Artikel
ini disiarkan pada : 2012/12/22
BEBERAPA wanita yang mengecat hijau
wajah mereka berlindung di Kampung Bugarach di Perancis yang dianggap sebagai
tempat selamat daripada kiamat.
LONDON: Jika anda masih hidup pada
hari ini maka jelas ramalan kaum Maya bahawa dunia berakhir semalam ternyata
silap.
Pakar mendapati bahawa kalendar Maya
meramalkan semuanya berakhir tepat jam 11.11 malam semalam.
Bagaimanapun, hari ini dunia masih ada dan hari masih berterusan. Puluhan orang yang membanjiri Kampung Bugarach di Perancis kerana menyangka mereka berada di satu-satunya tempat paling selamat daripada kiamat boleh pulang ke kediaman masing-masing.
Sementara itu, di Serbia, tempat
perlindungan di Gunung Rtanj yang berbentuk piramid dibanjiri golongan fanatik.
Legenda tempatan menyatakan gunung itu pernah menelan ahli sihir jahat yang
hanya akan dibebaskan pada hari kiamat dalama bentuk bola api. Bahagian dalam
gunung itu kononnya menjadi tempat selamat untuk berlindung kerana dipercayai
ahli sihir terbabit akan memusnahkan seluruh dunia.
Sementara itu, beberapa lombong arang batu lama dibuka sebagai ruang selamat untuk puluhan yang tiba di situ.
Sirince, perkampungan kecil di Turki
yang terkenal dengan wainnya, juga dianggap sebagai lokasi selamat ekoran
kawasan itu hampir dengan tempat di mana Virgin Mary kononnya hidup hingga dia
meninggal dunia.
Di China, ramalan itu sudah pun menimbulkan masalah apabila pihak berkuasa negara itu menahan lebih 900 orang minggu ini.
Sekumpulan penganut Kristian
berdepan masalah apabila menyebarkan khabar angin mengenai dunia akan kiamat
menerusi risalah, cakera padat, buku dan bahan lain yang kemudian dirampas.
Mereka yang ditahan dilaporkan adalah kumpulan Almighty God yang juga dikenali sebagai Eastern Lightning. Pihak berkuasa di Qinghai berkata, mereka melancarkan operasi terhadap kumpulan itu dengan mendakwa mereka menyerang Parti Komunis dan kerajaan. Imej palsu bandar raya Sydney ditawan meteor berapi dan makhluk gergasi tersebar luas di Internet.
Lima individu hippie, termasuk seorang yang mengacukan pistol Taser dihalang polis Perancis ketika mereka cuba memasuki Bugarach. Kampung di kaki banjaran Pyrenees itu dikatakan mengandungi garaj UFO yang akan membawa orang ramai keluar dari bumi ketika kalendar Maya berakhir. Pengikut hari kiamat di sini yakin bahawa tidak akan ada tarikh 22 Disember untuk semua kecuali mereka yang melarikan diri ke desa yang mempunyai 189 penduduk itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
P/S: Tiada yang lebih benar melainkan al-Quran itulah sebenar-benar petunjuk.


No comments:
Post a Comment
boleh tinggalkan komen anda disini...