Afam mengangguk. Memang. Bila Allah membuka hatinya, dia mula dapat mengucup erti kebahagiaan. Dia ada seorang isteri yang solehah, yang tegar bersamanya di atas perjalanannya untuk menjadi hamba Allah SWT yang baik. Dia ada sahabat-sahabat yang juga sentiasa mengingatkannya kepada Allah SWT. Dia juga ada Pak Arbi dan Mr Umayer, yang banyak memberikan hikmah dan tunjuk ajar dalam menjadi seorang manusia yang menyumbang untuk Islam.
Dia terasa seperti dilimpahi cinta.
“Ni, aku dengar kau ada berita gembira. Simpan tak bagitahu ya?” Rasyid Zakwan menggerakkan jari telunjuk, dengan nada seakan-akan mengetahui satu rahsia.
—————————————————-
Versi penuh cerpen ini hanya boleh anda ikuti dengan membeli Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta.
Simfoni Cinta adalah kesinambungan kisah dua watak dari novel Hero karya Hilal Asyraf. Nampaknya ramai juga peminat Afam dan Husna ni sampaikan penulis kena buat sambungan cerita. tapi sudah pasti tiada lagi super hero yang bergerak malam membanteras jenayah di kota raya Angsana. Macam baca komik Detective Conan pun ada. Penuh dengan teknologi-teknologi yang tidak dapat diterjah oleh akal saya yang cetek ilmu ni. Membaca Hero terasa diri berada dalam dunia khayalan Hilal Asyraf. Mungkin juga dunia impian. Tidak mustahil tapi perlu ada seseorang yang perlu memulakan. Perlu ada seorang yang genius seperti Mr. Umayer, Pak Arbi dan Akuma. Perlu ada generasi XY seperti ahli RING. (teringat pula pada cerita Korea, IRIS. Complicated tapi masih dapat dihadam.) Dari lubuk hati yang paling dalam, saya juga mengharapkan kotaraya Angsana yang aman itu akan wujud satu hari nanti. Di bumi Malaysia ini seboleh-bolehnya. Biarpun saya bukanlah Husna tapi saya yakin Allah telah takdirkan seorang Hero untuk saya kalau tidak di dunia ini pasti di akhirat sana. Tinggal lagi saya perlu lulus ujian dunia ini dengan cemerlang.
Berbalik pada buku Hero...Hero itu sendiri ada sambungan ceritanya.
Sedikit bingkisan dari novel baru yang diterbitkan..."Misi Hero"
“Semua Hero adalah bujang.”
“Ah? Haha. Benarkah?”
Hero mengangguk.
“Kenapa?”
“Agar boleh berjaga malam sebegini, dan tidak perlu risau akan anak dan isteri. Kalau sudah berkahwin, perlu luang masa untuk anak dan isteri di rumah. Hendak membina ummah yang baik, perlulah menjadikan keluarga kita keluarga yang baik. Dan itu memerlukan komitmen yang tinggi. Jadi, yang berkeluarga, tidak boleh menjadi Hero.”
“Oh, kalau kahwin, tak boleh jadi Hero la?”
“Boleh juga. Tinggal menjadi ‘Hero’ yang tidak memakai sut inilah.” Belakang Akmal ditepuk, sambil Hero tertawa senang.
Hero yang tidak memakai sut. Pertama kali Akmal mendengar perkataan itu.
“Ada ke Hero yang tidak memakai sut?”
“Ada. Ramai. Dan kalau hendak dihitung dari zaman berzaman, tidak terkira ramainya.”
“Benarkah?” Akmal teruja.
“Tetapi Hero paling agung adalah Rasulullah SAW. Walaupun tidak mempunyai sut pintar, walaupun tidak mempunyai teknologi yang tinggi, bahkan rumah yang selesa dan makanan yang sedap pun baginda tiada, baginda tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh menarik ummah ini keluar dari kegelapan.”
Akmal tersentuh dengan kenyataan itu. Hero paling agung adalah Rasulullah SAW.
“Hero bukan sekadar pembanteras jenayah sahaja tahu. Sesiapa yang mengajak manusia balik ke jalan Allah SWT, taat pada perintahNya, meninggalkan laranganNya, itulah dia Hero sebenarnya. Dan sebagai orang Islam, kita semua sebenarnya disuruh menjadi Hero.”
![Photo: [BAKAL TERBIT TIDAK LAMA LAGI - Novel Misi Hero!]

“Iya?”
Hero mengangguk dua kali.
“Serulah mereka itu ke jalan Rabb kamu dengan berhikmah, dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan perdebatan yang terbaik. Surah An-Nahl ayat 125. Ha, nampak? Allah suruh kita jadi Hero. Allah suruh kita seru manusia ke jalanNya.”
-----------------------------------
Bersedialah untuk mendapatkannya!
10 tahun selepas latar masa Novel Hero karangan saya sebelum ini.
^^](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/c0.0.843.403/p843x403/579725_490750904282692_512913872_n.jpg)

Jangan lupa dapatkan...!!! Selamat membaca

hai kakcik....g skoloh x ari ni hihihihi
ReplyDelete