:: FADHILAT UMRAH ::
Hikmah dan Pelajaran dari Haji serta Umrah
Pentingnyanya mengetahui kepentingan dan kedudukan setiap amal. 'Ilmu
tentang fadhilat dan hikmah sebagai penggalak dan sumber untuk
mengikhlaskan niat. 4 Keyakinan tentang pahala yang akan diperolehi
memudakan pengorbanan dalam sifat pembelanjaan dan mengadap ujian.
Kedudukan Ka'bah disisi Allah akan bangitkan kerinduan untuk
menziarahinya yang mana ia adalah rumah Allah yang teragung.
Allah telah mensyariatkan pelbagai syariat untuk hamba-hamba-Nya.
Dijelaskan kepada mereka segala hukum untuk memenuhi kepentingan jangka
pendek dan jangka panjang dalam urusan keagamaan dan keduniaan mereka.
Al-Quran yang mulia telah menyatakan perkara ini sewaktu menyebutkan
tentang haji yang membawa kepada wujudnya manfaat dan kepentingan bagi
manusia. Firman Allah Taala:
"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah
kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada
hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan
binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban) ; dengan yang demikian
makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah
makan kepada orang-orang yang susah, yang fakir miskin". (Al-Hajj: 28)
Ibnu Abbas r.a. berkata sewaktu mentafsirkan ayat ini: "Ia adalah
manfaat dunia dan akhirat, manfaat akhirat ialah keredhaan Allah Taala.
Manfaat dunia ialah apa yang mereka perolehi iaitu unta, sembelihan dan
perniagaan".
Pada hakikatnya, kalau kita mahu menghuraikan lagi kata-kata Ibnu Abbas
dan menghitung manfaat agama dan dunia yang telah dinyatakan oleh
al-Quran, maka kita akan dapati pelbagai manfaat, antaranya: Pertama;
Perhimpunan orang-orang Islam. Ketahuilah bahawa agama ini tertegak di
atas kesatuan dan kasih sayang sesama muslim. Oleh itu Allah Taala
menjadikan kebanyakan ibadat yang disyariatkan sebagai cara untuk
mewujudkan pertemuan antara mereka; Dijadikan pertemuan yang
berulang-ulang lima kali sehari di peringkat satu kampung dalam satu
bandar dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan sembahyang
berjemaah. Dijadikan untuk mereka pertemuan lain yang berulang sekali
seminggu di peringkat satu bandar, dan untuk menyusun pertemuan tersebut
disyariatkan sembahyang Jumaat. Dijadikan untuk mereka pertemuan lain
yang berulang setahun sekali di peringkat antarabangsa, dan untuk
menyusun pertemuan tersebut disyariatkan haji ke Baitullahil Haram.
Kedua; Menghidupkan hakikat persaudaraan Islam dan
menzahirkannya di alam realiti. Dalam masalah ini, perbezaan bahasa dan
sempadan negara tidak memberikan kesan.
Sebaik-baik cara dan tempat untuk menghidupkan pertemuan ini ialah di 5
sekeliling Baitullah; mereka melakukan doa yang satu untuk Tuhan yang
satu ke arah yang satu.
Ketiga; Mengikat seluruh umat Islam dari seluruh dunia
dengan Makkah alMukarramah; tempat terbitnya Islam dan daripadanya
berpusat sinaran Tauhid ke seluruh alam untuk menjadi lambang kesatuan
dan mengukuhkan pegangan mereka walau bagaimana jauhnya negeri mereka.
Keempat; Menjadi salah satu lambang persamaan sesama
muslim (orang Islam). Dengannya, pelbagai faktor yang membezakan sesama
manusia dan menyebabkan mereka bermegah dalam berpakaian dan tempat
tinggal tunduk melutut. Ketika tawaf dan Saíe, orang kaya hampir tidak
kelihatan dan orang fakir tidak dikenali, tuan sama dengan hamba, khadam
sama dengan tuannya... dan semua berada dalam suasana limpahan rohani
yang satu iaitu keinginan mendekati Allah dan memperolehi keredhaan-Nya.
Inilah suasana yang cukup indah yang mengingatkan kepada permulaan
manusia berada di dunia; sewaktu keluar dari perut ibu. Semuanya dalam
keadaan yang sama, tiada beza di antara mereka. Ia juga mengingatkan
kepada hari akhirat; sewaktu manusia berdiri di hadapan Allah dalam
keadaan berkaki ayam dan telanjang tanpa ada pangkat dan keturunan.
Kelima; Haji merupakan sebesar-besar peringatan yang
mengingatkan muslimin (orang-orang Islam) kepada keadaan bapa-bapa
mereka dan para Nabi dan Rasul yang terdahulu. Setiap tempat ditunaikan
haji mempunyai ikatan yang rapat dengan peristiwa yang mencetuskan
banyak ingatan dalam diri jemaah haji. Di sisi Baitullah menjelmalah
dalam pemikiran seorang mukmin Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sedang
membina Baitullah dan menjelmalah gambaran Nabi s.a.w. sedang mencium
Hajarul Aswad dan menjatuhkan berhala-berhala yang tersungkur dalam
keadaan yang terhina. Di As Safa dan Al Marwah seorang muslim mengingati
Hajar a.s. yang berlari di antara keduanya untuk mencari air bagi
anaknya Ismail.
Keenam; Manfaat tambahan kepada semua ini ialah rezeki
yang diperolehi oleh orang-orang fakir di negeri itu pada musim yang
mulia ini; rezeki yang mencukupkan keperluan mereka selama setahun
sebagai memenuhi seruan Nabi Ibrahim a.s. sewaktu Baginda berdoa:
" Wa h a i Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian z u
r ia t keturunanku di sebuah lembah yang tidak ada tanaman padanya d i s
is i r u m a h -Mu di Tanah Haram (Makkah). Wahai Tuhan kami, (yang d e
m ik ia n ) supaya mereka mendirikan sembahyang. Maka jadikanlah hati s
e b a h a g ia n d a r i manusia tertarik kepada mereka dan
kurniakanlah rezeki k e p a d a mereka dari berbagai jenis buah-buahan
dan hasil tanaman, s e m o g a mereka bersyukur". (I brahim: 37)
Ketujuh; Haji adalah tarbiah bagi jasad untuk hidup
dalam keadaan susah, -nemikul keperitan dan sabar terhadap perkara yang
tidak disukai. Juga mentarbiah akhlak untuk merendah diri, bertolak
ansur, pergaulan yang baik dan saling memaafkan. Mentarbiah jiwa untuk
berkorban, berusaha, bersedekah dan berbuat baik. Mentarbiah perasaan
supaya berada dalam keadaan suci dan muraqabah Allah.
Firman Allah:
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang
termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya
(dengan niat 6 mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri
isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar,
dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu
kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal
dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah
memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu
wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
(Al Baqarah:197).
Kelapan: Tinggalkan tanah air dan keluar
ga mengingkatkan tentang maut apabila segala ditinggalkan olek simati;
ihram dan mandi untuknya meningatkat tentang mandi mayat dan kafan;
tawaf keliling ka'bah saperti ibadat malaikat yang tawaf keliling árasy
Allah; dalam keadaan saperti anak yang mengelilingi ibu supaya
didokongnya hamba Allah mangharapkan di terima dan diredhai oleh Allah;
Maqam Ibrahim mengingatkan tentang balasan bagi ketataan kepada Allah.
