,ibumu tidak mampu menuntut satu ruang khas untukmu. kita disini berhak berkongsi sahaja. tidak ada ruang untuk ibu menghiasi tempat tidurmu seperti singgahsana puteri. bahkan mungkin satu hari nanti,kita bukan sahaja bertiga bahkan berempat atau berlima di ruang kecil ini. mungkin inilah konsep bersyukur yang cuba ayahmu sampaikan. anak,tatkala ibu memikirkan nasibmu nanti perasaan sebak itu datang. maafkan ibumu...
aku cuba sedaya upaya menjadikan rumahku syurgaku...tapi aku dah penat. tiada yang menjiwai. tiada yang memahami. aku penat. aku penaaaaaaattttt....!!!!!

maaf kan sy
ReplyDelete