Hari ni orang kecoh-kecoh pasal gegaran di Acheh yang berskala Ritcher 8.9...kebetulan online jam4 lebih tadi.tu yang cepat je tau berita ni.memang tak dapat tidak saya harus akui facebook juga ada manfaatnya. 3minit lepas dapat report kejadian tu...saya cepat-cepat berlari ke luar rumah memerhatikan sebarang perkara aneh yang berlaku jika ada.tapi alhamdulillah semua clear. langit cerah...ada awan sikit-sikit..angin sepoi-sepoi bahasa je. tidak pula terasa sebarang gegaran. cuma keadaan ombak tak dapat dipastikan sebab tak nampak dari rumah ni. pada hemat saya mungkin sebelah pantai timur, tak terkena tempiasnya sangat. tapi jika Allah berkehendakkan tsunami berlaku, akan jadik juge. Na'uzubillah...sama-samalah berdoa supaya Allah tidak datangkan ujian seperti itu di negara kita. dan sama-sama kita doa Allah selamatkan orang-orang Islam tidak kira dimana jua mereka berada...di Acheh ke...di Jerussalem ke..di Amerika ke...di Narathiwat ke..lebih-lebih lagi di bumi Malaysia ni. sayangkan negara, doa-doakan...bukan pecah-belahkan.
Ada sesetengah orang percaya bahawa setiap musibah dahsyat yang berlaku seperti tsunami pertama di Acheh dan keruntuhan World Trade Centre satu masa dulu dikaitkan dengan surah dan ayat dalam al-Quran. Maka hari ini ramai yang mengandaikan tarikh 11.04 sememangnya telah tertulis di dalam al-Quranul karim bahawa akan berlaku satu musibah..(sekali lagi saya katakan ini adalah andaian mereka..boleh jadi ia satu kebetulan..) Jangan terlalu taksub pada I'jaz A'dadi iaitu mukjizat nombor yang mana perkara memang ada dibahaskan oleh para ulama' terdahulu. namun begitu, memang jika diteliti surah ke
11 (surah hud) pada
ayat ke 4 ada kaitan dengan peringatan Allah tentang bencana seperti ini. Juga
surah ke
8 ayat
9 yang berbunyi :
(Ingatlah) ketika
kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan
permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu
dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.
kata saudara Hilal Asyraf:
"Maka
masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya
ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada
yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada
yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di
laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan
tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." Surah Al-Ankabut ayat
40.
Kadangkala, Al-Quran sudah lama ajak kita muhasabah.
Kita?
Bila dah terhantuk, baru nak tergadah.
No comments:
Post a Comment
boleh tinggalkan komen anda disini...