Lilypie Second Birthday tickers

Friday, 9 March 2012

Rabi'atul 'Adawiyah : Pecinta Agung Mencari Cinta Ilahi (1)

Baru minggu lepas habis baca buku ni. Kalau baca tapi tak terasa apa-apa dalam hati, mungkin kena baca semula dengan lebih penghayatan. Atau mungkin ada halangan dalam hati yang tak mengizinkan intipati cerita tidak diserap sepenuhnya. Mungkin cerita ini terkesan bagi saya sebab saya juga sedang bermujahadah mencari cinta Ilahi. Walaupun saya tahu takkan mungkin saya memperoleh cinta sepertimana cinta Rabi'ah pada Kekasihnya iaitu Allah SWT. Rabi'ah menolak semua cinta makhluk hanya untuk meraih cinta Sang Khalik Yang Maha Esa. Betapa besarnya cinta Rabi'ah pada Allah digambarkan dalam satu kisah mimpi oleh salah seorang sahabat beliau (kalau tak silap namanya Abdah),yang mana beliau pernah bermimpi apabila Rabi'ah didatangi malaikat munkar dan nakir dan disoal 'siapakah Tuhanmu?' Rabi'ah membalas, 'Apa betulkah Tuhanmu mengutuskan kamu utk bertanyakan hal itu sedangkan tiada lain yang ku ingati melainkan hanya Dia selama hidup ku...?' Sejauhmana diri ini mengaku Allah sebagai Tuhan tapi sangat lalai dalam mengingatiNya...marilah sama-sama fikirkan layakkah kita mengaku bahawa kita cintakan Allah sedangkan lebih banyak memikirkan hal dunia? atau pantaskah kita berkata bahawa kita tidak mencintai Allah sedangkan Dialah yang memberi kita nyawa, rezeki dan pertolongan di saat kita buntu?

No comments:

Post a Comment

boleh tinggalkan komen anda disini...

The Moment

The Moment
13~12~13