بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pagi Jumaat...Dapat phone call dari mak dan abak yang sedang honeymoon kat Bukit Tinggi Indonesia. Ceria je suara mak. Maklumlah katanya dah nak abih 3juta shopping saje. Duit 'ngelang' kenduri izy baru ni kot. alahaaaiii..makcik kiah.
Cerita mak kene pospon dulu. Bagi laluan kat cerita kenduri adik bongsu kakcik yang baru je berlangsung minggu lepas.
Kepada Puan Izyan dan Encik Zulhilmi, congratulation...may Allah bless u.
Macam-macam nak citer pasal kenduri ni. sebelum kakcik lupa, nak ucap terima kasih la sangat2 kat zuliya yang dah berpenat lelah memastikan set meja pengantin cantik dan sedap mata memandang. abih die mintak spoon table la fork table la..goblet segala bagai. nak serve cam kat hotel tu. dalam serba kekurangan pihak kami berjayalah dicover oleh zu. kakcik x fikir lagi nak TLE apa kat zu. kakcik tau zu akan cakap zu tolong ikhlas.zu taknak kakcik bagi ape2.zu nak kakcik paham konsep je.konsep yang zu suka kenduri kendara...(dah hafal dah ayat ni sebab zu asyik ulang 5x sari)
Syukur sangat-sangat...time izy kawen dapat cuti panjang. kalau tak, mesti kesian tengok mak je uruskan itu ini. Yang si pengantin pun masih lagi bekerja hari selasa dan rabu tu. apatah lagi sedara mara yang lain yang jauh2 nu, balik sari sebelum je. tapi sebenarnya Khamis la hari yang sgt hectic. kakcik tak pandai sangat incharge tang laukpauk, keje-keje dapur ni. memang tak dilahirkan untuk expert bab tu gaknye. takat kupas mengkupas bawang tu boleh lagi la...masa ni seronok lagi kakcik menolong keje-keje dapur sebab yang ada takat zu, kakja, tok, dan mak som. masuk waktu petang dah serabut ngan kawan-kawan mak (geng2 keje spital). apa yang tak bestnya bila duk ramai2 camtu akan kuar lah soalan cepumas 10karat...dan soalan tu dah terkena kat zuliya. hihi...soalan pasal kawen la apa lagi kan...ada jodoh ada la. bila tanya banyak2 kali sedikit sebanyak timbul rasa sedih. padahal soal jodoh, Allah yang tentukan.
Waktu malam, kakcik, zu dan izy(pengantin) menumbuk inai untuk dipakai oleh si pengantin. Malam Selasa, tgh excited so decided nak tumbuk inai tu. Malam Rabu, Zuliya tunjuk skill menggiling inai guna batu giling yang masih ada kat rumah. Sebab kononnya tumbuk tak lumat sangat. hihi...hasilnya agak memuaskan la. tu yang kitorang tepek kat jari kitorang sekali. Malam Khamis, dah takde daya nak menumbuk ke giling ke...izy letak inai dalam tiub je. tapi sebab terlalu lama duk kat jari, jari izy jadi hitam!!!! masa tu kul3.30pagi malam Jumaat. punyala cuak...kakcik tolong la dia berus-berus jari die yang dah kehitaman tu...kakcik pun cuak.kalau tak hilang jugak pagi esoknya, dah cadang nak rendam dalam clorox dah. nasib baiklaaa...bila dah rendam lama-lama jari dalam air, baru la nampak kaler merah timbul. Anak-anak buah hadir membingitkan suasana. Seronok sebab nak dapat Pak Su mungkin. Kesian kat zu sebab tiap masa kene buli ngan zu. tapi zu ok je kan... rindu ngn loghat nogorinyo. oo ye zu, mak kakcik ada simpan satu baju yana yang zu bagi hari tu. mak kakcik bagi kat aliya. actually macam tak muat ngan aliya tapi sebab baju tu cantik, kitorang sepakat cakap 'muat je ni'...aliya la yang terseksa sebab kene tarik napas dalam2 supaya kempis sket perut sebab nak butangkan baju seluar tu.alahai..ciaaann die.
ayuni(pegang bunga) 6tahun dan aliya 4tahun pada 31dis ni
ok..kakcik dah takleh lame2 di ruangan kecil ni. sebab kena siapkan soalan exam..nanti sambung lagi...ni dia orang baru dalam keluarga kami....selamat datang ustaz!!!!




No comments:
Post a Comment
boleh tinggalkan komen anda disini...