Bismillahirrahmanirrahim...
Oh imanku...apakah kabarmu? Harap bertambah dari hari
kehari. Hidup mestilah lebih baik dari semalam. Moga-moga kita tidak tergolong
dikalangan orang yang rugi di dunia mahupun di akhirat. Hampir 4hari sebenarnya
kc menunggu kesempatan untuk mempublish entry baru dalam blog yang hidup segan
mati tak mahu ni. Kekangannya adalah line broadband di kampung dan wifi di ofis
tidak memberangsangkan sangat. Oleh kerana kc memang seorang yang sangat sabar
menunggu (betul la kan...) jadi kc tidaklah sampai membawa laptop ke McD hanya
semata-mata untuk update blog :).
Hanya menunggu di sini sehingga line ok.haha..(no inisiatif = malas!)
2,3hari ni mood sangat baik sementelah ada banyak perkara
baik yang berlaku. Walaupun kerja-kerja akademik berlambak tak siap tapi hati
happy saja. Hang takde masalah ka??ado la weh.Bilamana kita bergelar manusia pasti Allah dah pakejkan kita dengan masalah.
Takde duit masalah, kaya sangat masalah, bodoh masalah,pandai masalah,muda
masalah,tua masalah,hodoh masalah, cantik masalah, kawen masalah, tak kawen masalah...tapi bak kata superior hebat semalam, semua pintu ada kunci.
Tinggal lagi kita lah yang harus cari kuncinya. Samaada kita sabar dalam usaha
membuka pintu tersebut dengan kuncinya ataupun kita kalah dengan emosi amarah
kita, memecahkan pintu tanpa cari kunci. Ye kita berjaya keluar dari masalah
tapi buat apa kalau dengan cara menambah masalah yang lain. Gali lubang lain
untuk tutup lubang. Tiada kesudahan. Sama macam manusia. Buat pinjaman untuk
bayar hutang. Tapi ye la. Ada kelebihannya kat situ. Cakap bab duit memang
panjang la. Penting kan duit ni. Setuju?? Sape tak setuju boleh signout dari
blog kc.hahaha...Takde duit tak boleh kawen bro...(masuk bab kawen plk
dh...huhu)
Kawen...hmm..satu journey yang panjang dan menakutkan. Takut
bila alam itu tidak seindah yang kita jangka. Bahagia bila kita berlayar di
atas landasan yang mengikut syariatNya. Tapi kc pasti, bahagia itu takkan
datang bergolek2...amboi..keje nak senang je ye. Bukan senang nak
senang...harus kuat diri.cekal hati. Kc kuat? Entah. Kadang-kadang pengalaman
melemahkan. Kuat bila ada sokongan dari kiri kanan belakang depan. Macam anak
pokok..lagi banyak sandarannya lagi tegap berdiri. Lama-lama bila anak pokok
dah jadi mak pokok dah tak perlu tahan dengan kayu lain dah...logik! Kekuatan
itu perlukan sokongan. Again..pokok kalau disokong dengan kayu dan tali
shj...pun takkan hidup lama jugak kalau dalamannya tak
cukup...airnya..bajanya..cahaya matahari...yes, manusia pun camtu. Rohani
manusia perlu lebih..lebih..lebih kuat. Membaja jiwa tak semudah membaja
pokok...solat tak jaga,istigfar kurang,quran tak bersentuh,solat malam jauh
sekali...boleh ke kita bertahan dengan masalah??? (jadi ustazah x staram... hahaha)

No comments:
Post a Comment
boleh tinggalkan komen anda disini...