Lilypie Second Birthday tickers

Monday, 8 October 2012

Ayat as-Syifa' : Yakinlah pada Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 Sedikit perkongsian di petang hari yang masih berbaki, ingin saya sampaikan barang sepotong dua ayat yang disebut ayat As-Syifa' atau ayat penawar. Imam Abu Qasim Qushairi r.a pernah mengalami mimpi menemui baginda Rasulullah s.a.w sewaktu anaknya jatuh sakit. Dalam mimpi tersebut baginda bertanya pada Abu Qasim , mengapa tidak diamalkan membaca ayat syifa'? lalu setelah terjaga dari tidur, beliau mencari dan meneliti terdapat enam ayat dalam alQuran yang boleh diamalkan untuk memohon kepada Allah swt bagi meyembuhkan sesuatu penyakit sebagai salah satu ikhtiar kita. 

1. ayat 14; at-taubah
A014 
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.

2. ayat 57; yunus
 A057
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. 

3. ayat 69; an-nahl

A069
 Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

4. ayat 82; al-isra'
A082
  Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. 


5. ayat 80; as-syua'ra'
A080 
"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;  

6. ayat 44; fussilat

A044

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)". 

 Selamat Beramal.................

No comments:

Post a Comment

boleh tinggalkan komen anda disini...

The Moment

The Moment
13~12~13