بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Jumaat yang barakah. Hanya dinanti bagi mereka yang mengetahui ganjaran yang pasti.
Usai menjaga exam pagi tadi, tergerak hati untuk menitip sesuatu di ruangan kecil ini. Namun ia tak semudah lintasan hati. Memandangkan saya bukan seorang penulis yang apabila pena dipegang maka rancak jari menari. Masih mencongak-congak yang mana satu mahu ditulis dahulu. Rasa suka atau duka.
1.38pm- Oleh kerana hari ini hari Jumaat, maka saya terpaksa merelakan hati untuk tidak berjemaah di masjid. Ya...memberi ruang kepada yang lebih utama untuk solat Jumaat.
Beberapa hari kebelakangan ini, agak kerap saya ke masjid. Kata UAI perempuan hukumnya makruh berjemaah di masjid. Makruh kerana mendatangkan fitnah. Saya tidak menafikan. Saya cuma ingin membuat sedikit perubahan diri saya. Menjadi orang yang lebih baik dari hari semalam adalah orang yang beruntung. Pemergian saya setiap hari ke sana atas dasar untuk meraih ketenangan hati..kelapangan dada..keberkatan hidup... Mungkin ayat ini terlalu boombastic dan cliche. bimbang juga kata-kata ini akan mendatangkan buruk sangka bagi manusia lain. (Ya Allah ampunilah aku.) Menjadi insan terpilih untuk singgah di rumah Allah adalah satu nikmat walaupun ia sekadar 10minit. Apatah lagi jika selesai solat diselit dengan majlis ilmu yang InsyaAllah mendapat doa para malaikat Allah. Semoga dengan sedikit perubahan ini ianya mendapat berkat. Dikira sebagai saham akhirat. Saya fikir solat saya selama ini tidaklah begitu sempurna. Mungkin pahala berjemaah itu mampu menampung serba sedikit kecacatan dalam solat saya. Apatah lagi bagi saya terlalu berat bahu kiri memikul dosa. Setiap saat digoda iblis dan nafsu jahat yang mungkin 80% telah menggelapkan hati saya. Zahir saja nampak semua baik. Batinnya tidak terlihatkan yang busuk,jahil dan kotor itu. (ya Allah ampuni aku)
2.05pm- oopss..hati lalai lagi. jom solat!

No comments:
Post a Comment
boleh tinggalkan komen anda disini...