Ni memang keje giler. Selepas seharian travel dari Shah Alam and came back to ganu, sempat lagi mengeblog di sini. Jam 1pagi der..haha. Mimpi apakah ini. Mungkin sejak duamenjak ni sibuk manjang. Nak berblog pun berani tak berani je kat opis tu. balik rumah lagi la payah nak cari masa. Biasanya akan tertidur sekali dengan anak. Sejak semalam, anak dijaga encik suamiku mentenen. behave katenye. tak meragam, tak mengigau, tak cari maknye..so malam ni dah alang-alang si bapak mengambil tender mengasuh, boleh la kc mengeblog siket kennn.
Alkisahnya, kitorang staf akademik ni buat rombongan cik kiah ke MSU ke Shah Alam nu. Alaaa..yang tersohor lagi global tu.ecewah...Bukan academician aje. Setuden pon ikut sekali. Kami pergi dengan bas dan van. Bawak bebudak ini untuk final presentation for their project and mini thesis. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun teruk kitorang hentam presentation diorang masa present kat kolej. By right, itu semua untuk kebaikan diorang. supaya lebih bersedia mental dan jiwa raga. Fizikal tu hakak dah tau dah. bersedia sokmo sebab alang-alang ke sana mesti tenaga kudratnya di'reserve'siket untuk jalan-jalan kat aeonmall nuuu. heheh..penat la macam mana pon, sampai bab window shopping lajuuuu je kak senah kann..
Kalau ada peluang, bolehlaa sambung terus degree kat sana. Masa tu, ko hadap la aeonmall tu sampai muntah. kaaannnnnn....
Dah yang akademik pergi ziarah MSU ramai-ramai ni apekehal pulak? Kitorang sebenarnya lebih neves dari setuden-setuden ni. cuma emosi tu kene pandai-pandai sorok. Sementara pihak fakulti incharge our students for presentation, kitorang ada meeting bersama pn.norlina. ngeeeeee....ngeriiii. tapi bila dah masuk meeting pn.lina banyak bagi support and spirit untuk terus move forward. bukan setakat menghentam je. best..best..best..i loikee you.
di akhir rancangan, sempat la kami semua bergambar kenang-kenangan memandangkan bebudak ni pon dah nak habis blaja. and seriously, payah dah nak jumpa ketul-ketul student yang spesies cam ni. dah makin pupus. yang tinggal, gen strawberry yg semakin ketara kestrawberryian nya...huh, dasat vocab ko nab!
sekian saja entry dinihari.

No comments:
Post a Comment
boleh tinggalkan komen anda disini...