Off jap cerita pasal Sabah...Ni nak cerita alkisah makhluk berbisa. 2hari lepas, kc bermalam di rumah zuzu sebab razi nak pakai kereta. Kebetulan kereta dia rosak kat wakaf mempelam. Sebenarnya niat nak mengemas rumah di Teluk Pasu tapi apakan daya banyak pulak halangannya.
Sampai di rumah zuzu, nak dijadikan cerita, kc n zuzu pergi makan kat kedai "mee jahak"...apa punya kedai la. Misteri and pelik. Sape nak try air 'drebar lori' or air 'jahak' or milo volcano or mcm2 lagi air yang pelik-pelik sila la ke kedai mee jahak.Haha...Kami jalan kaki je sebab memang sebelah rumah.Balik dari kedai tiba-tiba nampak sesuatu merayap kat kaki...Ya Allah! ULAAAARRRR!!!..Melompat dan lari macam tak cukup tanah...Masya Allah. Memang terkejut sangat! Dan lebih trajis lagi sampai kc bukak kain kat garaj kereta.huahuahuaaaaa...
Semalam, balik dari ofis terima mesej dari ira. Bagitau nak ke rumah zuzu segera. Uuuhh..cuak tiba-tiba. Bingung jugak pikir. Ape pulak la masalah budak ni. Sampai je ira kat rumah, terus bercerita yang kat rumah dia ada ular...What???ULAR lagi? ape ni..ape ni? Ular di mana-mana...OO..M..G!! Sila berhati-hati semua rumah-rumah bujang. Ular sedang membuat operasi lawatan mengejut ke rumah anda. hihi... Aduuuhh..neves kemaren tak hilang lagi...ditambah satu lagi cerita ular...Ya Allah selamatkanlah kami dari perkara-perkara yang tak diingini.Aamiiinnn...

No comments:
Post a Comment
boleh tinggalkan komen anda disini...