Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, 19 February 2014

LCCT KLIA ke KKIA

Salam bloggers..

Bercerita tentang trip ke sabah.

Perancangan ke Sabah ni kc buat sejak Julai2013 lagi. Booking awal sebab masa tu promosi 5sen AirAsia. (Thanks Air Asia...now i believe everyone can fly..hihi..) Masa tu tarikh nikah pon belum tetap lagi tapi tawakkal je. First time booking tiket flight using my credit card. Ingatkan dah tak jadi dah sebab berlaku sedikit masalah dalam penempahan tiket tu. Lupa nak verify booking dalam email. Nasib baik kawan-kawan ofis bagi support suruh kami ke kaunter AirAsia kat airport KT. Alhamdulillah settle pasal tiket.
Masalah cuti pulak. Kc memang plan betul-betul sal tarikh ni sebab tak nak mengganggu masa akademik. Tup-tup..tarikh tu jatuh pada waktu final exam. mati kutu jugak mula-mula tu duk pikir camano nak apply cuti. Tapi asben kata, try je dulu. mana tau Allah permudahkan. haa..kan betul! Allah permudahkan untuk kami. lepas cuti dah approve barulah kami cari tiket bas dari KT ke Shah Alam.

Pasal penginapan di Sabah, kc booked melalui Agoda.com. Satu kat Kundasang..satu lagi kat KK. di Kundasang macam-macam resort ada. nak yang murah, mahal, atas gunung,  dalam hutan, kaki gunung. Antara yang menjadi pilihan bloggers ialah Kiram village, Kinabalu Pine Resort and Rose cabin Resort. Anyway Kc dah buatkan nota ringkas pasal tempat-tempat penginapan kat sini. nanti kc cerita details ok..

Sebelum kc berangkat, kc dah google siap-siap peta mana nak pakai masa kat sana. maklumlah handphone tak canggih sangat. ada GPS tapi takut takleh guna, offline ke ape ke kan..prevention is better than cure.gituuu... satu peta dalam bandar KK. satu peta dari KK ke Kundasang. Kc refer map kat bawah ni sebab ada mention hotel, tempat makan n tempat2 nak shopping sekali. oh ye.. brochure yang ada kat airport tu pon boleh digunapakai. It's free. As a co-pilot kenalah tahu baca map kan..nanti marah pulak cik abang. kata nak honeymoon. kihkihkih...


Jalan kat KK ni takdelah susah sangat..(trust me.. :p) Cuma ada banyak roundabout. pastu nama jalan pon senang.. jalan 15..jalan 18..jalan 20..hihi...Dalam peta ni, kami jumpa hotel Ang n restoran Suang... jumpa tak? jumpa tak?


Kalau nak shopping pastikan anda berada di jalan Tun Fuad Stephen (jalan pantai), or Jalan Tun Razak. KK ni terkenal sangat la dengan pasarnya. Ada Philipine Market( Handicraft market), Pasar besar KK (Central Market), Pasar malam, Pasar Ahad (along Jalan Gaya) n pasar ikan sebelah pasar filipina. Tapi hari pertama ni kami terus ke Kundasang. So kami terus ambil Jalan KK By Pass.

nanti kc sambung cerita lagi...nak gi lunch jap...tataaaa

4 comments:

boleh tinggalkan komen anda disini...

The Moment

The Moment
13~12~13