bismillahirrahmanirrahim...
allahumma solli ala muhammad
salam pagi rabu,
sibuk pulak makcik sorang ni menulis entry di subuh subuh hari kan. nak elak dari tertidur lepas subuh ceritenye. sambil2 menunggu baju siap dicuci,saje la nak berkongsi cerita seminar semalam. berlangsung di hotel prinzpark, telah diadakan satu seminar tentang wanita. tajuk seperti di atas. ada 4slot ceramah. pagi tu kami diberi kesedaran tentang pemakanan sihat. maklumlah.sebagai wanita merangkap isteri atau ibu ni,kenalah sentiasa sihat. nak jaga family kan. kalau isteri asyik jatuh sakit je, nak buat kerja rumah pun tak larat. kena jaga makan, jaga badan. bab2 piramid makanan ni dah selalu dah dengar. jadi bosan la sket.plus speaker xhappening.
masuk slot ke2, bab pengurusan emosi. conducted by kaunselor berdaftar bekerja di bwh LPPKN. best la jugak. sebab she came out with pengalaman2 klien yang tercedera emosi. and kes tu adalah kes dalam terengganu. jadi macam sedor diri la sikit. bukan orang bandar besar je mengalami tekanan perasaan. pulak
slot ketiga, the best slot. hak2 wanita by kaunselor jugak. she's the one yang tulis artikel tentang isu hak wanita kat dalam majalah mingguan wanita. boleh lah belek majalah tu untuk kenal puan suzana ni. ceramah berkaitan dengan hak sebelum perkahwinan, semasa dan sepatutnya selepas pn ada jugak tapi memandangkan kesuntukan masa, beliau sentuh sampai hak semasa perkahwinan je.
antaranya, hak gadis memilih pasangan, hak masa bertunang, hak bila dah jadi isteri dll.
yang dah tunang, kalau tunang anda curang, jangan lupa bior ada bukti kecurangan dia. then anda boleh putuskan pertunangan and claim balik duit yang dah perabih untuk deposit itu ini. bukti tu..bukti yang penting.
maaflah tak dapat nak share semuanya pagi ni. dah nak bersiap2 pergi keje. jumpa lagi...

No comments:
Post a Comment
boleh tinggalkan komen anda disini...